Thursday, February 27, 2014

Saya Tinggal Di Negeri Paling Maju di Malaysia

Ini imej yang wife aku whatsapp aku sebentar tadi...
Aku dah ada gadget baru kat rumah..yang warna merah menyala tu..
Baru dibelikan oleh ayah aku yg kebetulan datang ke rumah aku sejak kelmarin..
TQ ayah...ayah mmg ayah yang ter-best & always prihatin!


kalau 24 jam yang lalu aku boleh menarik nafas lega sebab gangguan hanya melibatkan kawasan Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat...tapi berita kat radio pagi tadi menyebutkan zon lain macam Klang, Shah Alam pun, akan terbabit..Wife aku call PUSPEL pagi tadi, dan orang PUSPEL suruh get ready! Yeayyyy!!!

Wednesday, February 26, 2014

Devlopmental Milestones: Sitting

Aku tertarik nak buat entri ini, selepas membaca entri Tasek M ini.
Tentang tak patut kita duduk kan baby, sebelum umurnya tiba ( before reach his developmental milestones). Sebab si Tasek M nampak mak baby ni, dudukkan baby nya yang berusia sebulan, di dalam stroller. Boleh ke tidak? :)

Kita lihat pada carta developmental milestones..

Umur sebulan:

-baby tak boleh fokus pada jarak lebih dari 8-12 inci darinya. Jadi jangan nak agah agah baby jauh dari jarak ini, memang baby tak dapat lihat dengan jelas. Close eye contact itu perlu. Dekatkan muka serapat mungkin dengan baby sebulan ketika kita agah/bercakap/senyum padanya.

-pendengaran baby ketika ini sudah terbentuk sepenuhnya, jadi baby memang boleh cam dah suara ibu bapanya.

- bila baby dibaringkan dengan perut ke bawah, baby sebulan boleh angkat kepalanya sebentar, menoleh ke kiri atau kanan. Tapi dalam keadaan menegak, kepala dan leher baby sebulan masih perlukan sokongan.

Jadinya, bila masa semulajadi / normal developmental milestones untuk baby mula tahu( kuat untuk) duduk sendiri?

- sekitar usia 4 - 6 bulan, baby dah boleh duduk dengan bantuan kita( with support). Baby dah punyai pengawalan leher yang kuat, jadinya boleh kawal kepala mereka.

- sekitar usia 7 bulan, kebanyakkan baby dah mampu duduk sendiri, tanpa dibantu.

 Zayydan, gambarnya minggu lepas, diambil oleh sepupu sepupu wife aku yang menjadi nanny part time :) Zayydan ketika ini sudah 7 bulan usianya, memang dah mahir dan tegap duduk dengan sendirinya


Apa jadi / kesan kalau kita ' paksa' baby buat sesuatu pergerakan/posture yang diluar tahap capaian umurnya? ( before reaching the normal developmental milestones), contohnya dlm kes Tasek M tu, baby umur sebulan di letak dalam posture duduk?

- Kesannya ialah, kita menghalang perkembangan semulajadi mereka. Dalam kes kalau kita selalu sangat duduk-kan baby sebelum umurnya sesuai, kita akan  halang perkembangan normal sebelum duduk secara sendiri( independent sitting) iaitu baby tak berpeluang nak bergolek golek (rolling), berpusing pusing setempat ( twisting movement), dan sebagainya.  Baby ini kerapnya, akan jatuh dari postur duduknya ( sebab otot belum kuat nak support), dan ini jika berlaku kerap, boleh mengganggu physical confident baby itu sendiri. Baby yang di dudukkan secara paksa juga kerap kali akan lebih statik kakinya, sebab otak baby akan hantar signal bahawa kakinya belum sedia lagi. Bandingkan dengan baby sekitar usia 5-7 bulan yang duduk, kaki mereka akan lebih free, bergerak/memusing sana sini.


Ada banyak lagi pekembangan normal baby yang kita sebagai parents/penjaga perlu tahu. Yang mana normal, yang mana terlewat perkembangannya, kita perlu tahu. Tak perlu kita gelojoh/rush sangat nak baby kita pandai itu, pandai ini. Pokoknya, walaupun mereka masih kecil, baby akan membina daya keyakinannya sendiri( self confident) apabila kita beri mereka peluang buat apa yang mereka mampu buat, dan ini akan datang dengan sendirinya, seiring dengan pertambahan umur mereka.


Entry tentang developmental milestones yang lain, kalau teringin nak baca la...:P

Developmental Milestones: Talking

Developmental Milestones: Perkembangan Gigi

Monday, February 24, 2014

Koleksi Buku Yang Aku Sendiri Pelik

Malam semalam, aku kemas kemas..belek belek koleksi buku aku..
Ada beberapa buku yang aku sendiri pelik...
Pelik, kenapa aku boleh ada buku tu..
Dan pelik, kenapa aku rajin sangat membaca nya, satu masa dahulu..

Antara buku bukunya...

seingat aku, aku beli buku ni zaman presiden clinton jadi presiden..kalau lah aku ambil ujian American President History, mesti boleh score..Minat aku tentang presiden america kini aku selalu update menerusi rancangan History channel kat Astro

buku ni pulak aku dapat dari kawan baik aku..dia sendiri dapat dari orang lain...hahaha..melayu yang malas kerja hari isnin, manjang menipu nak MC, elok baca buku ni...tapi mungkin membaca buku pun,mereka malas!

jujurnya, aku tak tau macam mana buku ini ada dalam koleksi library aku. Wife aku kata, aku ambik buku ni dari pakcik dia, which aku rasa macam tak.

last but not least, tu diaaaaa...nak jadik saudagar import export! hahaha..dulu zaman muda muda, aku bercita cita besar nak ada bisnes import export...la ni ada bisnes bakery class & bakery products aja...mungkin tak berjaya mengimport export, sebab aku baca buku ni tak habis, baru 14% aja baca kot, walaupun rasanya dah dekat 8 tahun aku beli ! hahaha

la ni, dalam proses nak habiskan beberapa buku yang aku beli masa pergi  Big Bad Wolf 2 bulan lepas!

Friday, February 21, 2014

Grandiose Delusion

Dua bulan yang lalu, aku ada menulis entry tentang Grandiose Delusion, Di Sini

Haaaa...
Ini contoh terbaik, pesakit Grandiose Delusion..

Enjoy these series of pictures  :)


 Ini yang paling best !!  KJ pun sporting, melayan! hahaha





Wednesday, February 19, 2014

Hot J

J yang hangat di persada bolasepak tanahair sekarang, ialah JDT.
Tahniah atas kemenangan JDT 2- 0 malam tadi ke atas Kedah pada pusingan ke-2 suku akhir Piala FA.  :)

Selain JDT, ada lagi 2 J yang hangat sekarang..

Erra J

dan

Izzah J

Sebelum kedua dua J ni bercerai, memang macam macam gossip ada kat internet..
Kenapa bercerai? 
Ada org ke -3 ke?
Isteri curang ke?
Dan macam macam gossip/spekulasi/ fitnah? mungkin  

Macam ni lah pandangan aku..
Pedulilah mereka nak kahwin ke, cerai ke.
Kenapa manusia suka sangat nak ambik tahu benda yang tak mendatangkan keuntungan satu sen pun pada mereka?
Kenapa sanggup memerah otak berfikir benda yg tak disuruh pun?
Sanggup fikir kenapa hak penjagaan tak dapat kat suami/isteri...
Dan kenapa sanggup ambil risiko 'terjatuh hukum fitnah'..

Gunakanlah otak tu, untuk berfikir benda lain yang lebih menguntungkan..
Fikir macam mana nak tambah sumber pendapatan contohnya..jangan hanya mengharap wang BR1M..asyik pot pet pot pet kondem pasal duit tak cukup, tapi sanggup buang masa fikir pasal Erra? Pasal Izzah? Pelik kan...pelik...:P

Kalau dah tak tahu sangat nak gunakan otak tu untuk apa..
Apa kata hafal Al Quran..
Confirmed menguntungkan, dunia akhirat.

Tuesday, February 18, 2014

Hukum Pergerakan 3 Kali Dalam Solat

Dulu, zaman sekolah..
Aku ingat lagi jawapan kawan aku..
Bila ustaz tanya, " perkara yang membatalkan wudhu apa?"

Kawan aku confident jawab..
" kena darah nyamuk dua kolah"



Kena up date sentiasa ilmu wudhu..ilmu solat kita..tahsinul solat( memperelokkan solat), ialah usaha sepanjang hayat..bukan hanya masa di bangku sekolah sahaja. Ingatan untuk diri sendiri  :)

Monday, February 17, 2014

Evolusi MC

Aku rasa..
Aku perlu edit MC klinik aku..
Utk jadi sebegini..




Thursday, February 13, 2014

Tempat Buat Dosa.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan



Oh, by the way ...:)
Julung kalinya wife akan buat kelas on weekday(hari bekerja)..
Ada student yang nak belajar buat macaron hari Isnin ini..
Maka kelas masih ada kekosongan...
Hari Isnin 17 Feb 2014 ini, bermula 9am..
Mai mai...

Info lanjut sila lah ke SINI


Wednesday, February 12, 2014

Gangster

Semalam ada seorang pesakit..
Datang mengadu sakit kepala..
Tak cukup tido..
Dan nak MC...

:)


Patient tu lebih kurang macam ni la..tangan penuh tattoo, dada bertattoo
dia kata dia tak dapat tido sebab malam malam dia kena kutip hutang..
kutip hutang klien dia..

Aku malas risau takut pun ada nak tanya lebih..
Aku senyum..
Oh ya, sebelum korang tanya..
Ya...aku bagi MC..:P

Tuesday, February 11, 2014

Candy Crush

Di sebuah klinik....
Kelihatan ...

sugar crush!!

Di sudut lain pula...

deliciously sweet fun!!

Jangan salah anggap mereka makan gaji buta..
Jangan bersangka buruk mereka culas..
Mereka pekerja berdedikasi..
Mereka komited..
Walaupun kadangkala ada pelanggan yang cerewet..
Walaupun ada pelanggan yang kurang ajar( walaupun memang sah sah salah pelanggan)..
Mereka melayan pelanggan dengan professional..

Secara peribadi..
Di masa senggang..
Tiada pesakit...tiada komitmen kerja lain ( mcm susun ubat, kira stok, etc)..
Tak salah berehat sebentar..
Tak salah santaikan minda..
Main candy crush..
Layan youtube Maharajalawak..
Minda yang fresh, lepas itu, boleh menjana hasil kerja yang mantap..

Doktornya pun layan FB...layan blog..layan youtube bila takdak patient..
Keh keh keh...

Monday, February 10, 2014

Akak Ipar Aku

Inilah aktiviti anak anak aku & anak anak buah aku hari Sabtu lepas. Melepak hisap susu pakai botol, kat rumah nenek sedara mereka, sambil layan Astro. Hahaha..

Chief nya si Zayyan ( depan sekali). Pembantu chief si Ikram kat tengah. Belah kanan dia si Ziyyad, belah kiri si Izhar.


Si Ziyyad lahir Oct 2008.
Sepupunya si Ikram lahir April 2009.

Si Zayyan lahir May 2011.
Sepupunya si Izhar lahir Ogos 2011.

Ikram & Izhar ialah anak kepada akak ipar aku..

Anak bongsu aku, Zayydan..lahir Julai 2013
Akak ipar aku, sedang mengandung ~ 30 minggu..due nya bulan April ini.
Kalau ditakdirkan anaknya yg ketiga ini pun lelaki, maka sama lah wife aku & kakanya, ada 3 hero :)

akak ipar aku dgn kawan kawannya...dia yang tengah sekali..lahir July 1978, tua 5 bulan aja dari aku..hihihi..

wife aku, lahir Jan 1982

Ramai orang kata muka mereka sama, macam kembar.
Ye ke?

Friday, February 7, 2014

Vaksin Typhim Vi

suntikan Typhim Vi, vaksin mencegah Typhoid Fever ( demam kepialu)


Aku baru suntik 8 orang pekerja restoren vaksin Typhim Vi .
Itu requirement dari Majlis Bandaraya utk pekerja di sektor makanan, sebab demam kepialu berjangkit menerusi makanan.

Ceritanya..
Macam tahun2 sudah..

Bila suntik vaksin ni..
Baru kita tau melambak restoren yang kita sangka ' halal'
Menggajikan pekerja yang non muslim
Yang aku tengok kukunya, jarinya..pun loya..
Yang aku tengok rambutnya, pun loya..
Mereka ini, mungkin bukan waiter..
Tapi pekerja di sebalik tabir ( dapur)..
Restorennya gah..posh...kagum kita lihat..
Tapi pekerja di sebalik tabir nya..
Tu belum tengok utensil masakannya..

Alahai..

Wednesday, February 5, 2014

Pokok bunga Impatiens di Cameron Highlands


Impatients : spesis tumbuhan herba genus impatients. Dinamakan sedemikian, sebab biji benihnya cepat pecah bila di sentuh  :P

Impatient: tak sabar / tergesa gesa / nak cepat aja.

Sakit itu ujian.
Ujian nak tengok tahap kesabaran.
Ujian nak kasi hapus dosa, naik darjat...kalau sabar.

Muhasabah untuk diri aku juga, kena bersabar bila di timpa ujian sakit.
Acap kali sangat jumpa patient yang tak sabar ni.

Batuk baru 2 hari, baru ambil ubat batuk 2 hari, terus expect nak terus sembuh batuk nya.
Hari ni sakit mata, di kasi ubat, lusa datang lagi mintak tukar ubat sebab mata masih merah, masih bengkak..padahal dah diberitahu sakit mata memang ambil masa 3-7 hari.

" Saya nak antibiotic power punya doc, nak cepat baik".
Bila permintaan antibiotic tak di layan ( sebab memang tak perlu pun), maka masam lah muka, muncung lah mulut.

Sabar..
Dah la di jalanraya tak tahu bersabar ( potong Q, cucuk kereta, double parking pasal tak sabar cari parking)..
Dah la di FB tak tahu sabar ( asyik meroyan, merintih, mencerca, menyumpah seranah)
Dah la di opis tak tahu sabar ( asyik hamun herdik orang bawahan, push orang nak cepat siap kerja)
Sekurang kurangnya...
Sabar lah bila sakit.


Monday, February 3, 2014

Johor Darul Takzim

Agenda balik JB cuti raya cina ...
Antaranya ialah melawat stadium..



Setelah sekian lama asyik sibuk support team asing ( MUFC)...
Dan setelah sekian lama menunggu zaman kebangkitan Johor (sejak zaman gemilang Boban, Abbas Saad, Alistair Edwards)..
Kini..
Pentadbiran baru..
Nafas baru..
Aura baru..


Dah lama betul tak masuk stadium ni..
Tunggu la, ada kelapangan memang nak tgk JDT main live dalam ni..
Cuma tiket memang manjang sold out sekarang!

We'll always support Johor tauuu  :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...