Wednesday, December 17, 2014

Kluang Rail Coffee, Nasi Lemak Wak Kentut, Kacang Pool Haji

makan utk 5 dewasa, 2 kanak kanak, 1 baby...harganya bagi aku, berbaloi..portion mee kari/ mee rebus/ saiz gelas nya besar besar. Orang beratur menunggu nak dapat tempat duduk. Ni bukan yg dekat stesen keretapi punya ( kecik saiz kedainya), ni kat cawangan barunya, kedai corner lot, besar, luas...Tu pun orang berkerumun nunggu giliran nak dapat meja kosong ! Nasib kat sini bukan self service.

Beratur panjang..menunya di Nasi Lemak Wak Kentut, Kulaijaya..hanyalah nasi lemak biasa + ayam goreng..tu aja..takde telur, takda sambal sotong. Start berniaga petang, pukul 9.30pm, ayam yang menggunung di goreng dah habis. Orang beratur panjang macam nak beli tiket wayang/ nak daftar masuk dewan mengundi masa pilihanraya. Semuanya, self service.

Kacang Pool Haji, di medan selera dekat balai bomba Larkin. Tak perlu diperkenalkan lagi. Makin famous setelah tokeynya bernikah dgn pelakon Wan Maimunah. Dah banyak kali aku pergi,kunjungan terkini semalam, dah amal sistem self service jugak rupa rupanya.



Jahanam diet aku 3 hari balik JB..
Hahaha..
Tapi bukan pasal makan makan yang aku nak cerita..
Aku nak ceritakan, betapa best nya kalau bisnes makanan kita, menjadi, meletup!
Orang beratur panjang..sangat panjang okey!!
Dah la self service...so berapa punya jimat ( kos pekerja kurang).
Jom meniaga makanan  :)

32 comments:

  1. saya ada sorang kawan dok kat kulaijaya. selalu sangat post gambar nasi lemak wak kentut kat group whatsapp. Sakit hati kita haha

    ReplyDelete
  2. zouldahan kat kulaijaya kan?
    tak jumpa dia?

    ReplyDelete
  3. tu kluang rail coffee tu ko makan yang dekat tasik ada roundabout atau dekat bandar yang ada mall tu sebelah dia?
    ada 3 kedai kat kluang tu
    portion makanan dia mmg besar, air pun gelas besar, agak berbaloi la
    mmg kena diri tunggu meja kosong
    jarang aku mai ada meja kosong

    mana gambar nasi lemak wak kentut?
    ramai member2 aku pi
    aku tak pernah pi lagi tapi
    len kali balik umah nenek aku kena pi la

    kacang pool
    baru pekena gak awal dec aritu
    hahahahhaha

    tapi tak pernah jumpa lak wan maimunah tu
    atau haji pool tu

    lempeng kat tepi tu best kan
    layan lak ngan abc kedai hujung skali
    perghhhhhhhhhhhh
    menanah perut aku weiiiii kalau balik johor

    ReplyDelete
  4. alamak bestnyer nampak...
    memang bestler kalau bisnes kita mendapat sambutan...
    seronok bangat...

    ReplyDelete
  5. biasala tu..diet semua ke laut kalau balik kg..semua nak makan..:)
    dah lama tak sampai Johor!

    ReplyDelete
  6. Kalau kakcik pandai memasak, hendak juga meniaga makanan. Ini nak makan sendiri pun tak berapa lepas... ;-)

    ReplyDelete
  7. Mmg nmpk sedap...
    ok dah harga tu...
    tp nama tu.. mmg wak kentut ye?

    ReplyDelete
  8. xpernah makan kacang pool tu..huhuhu..

    ReplyDelete
  9. Memang hebat kalau org pandai masak ni DZ.. bisnes boleh kencang masuk.. hnedaknya dah popular tu kan...

    Baru pertama kali dengar Nasi Lemak Wak Kentut tu :D

    ReplyDelete
  10. saya tunggu kacang pool dak gB .... huhuhuhuu

    ReplyDelete
  11. kedai makan ni kalau sedap memang org dtg .. murah atau mahal bukan masalah utama.

    ReplyDelete
  12. Semuanya kakak dah rasa dan pergi. Betul memang beratur
    Yg kagumnya semua bangsa sanggup beratur.

    Nasi lemak Wak Kentut tu doc org cina laaaagi suka.
    Tambah pulak anak perempuan dia pandai cakap mandarin.
    Ada yg order dari rumah dtg ambil aje.

    ReplyDelete
  13. Nasi lemak wak kentut? Ala, apesal nama gitu..tapi ramai je org ya.
    Kcg pool...mujur dah ada cwgn kat BP, sng bila teringin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak baruuu pekena kacang pool di BP. Marveles, Ujie...

      eh dik, tompang lalu yer....

      Delete
  14. pemes dah nasik lemak wak kentut..rasanya minggu ni zee asyik dengar nama wak kentut jer..hahahaaa..
    murah rezeki dier lepas ni..

    ReplyDelete
  15. klau sedap mmg laku ja nk niaga mknn tp bl dh laku jgn plak nk untung cpt...kurangkn portion dlm hidangan.lama2 customer tetap pon leh cabut

    ReplyDelete
  16. Peliknya nama dia,mungkin sbb nama yg unik dan kesedapan nasi lemaknya yg selari tu cust.semakin ramai....

    ReplyDelete
  17. bukan senang nak ade pelanggan tetap sampai tahap beratur kan.
    mesti bisnes nih dah lama di usahakan. tu pasal ade ramai pelanggan tetap.

    ReplyDelete
  18. kacang pool haji kat larkin tuh dh penah makan..sedappp..kluang railcoffee tuh dh bertahun xdpt2 lagik...huwaaaaaaa..yg gerai wak kentut tuh xpenah lg try..erghhh!!..nie yg tetibe nak ajak somi blk muo nieeeee..

    ReplyDelete
  19. Anak saya yg dok kat Johor tu pun pernah makan kat Gerai Wak Kentut di Kulai, katanya nasi lemaknya sedap dan wangi tak ada bau seperti kentut langsung! Kalau di Batu Pahat pula ada mee racun yg sungguh sedap tapi belum ada orang mati kerana makan mee racun.... Uniknya Johor!!!

    ReplyDelete
  20. hehheheheh tk tahan nama nasi lemak tu...padanlah femes...:)

    ReplyDelete
  21. kenapa kacang pool yg best mcm tu x de branch kt KL ek? arghhhh

    ReplyDelete
  22. Takda cawangan kat shah alam ke?
    Isk...isk

    ReplyDelete
  23. Nasi lemak wak Kentut jugak yg dicari ek.....hihi
    Amboi punyalah meriah status kat FB , hari ni baru ingat blog.... Ok ..ok... faham balik kg katanya ek....haruslah lupa daratan sekejap...
    Hihi

    ReplyDelete
  24. Nasi lemak tu akak dah selalu makan...tapi ayam dia memang terbaeeekkk laaa.. Oh, dah self service yer sekarang? kacang pool kat BP pakai cili padi dikk...tak main la cili besar. Lagi terbaik...hahahhaha...

    Hubby akak ada gak hint2 akak soh meniaga. Ishh...kok bini dia ni pandai nau masak, tak per la...

    ReplyDelete
  25. Walaupun saya duduk Kulai,
    ketiga2 tempat tu saya belum sempat nak singgah.
    Tapi ikut naluri saya,
    kalau tempat makan tu sampai kena tunggu giliran,
    memang sedaplah makanan di situ.

    Sekejap lagi nak try Keropok lekor BTB 2290.
    Ada kawan rekomen.
    Siap kena ambil nombor mcm kat bank.

    Nanti saya review...

    ReplyDelete
  26. Meniaga makan antara yg menguntungkan. Tapi empunya tokey kenalah pemurah. Huhuhu!

    Lupa nak jwb soklan doc psl Chendul Teochew. Skg dah di francais dan ade merata (termasuk Paradigm KJ ni). Tapi rasa tak sama langsung mcm yg ori kat Penang tu. Serius tak sama. In fact, lagi sedap yg original tu. Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  27. Ful medames (Arabic: فول مدمس‎ fūl midammis IPA: [fuːl meˈdæmmes]; alternate spellings include ful mudammas as well as foule mudammes), or simply fūl, is an Egyptian[1]dish of cooked and mashed fava beansserved with vegetable oil, cumin and optionally with chopped parsley, onion, garlic, and lemon juice. A staple meal in Egypt, especially in the Northern cites of Cairo andGizah, it is also a popular meal in Sudan and is a common part of the cuisines of the Levant, Somalia, Djibouti, Eritrea, Ethiopia,Yemen and Saudi Arabia.
    Kacang pool tu foul or ful..short forms of ful meddames

    ReplyDelete
  28. Sedapnya tgk kacang pool tu. Tak pernah merasa lagi.

    ReplyDelete
  29. Agagagagaaa terliurnya deno......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...