Monday, November 17, 2014

Keganasan Polis

Luka luka di jari

bengkak pada lengan ( di kawasan yang aku bulatkan tu)

Ya, itu pesakit aku.
Ya, dia luka & bengkak + sakit2 badan/kepala & demam, sebab Keganasan Polis.
Bukan Polis Indonesia, bukan Polis Zimbabwe...tapi Polis DiRaja Malaysia ( PDRM).

Sabtu malam Ahad, seorang budak lelaki Melayu umur 19 tahun naik motor ke Dataran Shah Alam( area berdekatan kompleks PKNS / Plaza Alam Sentral).Jam sekitar 11 malam ++.
Budak ni memang takde lesen. Motor ada road tax, sebab motor kapcai lama tu motor mak dia.
Tiba aja di satu kawasan yang boleh u- turn, budak ni buat u -turn..
Tau tau aja, lepas u turn dia kena kejar oleh 7 orang anggota PDRM yang memang buat operasi / roadblock.
Adakah budak ni nak lari dari road block?
Tidak..dia mengaku memang dia tak lari pun. Dan bila 7 orang polis tu kejar dia, dia berhentikan motor.
Masa masih berhelmet, kepala dia di pelangkong dengan kon jalan warna oren tu.
Lepas bukak helmet, kepala dia kena ketuk dengan tangan, pipi di tampar.
Badan dipukul bergilir gilir oleh 7 orang polis itu.
Motor kapcai buruk langsung tak diperiksa roadtax nya. Lesen yang di tanya. Dan surat saman di keluarkan. Motor di sita ke balai polis. Motor pecah bahagian depannya sebab polis naik hantu kot pelangkong sekali motor budak ini.

Okeh..
Budak ini, budak baik..aku tgk iras rupa nya masa dia jumpa aku dgn mak nya. Tuturnya lembut.
Kita boleh kenal budak yang liar VS budak yang baik.
Mak nya seorang wanita yang lembut, baik tutur katanya.
Luluh hati aku sebenarnya dengar rintihan mak nya...
" saya tahu anak saya salah, bawa motor takde lesen..saman lah..saya tak kisah..tapi kenapa sampai pukul macam ni anak saya...."
Dan si emak berkata pada anaknya " mak setiap hari doakan keselamatan kau nak...tapi kau kena pukul .."
Budak ni, keluar malam tu sorang diri, bukan berkumpulan ( baca: Bukan Merempit).
Budak ni, keluar sebab dia rasa bosan..dia tolong mak nya jaga atuknya yang sakit.

Aku nasihatkan mak & budak ni, tengok tanda2 kot ada perdarahan dalam otak..
Sebab kepala dia kena hempuk banyak kali ( walaupun takde kesan luka/lebam di kepala).
Darah aku menyirap masa jumpa kes ni.
Terus aku terbayang kalaulah anak aku kena macam ni...
Kalau anak2 anda kena macam ni..apa perasaan anda?
Dekat budak ni & emaknya ( orang susah), boleh la Polis ni nak putar alam kata dia luka & motor pecah sebab dia " terjatuh" kononnya.
Tapi cuba kau tahan budak cina..ada berani Polis nak sentuh? Sebab apa? Sebab Cina kaya ( bukan semua)...sebab cina pandai guna khidmat guaman..

Budak ni salah? Ya. Sebab takde lesen.
Budak ni wajar di pukul berjemaah oleh 7 org Polis sebab takde lesen? Anda nilaikan sendiri.
Tatkala warga umum di beri warning oleh pihak Polis supaya jgn ambil tindakan sendiri ( memukul/ etc) pesalah/ suspek yg mencuri/etc etc....anggota nya sendiri pukul budak 19 tahun yang takde lesen motor.
Jadi, anda hairan kenapa PDRM dipandang serong oleh masyarakat??

43 comments:

  1. jangan lah ada apa apa kecederaan dalaman.. kesian budak ni..

    kalau anak kami mmg kami dah pegi ngamuk kat balai polis agaknya.. salah tu saman je la.. nak pegi belasah dah kenapa..

    ReplyDelete
  2. Sebab tu mak akak hadkan masa keluar malam adik2 lelaki hanya setakat pukul 10 mlm dan jauhkan juga kawasan hot spot budak2 merempit. Bila umur lebih 20 tahun baru naik had masa tu. Sebab d luar bahaya tambahan lewat malam.

    ReplyDelete
  3. Sedih maknya dan kesian ngan budak tu.tua setahun je dari anak bongsu acik

    ReplyDelete
  4. Alahaiii sedihnyeee..
    sampai macam tu skali kena belasah.
    kot yer pon nak belasah. tanya lah dulu.
    haihlah.. byk dah kes cam nih kan.. pukul/belasah/tembak dulu.. baru soal siasat.
    kesah benar belakang citer.. dunia2~

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar
    kenapalah jadi gini
    sekurang2nya tanya la
    soal siasat dulu
    sebelum balun budak nih
    mungkin budak ni lalu situ time polis2 ni nak tangkap bebudak rempit
    so jadilah dia mangsa
    alangkah bagusnya kalau disoal siasat dulu
    baru belasah budak nih
    moga budak ni tak la ada apa2 kecederaan serius

    ReplyDelete
  6. saman jelah, pukul kenapa?
    adoi..senak otak lah baca

    ReplyDelete
  7. terus saya teringat kisah arwah Aminulrasyid
    memang memburukkan nama PDRM..

    ReplyDelete
  8. Kesiannya.... kalau kita jadi mak bapaknya pun marah jugak kat Polis tu...apa taknya kena belasah bergilir gilir .....
    Tapi budak tu kena ambk pengajaran jugak jangan biasakan diri tu keluar malam malam.....Tak elok, duk rumah tengok TV lah ajelah dik oiii....


    ReplyDelete
  9. Sapa yg ambik gambar tu DZ...awak ke? Budak tu dalam hati mesti cakap.....Nak masuk bloglah Dr ni hihi

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya banyak hal seperti ini dah terjadi
    Cuma tak dipaparkan aje doc...
    Inilah kelemahan jelas 'polis' yg menjaga keamanan negara kita

    ReplyDelete
  11. sebabkan ada anggota bajet bagus mcm ni lah membusukkan nama PDRM...dorg menggunakan title POLIS pdhl pangkat paling rendah je pon...bajet hero sgt nak buat2 org sesuka hati..ape lah.....

    ReplyDelete
  12. kesianya..ni la yang terjadi skarang..bila libatkan kematian kemain lagi cakap dorang tak salah..naik turun mahkamah pon dah tak guna biler mangsa dah takde..adakah adil tuk keluarga mangsa??

    ingat lagi kes budak ditembak tu..cam baru lagi rasanya walupon dah bertahun..

    ReplyDelete
  13. Polis ini main sapu rata jer, silap masuk kws rondaan, nasib badan....sian budak tu.

    ReplyDelete
  14. Bersimpati dengan nasib budak itu..
    Moga tiada kecederaan dalaman hendakNYA dan moga dia cepat sembuh hendakNYA.
    Pengajaran: Jangan berada di tempat yang hot spot macam tu.. elakkan keluar selepas pukul 10 malam.

    psstt: takde ke sape2 yang ambil gambar/video keadaan masa tu.. lepas tu hantar ke pihak atasan dorang..

    ReplyDelete
  15. da jadi macam ni, takkan nak buat report polis pulak kan... itu belum tengok budak yang kena tahan kat lokap kena dengan depa macam mana.. polis kita macam ada masalah mental jer, sorry to say. But for sure, jarnag sangat I jumpa polis Malaysia yang ikhlas berkhidmat... semua pikir nak pau orang jer, tak pau duit.. pau boxing.

    ReplyDelete
  16. Tetibe rase kesian yg teramat dgn budak nie..sedih pulak rase..die ade kat tmpt dan waktu yg salah..polis tuh pun satu hal..eiii geram jer..eiiii sakitnye hati..semoga budak tuh cpt sembuh..harap2 xde yg serious jadik..xleh nak bayangkan mcm mana keadaan budak tuh waktu kene pukul..

    ReplyDelete
  17. melampau..nk saman, saman je la..xperlu pukul..sbb tu ramai duk ikut perangai mcm tu, suka² pukul..mcm kes tngkap budak curi motor tu.. pukul kaw², pastu bogelkan.. pstu hanta kt polis, polis buat apa pulak?? aiyoo, emosi pulak

    ReplyDelete
  18. klu mampu boleh bawa kes ni ke mahkamah ..saman balik ... menciknye ..
    teringat kes sedara saya .. brg yg dikata bahan bukti dilempar di belakang kerusi bilik pegawai penyiasat ....itu yg dikata bahan bukit ..menyirap darah ...

    sakit hati betui la .. dah la belagak ... bila ckp klu tak salah dijathuh hukum oleh majistret ..kami nk saman malu .. mul ala cuak ... suruh saman pegawai yg serbu ... ko yg menyiasat pun aku nk saman la .....

    ReplyDelete
  19. Kasihannya dgn budak tu,klu salah pun tahan je xyah nak belasah camtu sekali.

    ReplyDelete
  20. kesian dengan budak tu... salah memang tetap salah, tapi itu tidak memberikan hak kepada polis nak belasah sampai begitu teruk sekali... hurmmm...

    ReplyDelete
  21. as salams.....depa langsung tak jdkan pengajaran budak yg mati kena tembak dulu sebab bawak kereta tak ada lesen juga...sepatutnya depa tanya bdk motor tu secara berhemah bkn secara kasar....sedih baca:(:(

    ReplyDelete
  22. Tak heran lgsg doc. Mak ayah sy sendiri tak encourage kami utk involved apa2 dgn polis sbb mrk lagi tau cerita disebaliknya.

    ReplyDelete
  23. ya rabbi... sampai jadi macam tu... dah jadi musuh ke PDRM ngan rakyat ni... tapi rasanya tak semua mcm tu... kebetulan dia memang terserempak dengan anggota yg memang berhati jahat... susah juga kan... apa tindakan yg boleh kita buat?

    ReplyDelete
  24. Ya Allah...geramnya! Tunjuk samseng ke apa polis2 tu?
    Budak tu salah. Polis tu lg salah, jadi polis tapi buta undang2. Tak siasat dah jatuh hukum. Hukum sendiri pulak tu. Tak selamatlah hidup org yg aniaya org lain.

    ReplyDelete
  25. Dah namanya Polis Di Raja Malaysia.
    Mereka jadilah raja.
    Jadi boleh buat apa sahaja di Malaysia.

    SubhanAllah.


    ReplyDelete
  26. report perubatan dah ada sebagai bukti.... report polis dah buat?

    ReplyDelete
  27. sedih, terhau, kesian.. org yg teraniaya doanya cpt termakbul.. lmbt atau cpt saja.
    ujian bt adik tu.. luluh hati ibunya pasti..

    ReplyDelete
  28. Maaf doc, bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, mungkin adik ni berada dalam kawasan operasi yang memerlukan kerja2 tangkas pihak berkuasa dan perilakunya cenderung ke arah sebaliknya.

    Dalam zaman sekarang, perkara paling tajam adalah lidah, sebelah pihak tidak menjustifikasi keadaan adil kedua pihak.

    Frasa anak melayu tu memang sy akui berlaku dalam mana-mana kejadian. Anak Cina 'berwang', mari kita perhalusi gerak laku anak cina sebaya adik ni - mereka tidak mengambil risiko keluar malam menunggang motor bersendirian.

    Dalam operasi PATI pun perkara luka dan kecederaan berlaku di pihak penguatkuasa. bila terjadinya memandang rendah kerja2 khas penguatkuasa, maka datangnya budaya sambil lewa penguatkuasa.

    Nasihat saya, tidak perlulah remaja keluar malam, Isyak je da di rumah, budaya keluar malam ini (walaupun adik ni betul), serba sedikit akan pengaruhi tumbesarannya dgn belajar keluar malam. malam selalunya banyak berlaku 'drama' yang remaja suka.

    Teguran pada penguatkuasa, hormati orang tua, sayangi anak muda. amarah tidak menguntungkan.

    ReplyDelete
  29. melampau la sampai naik tangan tu

    ishhh!

    ReplyDelete
  30. kenapaaalah berani bawak motor tak berlesen..

    ReplyDelete
  31. kenapa kena guna kekerasan kalau budak tu tak melawan
    saman ajelah..sebab dia memang sah sah salah

    ReplyDelete
  32. Mungkin ada yg baca entri doc ni kata jangan caya 100% dengan cakap budak tu dan maknya, mungkin mereka tokoh tambah cerita... Tapi saya sendiri ada pengalaman tengok 'keganasan polis' di depan mata kepala sendiri. 2 kejadian di Alor Setar, satu lagi dekat R&R Bukit Gantang. Yang dekat Bukit Gantang darah saya menyirap betul, sah-sah motor budak sekolah tu dilanggar kereta polis secara sengaja hingga budak tu terpelanting atas tanah.
    Saya rasa saya juga nak tulis mengenai isu 'keganasan polis' ini dalam entri saya yang akan datang...

    ReplyDelete
  33. alahai sian nyer budak tuh, kalu ye pun dia mmg slh sbb takde lesen tp tak pyhla pukul, saman jelah... apa masalah sampai nk pukul2 lak.... otak takde ke polis2 yg buat tuh, mmg bkn nk kata polis semua jahat tp sbb beberapa org yg tak guna otak, org ramai jd benci kt polis... camne tuh kn

    ReplyDelete
  34. haduih....yg kuar sensorang depa nk tahan plak.tahan la yg kuar bpuak2 tu.tu br namanya merempit.patut la arwah ayah x bg anak2 dia pi ms interview polis.mgkin tkut org pndg serong camni la kot no

    ReplyDelete
  35. kedua pihak ada buat salah.
    tapi sebagai manusia, ada budi bicara dan timbang rasa.

    ReplyDelete
  36. Sakit hati plak baca. Kesian nya kat budak ni. Memang lah salah dia tak der lesen motor. Tapi polis tak der hak nak memukul. Sebab polis mcm ni lah imej PDRM terjejas. No wonder lah ada kes pesalah mati dalam lokap. Sebab dapat polis kaki pukul mcm ni kot.

    ReplyDelete
  37. Ya Allah...luluh hati kakcik baca catatan ini... :(

    ReplyDelete
  38. Isyyyhh kesiannya...

    Mungkin polis sebelum tu ada tahan mat rempit ke apa ke, jadi dia assume adik ni pun sama..
    Tapi tak agak2 nak pukul pun.. Bukannya dia melawan ke apa..

    Geram betul tengok

    ReplyDelete
  39. Selalu jadi macam ni. Yang jahat takda tindakan, yang baik jadi mangsa. Polis ni bila tengok orang kita je mulalah tunjuk berlagak sebab mereka tahu orang kita macamana. Cuba kena bangsa lain yang mereka tahu memang kaya, takdanya mereka berani. Berani 'makan bersuap' jelah....

    ReplyDelete
  40. Sentap sangat.
    Apahal polis tu bangang siot??!!!
    Kalau anak aku memang lama dah aku pergi cari sapa polis tu..tunggu simpang jalan aku bawak orang!!
    Cehh..aku belum pernah buat lah..
    Tapi, tak teragak2 nak buat.
    Aku ada baca kisah budak ni recently.. Tak sangka DZ yang treat dia.
    Memang sentap beb.. Kita kenal kan budak baik macamana..
    Takkan nak tutup kes macam tu je?
    Kuang ajo punya polis yang 7 orang tu!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...