Saturday, December 20, 2014

Melayu Kena Merayu

Entry yang agak berat hari ini untuk kita semua hadam, tentang survival bangsa Melayu..

Ini luahan Tun Dr Mahathir yang terkini:
Malays now have to beg to remain in power

Dan aku secara peribadi percaya, kelemahan Melayu itu sendiri atas sifat malas yang amat payah diubah:
I failed to change lazy Malays - Tun Dr Mahathir

Melayu malas, tapi nak kaya, nak berkuasa.
Maka Melayu yang malas ini jual bangsa nya sendiri pada bangsa lain..
Di jualnya bangsa sendiri supaya diri sendiri survive.
Tapi berapa lamalah survival orang malas boleh bertahan..
Kesudahannya, Melayu kena merayu kepada bangsa yang membeli maruah Melayu itu..
Merayu untuk berkuasa kembali..
Merayu untuk menjadi kaya.

Gambar selingan:  Auuummmmm....malam ni Harimau Malaya akan menentang Thailand pada pusingan kedua final Piala AFF Suzuki. Misi yang sangat mencabar, apa apa pun bola itu bulat. Selamat berjuang Harimau Malaya. ( baru aku sedar Ziyyad belum ada jersey Harimau Malaya)

22 comments:

  1. Betul kata Tun tu.. tengoklah melayu sekarang ...... silap2 boleh jual bangsa sendiri sebab tamak haloba.. Act itu ingatan Tuan untuk kita semua sebagai bangsa melayu...

    ReplyDelete
  2. Kisah melayu begini bkn sekarang shj....zaman dulu lagi....
    Rasa2nya mmg dah jd budaya...

    ReplyDelete
  3. ...melayu mudah lupa...mudah leka..

    ReplyDelete
  4. yg nak cepat kaya berlambak... x caya tgk kt facebook, bergambar sebelah ferrrari utk pancing downline... ramai plak tu yg percaya dan join.

    ReplyDelete
  5. kebanyakan melayu hidup dalam persekitaran yang sangat tak memotivasikan. terlalu kritikal terhadap darah daging sendiri, orang luar pula diagungkan hingga sanggup dipijak.

    hidup dalam negatif hingga potensi dalam diri x dpt digilap sepenuhnya...

    ReplyDelete
  6. xnak jadi melayu malas..berusaha keluar dari kepompong..

    wauu kat rumah die ade rimau laa

    ReplyDelete
  7. Ermm.. itulah..kebanyakan org kita angan2 tinggi.. tp mls berusaha.. kdg tu dh selesa sikit trs lupa diri

    ReplyDelete
  8. huhuhu betul tu doc, sgt setuju.... melayu yg bila dh kaya jumpa kwn lama pun bt2 tak kenal, tp bile susah ingat pulak kt kwn tuh...
    betul apa yg Tun risaukan tentang melayu

    ReplyDelete
  9. saya pun terasa..memang penyakit malas sukar diubah.perlukan pengorbanan yang besar dari individu tu sendiri. bukan boleh berharap pada pemerintah nak mengubah peel buruk ni. Allah pun takkan mengubah nasib sesuatu kaum. marilah kita bangkit, melayu ke bukan, marilah kita bangkit terutama saudara seIslam..

    saya cakap kat anak, kalau malaysia menang kita p beli jersey HM. huhu tak merasalah nampaknya hehe..

    ReplyDelete
  10. ramai melayu gitu.. isyh berat nak diulas...
    melayu malastu ada yang dahada berubah sikit jgler (ramai gak yang rajin)
    tapi tang tak reti nak bersatutu paling parah...

    ReplyDelete
  11. pepatah orang melayu " rezeki secupak takkan jadi segantang " itulah jadi pegangannya.
    taknak pulak ikut " kalau tak di pecahkan ruyong mana nak dapat sagunya"
    pepatah baru " kena pecahkan tabung..baru aku untung" hehe

    ReplyDelete
  12. hmmm statement yg benar dan melemahkan... dalam satu2 period pemerintahan biasanya Melayu ada seorang saja pemimpin yg kuat... selain dari tu taklah sekuat mana... ini termasuk zaman Melaka dengan kekuatan Tun Perak... lepas dari tu Melaka tumbang... sejarah mungkin berulang

    ReplyDelete
  13. Yg menjual bangsa satu hal doc. lagi hebat memijak bangsa sendiri pun kian menjadi-jadi
    Bercekau tak sudah. Sedih dan menakutkan - bimbang memikirkan generasi anak kita kelak

    Ziyyad baliklah JB sekarang di Angsana ada Kraft fair banyak baju/t-shirt/jersey Harimau Malaya tau...

    ReplyDelete
  14. Sedar tak sedar, Melayu ada masalah personaliti dan attitude yang sangat kronik. Bila dah sebati, nak turn back tu perlukan kudrat yang bukan sedikit. Yang penting, kalau masih di landasan Islam, Insya Allah.

    ReplyDelete
  15. jom kita ubah tradisi melayu yg malas!!!

    saya Jawa..(terus takmo ngaku Melayu..hahahaa)

    ReplyDelete
  16. mmg sokong 200% ape yg Tun ckp..rindu Tun!..;(

    ReplyDelete
  17. memang ada segelintir melayu yang bersikap macam ni..diaorang ni la yang memburuk kan pandangan orang pada bangsa melayu lain...sebab nila settil habis rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  18. medalam tu ayat tu.hmmmm ntah lah~

    ReplyDelete
  19. Memang setuju dengan Dr M tu..... contohnya depan mata ni.....kudrat ada lagi tp tak tau nak berbisness hihi...tak reti reti nak belajar buat kek....bukan tak mau, ,malas nak bersaing dengan studio kek kat sanan tu hah haha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...