Thursday, March 27, 2014

Krim Terhebat Di Dunia

Dari mati pucuk, hingga lah ke breast cancer, krim ni boleh ubati.
Hebat!!



Lagi hebat, orang yang percaya dan beli krim ni..
Anda memang hebat!

Wednesday, March 26, 2014

Otak Udang

Aku ingin sarankan kepada JPJ..
Supaya ketatkan lagi kursus untuk meluluskan permohonan lesen membawa kenderaan berat..
Antaranya..
Ujian " Pembacaan & Pemahaman Arahan Papantanda Jalanraya"

Ini kejadian pagi semalam..

Dah jelas terang ada signboard " Hanya Untuk Kenderaan Ringan Sahaja"...Aku tak tahu lah driver lori tangki rasa kenderaan dia ringan macam Myvi kot..

Menyusahkan ramai orang dek kerana sifat ignorance & pemalas nak kedepan sikit u-turn di roundabout sedia ada..

Tak pasal pasal Bomba kena datang untuk potong behi penghadang yang dirempuhnya..

Kenapa lah sikap driver di Malaysia macam ni?
Salah satu sebab kenapa aku benci driving di Malaysia..ialah kerana ramai driver otak udang..

Aku harap pihak pengurusan highway LKSA saman driver otak udang ni..

Monday, March 24, 2014

Kuih Raya 2014

Sneak preview kuih kuih raya yang wife aku ( mommyZZZ) buat nanti..:)
Ya, raya lama lagi...Ramadan pun belum lagi..
Tu pasal namanya, sneak preview...
Mana tau...ada yang berminat nak order  :)



Harga..
Macam mana nak order
Kalau nak test rasa..
Nanti nanti lah aku update..
Just, sneak preview kali ini  :)

Tapi kalau ada yang nak follow lebih lanjut..
Jengah la FB Dreamy Treat  atau  Blog mommyZZZ
Or  call / whatsapp / sms  MommyZZZ @  013  3650783

Saturday, March 22, 2014

Indian Ocean

Sepanjang usaha mencari MH370, " the most credible leads" ialah penemuan satelit Australia pada 16 Mac lepas, iaitu objek yang dipercayai sebahagian daripada bangkai pesawat. Pun begitu, setakat entry ini ditulis,pesawat pencari Australia gagal menemui apa apa di kawasan yang dikenalpasti, iaitu di Indian Ocean.

Hikmah misteri MH370 ni, ramai yang mula belajar tentang ilmu aviation..
Hari ini, aku nak belajar tentang ilmu geografi..

Indian Ocean ialah satu kawasan lautan yang luas, ketiga terluas selepas Pacific Ocean dan Atlantic Ocean.

Negara kepulauan yang terdapat di Indian Ocean ialah Republik Madagascar, Union of Comoros, Republik Seychelles, Maldives, Mauritius dan Sri Lanka.

Misi pencarian di Indian Ocean memang sukar, amat amat sukar. Ini disebabkan saiz nya, kesunyian nya ( teringat komen Kapten Datuk Nik dari MAS kalau tak silap tentang " sunyi nya" kawasan Indian Ocean, yang tidak dilintasi commercial flights). 

Aku pernah tengok depan mata sendiri, kehebatan Indian Ocean, semasa di Australia. Tengok lautan yang hebat ini dari daratan pun dah kagum...Ye lah, kalau di Malaysia, kita tengok Selat Melaka yang tenang...nak berombak ombak musim tengkujuh pun, ialah di Laut China Selatan.

 Gambar tahun 2011, semasa di Cape Leeuwin, Western Australia. Di tanjung ini uniknya ialah titik pertembungan antara Indian Ocean dan Southern Ocean.

Indian Ocean memang cantik..membiru..ombaknya hebat...Jadi bayangkan, di tengah tengah lautan....2500km dari Perth...memang sunyi,ganas, terpencil....Memang susah nak cari bangkai MH370( kalau betul terhempas di situ), yang mungkin dah tenggelam ke dasar lautan yang boleh menjangkau average kedalaman 3.9km ! Tempat paling dalam di Indian Ocean, ialah di Diamantina Deep, 8km dalamnya! Ocean drift juga memungkinkan bangkai pesawat tertolak jauh beratus km dari spot awal yang di kesan satelit.

Thursday, March 20, 2014

Keputusan SPM 2013

18 tahun yang lalu, aku terima keputusan SPM.
Keputusan aku biasa biasa sahaja, tak lah berderet A.
Andai tuhan benarkan aku memilih semula nak ke mana selepas SPM..
Nescaya,
Aku akan buat pilihan yang lain. 

:)

Menyesal dgn pilihan lampau?
Tidak.
Di paksa oleh parents utk memilih pilihan lampau?
Tidak.
Aku yang pilih sendiri, benda yang aku idamkan sejak zaman tadika.

Dah tu, kenapa " akan buat pilihan lain andai tuhan benarkan di gostan masa lampau? "
Tak suka sangat dengan apa yang dibuat sekarang?
Tak juga.
Rasa terpaksa kah dengan apa yang dibuat sekarang?
Tak juga.

Dah tu kenapa?
Tak bersyukur kah?
Jauhhhhhhhh sekali tak bersyukur..aku amat amat bersyukur..
Aku usaha setiap hari beri yang terbaik, sebagai salah satu tanda bersyukur..

Dah tu, kenapa?
Susah aku nak jawab.
Susah aku nak jelaskan.
Orang yang 'sama sama dalam kasut aku', mungkin akan faham

Adik adik sekalian yang baru dpt result SPM..
Semoga adik adik, lebih luas pemikiran..
Lebih terbuka minda, berfikir di luar kotak..
Bila tiba bab memilih jalan kehidupan selepas SPM..

:)


 Aku rindu zaman di sini. Aku berjanji, akan bantu sedaya upaya anak anak aku, utk berfikir di luar kotak, bila tiba masanya utk tentukan pilihan masa depan / kerjaya.  Aku janji!

Wednesday, March 19, 2014

Sekolah Kebangsaan VS Sekolah Integrasi/Swasta

Si Ziyyad akan masuk umur persekolahan tahun depan, 2015.
Kami suami isteri memang tengah meriki riki sekolah sekitar Shah Alam.

Kriteria sekolah yang kami cari:

- sekolah swasta/berbayar
- sekolah di Shah Alam.
- sekolah yang berdaftar sah dengan Kementerian Pelajaran & JAIS
- sekolah yang guna silibus:
  • pendidikan duniawi ( english / math / BM / etc)..pendek kata apa yang pelajar di sekolah kerajaan belajar, mereka belajar.
  • pendidikan akhirat ( hafazan al quran / tahfiz...dan lain2 mata pelajaran agama berkaitan)
  • pendidikan sukan / sosial ( eg: ada kelas swimming / berkuda / main futsal / etc)
- sekolah yang ada good track record, iaitu bukannya sekolah yang baru setahun dua di tubuhkan.
-sekolah yang stabil, iaitu:
  • tak menyuruh pelajarnya keluar kutip derm
  • tidak alami masalah fasiliti tak cukup / tenaga pengajar tak cukup
  • sekolah yang jelas misi nya, iaitu selepas tamat darjah 6 / 12 tahun , ke mana pula halatuju pelajar nya

- sekolah yang boleh balik hari. Maknanya, tak perlu tinggal di asrama. Hantar pagi, balik petang.

 Ada 2 sekolah yang kami sedang riki, buat masa ini.
Satu, sekolah yang anak anak Kak Yan pergi.
Kedua, sekolah ini....


Sekolah ini, aku baru snap gambar nya sahaja. Belum masuk jumpa pengetua/cikgu cikgu nya. Sekolah anak anak Kak Yan tu, wife aku dah pergi sekali.

Jadinya, kepada kawan kawan blogger yang ada informasi tentang sekolah ini, ataupun mana mana sekolah yang memenuhi kriteria yang kami suami isteri cari, sudi sudi lah ya berkongsi info..Terima kasih  :)

Semalam, mommyZZZ dah selamat daftarkan Ziyyad di sekolah kebangsaan yang berhampiran rumah kami, sebagai back up plan..








Tuesday, March 18, 2014

Tiada Yang Kebetulan

Kisah minggu lepas..
Nak dijadikan cerita...
Budak kecik ni main pintu kereta Lamborghini hijau..

baju kokedai okehhh..jangan berani kacau Zayyan..kokedai pun dia tampar tau!

Dah nama pun nak dijadikan cerita..
Ibu jari kiri nya tersepit celah pintu kereta ..
Kena nya petang..malam tu dah bengkak...Zayyan complaint sakit..
Ahhhh..udahhhh...janganlah fracture tulang nya
Maka esok paginya, kena lah mommy ZZZ hantar budak kecik ni gi klinik aku...

 walaupun instinct aku mengatakan tak fracture nya ibu jari si Zayyan, tapi nak sedapkan hati & be sure 100%, aku xray kan jugak. Budak seusia dia ( 3 tahun), memang susah sikit nak fracture tulang jari (phalanges), sebab jari mereka ada space banyak( dipanggil physis), utk proses tumbesaran..unless impact trauma yang sangat kuat la. So xray nya, alhamdullilah, OK aje..

Dah nak dijadikan cerita kan...
Aku pagi2 dah sampai klinik..
Wife aku datang bawak si Zayyan lepas tengahari..
Datang naik Lamborghini hijau..

Ngam ngam aja sampai depan klinik..lambo hijau buat hal..masuk gear boleh, tapi tak boleh jalan. Dipendekkan cerita, rupa rupanya drive shaft lambo hijau ni patah! Terus kena tow la..

Bila aku fikir semula..
Mula mula anak aku si Zayyan main pintu kereta, walaupun selama ni tak pernah main..
Lepas tu ibu jari dia tersepit..
Stress la sikit aku..
Esok nya, kena la wife aku bawak si Zayyan ke klinik aku utk xray..
Sebab ke klinik aku bawak lambo hijau ni lah, drive shaft nya patah..
Jadi..
Memang bukan kebetulan..
Bukan kebetulan anak aku nak tersepit ibu jarinya
Bukan kebetulan wife aku nak drive lambo hijau pada hari itu..
Allah yang maha kuasa dah susun atur plan NYA.

Aku bersyukur sebab dalam pada diberi ujian drive shaft patah sampai tak boleh jalan, Allah mudahkan urusan wife aku yg bawak anak masa tu, ngam2 sempat parking depan klinik, bukan rosak tengah jalan..

Aku bersyukur, sebab aturan Allah ini ( yang kita selalunya anggap "kebetulan" ), aku terselamat tak accident. Sebab selalunya aku malas nak bawak kereta aku, aku bawak aja lambo hijau ni..senang nak mencilok, senang nak merempit tengah jem...Most of the time, aku bawak laju jugak lambo ni..Bayangkan kalau masa aku drive laju, time tu la drive shaft nya patah! 

Lambo hijau dah sihat..
Ibu jari Zayyan pun dah sihat..
MH 370 jadi macam tu, bukan kebetulan..
DIA dah plan..
Kita aja yang masih belum faham plan NYA..

Tuesday, March 11, 2014

MH 370: Jangan Terjerumus Dalam Tipu Daya Syaitan

Dalam keadaan terdesak macam mana sekalipun, ingat..jangan terjerumus dalam tipu daya syaitan.
Aku tak ingat aku baca kat mana, tapi Insya Allah aku akan titipkan sentiasa dalam diri sendiri,wife, anak anak & keluarga aku.

Khabarnya, seorang lelaki yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dah datang ke KLIA, dan buat upacara..katanya:

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.
" Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada di culik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib".

Ikut laporan Berita Harian ini, Raja Bomoh ni siap solat hajat..

Jujurnya, aku sendiri pelik dan tertanya tanya amalan Raja Bomoh ni...berupacara dgn bubu & teropong + bersolat hajat...Aku harap ada ulama / mufti yang boleh jelaskan kemusykilan aku ini, adakah amalan sebegini menepati syariat, atau sebaliknya ( bercampur aduk, risau menjadi syirik). Aku tidak menuduh amalan Raja Bomoh ini sesat, ini disclaimer aku awal awal..Kang ada pihak yang sentap..Aku cuma nak tahu pendapat ulama / ahli agama.

Laporan Sinar Harian ini tentang waris di China berjaya telefon penumpang dalam pesawat tapi tak berjawab, boleh menguatkan lagi dakwaan Raja Bomoh itu, buat mereka yang mahu percaya :)

godek punya godek koleksi gambar aku, ada rupa rupanya gambar Ziyyad & Zayyan posing dengan pesawat MAS kat KLIA  :)

Monday, March 10, 2014

MH370

Kalau tiada ilmu, jangan cuba keluarkan pendapat yang songsang/menyakitkan hati orang lain.
Dalam bidang kerja aku, memang ramai yang jadi Doctor Google..
Yang selamba bagi info yang salah tentang isu perubatan
Dan lagi parah, selamba hasut orang lain utk turut percaya apa yang dia percaya melalui Google.
Yang selamba bagitau ' doktor salah'  atau ' ubat tu bahaya '...

Bila terjadi insiden MH370..
Ramai yang jadi pakar aviation semalaman..
Ramai yang terlebih bijak dari pakar pakar di DCA..
Dan ada yang selamba mengutuk kononnya DCA / Seacrh & Rescue team lembab..
Anda baca tentang ilmu aviation di Google..
Tak sama dengan mereka yang ada ilmu secara professional, dan juga pengalaman.
Jadi tolong, tolong diam.
Baca INI kalau anda sibuk sangat tertanya tanya kenapa lembab / lama sangat nak cari MH370.

Ini masa penerbangan ke Perth, air turbulence yang teruk. Masa kami ke Bali untuk honeymoon 2006 dulu, lagi teruk punya air turbulence. Aku yang ketika itu tengah lena tidur, siap terbawa bawa dalam mimpi..Mimpi kapalterbang yang kami naiki hendak terhempas ! Aku mengigau menjerit " flight nak terhempas!!"...Punya kuat aku menjerit sampaikan orang keliling tengok ( dan muka mereka pun gamam), dan stewardess siap bukak lampu..Aku terus tido balik lepas tu, meninggalkan wife aku masa tu yang tersipu sipu malu dek kerana mengigau suaminya yang baru dikahwini. Tapi aku bagitau ni...rasa/feel ' kapalterbang nak terhempas ' tu, memang sangat sangat real..Aku tak dapat bayangkan apa yang penumpang MH370 rasai, andai benar pesawat itu terhempas/meletup mid air.

Friday, March 7, 2014

Telur

Kalau kelmarin aku menulis pasal cerita menanam uri,  hari ni aku nak berkongsi  satu soalan yang selalu remaja lelaki & tak berapa remaja pun, banyak bertanya aku. Moga moga perkongsian ini, memberi manfaat buat anda / suami anak / anak lelaki anda / sesiapa yang ada bertanya soalan yang serupa  :)




Soalannya ialah

" Doc, normal ke saya? Telur saya tak seimbang"
" Doktor..ok ke kalau telur kiri lebih layut dari kanan?"




Fakta:

- Secara normalnya, memang kedudukan testis lelaki tidak sama level / tak seimbang.
- Hampir 90 - 95 % lelaki, punyai kedudukan testis yang tak sama level nya.
- Majoriti nya, testis sebelah kiri, lebih rendah gantungannya berbanding sebelah kanan.

Kenapa?

1- Ianya berkaitan dengan pengaliran darah dari saluran darah vena ( venous blood vessel drainage ). Bagi memudahkan pemahaman korang, perbezaan kelajuan & tekanan darah yang mengalir dalam saluran darah vena dari setiap testis kanan & kiri, yang menghasilkan kedudukan testis " sebelah tinggi, sebelah rendah"

2- Fitrah kejadian. Kalau kedua dua testis berada/tergantung pada kedudukan yang sama level, maka bayangkan kalau lelaki berjalan, atau berlari. Pastinya berlaku pergeseran antara kedua duanya. Ianya pasti sakit !  Maka benarlah, tidaklah Allah jadikan sesuatu itu, dengan sia sia  :)

3- Sperma lelaki perlukan suhu yang sesuai. Kedudukan testis yang berbeza ketinggian memastikan setiap testis ada suhunya tersendiri. Dan andai sama level, bila berlaku pergeseran testis kanan & kiri semasa berjalan/berlari/buat aktiviti fizikal, maka pergeseran menghasilkan haba. Haba tidak baik utk kesihatan sperma :)

4- Satu kajian mendapati bahawa, kedudukan testis ditentukan oleh tangan mana yang dominan. Kajian ini mengatakan, kalau anda menggunakan tangan kanan, maka testis kiri akan lebih rendah kedudukannya, dan begitulah sebaliknya kalau anda kidal. Namun kajian ini ramai yang pertikaikan..hahaha..

Selain kedudukan testis, saiz setiap testis pun menjadi soalan favourite remaja lelaki yang penuh dengan sifat ingin tahu  :P 
Memang secara fitrahnya, ialah normal, andai saiz sebelah testis kecil sedikit..tapi perbezaan saiz tidak boleh secara kasarnya melebih 10%. Kalau korang dapati saiz testis pasangan/anak lelaki ternyata banyak bezanya, maka rujuklah doktor berhampiran. Ia mungkin tanda ketumbuhan / bengkak pada testis / sarung testis ( scrotum).

Wednesday, March 5, 2014

Plasenta ialah uri

Soalan paling best aku dapat dari client aku untuk tahun 2014, setakat ini:

" Doc, sebab saya tak tanam uri dia betul betul ke anak saya kembung? Patutnya atuk dia yang tanam, tapi hari tu atuk dia ada urusan lain, jadi saya yang tanam "

alhamdullilah..memang lega dah lepas fasa umur infant colic..dan alhamdullilah, si bongsu ni memang takde masalah kembung perut

Tuesday, March 4, 2014

Supaya Aku Tidak Lupa: Laporan Hari Pertama Water Rationing DiBebaskan ( 4 Mac 2014)

Hari ini, bekalan air akan di sambung semula setelah 2 hari tiada air.
Alhamdullilah, wife aku call, SYABAS menepati janji nya...9.30am, pili berair semula.
Mandi sepuasnya, tadah air/simpan air secukupnya sebagai bekalan utk rationing semula dalam tempoh 48jam dari sekarang.

Alhamdullilah, besar sungguh anugerahMU, setelah hampir sebulan rumput kat rumah tidak menerima hujan..pagi ini hujan selebat lebatnya..TQ my wife sebab terfikir menadah air..boleh juga dibuat basuh lantai/menjirus apa yg patut di jirus.

Monday, March 3, 2014

Supaya Aku Tidak Lupa: Laporan Hari Pertama Water Rationing ( 2 Mac 2014)

Bukan makan di kenduri orang kahwin. Tapi makan di rumah sendiri, malam tadi. Kenapa guna pinggan polisterin? Saja jeeeeeee...malas pakai pinggan kaca...:P

Sahabat karib kami sekeluarga sekarang..bukan sahabat karib Zayydan aja ...

 Kalau sebelum ni Zayydan berak sehari sekali, semalam dia bergumbira berak 3 kali sehari..baik punya timing nak cirit kan ..kah kah kah...ceria tergelak sampai meleleh air liur..:P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...