Monday, November 10, 2014

Pesan Saidina Ali

Setelah hampir 3 bulan takde tablet ( sebab jatuh & pecah retak screen , dan nak repair screen AMOLED tu langsung tak berbaloi kos nya), maka lebih baik beli baru.
Kali ni, dapat sorang satu, takyah nak berebut rebut.




Moral selama 3 bulan takde tablet:

- mereka lebih behave, lebih kreatif mencipta permainan / lebih aktiviti fizikal.
- bila dah terbiasa takde tablet utk 3bulan, mereka tak lah obses/ batak sangat perangai nak berkepit dgn tablet sepanjang masa ( setelah di belikan yang baru). Mereka main kejap, lepas tu buat aktiviti lain.

Kenapa aku belikan tablet baru?

- Ini zaman mereka. Saidina Ali pernah berpesan:

 "Didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu dilahirkan”.

Jadinya, adalah tidak adil kalau aku tak beri mereka tablet, semata mata dengan matlamat utk elakkan mereka jadi lalai/ malas belajar / tak buat aktiviti fizikal. Aku menidakkan hak mereka sebenarnya kalau buat macam tu. Mereka akan ketinggalan zaman..mereka akan rasa tersisih bila rakan2 sebaya berbicara tentang permainan zaman mereka. Apa yang perlu aku & wife buat ialah mengehad kan penggunaan, dan pastikan penggunaannya secara bijak. Siapa kata teknologi itu buruk? Pisau itu bagus boleh potong buah/ikan/sayur...tapi ada yang guna pisau utk bunuh orang. Jadi adakah kita tak beli pisau?

26 comments:

  1. ye kena bg juga..takut nti culture shock plk..tak knal aplikasi canggih manggih ni pyh..skrg semua hujung jari..
    janji kita kawal....

    ReplyDelete
  2. Betul tu DZ , akak pun belum ganti tablet anak2 akak yg dah pecah dan retak screen tu .. ingat nak beli juga utk mrk tu.. sibuk dah minta ganti guna duit raya diaorang..

    ReplyDelete
  3. suka ayat akhir entry ko nih
    hadkan penggunaan insyaAllah
    walau ko kena ingatkan selalu cam anak2 aku

    ReplyDelete
  4. teknologi tak salah yg salah orang yang menyalahgunakan teknologi itu
    kan kan kan

    maka , jangan kan yang kecik, yang dewasa pon kene membataskan penggunaannya
    ikut waktu yang sesuai
    memanjang nak ngadap tablet kang dah tak jadi keje lain plak haha *amaran utk diri sendiri*

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan N3 DZ nih~
    anak2 kalo dh biasa dgn sesuatu x de lah dorang mengadap sgt bende tuh.
    kalo yg x biasa dgn sesuatu br dorang mengadap jer.
    cuma kita sebagai ibu bapa kena kawal jer lah kn~

    ReplyDelete
  6. Betul... kita mak-ayah yg membentuk mereka
    Kalau betul caranya yg baik akan baiklah jadinya..

    ReplyDelete
  7. saya sokong!..tgh bayangkan zaman anak saya lg 10thn ape jenis gajet pulak yg kuau..;)

    ReplyDelete
  8. betul jugak tu... nanti nak ajak anak2 sedara masuk marathon, thriathlon, panjant gunung sebab hobi2 ni dah semakin meningkat sekarang... beribu2 orang ikut dalam hobi mcm ni

    ReplyDelete
  9. Anak2 saya juga semua ada tablet/telefon pintar sendiri, lama sebelum saya memilikinya. Sampai ada yang beli yang tak termampu saya beli (i-phone 5), walaupun mereka masih di bawah tanggung jawab saya. Apa yang jadi sekarang kadang-kadang mereka terlalu lalai dalam teknologi zaman mereka yang saya pikir sebahagiannya berpijak di dunia fantasi yang saya sebagai orang tua tak terlarat mengejarnya (apa lagi dalam keadaan lutut yang belum 100% sihat ni)...hehehehe...

    ReplyDelete
  10. setuju.. tapi kadang2 saya rasa malu pada diri sendiri..sbb sibuk dgn hal masing2.. biarkan anak2 leka main tablet..

    ReplyDelete
  11. Setuju tu. Yg silapnya kalo bg gajet pastu tak dikawal.

    ReplyDelete
  12. Cool lah doc ni. Hampir semua pendapat doc, sy setuju. Nape eh? Hahahahah!

    ReplyDelete
  13. Tab saya memang saya tak bagi..enpon pun tak bagi..sabtu ahad je boleh guna laptop /komputer.tu pun 2 jam je sehari..saya pernah bagi dulu.bagi tanpa had masa..siang malam dengan tab,.dan saya nampak kesan yang tak baik tu..suruh solat.."jap ye.." kejap2 pun sejam dia punya kejap tu..sebab tu saya tak bagi dah sekarang.cukup la dulu je diorang tau cemana nak guna tab..nanti2 akan datang saya akan bagi .tapi yang pasti bukan masa ini.sekurang2 nya diaorang tau nak guna benda tu cemana...tu pun dah cukup...

    ReplyDelete
  14. As-salam..

    suka dengan entry ni.. betul.. kita tak boleh nak didik anak ikut zaman kita.. mungkin kita rasa itu yang baik untuk mereka tapi ianya akan mungkin akan jadi yang sebaliknya untuk anak2.. Betul sangat pesanan saidina ali tu kan.. didik ikut zaman.. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  15. I pakai machete (pisau potong ayam), bawak dari malaysia.. ni lagi best tetak orang hahahaa.
    Betul betul... kena la sesuaikan dengan peredaran zaman dan persekitaran... kat sini I perati tablets semua ni takder bebudak pakai, kat malaysia lagi advance (mudah dan murah nak dpat kat sana kot, sini tak jual) in fact I pun belikan satu untuk jelita masa balik malaysia last year. Tapi since kat sini kawan2 dia just pakai phone plastik Barbie tu.. hat tu jer la dia duk usung ke hulu ke hilir hihihi.

    ReplyDelete
  16. Setuju dengan awaklah DZ.....tak adil jugak bagi depa kalau mereka tak dapat rasa tempias arus kemajuan teknologi terkini yek....Apa pun untung depa bapak depa doktor tau huhu....

    ReplyDelete
  17. samalah kat rumah ni... anak asyik berkepit dengan tab je... tapi ada jadual... hihihi

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  18. Betu tu doc. Tak salah kalau kita gunakan teknologi tu dgn betul. Saya pon had kan anak² main ipad. Kalau habis bateri memang saya tak charge...hehe...

    ReplyDelete
  19. Hepi je muka diorg dah dpt tablet.....betul tu doc kena ikut peredaran zaman tp tetap ada batasannya.

    ReplyDelete
  20. cucu-cucu KY pun berkepit dgn Ipad. tapi bagi had masa..

    ReplyDelete
  21. Betul juga perbandingan tu ya, DZ. Pisau yang tajam pun kita tetap guna, dan ada juga kegunaannya. Anak-anak saya dah memang tablet ni kembar mereka. Kalau tak dipantau, mereka buat tak tahu je dah terlebih had. Komputer dengan laptop di rumah dah kena letak password makanya tak dapat nak pinjam dari MommyDaddy. Tapi bergantung pada makpak juga sebenarnya macamana nak mengendalikan mereka dan kembar mereka nih....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...