Monday, December 8, 2014

Berkhatan: Konvensional VS Klamp.

Alhamdullilah, anak sulung aku dah selesai berkhatan hari Sabtu lepas, 6 Dec 2014.

 untung laaaa...melepak sambil layan tab..zaman aku dulu, duk baring melangut aja la...hahaha


Ramai yang tanya pasal berkhatan, yang mana lebih baik..
Aku terangkan secara paling mudah dan ringkas ya.
Ada 2 cara berkhatan:
  1. Cara konvensional / freehand
  2. Cara baru, guna clamp
Hanya 2 cara tu aja yang ada.
Ok, dari 2 cara itu, kita boleh bahagi lagi kepada:

  • Cara konvensional / freehand, yang:
  1. Guna gunting
  2. Guna " laser"
  • Cara baru, guna clamp, antara nya:
  1. Generasi kedua seperti Smartklamp, Taraklamp, Ismailklamp, Plastibell
  2. Generasi ketiga, iaitu Alisklamp 

Ramai yang terkeliru dengan istilah "laser" dalam cara konvensional/freehand tu. Sebenarnya, doktor / medical assistant hanya guna alat yang dipanggil electrocautery. Mesin electrocautery guna aliran elektrik, akan membakar kulit kulup ( prepuce), dan juga membakar saluran darah ( stop the bleeding). Jadi ia menggantikan gunting, dan risiko perdarahan semasa prosedur khatan, dikurangkan banyak. Memang laser sebenar ada digunakan dlm bidang surgery, contohnya dalam pembedahan plastik, tapi kos sebiji mesin laser sebenar sekitar RM300 ribu..Jadinya, mmg tak praktikal utk hospital / klinik guna mesin laser untuk kes kes berkhatan.

 contoh alat electrocautery


Cara baru, clamp/ klamp ini sebenarnya, ialah ber inspirasi dari teknik tertua / kuno. Clamp bererti kepit. Kulit kulup/ prepuce tu di kepit dengan alat clamp. Korang boleh baca di SINI, penjelasan yang diberikan dalam bahasa yang mudah faham, tentang sejarah asal clamp, jenis jenis clamp, sampailah ke perbezaan ( cara & risiko ) berkhatan kaedah konvensional VS clamp.

Perbezaan antara konvensional VS clamp:


KONVENSIONALKLAMP
TEMPOH PROSEDUR25- 40 MIN10- 15 MIN
JAHITANYESNO
SUNTIKAN BIUSYESYES
LUKA TERDEDAHYESNO
JANGKAMASA SEMBUH5 - 14 HARI5- 7 HARI *

Aku pilih cara berkhatan yang mana untuk Ziyyad?
Aku pilih cara konvensional, menggunakan electrocautery machine.
Kenapa aku pilih cara ini?

Ok, sebelum aku terangkan kenapa aku pilih cara konvensional, perlu aku terangkan bahawa setiap cara, ada pro & kontra nya. Anda boleh menilai sendiri, berdasarkan bacaan di entry aku ini, di link yang aku bagi tu, bacaan bacaan lain hasil Google anda, dan juga hasil anda bertanya sendiri kepada doktor doktor lain. Anda dinilaikan sendiri, berdasarkan apa yang anda percaya, faham, dan inginkan...Tiada jawapan mutlak yang mana lebih bagus. Bagi aku, kedua dua cara bagus. Cuma kena pilih, yang mana kita ' serasi' atau ' selesa'..  :)

Ini sebab- sebab kenapa aku memilih cara konvensional. Ini pendapat peribadi aku ya, jadi jangan di ambil bahawa ini nasihat seorang doktor ( walaupun aku doktor ). Aku buat pilihan ini berdasarkan ilmu aku + apa yang aku inginkan :

1. Aku tak mahu kerja dua kali
Kalau guna cara klamp, lepas seminggu di clamp, pesakit kena datang semula untuk dibuka klamp nya. Berdasarkan pengalaman aku, membuka klamp ini, masih sakit. Mungkin ada yang langsung tak sakit, tapi ramai yang sakit. Alisklamp ( 3rd generation clamp) katanya lebih effektif dari 2nd gen clamp. Wallahualam. Aku tak mahu anak aku " menderita" dua kali, trauma dua kali. Khatan cara konvensional, benang jahitannya akan serap sendiri, tak perlu dibuka jahitannya ( absorbable suture ). 

2. Aku lebih percaya jahitan berbanding kepitan.
Macam yang aku terangkan, cara klamp ialah dengan mengepit. Kulit itu akan melekat sembuh hasil keruping. Kalau di jahit, kulit itu melekat hasil pertolongan benang jahitan, dan campur hasil lekatan semulajadi penyembuhan. Yang mana lebih utuh? Keruping ini juga ada kemungkinan tidak stabil / boleh terkopek masa klamp di buka pada hari ke - 7. Kalau, kalau keruping ini terkopek, maka akan terhasil perdarahan. Maka perlulah tunggu lagi seminggu plus minus, utk proses keruping baru ( revascularisation over the wound areas). Orang kampung dulu dulu, yang sunat atas batang pisang, mana ada jahit. Tekniknya ialah sama macam klamp. Tunggu kulit mengeruping di sekitar luka khatan, dan keruping itu akan hold luka tersebut ( sembuh). Cuma zaman dulu tu, lambat sembuh atas beberapa faktor lain seperti kurang hygiene/ tak sterile, tiada nya antibiotic di sapu / tiada dressing.

3. Aku percaya, khatan konvensional lebih cepat sembuh.
Ini apa yang aku percaya, hasil ilmu + pemerhatian aku jumpa ramai budak budak lepas berkhatan guna klamp. Ramai yang datang lepas klamp di buka, kulit sekitar zakar nya masih membengkak. Orang Melayu panggil bentan. Bengkak ini sebenarnya tindakbalas physiology yang normal, bukan sebab faktor pemakanan ya. Cuma dalam kes klamp, tindakbalas ini ada sikit terlebih ( exaggerate response), sebab tiada jahitan ( kulit hanya berharap pada pembentukan keruping). Pun begitu, ada ramai yang guna kaedah klamp, elok aja sembuhnya selepas klamp di buka. Jadinya, ianya bergantung kepada case to case basis. Tu sebab dalam jadual Jangkamasa Sembuh utk khatan secara klamp, aku letak lambang bintang ( *) . Anda pilih sendiri risiko apa yang anda sanggup tanggung.

4. Risiko kecederaan guna electrocautery adalah minimal.
Kalau anda baca di LINK tersebut, memang diletakkan risiko risiko kalau guna ' laser' tu, hinggakan teknik ini di ban di Turkey. Aku tak nafikan risiko itu. Setiap prosedur perubatan, ada risiko nya. Tapi aku percaya risiko kecederaan itu boleh diminimakan seminimum mungkin, dengan memilih pusat & doktor yang buat prosedur khatan. Maknanya, pilihlah pusat/hospital/klinik yang punyai fasiliti meyakinkan, dan pilihlah doktor yang berpengalaman ( a good reputation pun penting ). Tu sebab aku secara peribadi, tak berapa berkenan kalau anak aku berkhatan di majlis khatan besar besaran / perdana yang di buat di dewan/ balairaya / masjid / etc. Again, ini hanya pendapat peribadi aku sahaja ya, yang tak bersetuju, anda ada hak utk tak bersetuju.


Kebaikan paling utama kalau guna teknik klamp ialah, dalam fasa pemyembuhan seminggu tu, pesakit bebas bergerak gerak tanpa perlu risau hujung zakar ( gland penis) bergesel dengan kain.
Buat seminggu dua pertama lepas berkhatan, gland penis yang selama ini ' duduk dalam kulit prepuce' , akan lebih sensitif pada sentuhan..rasanya bukanlah rasa sakit, tapi bagi aku, lebih kepada rasa ngilu. Gland penis akan terlindung di sebalik alat klamp, VS terdedah kalau guna teknik konvensional.

Bagi aku, nak pilih teknik konvensional atau klamp, lebih kurang samalah analogi nya macam nak pilih BMW atau Mercedes. Dua dua bagus, dua dua ada kelemahan & kebaikan tersendiri. Ada yang banyak pengalaman  buruk dgn BMW, ada pulak yang Mercedes nya selalu buat hal. So, ikut nasib badan...  :P

45 comments:

  1. salam doc...tahun depan ingat anak sulung ni boleh disunatkan dah...dgr cite orang rasa nak try clamp tu jer...tp xtau lg ler...

    ReplyDelete
  2. Kalau ade rezeki saya punya anak lelaki (insyaAllah), mmg saya serahkan 100% dekat apaknye..saya nie penakut sebenarnye..sedangkan anto anak gie cucuk pun saya selalu nyorok belakang doc sbb xnk tgk anak kene cucuk..sedih betul rase..hahaaha..

    Neway, gud info doc..kegunaan utk kemudian hari..;)

    ReplyDelete
  3. Ngilunya kakak baca N3 ini.
    Kakak nak ada pengalaman langsung so memang tak ada pilih-memilah

    Moga Ziyyad cepat sembuhnya. Mommy mesti masak special utk Ziyyad kan:)

    ReplyDelete
  4. Info yang sangat membantu saya sebab dak Adik belum disunatkan lagi.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  5. tq atas perkongsian
    skang lebih clear info utk bersunat
    aryan ada beberapa tahun lagi baru nak disunatkan
    so entry ni mmg betul2 membantu
    tq tq tq

    ReplyDelete
  6. dr boleh tak buat artikel pasal vaksin anak...makin confuse...ade yang kata haram la ape la... TIA

    ReplyDelete
  7. gigih sy bc..sbb ada anak lelaki kan wlu dia kecik lg, parents kena tau semua ni.. tq doc..

    ReplyDelete
  8. Dah tak de anak lelaki nak disunatkan DZ....hihi..
    Yang sorang dulu okje guna kaedah kovensional, jahit....lama jugaklah nak baiknya......

    ReplyDelete
  9. Ilmu yg sangat berguna ni doc .. sebab saya ada dua anak lelaki yg nak disunat tahun depan ... :)

    ReplyDelete
  10. guna clamp lebih mudah dan cepat... :)...ada ternampak juga di klinik-klinik... terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini doktor...

    ReplyDelete
  11. Tu lah DZ.. akak pun sedang berkira-kira nak sunatkan anak akak si Nabil ni.. sibuk sangat nak bersunat ni.. berfikir-fikir dengan abahnya nak sunat cara apa.. terima kasih dengan perkongsian info ni DZ..

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas entry ni.. cam ne nak pujuk anak sunat??? rasenye anak bujang kite sebaye.. tapi bile ckp je sunat macam nak lari tak cukup tanah..

    ReplyDelete
  13. Dulu akk berangan nk buat klamp juga. Sekali bila nk register, doc tu kata tak ikut spec utk guna klamp. Adoiii...barulah ku tahu ada spec tertentu juga. Sudahnya....jahit jer lah.... agak lambat juga nk sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pula.... Ziyyad jgn lasak2 yer... Semoga sembuh segera

      Delete
  14. Thanks untuk perkongsian ni DZ. Wp DZ kata ni pendapat personal, tapi saya dah termakan dah ni dgn kata-kata doc. heheh.. Ari tu ingatkan nak khatankan anak saya awal2 masa kecik ni. Tapi tak sempat la sebab dia dah lasak skrg. Patutnya masa belum meniarap dulu kot lagi senang. AGaknye le.

    ReplyDelete
  15. Atas batang pisah syokk...sejuk je....haha

    ReplyDelete
  16. Happy muka orang berkhatan tu ha... eh dulu kat kampung siap kenduri semua la, ingat lagi my brother berkhatan atas batang pisang hahahaha. Kat sini not allowed until they are 18years old, memang jewish and muslims tak puas hati la siap buat demo hahaha but my nephew, bapak dia bawak balik potong kat bosnia. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 18 tahun? hahahaha.... dah blh jadi bapak orang tu wei...

      Delete
  17. salams,

    congrats ziyyad.
    Akak dah suruh hubby baca blog papa ziyyad...biarlah papanya yg study pasal berkhatan nie...akak tak paham sgt....huhuhuh

    ReplyDelete
  18. Wow! Terkebil-kebil bila baca. Experience sy psl berkhatan - 2 adik sy nanges tersedu-sedan + meraung bila disunat. Hahahahaha! Adeh! Terbayang Aydin sbb ms kena amek darah kat hujung jari pun dah melalak mcm apa!

    ReplyDelete
  19. Perkongsian yang sangat berguna buat saya yang ada 2 orang anak lelaki ni. Thanks doc. Rasanya dah termakan dengan tulisan ni untuk berkhatan secara konvensional.

    Apa pon tahniah ziyyad yg handsome. Berguna jugak playgym tu yer ☺

    ReplyDelete
  20. Masa zaman saya dulu cara tradisional, pakai tok mudim, tak pakai bius langsung, tapi sikit pun tak rasa sakit. Cuma nak sembuh ambik masa 2-3 minggu juga. Zaman itu orang percaya jika khatan di klinik boleh menyebabkan lelaki itu bila besar hadapi masalah lemah tenaga batin, hehehehe.....

    ReplyDelete
  21. Waaaa... dah melangkah ke alam remaja dah Ziyyad... saya punya kisah sama macam JR... cuma ke depan sikit... saya buat di hospital jer

    ReplyDelete
  22. tq dadduziyyad, info yg detail ttg berkhatan..saya pun secara personal x berminat majlis khatan beramai2..baru2 ni anak buah khatan beramai, adehhh.asal boleh je

    ReplyDelete
  23. ngilu pulak bila baca bab khatan2 ni..hehe

    ReplyDelete
  24. hehe..bagusnya..layan tab ja ketika 'berpantang'..

    ReplyDelete
  25. baca pun dah ngeri. walaupun sy pernah mengendali majlis khatan beramai2. Masa tu seriaunya sorok dendiam sebab menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  26. terbaikkkk doc!!! kupasan isu yg mendalam, menyeluruh dan padat..... lieya mmg bab ni tak tau ape bile bace tu dpt dan faham pro n kontra teknik2 yg ade....tak penah tau pun pasal klamp tu dibukak lagi...selama ni ingat lepas abis sekali prosedur takde dah nak kene jumpe doktor utk bukak clamp....

    yg pasti lagi due tahun siap le ko dayyan heheeheheh....

    ReplyDelete
  27. Yeah.. Ziyad dah nak masuk alam remaja.. Bagus laa tuh doc pilih cara konventionaal gitu..Jangan jadi cam anak saya tuh.. fobia dia..

    ReplyDelete
  28. ilmu baru ni. tqvm!

    selamat jadi 'org bsr' ziyyad! ;-) lps ni boleh jd imam

    ReplyDelete
  29. Saya pun nanti nak anak saya guna cara macam ni la...tapi kena mintak pendpaat ayah nya dulu la.kami mak2 ni tak tahu..kan?/jadi biar yang melalui nya je yang buat keputusan..heheh

    ReplyDelete
  30. haikal pun sibuk nak sunat.sebab paklong dia kata kalau sunat nanti dapat iPad..
    padehal abah dia tak kata pun..sekarang haikal asik tanya bila nak sunat..

    ReplyDelete
  31. good menarik info ni...klu ikut thn ni nak khatankan muhammad..tapi knor mcm kesian plk..
    thun dpnlh..suami ok jer...knor yg tak ok..nyilu...mmd pun nampak bersedia sudah...

    ReplyDelete
  32. sblum ni anak lain guna cara konvensional..alhamdulillah

    ReplyDelete
  33. setuju.
    dua2 anak saya guna kaedah konvensional.
    lepas seminggu ajak pergi berendam dlm kolam.
    lepas 2 jam tanggal semua keruping.
    selesai masalah.

    Tahniah untuk Ziyyad.

    ReplyDelete
  34. Walaupun saya 'ngilu' membaca entri ini, terimakasih buat DZ kerana beri penjelasan. Saya ni first timelah nanti bila tiba masa Abang. Ingatkan tahun depan tapi Abang ni badan besar so tau-tau ajelahkan... Saya memang takut tapi nak tak nak sebagai emak kena ambil tahu juga teknik-teknik berkhatan ni mana baik, mana tidak. Nanti bila tiba masanya saya google entri ni ajelah, senang cerita!

    ReplyDelete
  35. Alhamdulilah anak bujang saya selamat dikhatankan secara konvensional (laser) tahun lepas. 3 hari lepas khatan dah pakai seluar dgn corong khas sebab ngilu kata nye.. Hari ke 4 dah tawaf shopping complex Setia Mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Corong khas tu macamana ya? Anak saya 5 hari dah bersunat asyik
      nangis ja esp malam.tetiap mlm x boleh tidur.risau pulak pikit

      Delete
  36. boleh share berkhatan laser tu kat klinik mana?

    ReplyDelete
  37. Tq 4 d info, anak dah bersunat 5 hari baru cari maklumat sebab bird dia berdarah di kuping2 tu, dan anak bersunat guna teknik konvensional tu, gunting then jahit.

    ReplyDelete
  38. Ank sy 6 thn bru 3 hari bsunat kaedah smart clamp..lps sunat steady je x sakit katanya....blk umh time nk kencing nangis smpai mgigil n fobia sb sakit sgt katanya...ksian tgk dia..doktor bgtau lps 2x kncing dh x sakit...tp ni dh hari ke 3 msh seksa...ya Allah sy sbg ibu x thn tgk ank sakit gitu..

    ReplyDelete
  39. Ank sy 6 thn bru 3 hari bsunat kaedah smart clamp..lps sunat steady je x sakit katanya....blk umh time nk kencing nangis smpai mgigil n fobia sb sakit sgt katanya...ksian tgk dia..doktor bgtau lps 2x kncing dh x sakit...tp ni dh hari ke 3 msh seksa...ya Allah sy sbg ibu x thn tgk ank sakit gitu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...