Monday, November 3, 2014

Kempen " Hug Your Family"

Kempen peluk keluarga anda selama 10 saat, telah dilancarkan.
Elok lah tu, dari peluk anjing.

Sebenarnya, tanpa saranan ini pun, kami memang amalkan konsep peluk memeluk ini.
Pengikat kasih sayang gitu.
Dari segi perubatan, ianya merembeskan hormon anti stress, iaitu oxytocin.

Ada banyak lagi perbuatan yg pada mata aku ( dan kami di didik buat sejak kecil, dan kini di teruskan bila dah punya keluarga sendiri) boleh mengerat hubungan kekeluargaan:

1- Makan bersama sama, kalau tak boleh masa lunch, at least dinner
2- Keluar vacation bersama sama
3- Buat aktiviti kemas rumah bersama sama ( selain meringankankan kerja masing2  :P )
4- Peluk dan salam cium tangan pasangan / anak2  sebelum keluar rumah / sebelum masuk tido.
5- Gunakan media dengan baik. Tak salah gunakan whatsapp / FB, kalau kita selalu berhubung dgn ahli keluarga. Yang salah ialah bila ahli keluarga depan mata kita ( masa lepak2 / masa makan di restoren), kita ngadap henfon.

Masalah moral boleh dicegah dari rumah, percayalah.
Anak2 yang baik, tak akan keluar melilau setiap hari sampai tengah malam.
Anak2 yang baik tak pecah rumah,tak merompak, tak merempit.
Moga kita berjaya bina keluarga bahagia, di dunia, dan berterusan hingga ke syurga.
Insya Allah.

Tu sebab kita rasa seronok peluk dukung baby, sebab hormon oxytocin keluar. Tapi kalau lama sangat kena dukung, hormon sakit belakang & stress pun boleh keluar ! hahaha

34 comments:

  1. ha ha ha, betul tu better than I Want To Touch A Dog!

    ReplyDelete
  2. Oh... ada kempen ini ye. Bagus kakak sokong
    Betul banyak cara nak eratkan hubungan kekeluargaan.
    Kakak yg dah tua ni pun bapak masih peluk lagi. Apa lagi kalau dpt peluk Zaydan tu memang bestlah:)

    ReplyDelete
  3. Hahahaha! Hormon sakit blkg klu dukung lama mg tak boleh disangkal doc!

    ReplyDelete
  4. anak2 yg cemerlang lahir dari keluarga yg harmoni..yg penuh kasih sayang...

    ReplyDelete
  5. tu lah sekarang asik peluk dukung baby jer..kesian abang2. kena take note nih. tapi abang2 boleh peluk jerlah.dukung kalu alamatnya kena jumpa doc daddy pulak nanti hehe

    ReplyDelete
  6. Anak akak semakin membesar kalau di control sangat pergerakkan pun akan memberontak, akak ambik prinsip main layang2 lepas biar terbang bebas tapi sedikit demi sedikit tarik balik dekat kepada kita.

    ReplyDelete
  7. tiap2 hari nak p keje memang peluk mak ayah
    dah biasa dari kecik. nak keluar ke mana2 mesti peluk dulu, salam cium tangan, cium pipi dahi dagu hihi

    ReplyDelete
  8. hahahaha hormon sakit belakang tu serah kat abah dia laaaa...mama dia tak mampu dah!

    ReplyDelete
  9. betul tu Doc...saya skang amalkan peluk abang2 kat rumah tu jugak walaupun dah besar sebab perasan bila kita peluk adik2, abg2 macam teringin nak peluk tapi malu so kita la mulakan..setiap hari sebelum p sekolah ^_^

    ReplyDelete
  10. aku jgnkan kata lama... kejap pun dah menangkap belakang wooo... kesan cocok apidural kah?

    ReplyDelete
  11. hahaha hormon sakit belakang..
    ye.. hormon sakit pinggang skali :)

    ReplyDelete
  12. balik kang nak kene buat group hug..hehehe..

    ReplyDelete
  13. Lebih baik peluk ahli keluarga daripada peluk anjing *_* Yang ini kami pun mengamalkannya. Sikit-sikit pun nak hug sampai letih tangan merangkul. Hahaha....

    ReplyDelete
  14. setuju doc, peluk mak pak kite lg dpt pahala banyak dr peluk anjing tak tentu pasal...

    peluk2 pasangan boleh panjangkan usia kan... peluk lamaaaaaaaaa biar lg lama sikit usia kite bersama2

    ReplyDelete
  15. haha.....mmg selalulah jugak buat adegan peluk memeluk ni kat rumah terutama sebelum bapaknya nak gi haha....Tp tulah dgn anak anak jarang, lebih lagi bila depa dah besar ni, bukan tak mau tapi tau ajelah peel anak anak bila dah besar ni mcm mcm hal , nak peluk pun terus tak de mood....huhu .... nampaknya nak kena amalkan jugaklah lepas ni...

    ReplyDelete
  16. Yg kecik ni ada iras ayah dia.....tp sikittttt jer haha

    ReplyDelete
  17. oooh bagus entry ini....hehheheh
    kak mieja pon suka manja memanja seisi famili:)

    ReplyDelete
  18. Saya sekarang dah kena hormon sakit lutut sebab dah 20 tahun kaki dok peluk jalan tar ketika berjoging, hehehehehe...

    Tentang peluk ni, tentu bukan setakat peluk anak-anak, agaknya peluk suami isteri juga kena selalu buat. Budaya Melayu suami isteri cuma peluk-peluk dalam bilik tidur tapi kalau berjalan di antara orang ramai nak peluk-peluk macam masa bercinta dulu rasa sedikit malu. Malah peluk-peluk suami isteri di depan anak-anak yang sedang membesar seperti budaya Barat juga rasa malu, walau ia bukan perbuatan haram macam memeluk anjing pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bukan budaya Melayu la nk peluk2 depan org.tp setakat pimpin tangan ok la

      Delete
  19. kasih sayang perlu dipamerkan baru lah timbul kemesraan kluarga

    ReplyDelete
  20. Bagus dipraktik kan.. mengeratkan kasih sayang..

    ReplyDelete
  21. Yang macam doktor cakapkan, itu semua pengerat silaturrahim. ^_^ tapi kalau peluk depan orang awam, wpun suami isteri memang mintak kaki ler tu.

    ReplyDelete
  22. Tak payah kempen...hari2 pun suka peluk anak2 .. hehe

    ReplyDelete
  23. part dukung lama tu.. bukan setakat horman belakang, hormon tangan pun jadi sakit.. sebab dukung dak Nuha yang 15kg tu..

    ReplyDelete
  24. memang setiap pagi dah berpeluk2 dengan dia orang..lepas semua pi kerja ,pi sekolah rasa lega,tenang..ekekeke

    ReplyDelete
  25. balik nanti nak pelok tok laki lah.
    byk jugak hormon yang mengalirkan.
    muehehehehe

    ReplyDelete
  26. Yang ini I tak risau sebab gen belah bapak dia ni memang suka peluk-memeluk, kadang2 tercekik kena peluk ngan budak Jijah ni. Kita Melayu kena lebih banyak amalkan konsep ni sebab ego takmo peluk2 hehehe.

    ReplyDelete
  27. Hormon sakit pinggang dan sakit belakang tu yg tak tahan dengor..

    Happy belated besday to Ziyyad.. :) 6 tahun sudah.. next year dan masuk standard 1.

    ReplyDelete
  28. Baru tau pasal kempen ni. Tapi hari² pon berpeluk. Tapi dengan abg memang tak pernah lah. Segan kot sebab dari kecik tak di dedahkan.

    ReplyDelete
  29. Hormon oxy tu boleh disintetikkan tak?

    :)

    ReplyDelete
  30. tak payah buat kempen...memang hari hari peluk anak :-)

    ReplyDelete
  31. rugi rasanya bila sehari tak pelok anak. esok2 belum tentu dapat peluk lagi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...