Thursday, November 13, 2014

Warga Asing Perlu Bayar Caj Rawatan 100% Menjelang 2017.

Kawan aku, dapat surat ni di rumahnya..
Sebab dia tiada di rumah masa pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia berkunjung..maka ditinggalkan surat ini.




Penyiasatan pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas bagi tahun 2014.
Juga disertakan pamplet ini dalam surat tersebut..


Boleh baca tujuan penyiasatan ini.

Ok..
Kawan aku dapat surat ni, aku tak dapat.
Aku rasa sebab dia dapat BR1M, maka menerusi sistem BR1M, aku rasa mereka menjadi golongan sasar untuk penyiasatan oleh Jabatan Perangkaan ini.

Dan, 
Aku suspek ( agak agak aja la), menerusi siasatan ini lah, seseorang itu akan diklasifikasikan untuk layak atau tak layak bagi memperolehi subsidi petrol bermula tahun depan.

Cuma ini pandangan aku:

- Mekanisme penyiasatan ini tak menyeluruh. Bagaimana kerajaan nak tahu pola perbelanjaan isi rumah bagi mereka yang tak terlibat dalam penyiasatan ini? Adakah kerajaan akan guna konsep ' generalisation' iaitu mereka yang tak terlibat ( dlm siasatan ini), adalah mereka yg tiada masalah dlm isu perbelanjaan rumah? Maka mereka ini di anggap golongan yang tiada masalah kekangan kewangan? 

Kenapa perlu tunggu hingga 2017?
Kenapa perlu berlengah lengah?
Kalau katanya negara boleh bangkrap kalau diteruskan subsidi gula / petrol / etc ...
Maka subsidi yang tak perlu kepada warga asing di hospital2 & klinik2 kerajaan, wajar lah menjadi subsidi yang paling awal dibatalkan. 
Sebab apa?
Sebab mereka langsung tak bayar tax.
Kita yang bayar tax untuk rawatan mereka.
Kenapa subsidi petrol boleh di percepatkan penarikan nya?
Semalam blogger Kak Zakie dah tulis pasal lambakan 6.7 juta pekerja asing di Malaysia.
Bayangkan berapa banyak pengaliran wang rakyat nak sponsor pekerja2 asing ini.
6.7 juta tu bilangan rasmi. Yang tak rasmi? Yang PATI ?
Aku tahu golongan nepal, bangla, mynamar ni, memang suka pergi hospital & klinik kerajaan..sebab apa? Sebab di negara mereka, mereka tak dapat semua kemudahan kesihatan sebaik negara kita.
Aku pernah kerja di hospital kerajaan, jadi aku tahu.
Anda yang selalu ke hospital / klinik kerajaan pun, mesti sedar, kan?

32 comments:

  1. Nak jadi menteri bukan senang yer...... sila jawab soklan blogger ni menteri haha.....
    Tapi sepatutnya depa fikir dulu sesuai ke depa bagi subsidi minyak ikut kemampuan orang tu. Jenuh orang menipu kat petro station tu sebab nak dapatkan subsidi minyak murah....
    Bukan senang nak jadi manusia ni ye DZ, apa tah lagi nak jadi warga asing haha....

    Emmm..... jadi tukang masak kat rumah ni pun dah pening.....huhu

    ReplyDelete
  2. Huh! Dpt tau berita ni melalui berita dlm radio. Masa tu otw ke tmpt keje. Dgr je berita ni, dlm hati sy jerit - KENAPA 2017? Tapi subsidi lain utk rakyat sendiri serta-merta tarik? Persoalan yg sesiapa pun tak boleh jwb termasuk PM - Kenapa kerajaan suka menyusahkan rakyat? Argh! Sakit hati! Sy minta Najib turun takhta. Pleaselah!

    Doc, Kedai Sebelah dkt dataran glomac. Dataran glomac tu blkg pd giant mall. Sebelah pd building tmpt giant kecik. Kiranya, satu jln dgn giant kecik. Tmptnya sebelah dgn restoran Nasi Lemak Cikgu. Area situ semua kawasan Liverpool Fan Club termasuk group G.E.M.U.K (Gagasan Excited Manchester United Kalah). Hahahahah! Kita yg M.U ni mmg takkan familiar tmpt-tmpt picis mcm tu doc! Hahahahah!

    Little Caliph KJ sebulan RM270 doc. Sobs! harga G.A KJ pun boleh thn tp tak stratetgik dan kawasan jammed, takde parking. Uwaaaa!

    ReplyDelete
  3. tak dapat imagine mcm mana nak isi minyak nanti katakan lah dah terlaksana subsidi petrol ikut pendapatan tu hergh

    ReplyDelete
  4. Aku tak berpuas hati dengan diskriminasi pendapatan ini...kenapa perlu ada diskriminasi dlm soal pendapatan? Adakah mereka yg tak layak dapat subsidiitu bukan rakyat Malaysia yg dilindungi haknya oleh perlembagaan?

    ReplyDelete
  5. bila rakyat rasa terbeban maka jawablh wahai pemimpin di sana nti
    mls dh nk memikir..

    ReplyDelete
  6. Kadar bayaran perubatan untuk pendatang asing memang berbeza dan lebih tinggi, tapi ada mereka kisah... senyap2 mereka cabut lari...

    ReplyDelete
  7. tak tau nk komen cemana.
    nk suruh hentikan terus drpada diorg dapatkan rawatan di klinik/hosp kerajaan, macam kejam.

    blh x kalau y pegang kad pengenalan merah pun dimasukkan sekali? kadang diorg lebih melampau dari kita ya mmg asal sini. pun rasa cam kejam.....

    ReplyDelete
  8. Semakin sesak dada kakak memikirkan masa depan anak-anak kakak doc.
    Malam tadi nak tidur pun cerita hal ini dgn abang
    Itulah jgn salahkan mereka yg bijak pandai, ada duit lebih migrate bawa anak keluar tinggalkan M'sia duduk sana
    Bukan tak sayang M'sia tapi tak mahu anak-cucu merempat & tertekan di negara sendiri.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak, saya setuju...sob..sob..sob...

      Delete
  9. topik perbincangan saya dan suami..makin galak berbincang, makin takut pulak jadiknye..takut bile memikirkan ape nasib anak2 kite nnt..

    ReplyDelete
  10. ini adalah tidak telus..kalau takmau bagi subsidi baik semua jangan bagi. sebab mesti ada yang akan ambik kesempatan..

    ReplyDelete
  11. dapat borang tu sila isi ye
    baru gomen bleh tau data2 bagai

    patutnya gitulah
    subsidi utk warga asing hapuskan terus
    ni kita punya subsidi lak ranap

    ReplyDelete
  12. Tak tau nak cakap apa. Macam dah makin huru hara boleh land ni. Kenapa lah nak tunggu tahun 2017.

    ReplyDelete
  13. Tuan,

    Tak semua terlibat dalam penyiasatan ini. Sampel telah dipilih berdasarkan kaedah tertentu.
    Dan kajian ini tiada kena mengena dengan subsidi petrol tahun hadapan.

    Sekian, harap maklum.

    ReplyDelete
  14. Harap isirumah yg terpilih utk survey nie dpt memberi maklumat yg betul dan lengkap.

    ReplyDelete
  15. betul2..masa pi check mikhail beberapa bulan lepas terkejut tengok indonesia kat rumah ni datang check perut...saya tertanya2 jugak,boleh ke warga asing check kat klinik kerajaan nih..dia kena bayar ke tak??saya kenal indonesia tu. dengan suami dia..dia memang orang indon.belum dapat kerakyatan apa pun lagi..

    ReplyDelete
  16. setuju tuan dokter ....
    klu pi klinik mmg byk warga asing ..huhu

    ReplyDelete
  17. setuju... dana yg ada better guna untuk rawat orang kita yang betul2 perlu. ni makcik tua kat kampng nak kena operate pun kena fikir banyak kali sebab duit tak cukup... kesian.

    I walau outsider kat sini, kami masih dapat rawatan sama seperti mereka yang lain, tak perlu bayar apa2 sebab semua insurans cover (mostly). Yes, kami wajib ambik insurance. Malaysia boleh jer ketatkan undang2 suruh majikan pekerja luar ni insuredkan mereka ker apa ker.. kan.

    ReplyDelete
  18. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  19. Setuju dgn pendapat doc. Kenapa kena tunggu hingga 2017?
    Baru2 ni KY ada ke hospital sg buluh. boleh di katakan 1/3 pesakit adalah orang asing. Terasa pulak bersalah..negara yg aku makmurkan ini..segala nikmatnya di ambil orang asing..huhu

    ReplyDelete
  20. Ada dengar berita tentang lambakan warga asing tu ... rata2 mereka menguasai bidang perniagaan dalam negara ni ... kalau kat KK rata2 peniaga di pasar atau gerai2 adalah warga Indon dan juga Filipina... huhu

    ReplyDelete
  21. Masa mula2 dgr berita tu pun saya terus fikir..apsal la 2015?? Heran!
    Warga asing mmg dah terlalu berlambak, sampaikan saya rasa kita share negara ni dgn diorang. Separuh org kita, separuh lagi org asing..gerun tau!

    ReplyDelete
  22. tak penah pun dpt surat nih doc, huhu mmg pun tak penah mohon n tak penah dpt BRIM.... tak hapa lah, moga2 yg betul2 memerlukan yg dpt BRIM tuh, bkn yg gaji puluh ribu riban tp dpt BRIM jgk

    huhuhu... kite terlalu baik ngn PATI, kite terlalu bagi muka, sampai skrg nih rasanyer kadang kalu pg satu2 tempat tuh or pasaraya penuh ngn warga oversea tu dr warga malaysia sendiri...

    ReplyDelete
  23. kannn kenapa 2017??kenapa tak jan 2015??

    ReplyDelete
  24. Dah la dapat rawatan free, cerewet plak tuh..geram betul dgn warga asing ni kekadang

    ReplyDelete
  25. Eh, saya pun tak dapat surat ni? Makanya saya pun tak layak subsidi petrol ke? Gitu gaya rupanya... Aduh, nak mengeluh juga nih...

    Kita ni banyak sangat beri muka pada warga asing. Mereka pulak lagi diberi muka, lagilah berlemak perangai!

    ReplyDelete
  26. Berasap je baca pasal nak kene tunggu 2017 tu.
    Saya pun ada buat entri alkisah saya dengan sorang pakcik UNHCR ni. Nanti saya publishkan - memang patut depa bayar penuh okeyyy.
    Teruklah kita rakyat Malaysia nak kene tanggung non-Malaysian pulak.
    Dah pulak demand lebih dari orang Mesia sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/11/warga-asing-pelarian-tapi-demand-bukan.html
      * Baru sempat publish.

      Delete
  27. betul saya setuju pasal hospital kerajaan tu (dan yg lain2 juga)... sebab ada kawan di Sabah ni yg terkena getahnya... ada sorang pesakit yg kena charge penuh sebab tiada IC... tetiba beberapa hari kemudian bapa pesakit ni datang dengan IC yg baru dan cantik... semata2 nak dapat rate rakyat... kesian rakyat lain...

    ReplyDelete
  28. Patutnye kuatkuasakn dr dulu lg, sedikit sbyk kita yg tanggung kesannye...;-/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...