Thursday, January 30, 2014

Yee Sang? Kacang Pol lagi best :P

Cuti raya cina..
Petang ini balik Skudai..
Rindu dengan mak ayah ..
Rindu kacang pol..rindu lontong kering Hutan Bandar..hahaha
Doakan keselamatan kami sekeluarga ya..
Doa saya juga buat teman2 blogger sekalian...

Nak jumpa my best friend..my dad...doakan juga semoga saya & isteri dapat tunaikan rukun islam ke 5 ini..:)

Wednesday, January 29, 2014

MPV Paling Laris Sejak Dahulu,Kini & Selamanya ( hingga hari Kiamat)



Tuesday, January 28, 2014

Bersangka Baik

Antara pesakit yang aku temui, ialah pesakit yang bisu.
Selalunya, cara komunikasi ialah menerusi tulisan.
Tapi kali ini, kes nya agak memeranjatkan aku....pada mulanya lah.

Ni 'transkrip' perbualan kami..
Yang aku tanya/jawab, pen warna biru.
Yang pesakit aku jawab/tanya, pen warna hitam


Ceritanya..
Dia ada kurap di leher ( yang aku terangkan " kerja peluh".."gatal" )
Dan aku akan beri ubat ( aku tulis " cream"  " pil")

Sekali dia tulis..
" HIV"
Aku tergelak..aku tunjuk isyarat bukan...bukan..
Dia tulis lagi " isteri cakap HIV"
Aku buat isyarat lagi..bukan..bukan..

Sekali dia tulis  " selalu pelacur"
Nak terjatuh aku dari kerusi, terperanjat..
Puas la aku guna bahasa isyarat tanya " betul ke dia selalu jumpa pelacur?"
Last last dia tulis " cerita karut"..

Rupa rupanya..
Bini dia yang ingat dia jumpa pelacur...so kena HIV...so kena ruam kat belakang leher yang disangka ruam penyakit HIV AIDS.

Oh ya..
Bininya pun, bisu.
Bekerja di tempat yang sama.

Aku doakan mereka bahagia..
Dan moga bini nya tak menaruh syak wasangka melampau.

Thursday, January 23, 2014

Cheese Cake Leleh

Sekarang ni trend kek cheese leleh kot..
Wife aku sedang menyiapkan order 55 boxes cheese leleh..:)
Alhamdullilah...rezeki awal tahun..

Gambar gambar ni aku cilok dari FB customer wife aku, which is, member2 blogger jugak :)
Laptop aku buat hal...takleh baca SD card camera aku..Jadi dslr aku kena peram jap..

ni repeat order dari orang kaya Bkt Jelutong..keh keh keh

ni si iyra yang order..tap dia dah stop berblog mulai Jan 2014  :P

ni kawan kawan seopis si iyra yang merasa iyra punya order..terus lepas tu order 25 boxes dari wife aku..TQ ye iyra jadi agen...hahahaha

si iyra order cheese leleh perisa choc & red velvet

kepada yg nak order, bleh la visit FB wife aku Dreamy Treat Bakery Studio, atau call/ wassap Fiza @ 013 3650783. Harga nya RM12 per box. Kena self pick up la..tak leh pos..hahaha

flavor cheese cake leleh ni antaranya 
choc, cappucino, orange, strawberry, pandan, RV, etc etc)

Cuti raya cina aku balik JB...so geng2 blogger JB kalau nak order...dipersilakan  :)
aku ada kat JB dari 31 Jan hingga 2 Feb 2014

Terima kasih  :)

Wednesday, January 22, 2014

Musim Vitamin C

Musim vitamin C sudah tiba..
Makan jangan tak makan....:)

 tapi beringat..
jangan melampaui batas
batuk sakit tekak..
sendiri yang susah  :)

moralnya
pas pas la buah limau raya cina tu kat orang lain
jangan tamak bolot sendiri  
:)

Monday, January 20, 2014

Selamatkah Ultrasound Scan Kepada Baby ?

Semalam aku scan seorang ibu muda.
Anak sulung.
Jadi keterujaan mereka suami isteri, mmg jelas terpancar  :)
Lebih lebih lagi bila dapat lihat baby dalam kandungan ( 14 minggu usia), bergerak gerak dalam imej ultrasound, dan dapat dengar bunyi denyutan jantung baby.

Suami: Baby bergerak gerak ya doc, kuat betul gerak..ok ke?
Aku   : Bagus la kuat gerak, kalau tak gerak, naya..
Suami: Dia menangis ke tu doc ( sambil tangan tunjuk baby yg aktif berpusing)
Aku   : ( senyum sahaja). Baby bergerak gerak sebab bising dalam tu, dia dengar gelombang bunyi bila kita guna mesin scan ni.
Suami : Oooo...So, dia menangis ke tu doc? ( tangan tunjuk lagi baby yg aktif bergerak)
Aku    :  ( senyum je laaaa..hahaha)
Suami: Kalau dia menangis kan doc, tak yah la scan lama lama ..( sambil tersengih sengih)
Aku   : Gulp!

FAKTA:

1- Ultrasound gunakan konsep gelombang bunyi ( nama pun, SOUND)..tapi gelombang yang ULTRA, maknanya telingan kita yang bukan superhuman/bukan bionic tak boleh dengar. Gelombang bunyi ini akan menghasilkan imej ( nak tahu secara lanjut fiziknya, sila Google)

2- Baby di dalam rahim, BOLEH dengar bunyi itu. Banyak kajian dah buktikan ia. Kadangkala, effect bunyi nya boleh menyamai bunyi subway train ( ni bergantung kepada output power yang digunakan masa kita scan). So tu sebab baby bergerak gerak bila di scan, sebab bising!

3- Kajian juga menunjukkan, to a certain extend, gelombang bunyi itu, boleh menaikkan suhu amniotic fluid ( air ketuban). Tapi jangan risau, tidak lah ia membahayakan baby dalam rahim. Kesan ini bergantung kepada output power dan juga berapa lama prosedur scan itu dijalankan.

4- Kesimpulannya, prosedur ultrasound scan ibu mengandung, adalah selamat, dan perlu dilakukan berdasarkan keperluan, dan menggunakan output power yang terendah boleh ( dan hasilkan imej yang dikehendaki), dan di minimumkan tempoh pendedahan, selagi boleh.

 Baby dalam pantang boleh pergi Tesco tak? Jawapan aku, bolehhhhh. Ni si Zayydan, pergi Tesco ketika usianya 5 hari. :)



Fakta tambahan ( ramai patient aku tanya)

Apa itu 4 D scan? 4D scan, ialah scan 3D, yang bergerak!  :)
Dalam ertikata lain nya, rakaman video 3D atau anda saksikan proses scan 3D secara live, itulah 4D scan. " Masa" itu lah yang dimensi ke-empatnya.


Saturday, January 18, 2014

Warga Malaysia Di Tahan Polis Kerana Merotan Anak Yang Tidak Solat

Ini yang menimpa saudara kita di Sweden :
Anak Mereka Di Serah Ke Foster Home Non-Muslim

Reaksi pembaca di laman web Astro Awani:
No Spanking Law

Nabi Muhammad SAW sendiri telah menegaskan:

“Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah jika berumur 10 tahun (jika tidak menunaikan solat juga) dan pisahkanlah tempat tidur anak (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan kalau perlu menghukum, setelah di beritahu berulang kali, hukum lah dengan adil, bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Paling penting, kita sebagai ibu bapa, perlu tunjukkan contoh tauladan..solat di awal waktu..yang bapa, ke surau/masjid selagi boleh.

Diceritakan oleh Muawiyah bin Salih, ada lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, ahli keluargaku tidak taat kepadaku. Apakah yang patut aku gunakan untuk menghukum mereka? Lalu kata Baginda: Maafkanlah saja. Kemudian Rasulullah SAW menyebut hal yang sama pada kali kedua bahkan juga pada kali ketiganya. Seterusnya Baginda mengatakan: Jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikuti kadar kesalahan yang dilakukannya dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Kat rumah, memang si abang yang selalu kena marah dengan aku...sebab kuat sangat menangis..boleh kena buli dek adik dia..hahahaha..tapi wife aku kata, better dia tak membalas bulian adiknya..penah kena cubit few times si abang ni sebab aku hilang sabar...jenuh aku kena bebel ( mak aku bebel, ayah aku bebel, wife aku bebel)...Dalam proses tarbiah juga si abang, selalu bawa ke masjid..dan hantar dia ke kelas taekwando..utk hilang kan sifat ' kuat nangis' nya tu...dan aku kena berubah utk jadi less garang..

Thursday, January 16, 2014

Kanak kanak, memang jujur

Ber FB, ber Wechat, ber Whatsapp..
Tengok keliling..
Pastikan anak anak tak tengok ya..
Hahahaha..


budak dua orang ni, especially yang besar tu, memang amat peka ya..ada few things yang sampai ke pengetahuan teacher nya di Genius Aulad...macam mana aku tau? Wife aku bagitau. Macam mana wife aku tau? Wife aku borak2 dengan teacher nya.  Nasib baik bukan benda yang memalukan/buruk tau! tak tau la kalau ziyyad ada cerita kat teacher dia ' daddy suka tido masa tengok bola', tapi teacher dia saja tak nak bagitau wife aku! hahaha

Wednesday, January 15, 2014

Live From Sunway Lagoon

Zayyan tengah main air sekarang kat Sunway Lagoon ( baju biru kasut kuning). Oh ya, dia mmg penakut air. Memang kena hantar kelas swimming nih! Dan ya, aku tercongok kat klinik kerja ni..mommy dia tengah buat kek kat studio..dia pergi dgn cousin2 dia ..jelessss!! hahaha

Monday, January 13, 2014

You Underestimate The Power Of The Darkside

hinsss..hinss..( bernafas gaya darth vader)
hahahaha

Friday, January 10, 2014

Parking VVIP

Hahaha..
Ramai pulak yg tanya aku pasal entry semalam.
Jawapannya:  AKU TAK BAGI MC

 cikgu tu boleh la parking kereta dia kat sini ya. Hahahaha...
( sebenarnya aku pun tak tau MC kat signboard ni maksudnya apa)

Aku punyai budi bicara juga, timbang rasa juga.
Tapi untuk kes semalam, aku punya naluri kata, jangan layan.
Maka aku perlu tegas. Tu sahaja.

Aku tak kiralah kerana masalah birokrasi ke apa,
Tapi kalau masalah anda, di bawa / di foward ke pihak ketiga, sampai nak memeningkan kepala pihak ketiga ( doktor dalam kes ini), maka susah la kan..Bukan sekali dua aku hadapi situasi cikgu dgn CRK nya.

Aku masuk kilang. Senang parking. Kalau lah ada slot parking macam ni di sediakan khas kalau aku gi MidValley ke, The Curve ke, KLCC ke..ohhhh..indahnya doniaaa...hahahaha

Thursday, January 9, 2014

Pengetua/Guru Besar Ada Kuasa "Keluarkan MC "?

Buat yang bukan guru, pernah dengar pasal Cuti Rehat Khas ( CRK) ?
Aku terbiasa dengan CRK ni, walaupun aku bukan guru, atas sebab yang menjengkelkan.

Kenapa aku kata menjengkelkan?
Tahu jengkel tu apa?

Cikgu Kecik ( bukan Pengetua/Guru Besar) datang jumpa doktor, minta MC.
Atas alasan " Saya mintak CRK dari Cikgu Besar, Cikgu Besar tak bagi, sebab alasan masih awal tahun, baru buka sekolah. Cikgu Besar suruh saya ambil MC aja"

Aku tak tahu la pasal pekeliling CRK ni, tapi aku ada baca, contohnya Di Sini.
Kalau Cikgu Besar tak luluskan CRK Cikgu Kecik atas alasan ' nanti kurang guru di sekolah, maka pembelajaran murid murid terganggu' , maka aku boleh terima.
Tapi bila Cikgu Besar tak luluskan CRK yg dipohon, dan CADANGKAN (atau patut aku tulis, ARAHKAN) Cikgu Kecik pergi ambik MC dari klinik, maka apa penaakulan mantik nya di situ?

  1. Bahawasanya nampak sangat bukan isu kekurangan guru yang menjadi pokok
  2. Adakah sebab nak memudahkan kerja Cikgu Besar, tak perlu kertas kerja..entah la, aku tak tau sebab aku bukan cikgu, maka jalan mudah lagi pintas ialah " kau mintak lah MC dari doktor"

Aku pun tak tahu, mungkin kah dalam circular /Pekeliling Kementerian Pendidikan ada menggariskan garis panduan sebegitu buat Cikgu Cikgu Besar ( iaitu suruh Cikgu Kecik mintak MC kalau Cikgu Kecik pohon CRK)??  Harap ada lah pembaca blog aku dari Kementerian Pelajaran yang boleh jawab.

Hebat betul KUASA seorang Pengetua/Guru Besar di Malaysia kan?
Pernah dengar peribahasa Melayu " Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari" ?

Bukan niat aku nak menghentam profession perguruan, sebab aku tahu ramai lagi guru yang penuh dedikasi, ikhlas & komited. Mak aku guru. Adik aku guru. Akak & adik ipar aku pun, guru.
Kalau rasa TANGGUNGJAWAB sebagai Cikgu Besar tu berat, payah, menyusahkan, maka jangan pikul tanggungjawab itu. Aku sendiri dulu, bercita cita nak jadi Pakar O&G. Tapi bila dah kerja sendiri di wad bersalin, aku tahu, aku tak mampu menggalas cabaran itu, maka aku tak further study dalam bidang O&G.

Fikir fikirkan.

Wednesday, January 8, 2014

Ketinggalan komuter

aku memang selalu ketinggalan komuter, bila tiba bab teknologi.
banyak sangat fikir 'perlu ke tidak beli' ( aku la tu)
membazir ke tidak wang..
nasib baik tuhan jadikan manusia berpasang pasangan, saling lengkap melengkapi
wife aku selalu usul kan dan 'beri semangat' supaya beli..
dia kata " u bukannya takde duit"
kalau tak kerana wife aku
mesti aku masih pakai henfon tak smart..hahaha

masih banyak list 'perlu beli' yang wife aku usulkan
hahaha..

Tuesday, January 7, 2014

Kepala vs Kelapa

Aku ambik gambar ni masa gi breakfast dengan Ziyyad..

pose istimewa dengan buah kelapa  :)

Aku teringat cerita wife aku..
Dulu zaman dia kanak kanak...umur sekitar 7-8 tahun..
Ada sebiji buah kelapa jatuh dari pokok, kena kepalanya!
Alhamdullilah wife aku tak de apa apa..

Aku saja buat research sikit pasal " Falling Coconut" ni...
Rupa rupanya ada study khas di buat oleh seorang doktor Canada yang berkhidmat di Papua New Guinea .." Injuries Due to Falling Coconut"..study tahun 1984 yang diterbitkan dalam Journal of Trauma.

Aku rasa wife aku dulu bukan kena direct impact, sebab mustahil survive kalau kena direct..Kalau ikut study tu, 'glancing blow' ada chance utk minor injury. Maknanya, buah kelapa tu jatuh sipi2 / angle yang menyebabkan takda serious injury pada kepala wife aku. Dan ikut hukum fizik F = m x a ( Force = mass x acceleration), jadinya aku speculate force buah kelapa tu kecil sebab mungkin saiznya kecil( small mass) & pokoknya rendah ( small acceleration)..Memang tuhan dah takdirkan wife aku survive..alhamdullilah.  Wife aku masa kena tu, cuma pening pening aja, dan langsung tak gi hospital check! hahaha..

Bahayanya impak buah kelapa jatuh ni, hinggakan kerajaan India arahkan buah buah kelapa di petik dari pokoknya, yang terdapat di Muzium Ghandi, semasa lawatan kerja Presiden Obama. Risau kepala Obama kena hempap buah kelapa. Kalau Rosmah Mansor melawat muzium ni, moga di beri pemerhatian yang sama juga hendaknya. Menangis rakyat Malaysia kalau kepala Rosmah Mansor kena hempap buah kelapa! LOL

 

Monday, January 6, 2014

Apa Ada Pada Nama

Musim tahun baru..musim persekolahan darjah satu..
Selain mak bapak sibuk dengan persiapan..
Cikgu cikgu pun sibuk..

Antara rintihan cikgu cikgu ialah nak menulis nama murid yang panjang panjang dalam buku register..hahaha..
Zaman sudah berubah..
Kalau zaman dulu, nama satu suku kata aja..." Ahmad ".." Abu ".." Leha"..
Lepas tu naik ke dua suku kata " Mohd Nizam"..." Siti Nurhaliza "...( nama aku pun 2 suku kata)
Zaman sekarang...ya..zaman anak anak kita..3 suku kata  :)

anak sulung aku:  Muhammad Fiedyan Ziyyad

anak kedua aku: Muhammad Fierasz Zayyan

anak bongsu aku:  Muhammad Fayyadh Zayydan

Mak aku kata nama anak anak aku panjang..
Jenuh cikgu nak isi buku register..hahaha..sebab mak aku cikgu !

Kalau nama anak anak aku panjang...
Cuba tengok nama budak ni...adik aku ( pun cikgu) yang whatsapp kat aku semalam...

Bertabah lah bakal suami dia masa akad nikah nanti..nak sekali lafas! hahaha..


Yang penting, nama mestilah membawa maksud yang baik..
Dan panggil anak anak, dengan namanya..
Tak guna bagi nama panjang panjang, tapi last last panggil boboy atau gegirl aja..:)

Sunday, January 5, 2014

Nuffnang: Keywords Total Hits This Week

aku selalu jugak belek akaun Nuffnang..nak tengok bila la duit dalam tu boleh beli aifon :P
dan selalu tengok keywords yang orang gunakan..

memang banyak keywords pelik yang kita boleh temui.
tapi yang aku baru tengok pagi ni....memang pelik..hahaha
Total Hits This Week...dengan 17 hits !

by the way, setiap bulan ada aja "hits" utk keyword memek merah. Apa benda memek tu?

Friday, January 3, 2014

Awak Dah Mumayiz?

Di suruh pilih, yang mana anda nak ?

duit RM1 yang cantik, baru keluar dari bank, tak berkedut, tak berkeronyot

Atau

duit RM100 yang dah buruk, berkeronyot

Budak belum mumayiz..mungkin akan pilih RM1..
Sebab cantik duit nya, kan?
Budak belum mumayiz akan terpesona dengan kecantikan luaran.

Itulah analogi yang seorang ustaz berikan di radio IKIM 2 bulan lepas kalau tak silap aku..

Kita yang dewasa, mampu berfikir, tentu akan pilih RM100..
Sebab nilai nya..
Tak kisah la rupa nya buruk..berkeronyot..

Begitulah dunia ini..
Nampak cantik..tak berkeronyot..
Ramai yang tertipu dengan dunia..
Macam budak belum mumayiz  :)

Jalan menuju akhirat yg kekal abadi..
Memang berkeronyot..tak menyenangkan..susah..
Tapi kita patut tak kisah tentang kesusahan itu...keronyot itu..
Sebab NILAI nya..

Thursday, January 2, 2014

Tiada Lagi Anonymous

Sempena tahun baru 2014..
Nak buat pembersihan blog..
Cuba jawab pertanyaan yang kawan kawan dah lama tanya, yang ada link..jadi boleh ke blog mereka. ..bagi jawapan.

Tengok entry2 lama..
Ada banyak komen dari ANONYMOUS.

Pendapat kita mungkin berbeza.
Itu tak mengapa.
Tapi jadilah orang yang bertanggungjawab.
Terlalu banyak komen yang ' hentam keromo'..
Terlalu banyak komen yang ' main komen aja, buat andaian..silap hari bulan tak kenal pun kita sebagai pemilik blog/ regular readers'.
Dan mereka ini ialah ANONYMOUS

Mulai hari ini..
Tiada lagi ANONYMOUS.
Maaf..
Berterus terang..
Tunjuk diri anda..sebagaimana kebanyakkan pemilik blog tunjuk diri mereka.

After all..
Kalau tak suka, tak perlu baca.
Kalau tak suka, tak perlu sentap, tak perlu terperasan nasihat/kritikan itu ditujukan pada anda
Tiada paksaan suruh baca blog orang lain pun.

Secara peribadi..
ANONYMOUS ini lebih menyusahkan aku, sebagai pemilik blog ini.
Maka mulai hari ini..
Tiada lagi komen dari ANONYMOUS

kita semua ada identiti kan? ada muka kan?  :)

Wednesday, January 1, 2014

Bapa Yang Hebat !

Antara soalan yang acap kali di tanyakan pada aku, ialah:

" bagaimana saya nak suruh anak saya makan doc? "

" dia memang makan jajan aja...taknak makan"

" susah la anak saya nak makan ubat"

" saya guna ubat punggung aja..ubat sirap dia tak mahu"  ( ubat demam masuk dlm lubang dubur)

Aku bukanlah pakar pemakanan..
Jauh sekali pakar motivasi kanak kanak..

Cuma yang selalu aku nasihatkan ibubapa sebegini:

" Gunakan kreativiti anda"
" Selidik, fahami apa yang anak anda suka / kelemahannya..dan gunakan ia"

Kita yang lebih kenal anak kita..
Bukan doktor...bukan cikgu...bukan nanny..walaupun ramai juga yg maid nya lebih kenal anaknya

Kreativiti bapa ini, anda boleh contohi..



ps: Jangan pula nanti bagi alasan " saya tak geti melukis lah! " 
Be creative!
Perah otak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...