Tuesday, December 23, 2014

Keputusan PT3

Semalam keluar keputusan PT3..

Aku faham, perlaksanaan sistem baru exam PT3 ni yang menggantikan PMR, agak tergesa gesa..
Maka keluarlah laporan akhbar INI

Cuma, aku sikit musykil dengan statement parents sebegini:

Housewife Rosnani Mohd Zan, 43, from Johor, was unhappy although her daughter scored straight As.

“My daughter only had two months to prepare for the PT3 and in between, there were other assessments that carried weight for the final results,” she said.


Kadangkala ( bukan kadangkala pun, tapi sememangnya), setiap yang berlaku itu, memang telah di atur oleh Yang Maha Mengatur.
Itulah ujian NYA.

Bukan tak boleh nak frustrated..
Bukan tak boleh nak komplen sebab Kementerian Pendidikan suka suki ubah sistem exam yang menyusahkan & tak sempat nak prepare..

Tapi boleh tak bawak belajar bersyukur?
Tahu tak ramai lagi pelajar di luar sana, tak score straight A?
Tahu tak ada saudara aku, hanya dapat 1E dan yang lain nya F?

Aku dulu ialah 1st batch yang ambil PMR, tahun 1993.
Aku dapat 8A 1B.
B ialah Bahasa Arab.
Aku & mak ayah aku tak langsung rasa terkilan / unhappy / frustrated sebab tak dapat score straight 9A.
DIA dah janji, kalau kamu bersyukur, kamu akan diberi lagi yang lebih baik.



 Bersyukur kita hidup dalam negara yang bebas merdeka, tak asyik berperang saudara, bom sana bom sini...

39 comments:

  1. lerrr..nape je mokcik unhappy tuh mokcik..anak dpt straight A's kut..bukannye dpt straight E's..hurmmmm..

    vavavava..terrornye doc..;D

    ReplyDelete
  2. Amin, masih bersyukur dlm bab perang2 tu.masih, beranggapan baik lg.hope Malaysia aman, xde perang.tu je yg takut.

    ReplyDelete
  3. aku dulu PMR dapat 3 A, steady je mak abah tersengih. hehehee...

    yang dapat straight A pun tak happy ni apa cerita? mungkin inilah gambaran sebenar kalau ibu bapa terlalu taksub dengan keputusan peperiksaan. dah la anak2 ni kadang2 jadi spesimen ujikaji, lepas tu terbeban pulak dengan harapan melampau ibu bapa. aduyai, syukur parents aku tak macam ni dulu. hehehe... (sengih lagi)

    ReplyDelete
  4. Itulah yg kakak nasihat anak kakak kena bersyukur juga. Sebenarnya memang betul doc. PT3 diimplement lagi 3 bulan nak periksa (mas tu Muhyidin buat announcement). Itu budak-budak dan cikgu menggelabah. Anak kakak lagilah sampai abang panggil guru tuisyen khas ke rumah. Beribu tak kisahlah sebab kakak nampak anak kakak macam takut benar. Keputusannya walau tak secemerlang si kakak tetap kakak bersyukur dan ternyata % sekolahnya tahun ini merudum...

    ReplyDelete
  5. Maksudnya doc hanya muda setahun dari akak? Ahahahaa...

    Cerita dulu. Cikgu dulu-dulu. Peralihan sistem lama ke KBSM. Tiada rungutan walaupun buku teks ditukar sepenuhnya. Cikgu dengan gigih meneruskan tanggungjawab walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran baru. Tiada perkataan Kementerian Pendidikan menyusahkan/kerajaan menganiya anak murid dan guru kerana mereka memandang secara positif. Pembaharuan perlu untuk cabaran masa hadapan.

    PTS tiada pertukaran buku teks dibuat yg bermakna silibus pembelajaran masih sama mungkin cara penilaian peperiksaan di tukar. Anak akak balik merungut-rungut cikgu kata itu cikgu kata ini dan stiap patah perkataan tiada yg positif lalu bagaimana kita hendak menerapkan yg positif pada anak murid? Akak bagitau itu hanya sedikit cabaran di tingkatan 3 belum lagi cabaran masuk ke kolej mahupun universiti apatah lagi cabaran kerja.

    Saya faham bebanan guru semakin banyak tetapi cuba fikir bebanan pekerja swasta yg bekerja 8am-6pm dan cuti tahun hanya 12 hari, mc 14 hari, mc masuk hospital 60 hari selebihnya sila cuti tanpa gaji.

    ReplyDelete
  6. Eleh sajalah tu nak tunjuk result dia haha....... So tak jadilah ni yek nak berhijrah kat Ostolia kalau cenggini. Statement bawah tu mmg terbaik....nasib sedar diri hihi
    Dia bukan tak bersyukur tu DZ... cuma tak berapa puas hati dengan implementation KPM .....patutnya kalau nak buat PT3 tahun ni, pelajar tahun 3 sekarang ni dah dibiasakan dengan format 3 tahun lepas..... Barulah aci!.....Apa pun tak mengapa mak redho anak mak dijadikan seperti tikus jadi bahan eksperimen ....mak OK jer....huhu

    ReplyDelete
  7. Macam-macam sekarang ni... btw doc location yang menggunakan modus operandi tu adalah di TESCO Puncak Alam...

    ReplyDelete
  8. anak sdara dpt 6A ja dr 9A...mak pak dia ckp 'xpa...usaha lg.kita tgk SPM plak cmna'.

    kang dok push2 kata frust segala lg frust bdk tu

    ReplyDelete
  9. Biasala..benda baru...tapi kesian jugak la kat siapa2 yang dapat benda baru nih..sebab tak biasa..heheheh..OO..riupanya saya lagi muda dar DZ..tetiba rasa kembali bersemnagt nak menjaga keremajaan ku ini..hahahah

    ReplyDelete
  10. gerak gembur tenaga pengajar bagai nak rak..knor pernah bersembang dgn cikgu psl pt3 ni...agak membebankan utk cikgu..hantar kursus sana sini..diorg hanya boleh fokus pd budak2 yg sedia pandai..kelas belakang2 mmg tak leh pgi dh..
    yg duk dlm kementerian cuma bg arahan..
    org bwh yg kerja bertungkus lumus anak2 jadi bhn ujikaji...
    org dulu tak reti nak komen itu ini...jadi askar pun dah ckup bangga...dh..

    ReplyDelete
  11. Akak kan dik, baca statement tu dengan beberapa kefahaman. Pertama, macam awak punya interpretation. Kedua, dia nak rasa berbangga anaknya dapat straight A sedangkan berkoyan2 orang lain fail. Tapi, tak nak dikatakan poyo, dia cover line dengan statement tu. Konon2nya memahami perasaan kawan2 lain dan nak ramai lagi kawan2 punya anak dapat result sama cam anak dia. Ketiga2, dia memang betul2 ikhlas inginkan ramai anak bangsa score straight A. Kesimpulannya, husnuzon.

    Oh, akak malu nak share result akak masa SRP kat sini..hahaha...zaman dinosour dulu tu dik oiiii....

    ReplyDelete
  12. huhuhuhu.... adik dana pun dpt 6A je doc, itu pun dh rasa ckp ok....sbb dia bkn belajar sgt pun, sibuk dok bola bola bola... tido tgh2 mlm buta dok lyn bola lagi2 masa piala dunia aritu, n dh pesan kt mak n abah jgn marah2 kalu dia tak dpt A, dia dh usaha sebaik boleh... kadang2 tak paham ngn mak ayah di luar sana, kalu anak2 tak dpt A kene marah dh dpt A banyak pun tak puas hati huhuhu... kite pun penah remaja, kite pun penah amik exam... sapa lah kite nk menidakkan apa yg Allah dh tentukan...

    ReplyDelete
  13. As-salam..

    Eh.. samalah tajuk entry kita hari ni he..he.. betul.. setiap rezeki harus disyukuri dan diraikan.. terima kasih ALLAH.. :)

    ReplyDelete
  14. sebagai ibubapa kita memang kena redha dgn apa keputusan..apa yg dia dapat tu..itulah usaha dia..anak akak PT3..akak dah tengok bebanan dia dari form 1 lg..memang berbeza sangat kalau kita compare dgn yg PMR/SRP..cikgu2 pon byk merungut..kalau nk ckp panjang lebar..silap2 jd n3 kat sini..apapun akak harap batch diarang tak jadi mangsa kepada ujikaji..kejap PBS..last minit tambah PT3..ntah laa..moga tahun depan diperbaiki lagi..tahun ni takde straight A kat sekolah dia paling banyak pon 8A..sebelum ni berpuluh2 org straight A..huhu..:)

    ReplyDelete
  15. Kacak betul jejaka dalam gambar itu. Pastinya akan jadi jejaka yang cerdik serta cemerlang juga. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  16. bersyukur ape yg dapat kan doc..da usaha..insyaallah pasti ada rejeki nanti..encemnye bdk comel tu..bijak..

    ReplyDelete
  17. PT3 bukan penghujung.. masih jauh lagi perjalanan.
    saya dulu dpt 3A jer masa PMR. bukan x kecewa tapi pikir itu jer rezeki saya.
    cuba lagi untuk SPM. hehehe.
    buat semua anak2 PT3.. amik result PT3 ini sebagai pemangkin semangat utk lebih berjaya.
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  18. Perjalanan masih jauh tapi bnyk kali baca mcm berlagak pun ade..hehee...

    ReplyDelete
  19. sistem markah dulu takde A B C pun...ada satu 1 2 3 jer..

    ReplyDelete
  20. tak tau nak komen
    anak den pun baru darjah 4 tahun depan
    kang kena batang idong sendiri ntah la ye camner rupanya
    tapi
    dah usaha
    betul2 usaha
    kalau dah itu takdirnya
    kita terima
    terus support anak2 kita
    utk buat yang lebih baik time spm nanti yang ntah akan ditukar format ke tak

    ReplyDelete
  21. antara cabaran terbesar untuk Malaysia mencapai pendidikan aras tinggi ialah mengubah mindset ibubapa yg terlalu berorentasikan exam...

    ReplyDelete
  22. tak straight As pun jd doktor kan, doktor? ;)

    ReplyDelete
  23. Of course there's a lot to be improved in the system. Tapi setiap kejadian ada hikmah nya. Anak saya dapat 9A. Memang frust dia. Tapi kami cakap, sebelum nak menangis, sebelum nak reflect what should be done, syukur dulu pada Allah atas rezeki yang diberi. Baru Form 3 jer pun. Panjang lagi perjalanan nya.....

    ReplyDelete
  24. Payah benor ye DZ nak kata kan syukur.. apa jua semua itu ketentuan Ilahi diatas usaha kita..
    Hero yg comey kat bawah tu yg best.. senyum manis jer.. negara aman kan , boleh ambil gambar di tugu negara :)

    ReplyDelete
  25. ya... bersyukur.. maka akan bertambahlah nikmat kita, in syaa Allah

    (^____^)

    suka baca... sebab kepositifan itu (^____^)

    ReplyDelete
  26. Ramai parents tak puas hati dgn PT3 ni. Tak per, blh cuba SPM nanti.

    ReplyDelete
  27. first batch were always hard, yet the second batch, the correction phase much harder. for real. sbb sy batch kedua PMR. Class of 94

    ReplyDelete
  28. Ntah ler nekcik mmg blurr bab PT3 ni..sikecik nekcik tahun ni laaaah kna ambik PT3..mereka ni lagi kesian sbb sekolah ugama swasta ni mmg kena ambik inisiatif sendiri..kerana guru guru kebanyakkan dari lulusan ugama jordan dan mesir..kena banyak tuition lah jawapnya!!

    ReplyDelete
  29. salam perkenalan...terus follow...

    setakat nie masih belum memahami lagi PT3 nie...tp dgr juga parents byk merungut pasal PT3 nie...

    ReplyDelete
  30. itula resam manusia, xpernah ada sikit rasa syukur.. cuba la buka mata ckit tgk org lain yg lg teruk result dia.. hurmm..


    comel la pakwe kt gmbr tuuuu

    ReplyDelete
  31. anak2 sedara saya lelaki, msg2 dpt beberapa A je. Siap ada F (sains). Tapi mak2nya redha, sbb dah tau takat mana kemampuan anaknya. Tambahan lagi baru beberapa bulan tau.

    ha ah kan..kita dulu pun 1st batch PMR. :)

    ReplyDelete
  32. Dgr2, PT3 akan dimansuhkan. Iye ke?

    Malaysia mmg masih aman damai. Tapi poket je yg huru hara. Apapun, tetap bersyukur sbb masih mampu meneruskan hidup dan membesarkan anak dgn baik dan beri apa yg terbaik utk anak. Inshaa-Allah.

    ReplyDelete
  33. rasanya anak2 lagi stress bila mak pak yg lebih berharap anak score a sebanyak2nya...

    ReplyDelete
  34. Pd sy laa kn bla mak ayah ckp mcm tu...mcm tambah beban kt ank2...kalu spm lain laa...ni br pt3...

    ReplyDelete
  35. sebenarnya dia nak bagi tau dunia anak dia straight As... tu pasai lahh.

    ReplyDelete
  36. Moga mereka semua tabah hendakNYA.
    Kalau dimansuhkan PT3 tu lagi kesian pada semua calon PT3 tahun ni.. jadi bahan ujikaji..

    ReplyDelete
  37. setiap yang Allah bagi itu adalah musibah.yang baik pun musibah ang buruk pun musibah.keputusannya bergantung pada perspektif yang diambil oleh si penerima..kata ustaz tadi..

    betul syukur sajalah..apa pun yang kita dapat..syukur sajalah=)

    ReplyDelete
  38. #prayforPantaiTmur #prayforQZ8501 kontraktor ubahsuai rumah BLOGFACEBOOK Hubungi/WhatsApp: 0182233854 KHAIDIR

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...