Monday, November 24, 2014

Penghapusan Subsidi Petrol RON95 & Diesel: Kaedah Pengapungan Terkawal Mulai 1 Disember

8 Disember 2014, Isnin...
Anda pergi ke kedai makan Makcik Leha untuk lunch.

 anda ambil lauk ayam goreng berempah seketul

lauk gulai nangka pun nampak sedap, anda ambil juga 2-3 sudu..kuah extra

dan...

telur asin..buat penambah rasa masin katanya...sebelah , bukan sebijik.

Makcik Leha datang.....kira kira..
RM 6.60..



12 Januari 2015, Isnin..
Anda pergi lagi ke kedai Makcik Leha, nak lunch juga..
Dan anda ambik lauk yang serupa..
RM 7.80 kali ni.
" Apsal mahal kali ni kak?", anda tanya..
" Harga minyak dunia dah naik dikkkkk", balas Makcik Leha penuh yakin..

9 Mac 2015, Isnin...
Ntah mandrem apa Makcik Leha guna, anda pergi jugak ke kedai dia.( walaupun tau dia charge mahal)
Anda test ambik lauk yang sama, yang anda pernah ambik bulan 12 dan bulan Januari lepas..
Dengan harapan kali ini, harga nasi berlauk anda akan murah sikit...sebab sepanjang sebulan lepas anda gigih ikuti trend harga pasaran minyak dunia, dan harganya memang menurun..
" Kira kak", sambil anda melambai ke arah Makcik Leha.
" RM 7.80 dikkk"


Reaksi anda?

A) Pasrah reda, terus makan. Tak mahu berdebat depan makanan. Tekad tak mahu makan lagi kat situ walaupun kerangupan ayam goreng berempahnya memang menjadi igauan.

B) Counter la balik...protes...Tanya kat Makcik Leha kenapa harga tak turun sedangkan harga minyak dunia dah turun untuk sebulan terakhir ini.

C) Anda protes, tapi bukan depan Makcik Leha. Anda snap gambar pinggan anda, upload kat FB..dengan status " Celaka betul..harga minyak naik, dia naik harga, bila harga minyak turun, harga tak turun pulak"

D) Anda bersetuju, akur dengan Makcik Leha. Anda makan dengan gumbira. Sebab anda faham, Makcik Leha goreng ayam guna minyak RON 95..tu pasal sedap rangup ayam goreng berempahnya.

40 comments:

  1. Hahahhahaa..lepas ni mintak dia goreng dgn RON97 eh..mungkin lebih sedap kot doktor!

    ReplyDelete
  2. Rasa macam nak buat pilihan D... ;-)

    ReplyDelete
  3. he he..guna ron 95 goreng ayam..tak meletup ke doc.
    tak yah tunggu doc..sekarang ni pun kalau sesekali waktu tenghari pi makan..macam tu..hari jumaat lepas..acik ambik labu lemak 2 ketul..kuah labu.ambik goreng kacang sikit..memang tu la harganya RM7.00..tak de ayam..tak de ikan..nasi separuh..air masak je..

    ReplyDelete
  4. bila protes nanti makcik leha kata, lepas ni ko tak yah makan ayam goreng , makan ayam sup jer..agak2 kalau air boleh buh dalam kereta, semua pakat guna air jerr..ai lio..

    ReplyDelete
  5. makan kat rumah je la jawabnya... T_T

    takde siapa ke nak buat kereta guna minyak kelapa sawit..hahahha

    ReplyDelete
  6. Tak per lah. Kita masak sendiri jer lah lepas ni; Fefeeling macam masakan makcik leha.

    ReplyDelete
  7. sebab musabab yang sama lah.. saya malas makan kat kedai.. yang harganya saya tak pasti turun dan naik.. kalau tak bawa bekal pun saya akan makan nasi ayam nasi ayam nasi ayam.. yang saya dah pasti akan membayarnya dengan harga yg saya sudah tahu.. walaupun harga nasi ayam rm5.50 dah naik dari harga lama sebanyak 50 sen..

    ReplyDelete
  8. Ok, terus buat diet atkins!

    Tak makan nasi, makan lauk shj. Nak gempak lagi, kita buat ommlete(telur dadar je pun) ngan ayam panggang...heheheheh

    Buat bento comel2, upload kt insta bagi semnagat sket buat bekal..=)

    ReplyDelete
  9. Makcik leha nie xbaikk la makcik leha..haihhhh, kat area opis saya pun makin mahal makanannye..

    ReplyDelete
  10. hahahha terasa hingga ke dalam tulang sum2 tak kalu tok jib baca nih?

    mls nk komen lebih2 lah doc, kang komen dana sakit ati, bile dh sakit ati kang mulut ckp benda2 tak elok baik doa banyak2 dlm hati moga Allah sentiasa murahkan rezeki dana, mudahkan hidup dana sekeluarga... aminnnn

    ReplyDelete
  11. nangis .. huwaaaaaaaaaaaaa
    sampai hati tok jib kat kate petani naik kapcai je .... bapak ai naik keta pakai ron95 jugak hape .. kecik hati tau .....
    ingat bapak ai tak terkesan ke ngan ayat tok jib ... ye la kami tak mampu nk naik keta obersi yg harga sikit lagi nk sejuta tu

    ReplyDelete
  12. kejadian biasa
    walau mahal kita tetap akan pi makan
    sebab sedap kan

    banyak2 pun kita boikot tak la pi tetiap minggu atau tetiap hari
    maybe sebulan sekali

    paling2 banyak kita boikot few months aje
    pastu kita pi makan balik
    nak2 kalau kedai lain masakan cam apa
    kedai kak leha je masak sedap

    biasanya harga minyak turun pun, harga barang akan maintain aje
    mana de turun
    tapi harga minyak naik
    lom naik, baru ura2 je nak naik
    tu dia harga barang
    sendiri jawab la
    apa pun
    hidup kita ada pilihan
    so pilihan kita adalah pilihan kita
    hahahahahha
    gelak ajelah weiiiiiiiiiiiiiii
    kang fikir banyak2 stress
    darah naik lak
    dah kena spend kat klinik
    kuikuikui
    peace tuan dr!

    ReplyDelete
  13. Makcik Leha ni dapat bonus awal antara yang berat dihisab di akhirat nanti..Dr ni ikut cara sy, g shah alam makan2 kalau sy tak puashati, pggl waiter lain kira..bayar yg plig murah hihi

    ReplyDelete
  14. Barang semakin mahal skrg ni. Dapat gaji pun cepat je habisnya.

    ReplyDelete
  15. camaner nak buat :(
    pasrah jer la..yang miskin makin miskin..

    ReplyDelete
  16. Mari pakat2 guna ron97 yg diturunkan harga 20 sen...siapa sebenarnya yg lebih perlukan bantuan ek?

    ReplyDelete
  17. Assalam,
    he3 lawak betui la
    ok3 iols pilih hat A..
    eh3 tukor la pilih B he3
    boleh cenggitu ????

    ReplyDelete
  18. saya pilih A.. sebab bab makan ni jadi darah daging malas nak argue.

    ReplyDelete
  19. majoriti memilih bertindak pada pilihan C, walau apa pun yang ditaip. :)

    ReplyDelete
  20. Kepimpinan melalui teladan.
    Kalau dah jadi kebiasaan dari duluuuu hingga kini tak pernah adanya harga turun Mak Leha tak boleh nak disalahkan
    Semua bahan raw dia beli pun tak turun harga. Pusing-pusing macam end users yg merasa.

    Kalau kakak pilih D jgn ketawa pulak!

    ReplyDelete
  21. hehe..goreng ayam guna RON 95 pun sedapppp doc,,..

    jgn harap harga barang akan turun walaupun harga minyak telah turun..

    ReplyDelete
  22. kan??macam tu la..tau naik je..turun tak reti..hehehe

    ReplyDelete
  23. Hahahahaha! Kreatif jgk doc ni eh? Ada je idea nak up entry. Hehehehehe...well, pasrah jelah doc. Nak buat mcm ne lagi? Pung pang jelah dlm blog. atau FB. Hahahahah!

    ReplyDelete
  24. Mujurlah Kak Leha kat rumah akak kat Alor Gajah tu tak naikkan harga lagi. Air tetap singgit segelas tinggi...ayam goreng berempah tetap 2 hengget seketol. Janganlah dia berjangkit dengan Kak Leha Ron 95 ni...

    ReplyDelete
  25. masak sendiri lagi bgusss..

    P/s..tidur betul2 doc...tak sedar lgsung org ambil foto dia..tak suka bergmbar2 ni...ni pun dia tak tahu gmbar dia ada dlm blog..klu dia tau,mesti dia ckp...."malulah adik..sambil senyum..'tak reti marah.

    ReplyDelete
  26. Makcik leh nak naik haji taun depan

    ReplyDelete
  27. kat sini harga fuel everyday turun naik kadang2 stesen sebelah naik, stesen lagi satu turun... tapi harga bahan makanan tetap sentiasa dipantau, soon harga coklat kat sini akan naik sebanyak 5sen kalau tak silap saya. muahahaha

    ReplyDelete
  28. payah gak soklan ni.. nk protes, tp pas hbs mkn boleh..ataupun, semua di atas..



    hri tu diskas isu ni dgn husband.. mereka tak faham maksud subsidi dihapuskan n harga minyak diapungkan..

    ReplyDelete
  29. salam kenal daddy ziyyad..

    hehe baca tang goreng ayam pakai ron 95 tu terus tergelak besar... ◕‿◕

    ReplyDelete
  30. Ada seorang mekanik kawan saya kata dalam keadaan Ron 97 yang dah turun harga dan kini harganya beza sikit saja dengan Ron 95, lebih baik guna Ron 97 kerana penggunaan bahan apinya lebih menjimatkan dari Ron95 disebabkan mutunya yang lebih baik. Saya tak pasti kebenarannya kerana belum pernah cuba....

    ReplyDelete
  31. makan kat fast food...harga tetap.. hehe

    ReplyDelete
  32. Aku pilih jawapan D !!! Haha.

    Tapi aku baca jawapan tu kat depan makcik leha kuat2 dgn siap dengung dan jelas mahrajnya....

    ReplyDelete
  33. sy nk bako gerai mak cik leha dgn RON95 heheheehe

    ReplyDelete
  34. Mula2 nak pilih A, tapi rugi lauk memang nampak sodap.
    Pilih B lah..at least tak simpan dalam hati.

    ReplyDelete
  35. Patutlah mahal almost double lauk tu...ayam kata seketul tp mcm 3 ketul jer.... nangka 2 sudu tp mcm semangkuk jer....hihi telur confirm le sebiji haha

    ReplyDelete
  36. Kalau saya, saya pilih A. Sebab saya malas nak gaduh. Lgpun tak berguna nak bertekak dgn org gitu. Kalau doc pula?

    ReplyDelete
  37. Saya pilih D tapi tidaklah saya makan dengan gembira. Saya akur. Saya tahu Makcik Leha guna minyak RON95 untuk goreng ayam rempahnya. Saya makan sambil potpet membebel dengan kawan-kawan yang senasib.

    DZ, baru beberapa hari lepas geng ngumpat kami buat ramalan yang sama. Bila harga minyak baru diwarwarkan naik, harga makanan pun naik. Sebab semua ayam dihantar menggunakan jet pejuang. Tak main pakai lori lagi. Nak cepat sampai ke destinasi. Nak bagi customers makan ayam segar katanya! Tapi bila harga minyak turun kami bayangkanlah Makcik Leha versi kami akan berkata -Harga makanan makcik turun 4 sen sebab hari ni harga minyak dunia turun 4 sen, nakkkkkk!

    Oh, indahnya mimpi kami semua!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...