Thursday, December 4, 2014

Laksa Penang

Hari ni, aku malas nak tulis entry..
Jadi, aku copy paste je status aku pagi ni di FB..
Kisah di klinik aku petang semalam..keh keh keh..


Semalam, datang seorang lelaki yg secara lahiriah nya kelihatan suspicious, keadaan seakan lalok.....bertanya " saya nak buat rawatan, tapi saya takde duit"
Di beritahu dgn baik pada lelaki itu " boleh pergi ke klinik kesihatan berhampiran..bayarannya cuma RM1 sahaja"..
Lelaki ini menjawab " oohhh...alhamdullilah..ada juga yg murah" , sambil berlalu pergi, diikuti pandangan tertanya tanya staff klinik akan sifat misteri lelaki itu..
" mat drug rasanya tu", kata staf A..
Staf B pula kata " entah entah, itu malaikat..dia datang nak test "

Tak sampai selang 15 min kemudiannya, lelaki misteri ini masuk lagi ke klinik..Kali ini, dia minta RM5...
" kak...nak duit RM5..nak beli ikan kembung"..
Nak buat apa?-- tanya staff klinik.
" Nak beli ikan kembung...nak buat laksa"
Makan aja lah nasik..senang -- kata staff klinik.
" Tak nak..nasi tak sedap "
Dipendekkan cerita yg panjang...
Staff klinik bagi lah RM2..
" ni aja yg ada"--kata staff klinik.
" ni aja? mana cukup! " --kata lelaki misteri..
selang beberapa minit sesi bersoal jawab dgn staff klinik, lelaki misteri, berlalu pergi.
Moralnya..
Perhatikan..kot kot lelaki misteri ini ada datang ke premis anda pula

 tiba tiba rasa nak makan laksa penang...mana nak cari wehhhh

46 comments:

  1. jap lagi datang mintak duit sikit .. nak beli daun kesom

    ReplyDelete
  2. jap lg mai mntak duit nk beli belacan plak...hihihi

    ReplyDelete
  3. Tengah makan laksa ni. Meh la join

    ReplyDelete
  4. dah baca tadi kat FB...betul ke tak betul org tu? Laksa Penang? Kena mai Penang laaa...hahaha

    ReplyDelete
  5. Mai penang doc..ka nk suh kita tlg mkn on behalf..:)

    ReplyDelete
  6. Tak silap kakak 3 minggu lepas klinik tempat kakak selalu buat rujukan ada lelaki macam ini juga doc. Tapi kata doktor yg juga kawan kakak tu kata lelaki itu kata dia baru keluar penjara tak ada duit nak makan. Sebenarnya pembantu klinik tak bagi dia masuk consultation room tapi sebaik Aci india keluar dia terus masuk. Kami semua masa tu dah takut sebab takut dia ada senjata tajam. Tapi doktor kawan kakak tu pandai saiko akhirnya dia keluar tanpa semua beri walau sesen pun.. kami takut sebenarnya.

    Berhati-hati doc. ramai yg jadikan klinik utk 'cari makan'.

    ReplyDelete
  7. Pernah jugak.
    Masa tuh tengah tunggu kawan order (KFC Chow Kit).. dtg sorang lelaki.. kelihatan menakutkan dan x kemas.. dia mintak rm5.. saya bagi dan dia mintak lagi.. terus saya minta maaf.. saya boleh bagi banyak tu ajer.. lepas tuh dia pergi...

    ReplyDelete
  8. DZ.. sy memang cuak kalo muncul insan yang mcm DZ citer tuh.
    kalo boleh mintak di jauhkan dr insan itu menghampiri saya. boleh gugur jantung nih sebab takut.
    huhuhuhuhu.

    eh.. tetiba saya pon teringin nak makan laksa penang.
    kat pasar mlm mesti ade DZ.. :P

    ReplyDelete
  9. Kakcik adalah penggemar laksa - tak kiralah Penang ke Johor ke Kelantan ke... :)

    ReplyDelete
  10. jgn suruh aku buat dah tuan doktor ...... kang tmpt lain plak melecur .....hahahhaha

    ReplyDelete
  11. mana lagi nak cari...tuuuu chef kat umah tu masak sebelah mata je dah siap..ehehehe...

    ReplyDelete
  12. sah mat pet kot tu hehehehhehe

    ReplyDelete
  13. sudah..terkena tempias nak makan laksa!

    ReplyDelete
  14. mcm lalok jek mamat tu doc....kene hati2 tu....kang tak dibaginye mau die pukul ke ape...

    cis doc!! lieya puase nie...tak pasal2 lieya pun teringin sameeeeee...oh nooooo!!!

    ReplyDelete


  15. kata org klu nak tau org tu betul atau tak betul, tengok kuku dia..klu elok je bersih dan pendek, maknanya bukan org gila... tapi tak tau lah kan, cuma ada rasionalnya la.

    ReplyDelete
  16. susah gak ni..serba salah. Takut pun ada.

    saya kurang suka laksa penang, tapi suka sgt laksa johor. :)

    ReplyDelete
  17. eh?

    kalo aku bagi je lima ringgit. mat drug ke ape.

    maybe, die lebih memerlukan...

    entah le.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  18. patutnya rawat jer.. lps tu hntar tanjung rambutan.. kekeke

    ReplyDelete
  19. Bahaya tu DZ .. patut kena ada pengawal keselamatan klinik DZ..

    ReplyDelete
  20. Pergh....tak sangka doktor pun ada gak penyakit malas nak update hihi.....
    Mmg biasalah org cenggini kat dunia ni, cuma kita jumpa tak jumpa je.....
    laksa kat Midvalley dlm JJ tingjat atas sekali pun sedap gak...

    ReplyDelete
  21. hahahhahaa eh dia ada szcryhncpedia adoiiii payah nak nyebut, payah nak eja... schizophrenia kot. kawan kami sorang macam ni, member hantar dia pi klinik, dia boleh gi citer cakap member tu tinggalkan dia kat park, dia sendiri ke klinik. hahahaha tapi klinik tak nak rawat dia jugak. eh lari topik jer. hahaha
    sedapnya laksa penang, saper pun tak tolak hahaha.

    ReplyDelete
  22. seram pulak klu gitu..


    pengalaman sy, ngah makan kt warung, dtg sorang lelaki ni (mmg tak berapa waras).. terus order, "kak, teh tarik satu, nasi goreng satu..dia bayar" smbil tunjuk arwah abah sy.. terus berdekah.. hahaha..layankan je la dia tu sbb abah sy kata, xpe bg dia mkn drpd dia mnta duit beli rokok sbb biasa dia paw duit kt org utk beli rokok..

    ReplyDelete
  23. Lain macam je mamat tu. Bahaya. Tapi cukup ke RM5 utk buat laksa? Beli ikan kembung je ke?

    ReplyDelete
  24. Mungkin tak siuman kot. Tapi skang ni macam² lah. Kena lebih berhati².

    Haishhhhh...kecur ailio plak tgk laksa tu. Teringat laksa JJ kat MV yg sedap tu.

    ReplyDelete
  25. huhu..
    mcm2 peseng..
    agaknya doc teringin nak mkn laksa ni kes budak lelaki tu nak bali ikan buat laksa..
    haha..


    ReplyDelete
  26. Saya ada satu pesakit.
    Ada kecacatan kaki akibat polio.
    Kebelakangan ini asyik datang klinik.
    Mengadu sakit perut memanjang.
    Mula2 saya tak faham.
    Tapi salah seorang pesakit saya cakap,
    pesakit ini minta duit dengan dia sebab belum makan katanya.
    Jadi semenjak hari itu,
    kalau dia datang klinik,
    saya dah tak beri ubat dah.
    Saya beri dia duit saku utk makan.
    Senyum aje dia lepas tu...
    Masalahnya,
    sekali beri terus datang selalu.
    Tapi saya redha.
    Rezeki saya rezeki dia juga.

    ReplyDelete
  27. mana pulk nak cari laksa penang malam2 ni..terliur pulak tengok gambarnya..

    ReplyDelete
  28. Buat sendiri je..heheh.saya sebulan sekali dua kena buat laksa...tapi bukan laksa penang la..saya lebih suka laksa kedah..sedap..:)

    ReplyDelete
  29. Saya asal Penang. Sampai sekarang selera saya masih selera Penang, termasuk laksa. Antara ramuan wajib yang perlu ada pada laksa Penang ialah otak udang dan cebisan nenas. Tiba-tiba terliur di tengah malam buta ni....haru....

    ReplyDelete
  30. Laksa penang dgn perak....aku x tau beza rasanya...

    ReplyDelete
  31. Ishhh...bahaya kalau jumpa orang camtu.
    Takut perompak pulak.
    Sebelum pernah dah dengar klinik swasta kene rompak, dan hampir kena rompak.

    ReplyDelete
  32. hehe..rm5..nak beli ikan kembung buat laksa...mcm tak betul cara dia bercakap tu...

    ReplyDelete
  33. malaikat nak menguji? ntah2 orang alim... ntah2 dugaan Allah... sedekah RM5 tak jadi soal tapi kalau hari hari mengulang mesti ada yg tak kena tu

    ReplyDelete
  34. ha.. ha... ingatkan makan tadi atau malam semalam masak...
    al kisahnyer yerk.. tapi tuler kadang kalau datang manusia gini nak bagi ker tak yerk..

    ReplyDelete
  35. oh laksa... ku teringinkan laksa jua....

    ReplyDelete
  36. kalu cik iman la kena, memang makan pelempang bau laksa wekekeke

    tapi memang tak berani buat la kot2 orang tak siuman ke, kita tak tahu

    ReplyDelete
  37. salah time singgah sini...mana nak amik laksa penang plak ni...saje jer doc ni

    ReplyDelete
  38. So, siapakah lelaki misteri ni, DZ? Tensionlah tak tahu ending of the story. Nanti kalau dia datang, sila interview dengan lebih detail lagi ya!

    Nak laksa penang pi penanglah. Kalau tak nak spend duit minyak, suruhlah MamaZZZ buat sendiri kat rumah :)

    ReplyDelete
  39. sedap lak pulak laksa tu nampaknya

    ReplyDelete
  40. Hahaha.. Harapanla nak dapt beli ikan kembung rm5 zaman sekarang..

    ReplyDelete
  41. Hahaha.. Harapanla nak dapt beli ikan kembung rm5 zaman sekarang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...