Tuesday, December 9, 2014

Melayu Kena Belajar Benda Ini Dari Cina

Aku terpanggil untuk menulis entry ni, lepas terbaca status Kakcik Seroja di laman FB beliau, pada 3 Disember yang lepas..

Ni gambar ehsan dari wall Kakcik..hihihih..

Kakcik Seroja ke Klinik Kesihatan Kg Cheras Baru

Soalan kakcik dalam FB beliau ialah:

Cer bagi sebab - kenapa ramai orang Cina lebih suka pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan walaupun terpaksa bersesak dan menunggu lama?

Dulu, masa aku berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan, pemandangan yang sama juga aku lalui..Memang ramai orang Cina ke hospital & klinik Kerajaan. Bagi mereka yang tak mampu, memang kita faham kenapa ( sebab bukan semua Cina kaya raya / maju ber bisnes). Tapi ramai juga kaum Cina yang kaya raya, naik kereta menjalar jalar datang ke hospital & klinik kerajaan..Kenapa?

Entry ini bukanlah untuk bersifat rasis, bukan.
Malahan, entry ini sebenarnya aku tulis untuk buka minda kita, orang Melayu, tentang sikap kita, tentang mentaliti kita.

Orang Cina, tahu menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Mereka gunakan sebaik mungkin. Mereka tahu, perkhidmatan di hospital & klinik Kerajaan, adalah terbaik, lengkap, berprotokol, walaupun terpaksa menunggu lama.
Orang kita, ada segelintir yang berlagak kaya ( baca: tak kaya pun, tapi gaya ngalahkan Datuk Datin)
Untuk penyakit penyakit kritikal, penyakit kronik yang perlu rawatan jangka masa panjang / seumur hidup, selagi boleh, dapatkan lah rawatan di hospital Kerajaan. Sebab apa?
  • sebab kos rawatan di hospital & klinik swasta makin mahal
  • sebab makin banyak kes hospital swasta yang tak ber etika, mengenakan cas di luar akal, mentang mentang yang membayarnya adalah insurance company
  • sebab makin banyak kes hospital swasta yang tahap penjagaan kesihatannya, ala kadar, malahan tak menyeluruh / tak ber-follow up betul betul.
Aku tulis begini, bukanlah bermakna gi hospital swasta tu langsung tak berguna. Tidak.
Ada ketikanya, kita perlu ke swasta, utk dapatkan rawatan/ diagnosis yang cepat, sebab kadar menunggu di kerajaan terlalu lama. Bayangkan, kena tunggu hampir 6 bulan utk dapatkan MRI, sedangkan kalau ke swasta, on the spot boleh buat ( cuma sediakanlah aja duit / medical card / insurance  nya)

Kalau kita lebarkan skop " orang Cina tahu menggunakan kemudahan sedia ada dengan sebaik mungkin" ini, kita akan dapati juga:
  • Betapa banyaknya peluang peluang dalam bidang bisnes / keusahawanan yang Kerajaan sediakan untuk kita, kaum Melayu / Bumiputera, tidak kita grab.
  • Betapa banyaknya peluang biasiswa / bantuan kewangan berbayar balik yang disediakan untuk kita Melayu / Bumiputera gunakan, kita tak grab, sebab kita malas belajar & malas bertanya.
Wife aku terlibat dalam bisnes bakery. Dunia wife aku dunia masakan, bakery, penghasilan produk. Wife aku dah pergi ke pelbagai kursus, seminar dan expo yang memang teramat banyak disediakan selama ini oleh pihak Kerajaan, dan majoritinya, PERCUMA...dan lebih lebih lagi, banyak dana & bantuan untuk usahawan wanita. Adakah kita, orang Melayu ambil kisah benar benar tentang peluang sedia ada ini? Aku berani jawab TIDAK, sebab wife aku sendiri dah tengok betapa banyak peluang yang ada, terbiar begitu sahaja. Betapa banyak dana yang ada, tak digunakan sebab tak ramai yang pohon.

Buang mentaliti " Kerajaan sentiasa salah"
Buang mentaliti " Nak pohon dana / bantuan itu ini perlukan kabel"
Buang mentaliti " Susah Melayu nak berjaya, kalau tak kenal orang dalam / etc"

Ya, mmg ada banyak melambak kes kes kronisme nepotisme dan segala mak nenek - me lagi.
Tapi lagiiiiiii banyak ketelusan & peluang yang ada, yang kita lepaskan.
Tengok Cina, ada mereka kisah peluang tu BN atau Pembangkang yang sediakan kan?
Yang mereka kisah ( dan kita patut kisah macam mereka) ialah bagaimana mereka boleh dapat gunakan peluang yang ada.
Sebab apa?

Sebab segala peluang/dana/ kursus/ seminar/ ubat ubatan/ mesin MRI/ jalanraya/balairaya, dan pelbagai lagi benda, yang tertulis/termaktub sebagai HAK KERAJAAN, datangnya, ialah dari duit kita sendiri, si pembayar cukai. Benda2 itu bukannya datang dari duit poket ahli politik ( tak kira idealogi apa pun).
Gunakan HAK kita sebagai rakyat.
Jangan asyik komplen itu dan ini sahaja..penyudahnya nanti kita makin mundur, orang lain makin kaya dan maju...dan kita rasa pelik masa tu, kenapa jadi sebegitu?

45 comments:

  1. Terima kasih atas catatan ini.

    Sebenarnya sewaktu menantu kakcik mengandung, dia mendapatkan rawatan di hospital KPJ Ampang Puteri. Atas nasihat kakcik dan suami, dia dan Along bersetuju untuk meneruskan rawatan/pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan.

    Alhamdulillah. Layanan dan rawatan di KKCB dan Hospital Ampang memang terbaik sehingga kepada bayi mereka.

    Pokoknya hanya perlukan kesabaran untuk menghadapi kesesakan dan mungkin sedikit masalah yang remeh temeh.

    ReplyDelete
  2. Nice one doc!..

    Saya nie nasib la ade medical card husband saya..sbb tuh la gie cucuk anak semua kat private..cume kalau sakit yg besar2 je saya refer hospital kerajaan..saya pernah refer kat hospital selayang sbb cyst n lump dkt breast kanan saya..smp la satu hari tuh saya kene raba dgn doc lelaki india kat situ..saya dgn doc pmpn yg ade kt situ memasing terkedu!..terus saya dh stop pegi check kat sana smp la skang..phobia!

    ReplyDelete
  3. Memang terbaik lah doc entry ni. Macam kat tempat saya bekerja ni dan juga tempat kerja suami memang di sediakan medical card untuk anak²/suami. Tapi kalau nak di ikutkan, memang ubat² dari klinik kerajaan memang bagus,

    ReplyDelete
  4. Saya suka entry ni dan saya sendiri salah seorang dari pengguna hospital kerajaan, walaupun terpaksa menunggu lama tapi setakat ni Alhamdulillah semua berjalan dengan baik sepanjang saya mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Tak mo komen .. just nak cakap sangat setuju dengan entri ni !

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat dengan entry ni. Kalau pasal check up mengandung contohnya...ada orang yang saya jumpa, berbangga sangat buat check up di klinik swasta yang tak la glamer mana, tapi bila ada hal yang saya sangka nk skip kerja, tahu pula gunakan kelamaan hospital kerajaan pergi buat check up. Mmg tak faham dan pelik kat situ.

    ReplyDelete
  7. A very very good one. Nak add sikit lagi boleh? Melayu sebenarnya suka di"spoon-fed". Semua pun nak mudah pastu bila bangsa lain lebih maju mula la tak puas hati, excuse itu ini blame pihak tu pihak ni.

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat dgn entry ini.. Ky pun lebih selesa dengan perkhidmatan hospital kerajaan..

    ReplyDelete
  9. Sebab tu dulu akak beranak kat spital bosar soromban tu dik. Sobab omak akak tu kojo sopita kerajaan. dio tak yakin dongan swasta kalau part beranak. Kok ado komplikesen maso ko boranak, di tolak eh kau kek spita kerajaan gak. Itu ayat omak akak. Boto tu mak...anak mak setuju!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dgn akak part ni. saya pn sama. bersalin semua kt hosp tunku jaafar tu. terbaik! just kalau nk test apa2 nk cpt je ke swasta.

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Betul docto. Stuju. Saye bg contoh saye jela. Sy lg suka check up kat KKIA sebab lagi terperinci. Nurse semua baik2 bg info ibu mgandung lagi2 yg primigravida ni. Docto pon klu kite demam skit. Batuk ke ape ke msti msuk bilik docto gak. Docto nk cek. Sllu nurse je pantau. Sy tak kisah tggu kdg2 sampai 3 jam. Tapi tu kalau lewat. Lg satu kat sini kaunter dibuka seawal 7.30 pg. Sy dtg awal2. Paling cepat sejam setengah dah selesai.

    ReplyDelete
  13. Saya lebih suka dapat perkhidmatan di hospital/klinik kerajaan bukan kerana isteri saya anggota KKM dan dapat rawatan percuma seumur hidup, tapi kerana peralatan, kemudahan dan kelengkapannya. Cuma satu saja kelemahan hospital/klinik kerajaan: masa menunggu yang agak lama. Tapi dengan penambahan anggota pegawai perubatan & paramedik, masa menunggu tak seteruk dulu lagi. Saya nak ceritakan pengalaman seorang kawan yang berubat di hospital swasta, habis RM9,000 tapi tak baik juga dan akhirnya bila keadaannya kritikal dia dirujuk ke hospital kerajaan yang mempunyai peralatan lebih baik. Dulu dia selalu pelekeh hospital kerajaan, sekarang tidak lagi....

    ReplyDelete
  14. full utilized segala kemudahan yg disediakan. memang bijak.... tp org kita lain, klu dah tak suka, buat baik mcm mana pun tetap tak suka...

    ReplyDelete
  15. Saya setuju! Orang Cina sangat pandai mengambil peluang yang ada untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. Orang kita masih sibuk bertelagah bab politik sampai peluang yang ada terlepas kepada orang lain.

    Orang Cina yang sanggup beratur kerana ubat di hospital bagus. Kalau kat luar dorang kata ubat bagus tu mahal. Jadi dorang tak kisah kalau kena beratur atau tunggu lama.

    ReplyDelete
  16. ok setuju. mmg hospital kerajaan lebih baik. cuma..masa menunggu tu yg orang tak tahan, tu je. utk kes nak cepat/kecemasan..adakalanya saya ke swasta juga sbb free (company tanggung)..hehehe. so..pegi kerajaan ke swasta ke mmg tak payah bayar.

    dari segi ubat-ubatan, yes..saya akui ubat hosp/klinik kerajaan lebih baik dan saya konfiden. masa pregnant..saya check-up kat klinik kerajaan je, sampai la bersalin...smua dgn kerajaan. kebetulan husband gov servant, so tak perlu bayar apa2. nurse smua baik2, bagi advise itu ini..saya akui semua tu bagus.

    cuma satu tu je lah....masa menunggu. panas montot duduk lama2....hahahahaaa.

    tips kalo xnk tunggu lama....datang la ke klinik/hosp awal pagi..dapat nombor giliran awal. tu je caranya.

    ReplyDelete
  17. kita kena berfikiran jernih, yang betul..kita sokong. Yang tak betul..kita bantah. Takde pihak yang salah/betul dari segala aspek. Suami saya kerja bahagian ekonomi utk rakyat, mmg jelas byk kemudahan yg pihak kerajaan bagi. Kadang sampai tak dpt nak bagi kat Melayu, sbb takde yg berkelayakan mohon. Sedih tau.

    ReplyDelete
  18. setuju doc !
    tapi kami memang tak mampu pun nak ke hosp swasta
    setakat pergi beli ubat je kat hosp swasta
    cellcept kot nama ubat tu. ayah makan, sebab dia transplant kidney
    nasib baik boleh claim balik, sebab ayah keje gomen
    itu pun dulu kene buat surat menyurat. surat hosp, surat apa ntah lagi, untuk dapatkan approval supaya boleh claim duit ubat tu
    ye la sekotak 460 hengget kot. mahai btoi

    ReplyDelete
  19. betui tu ....
    klu untuk rawatan jangka panjang mmg akan ke spital gov tp klu takat demam2 biasa pi swasta je ...

    itu la org melayu kita...sedih

    ReplyDelete
  20. Cool! Dari dulu dah pernah bercerita tentang benda yg sama. Bezanya, sy bercerita tentang mentaliti org Melayu yg kononnya mahu kemudahan terbaik di hospital swasta untuk melahirkan anak. Saya tak kisah kalau yang mampu tapi yg sy kisah bila ada yg sampai bergolok gadai.

    Apapun, good point! Doc mmg cool!

    ReplyDelete
  21. sgt membuka minda entry ni..sy pn bru terpikir.

    ReplyDelete
  22. aku antara org yang rajin pi gomen
    branak pun kat gomen
    operate bagai pun kat gomen

    ReplyDelete
  23. setuju : ) yang tak bestnya china suka percuma tapi jarang nak menyokong kerajaan

    ReplyDelete
  24. salams daddy ziyad,

    terbaik entry ini....kita byk peluang percuma tapi pandang sebelah mata pon belum tentu....

    ReplyDelete
  25. setuju 200%...sy slh seorg yg guna khidmat klinik/spital krajaan kcuali ank demam trus guna medical card insurans p swasta mlm2 buta.

    sy pnya engineer ms pregnan p swasta.lps ank lahir dlm stahun ank tu br dpt tau ada thalesimia.dia ckp spital swasta tu x check pon dr awal dia pegnen smpai anak lahir.lps tu trus dia dptkn rwatan kt spital krajaan smpai skrg sbb katanya klau swasta kosnya mahal.

    ReplyDelete
  26. good point. sy sangat setuju.
    but sebagai seorang y masih nipisnya kesabran dalam diri, sy tgh berusaha untuk lebih bersabar.
    Menunggu adalah satu kelemahan saya yang masih ketara.

    ReplyDelete
  27. betul sangat, walaupun saya jarang guna perkhidmatan kkim (belum lagi), saya mmg lebih prefer utk ke hospital kerajaan dr swasta....pengalaman kawan baik saya sendiri amat menyedihkan,
    check pregnent semua spital swasta, tak skali pergi klinik kerajaan...sebb suami kerja multi nation company...boleh guna medeical benefit utk bersalin di hospital swasta...takdir Allah tiada siapa tahu kita akan diberi kesihatan yang baik untuk carry baby sampai 9 bulan, kawan saya ditakdirkan bersalin pra matang, kandungan baru melepasi 5 bulan....pergi ke klinik yg dia check up selalu yg dia daftar utk bersalin di situ, klinik tak sanggup nak terima kes, dia dalam keadaan sakit yg amat dihantar ke hospital swasta berdekatan, sebelum nak admit & register, mereka tanya sanggup tak bayar mesin utk tempatkan baby pra matang, charge ribu ringgit sehari....dah tentu bukan utk sehari dua kena guna...dalam keadaan kritikal akhirnya kawan saya itu ditolak ke general hospital dan bersalin di sana.......dekat 3 bulan baby kena tinggal di hospital dalam mesin itu....hingga kini saya masih mengigil bila ingat kisah ini....
    panjang pulak celotehnya....

    ReplyDelete
  28. saya setuju dengan entry ni
    saya sendiri merupakan penghidap hyperthyroid sejak 18 tahun yang lalu
    hospital kerajaan adalah rumah kedua saya
    saya juga tak paham dengan bangsa sendiri yang begitu bias pada hospital kerajaan
    sedangkan tiap kali berlaku kes kronik, hospital swasta akan transfer ke hospital kerajaan

    memanglah service tak sesempurna swasta, tapi berapa korang bayar untuk service tu?
    kes yang kita baca di dada akhbar adalah kes terpencil, tak akan hanya sebab dua tiga kita dah gerun
    lagipun perlu sentiasa ingat bahawa itu adalah takdir ALLAH
    jadilah orang yang berpenyakit seperti saya lepas tu buatlah comparison
    korang akan paham dan nampak perbezaan tu

    ReplyDelete
  29. bla baca entry ni, cuma satu kesimpulan yg boleh sy br. org kita (melayu) ni kurang sabar. walaupun mereka fhm sabar itu separuh drpd iman, tp bila kena tang mrk, iman ke mana sabar ke mana... ;-)

    ReplyDelete
  30. As-salam..

    Entry yang sangat membuka mata.. TQSM ya..

    ReplyDelete
  31. Tak dpt nak menafikan langsung apa yg DZ ckp ni. Mmg betul kalo pegi klinik kerajaan, org Cina memang menunggu dgn sabar. Wp kadang2 mereka pun mmg bengkek dgn sikap sesetengah staff front line tp tetap telan je. Asalkan segala kemudahan yg disediakan, digunakan sepenuhnya. Saya mengaku saya terasa jgk bila doc kata berlagak kaya tu. hehehe. mmg tak kaya pun, tapi saya pegi check up pregnant di swasta. Tapi percayalah... bukan berlagak kaya, cuma saya pun gunakan kemudahan insurans yg ofis sediakan. heheheheh.. Lagipun masa pregnant, sgt la mabuk alahan, mmg takde semangat nak tunggu lama2. Lepas tu takut kena minum air gula. Air gula kat klinik swasta sedap, mcm air 100 plus.

    ReplyDelete
  32. bagus n3 ni, selalu sembang dgn suami benda2 ginilah..
    bkn cina kbnykkn jer, cina kaya pun guna khidmat ni.. mentality melayu ni kbnyknnya jenis tk sabar,.. perasan kaya

    ReplyDelete
  33. good sharing DZ, dulu teman emak (gov servant) rasa senang hati walaupun lama, tapi bila menunuggu sesiapa yang private sector staff, risau ja time out lama, ramai melayu
    kerja as employee tapi chinese independence
    venture sebab tu mereka boleh tunggu tanpa
    cemas. kerja sendiri ada freedom to choose.. unless work with gov. buka on weekends pun ok:) anyway kita niat contribute to evetyone kan kalau kita doc swasta kita suka the other way round. all depends.

    ReplyDelete
  34. ms checkup mengandung dl, terserempak dgn datin.. sbb apa sy tau datin? sbb ms kt kaunter ubat tu, mmg dipanggil datin sekian..sekian.. dlm hti terfikir, "kaya tp msh nk pegi klinik kerajaan, bgs btl.."

    check up anak..jumpa chinese bw anak gak utk check up..gaya mmg nmpk org kaya sbb kereta besar.. gigih tunggu giliran.. bila sy tnye, katanya sbb kt klinik kerajaan lbh details n xksh tggu lama..

    kagum..

    pernah la kerek, tnye kt klinik swasta ada tak check up baby.. doc kt situ kata, nape nk bazir duit dtg klinik dia sedangkan kt kerajaan lebih bagus.. siyes rs terpukul.. hahaha

    ReplyDelete
  35. Setuju sangat..peluang ada tapi tak nak guna..alasan nya ,tak selesa,lambat..kalau fikir macam tu tak payah kerajaan buat klinik semua tu...dah nama pun percuma dah tentu la ramai yang serbu.tapi yang ada sesetanhah orang nak chekup anak pun kat swasta.. pelik sangt sebab kalau checkup kat Klinik kerajaan pun sama je..nak cepaty datang la cepat..ye tak??hehe

    ReplyDelete
  36. Yeah i love this entry! Betoi2!! Sepanjang deno 15tahun ngan SLE ni.. Deno dapat services dan rawatan terbaik daripada gov hospital! Even byk kat media social kata macam2 kat gov hosp, tak pernah lagi kena yg org duk cakap macam2 tu.. Deno dapat treatment @HKL and HSNZ ... Memang nurse dan doc semua awesome.. Nurse and doc dah macam family.. Diaorang terlalu baik!! I And sampai sekarang deno dapat all the ubat free from daily medicines sampai la bekalan CAPD.. semua ribu riban tu, tapi dapat free from gov hosp... Hurmm itu la org melayu, sket2 compain bukan reti nak berterima kasih... Hurmmm, pengalaman 15tahun with dan doc and hosp banyak mengajar deno erti bersyukur.. Pernah kan, masa appointment doc, dari pagi sampai petang deno tunggu doc.. Lama sbb patients ramai.. Macam deno yang dah biasa, deno dah perapare awal2 my books sebab tahu tunggu lama^^ And bila masuk jumpa doc nampak my doc pucat je.. Rupa-rupanya my doc belum makan! Itulah orang kita ni especially melayu malaysian yg suka merungut and complain.. Diaorg tak tahu doc2 ni susah2 untuk patients!! **teringat kenangan tahun lepas raya kat hosp, doc and nurse pun tak raya jaga patients..

    ReplyDelete
  37. Hidup Kerajaan! Hidup Kerajaan....
    Eh????.... mak mmg setuju sangat ....mmg menyampah nengoknya terutama org yg asyik nak komplen jer hihi.....tambah lagi yg nak berhijrah kat Ostolia tu....tak mo duk negara sendiri....entah sapa agaknya....

    ReplyDelete
  38. Kitakan bab komplen nombor satu. Bab berlagak tapi papa kedana pun nombor satu juga. Bab jatuhkan kaum sendiri pun nombor satu, tak culas bab nih! Bab nak berusaha lebih, majukan diri itu kita memang lastlah. Mentaliti orang kita macam tu kot. Yang berbayar, yang mahal itulah yang terbaik. Dari kecil sampai ke tua kena spoon fed, kalau tidak hilang arah sesaja. Ikut arah puting beliung jerk!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...