Wednesday, November 26, 2014

Soal Percaya

Kongsi sikit apa yang aku dengar di slot Motivasi Pagi radio IKIM, pagi tadi..
Tentang KEPERCAYAAN..

Kena percaya dan turut dipercayai oleh pasangan kita...dengan majikan / pekerja kita..

Tak guna kalau kata

" I love u...tapi I tak percaya u "

Atau...majikan berkata..

" Anda bagus buat kerja...saya suka....tapi saya tak percaya anda"..


Kata pemberi motivasi tadi...
" Di KWSP, majoriti hampir semua lelaki berkahwin, meletakkan nama isteri sebagai penama ( jika mereka meninggal), tapi majoriti wanita berkahwin, meletakkan nama anak sebagai penama"

Jadi, siapa yang lebih sayangkan dan percaya pada pasangan?
Ini soal PERCAYA.

:)

Gambar hiasan: Jadikan rumahtangga kita rumahtangga bahagia dengan saling percaya mempercayai...:)

51 comments:

  1. sweetnya gambar tu

    mmg camtu
    byk lelaki letak nama isteri
    isteri letak nama anak
    ada sebabnya
    dan byk kes pun

    tapi den
    letak nama pakwe den
    dan den dengan kuasa veto
    paksa pakwe tukar penama kepada nama den
    wakakkakakakakakka

    ReplyDelete
  2. Assalam,
    he3 iols la tu :P
    Tapi iols boh gak nama hubby
    cuma % sajork yang lebehkan untuk anak :)
    untuk mak pun iols boh

    ReplyDelete
  3. kalau akak pun..akak letak nama anak haha..

    ReplyDelete
  4. hahaha situasi yg kebanyakkan wanita bekerja lakukan....
    kalau letak penama pun 50% jer sebahagian lg letak nama orang lain (anak atau keluarga sebelah perempuan).

    ReplyDelete
  5. psl kwsp tu, sy ltk nama anak n suami, tp percent lbh kpd anak..bila suami tnye kenapa, sy jwb kalau sy dh tak ada, nt suami cecepat cri lain sbb dpt duit tu..hahaha.. nmpk sgt xcaye kat laki..

    gmbr tu alorrr..suwit!!

    ReplyDelete
  6. Sbb laki boleh kawen 4 kot. Sbb tu tak nk letak nama laki.huhuhu.

    ReplyDelete
  7. betul la tu doc..part kwsp bukan tak percaya suami tapi yer la suami boleh kawin lain..tu yang payah..
    isteri jarang yang buat cenggitu even husband dah meninggal..
    tapi saya skarang letak gak nama laki..bahagi sama rata sumer..

    ReplyDelete
  8. Kakak tergolong yg minoriti doc. Sebab kakak letak nama abang sebagai penama
    Tak kisahlah dia nak kahwin lagi apa salahnya. Kakak masa tu pun dah mati..
    Kalau tak percaya belum sayanglah tu namanya.

    ReplyDelete
  9. So sweet..
    Dlm perkahwinan kepercayaan paling penting.. alhamdulillah..

    Lya ttp letak % husband n anak.. sama mcm husband letak % utk lya n anak..

    ReplyDelete
  10. Hola2.. Tapi tak semua isteri mcm tuh. Sama macam KakZ kat atas nih, aku letak nama suami. Hak aku jugak ada hak dia. Soal anak? Biaq p suami yang uruskan. Tak nak agih hak pd anak? ALLAH ada. Ye dak? Menjawab le kalau tak amanah. Takat ni, doa and mintak yg baik2.. InsyaALLAH

    ReplyDelete
  11. Masa saya mula2 kawin, saya letak nama isteri sebagai penama KWSP, isteri pula letak nama ibu dan ayahnya. Tapi lepas anak-anak besar dia tukar penama kepada nama anak-anak, saya pula tetap kekalkan namanya sebagai penama KWSP. Saya tak pernah tanya mengapa isteri tak letakkan nama saya. Tapi dalam hati saya tau mengapa....

    ReplyDelete
  12. letak mg letak nama suami cuma yg membezakan % nya jer... ^_^

    ReplyDelete
  13. hehheeheh....lieya dulu letak name mak abah...dah kawin ade anak tukar letak name anak...bukan tak percaya tapi lebih kepada secure haahahahaah.... kang kalo den mati dulu, laki kawin lain kang sedap2 jek makan duit tu haahahahahaah...kalo utk anak selamat laa sikit mase depan tu....tapi dah tukar ke pencen ni mmg nan ado laa doc ekekeekekekeke

    ReplyDelete
  14. Saya setuju dengan pendapat KakZakie dan ~Beb~..
    Dari pandangan perancang kewangan yakni saya (hehe), letak nama anak sebagai penama adalah kurang praktikal. Sebab apa?
    1) Jika anak masih di bawah umur masa parents dia meninggal, duit hanya akan dapat selepas anak umur 18 tahun. Sangat lambat..sementara nak tunggu umur tu, anak tak dapat guna duit EPF tu walaupun ada ratusan ribu dalam tu.
    2) Melainkan kalau penjaga nak tuntut bagi pihak anak, kena ada apply surat authority dan sebagainya, akan ambil masa sangat panjang.
    3) Seeloknya penama ni adalah seorang yang bijaksana: boleh menguruskan dan berurusan dengan pihak2 pejabat. Kerana penama bukanlah penerima mutlak duit KWSP tu tapi seharusnya bertindak sebagai pengurus. Bila dapat duit patutnya serah kepada pejabat agama untuk dibahagikan mengikut hukum faraid. Kalau penama tak buat maka berdosalah dia. Menjawablah kat sana nanti kerana mengambil harta anak yatim.

    Suami kalau nak kahwin lain, masa kita hidup pun boleh je kawen betul tak hihi. Yang jenis ni memang nak kena hehehehe.. Jagalah suami elok2 sementara hidup. Kang kita takde dia nak kahwin lain pun bukan kita tau. Kita sibuk dalam kubur sanun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ so much!!
      A lot of info yg saya tak pernah terfikir :)

      Delete
    2. Saya juga bersetuju dengan komen Cik Siti ni..
      Memang pada awalnya saya letak nama anak tapi bila baca komen ni rasanya.. eemm.. kalau en. suami nak kahwin lain tak perlu tunggu saya tiada.. jadi pasal duit KWSP tu, pandailah dia nak uruskan macam mana sebab kita sendiri akan sibuk kat 'dalam' sana.. tak fikir dah itu semua..

      Delete
  15. nak gak letak naka suami... tap x ada cemana? heehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak nama mak/ayah dulu. dah kahwin nanti boleh tukar. (maaf DZ, saya menjawab bagi pihak hehe)

      Delete
  16. owhh kwsp x letak penama lagi hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam imm, kalau boleh buat penama cepat..bukan susah..ambil masa sikit je kalau tak ramai orang..hidup mati bukan boleh main2 tau..mungkin esok lusa atau kejap lagi. (maaf lagi DZ, sy advise bagi pihak hehe)

      Delete
    2. Cik Siti...terima kasih banyak banyak!
      Tak apa..jawapkan lah..ini bidang kepakaran awak :)

      Delete
  17. ehhh tetibe saya xingat saya letak penama siapa utk kwsp..adehhh..

    tp kalau boleh saya nak letak nama anak..not to say xpercaya suami tp lebih kepada nak secure utk future anak..hehehe..

    ReplyDelete
  18. Disebabkan kami masih berdua..mmg saya letak nama suami je lah. Dia pun letak nama saya.

    Dlm hubungan ni, kalau sekali kepercayaan dikhianati..dah susah nak bina semula. So, jagalah kepercayaan yg diberi pasangan kita.

    ReplyDelete
  19. aku takd e KWSP ..
    tp kebanyakan isteri yg letak nama anak sbg penama tu kurang cerdik kerana tak berfikiran jauh ...
    nak tu bknnye boleh nk keluarkan duit selagi tak usia 18 thn .. kan ssh kan prosedur .. nk kena pi amanah raya bagai sbb nk dptkan hak anak tersebut ... incase si ibu meninggal ....
    hmmmm so letak la nama suami sebagai penama wlu ade kemungkinan die akan guna duit tu utk kawen baru....

    ReplyDelete
  20. Bila pikir2 balik saya ni orang yang percaya sangt kat suami..hahahah...sebab dia suka bercerita kot..Tapi saya tau dia tak percaya kat saya..ekekekekk

    ReplyDelete
  21. saya tak percaya suami saya, 100%

    80% adelah....

    hahaha.

    ReplyDelete
  22. insyallah percaya doc, sbb selama bertahun edy keje kt kole terengganu, skrg nih keje di kl tp merata2 sampaikan balik lwt mlm, sabtu ahad keje sya msh percaya dia keje... walaupun kadang ada mulut nakal kwn2 ckp kot2 edy ada pasang lain tp sya percaya pd dia n insyallah sya msh ada instinct yg kuat dlm hati yg percayakan dia heheheh tp klu sekali dia khianati sya selamanya sya akan ingat

    ReplyDelete
  23. lawanya gambar hiasan tuuuu.. ;-)

    percaya tu boleh, tapi kena simpan sikit ragu-ragu. untuk keselamatan, lebih-lebih lagi untuk yang belum kawin macam saya.. heeee...

    ReplyDelete
  24. asben saye letak name mak die..

    ReplyDelete
  25. sangat sweet both of u.
    eh saya punya kwsp letak nama anak sebab suami bukan warganegara hehehe. saya percaya jer dia. hehehee

    ReplyDelete
  26. so sweet!! semuga kakal jodoh hingga ke akhir hayat....percaya boleh tapi bukan seratus peratus..he..he

    ReplyDelete
  27. Klu laki mati, xde jaminan bini x kawen lain...letak % je la

    ReplyDelete
  28. saya letak 100% nama husband..husband letak nama sy & mak dia.yg beza % je la..saya tak kisah & tak rasa kecik ati pun sbb tanggungjawab dia sbg anak lelaki lebih kepada mak kan..

    comei gambar..sweet :)

    ReplyDelete
  29. sy letak nama emak dan abg sulung(dokte).x letak nama suami gak...bahahaha...sbb sy dh ckp sesiap ms sblm bsalin klau jd apa2 kt sy nti duit EPF tu emak & abg leh gunakn utk bsarkn anak sy

    ReplyDelete
  30. Kepercayaan perlu diusahakan untuk diperolehi.
    Anyway,

    Yang sebenarnya, penama di KWSP ni hanyalah sebagai pemegang amanah saja. Tak semestinya nama dia dapat 100%, dia yang bolot duit tu. Duit si mati tetap perlu diagihkan kepada yang berhak. Tetap kena ikut hukum faraid, melainkan ada dinyatakan di dalam wasiat yang sah bahawa si polan ini dapat apa dan polan itu dapat apa. Contohnya, kalau suami letak nama isteri sebagai pemegang solo waris duit itu, bila suaminya meninggal dunia, si isteri tetap perlu membahagikan kepada yang hal. Kalau ada anak lelaki, dapatlah ke keluarga itu kerana dalam faraid, anak lelaki lebih besar bahagiannya dari bapa si mati itu. Tapi apa yang berlaku kepada opismate akak, suaminya meninggal dunia, penama hanyalah isteri dan anak2nya 3 orang perempuan. Tiada langsung bahagian untuk si isteri...melainkan sedikiit untuk anak perempuan. Kerana dalam faraid, wanita2 harus dilindungi oleh lelaki. Maka bila harta diberi kepada waris lelaki, waris lelaki wajibbb melindungi dan menjaga wanita dan perempuan yang ditinggalkan oleh si mati....

    Nasihat saya...apa2 hal pun...tulislah wasiat siap2 walau kita masih muda dan sihat.

    ReplyDelete
  31. Saya tak percaya yang suami saya akan stay single bila saya dah mati, tapi saya yakin dia seorang yang amanah. Jadi, saya dengan rela hati menamakan dia dan nama anak dalam penama KWSP saya. Lagipun yang saya percaya, rezeki tu semua Allah yang pegang. Kalau dah tertulis itu semua rezeki orang yang jadi penama tu, semuanya akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  32. sweet gambar, husband saya dulu letak nama saya dan emaknya, tp skrg dah takde duit kwsp tu, sistem pencen, semua dlm tu dah kuarkan.. :)

    ReplyDelete
  33. sy penah jg dgr kata2 ttg KWSP tu...

    baca entry ni mengingatkan sy ttg apa yg penah d tulis oleh John Grey...

    ReplyDelete
  34. Haha.....itu sudah semestinya.....kang kita dah mati dia sedap sedap pakai kwsp kita buat kawen....dlm kubur geremmmm jer haha...
    Tapi gambo atas tu mmg nampak bahagia....Terbaek...

    ReplyDelete
  35. setahu saya penama tu haruslah mereka yang berumur 18 tahun ke atas baru boleh mentadbir wang tersebut..kalau letak penama iatu anak2 di bawah umur 18..kalau kita mati pun mereka tetap tak boleh guna duit tu selagi tak bermumur 18 tahun..bukan setakat kwsp..insurans pun sama juga kaedahnya.

    bab-bab ini kena peka sedikit demi kebaikan anak-anak di masa depan...yang pasti carilah seseorang yang kita boleh letak kepercayaan bila kita dah takde nanti :)

    ReplyDelete
  36. saya tak der kwsp tu acaner :p hubby saya dah tkr penama ke belum x tau ler..boleh pulak mcm tu..hahahaha

    ReplyDelete
  37. Sempat jugak dengar topik ni kat IKIM.

    Saya dah lupa KWSP letak nama sapa. Masa memula keja dulu letak nama parents. Rasanya macam tak tukar lagi penama. Nak kena gi KWSP ni.

    ReplyDelete
  38. Saya pun x ingat siapa saya letak sebagai penama.
    Tapi, priority adalag pada anak-anak.
    Terpulang pada individu untuk menilai kerana mereka yang lebih mengenali hati budi pasangan masing-masing :)

    ReplyDelete
  39. Kira saya ni percaya pada suamilah, DZ. Dulu sebelum kahwin penama KWSP emak saya. Lepas kahwin mak kena share dengan suami (untung alahai suami den tau...) Lepas ada anak, terus tukar suami dan anak. Sekarang ni masihlah suami dan anak-anak. Saya tak expect suami saya kekal single juga tapi takpalah, saya tak kisah pun. Adat dunialah tu walaupun masa hidup 'youlah cinta sejati I, tiada galang ganti' bila dah mati, tak sempat 100 hari dah cari pengganti. Lelaki memang gitukan ^_^

    ReplyDelete
  40. X buat lagi. Tp plan nak letak nama anak gak. Lebih selamat kot. Klw letak nama hubby mau joli katak nanti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...