Wednesday, November 19, 2014

Harga Rumah Di Malaysia


Siapa yang salah?
Siapa yang perlu dipersalahkan?
Kerajaan kah sebab tak kawal?
Pemaju kah sebab tamak sangat ?
Pemain besar industri real estate yang memonopoli?
Atau rakyat sendiri sebab tak pandai cari wang, maka tak cukup wang nak beli rumah?

Kalau nak berdebat siapa yang salah, sampai kiamat pun tak akan habis.
Kalau nak berdebat cari siapa yang salah, sampai ke sudah anda tak akan beli rumah.

Jadi, apa yang perlu kita buat?
Kita fokuskan pada penyelesaian masalah, bukan berdebat tentang masalah.
Ini lah cara yang pakar motivasi ajar kita. Ini lah juga yang Islam ajar.

Kalau memandu di Shah Alam - Subang ni, tengok papan papan iklan harga rumah baru, memang boleh buat terduduk terkujat..
Rumah teres dua tingkat ( yang di jenamakan semula sebagai super-link...padahal teres aja pun), yang bukaan nya tak luas mana, starting price dah RM600- 700 ribu.
Rumah yang aku beli dahulu ( alhamdullilah, ada rezeki beli, ada tempat berteduh) tahun 2005..sekarang harganya dah melonjak naik hampir 78% dari harga belian. Kalau aku nak beli rumah aku sendiri pada hari ini, waktu ini, rasa rasanya tak lepas loan kot..

Kita ada rumah, jadi apa yang kita risau?
Kita risaukan generasi anak anak kita..generasi cucu cucu kita..

Pilihan / jalan yang aku nampak sebagai fokus jalan penyelesaian ialah, antaranya:

1- Kita beli lagi rumah. Rumah ini utk anak anak kita kelak. Sementara tunggu mereka membesar, kita sewakan. Aku beli rumah masa umur 25tahun. Umur anak sulung aku 6 tahun lebih sekarang. Maknanya, kalau aku beli rumah lain utk anak sulung aku, rumah itu, akan berusia ~ 20 tahun bila aku serahkan pada anak aku nanti. Rumah dah lama, tapi value nya pasti mencanak canak.
Cabaran:
-  nak beli rumah satu lagi pun kat Klang Valley ni, dah kena sediakan paling kurang 500K.
- aku ada 3 anak. Jadinya, paling busuk kena cari 1.5 juta utk beli rumah buat mereka...hahhaha

2- Kita beli tanah. Sebab nilai tanah kat Klang Valley sangat gila nilainya, kita carilah hartanah di luar Klang Valley. Murah sikit. Nak betul2 murah, cariklah kawasan macam Kokdiang ke, Temerloh ke, pedalaman Perak ke...Nanti anak anak boleh buat rumah kat atas tanah tu.
Cabaran:
- nak ke anak anak kita pindah duduk ke kawasan macam tu kelak? tak tahu lah lagi 20 tahun Kokdiang dah maju ala ala Subang Jaya kot...hahah

3- Kita sediakan ilmu. Dengan ilmu yang ada, anak anak akan membesar dengan teratur. Dengan ilmu anak anak akan pandai membela nasib mereka kelak ( termasuklah mencari & membeli rumah sendiri)
Cabaran:
-Ilmu jenis apa yang nak di perturunkan/ di ajar. Ilmu fardhu ain itu wajib, ilmu fardhu kifayah yang perlu di perhalusi. Ilmu fardhu kifayah tentang membina empayar kewangan ( baca: bisnes), perlu di terap sejak kecil. Ya, jutawan di dunia ( yg takde masalah nak beli rumah & tanah & ladang2 kuda) bukanlah doktor, bukanlah engineer, bukanlah arkitek, bukan lah guru, bukanlah pekerja. Mereka ada pekerja yang bekerja utk mereka.


Mungkin ada banyak lagi pilihan/jalan sebagai fokus penyelesaian utk masalah harga rumah di Malaysia ini..sudilah kongsi kongsi kan...:)





37 comments:

  1. hahahhaaa!
    apesal sini sini sebut Kokdiang ni!!!!

    ReplyDelete
  2. Kalau nak berdebat, sampai ke penghujungnya tiada kata sepakat. Saya tak nak anak-anak saya susah tapi pada masa yang sama saya mahu mereka berdikari seperti mana saya yang mudah dapat sesuatu ketika kecil tapi tetap juga terpaksa berdikari bila dah dewasa. So, saya rasa pilihan terbaik yang no.3 tu. Saya mahu anak-anak menuntut ilmu, penuhkan dada dengan ilmu berguna semoga mudah hidup mereka kelak. Kalau saya belikan rumah untuk anak-anak, mereka lagilah buat tak tahu sebab tak khuatir memikirkan hidup mereka tanpa ibubapa nanti.

    ReplyDelete
  3. adehhh.. memang kita tak setuju dengan depa ni. Tapi kita tak mampu nak mengubah depa hanya mampu ubah diri sendiri je. Yg lebih sakit hati bila pilihan raya lupa bila disogok dengan janji2 manis.

    ReplyDelete
  4. semalam ada terdengar di Hot.FM kalau tak silap, harga rumah di Malaysia 5x lebih tinggi berbanding negara-negara lain 3x lebih tinggi...dikatakan harga rumah di Malaysia memang antara yang termahal...

    ReplyDelete
  5. erm..sebut pasal rumah ni bnyk benda yg menyedihkan hati..uhuks..harap tahun 2016 tu ada la rezeki saya duduk dirumah merpati saya itu...doakan saya doktor!

    ReplyDelete
  6. memang rasa tak mampu sangat nak miliki rumah dengan harga sekarang ni..
    malaysia antara negara yang paling mahal okeh nilai hartanah..baru dengar berita semalam..

    ReplyDelete
  7. memang harga hartanah makin naik...
    kkdg rasa cam tak masuk akal betul rege cenggitu....
    serammmmmmm and gigilllllllllllll...

    ReplyDelete
  8. saya pilih beri ilmu dan pendidikan secukupnya..suatu hari nanti mungkin juga pemilikan rumah bukan lagi menjadi parameter untuk mengukur kelangsungan hidup seseorang. the world might go so wild it just doesn't matter anymore..

    ReplyDelete
  9. klu nak start beli umah kedua/ketiga boleh cari area bandar baru nilai doc.... apartment dalam 300k, mahal tapi tak semahal KL.
    bandar baru nilai pun skrg ni nampak mcm pesat membangun, jarak ke KL pun tak jauh sgt sebab dekat dgn PLUS highway.

    ReplyDelete
  10. Rumah yang kakcik beli lebih 20 tahun dahulu dengan harga 84K termasuk insurans bagai, sekarang boleh dijual dengan harga 700K...

    Memang kalau mampu, dari dulu kakcik dah belikan anak2 kakcik rumah sorang satu...

    ReplyDelete
  11. yg kaya bertambah2 kekayaannya doc...

    ReplyDelete
  12. Doc..sebut pasal rumah ni boleh sakit hati!!nasib jugak dah beli rumah kat kg..nak beli rumah kat sini mahal bebenor..sah2 loan tak lulus!..berbalik kata doc tu..memang betul...apapun sendiri cari cara penyelesaian..yg no 3 tu..semestinya..kalau ada rezeki memang nak beli siap2 untuk anak sorang satu..tapi apakan daya..sendiri pon tak berapa nak lepas..huhu..:)

    ReplyDelete
  13. tgok harga rumah sekarang memang menangis...nak loan bank xlepas..tiap2 bulan la byr sewa kat org...bayar tiap2 bulan tapi rumah dpt kat orang lain..T__T

    ReplyDelete
  14. Saya pun tgh draft entry psl umah..blum lg smpt nk publish..

    Harga rumah skang nie boleh tercabut mata tgk regenye..hilang akal..even kat belah2 senawang ke atas pun rege mencanak2..saya nie bersyukur sesgt bersyukur sbb time husband nak beli umah dpt rege yg murah sgt murah..tp nk renovate pulak la menjawab..ahahahha..

    Mcm mana org2 yg xde umah nak beli umah kalau rege umah skang 400k ke atas..bukan semua org mampu..haih..

    ReplyDelete
  15. salams pagi rabu:)

    point yg ditulis memang betul sangat....sama fikiran akak & hubby fikirkan ....akak pon ada 3 anak, kena beli sebiji lagi rumah utk cukupkan 3 buah, alhamdullah skrg baru ada 2 buah rumah....harga semakin melampau naiknya, tidak adil utk anak cucu kita....kesian mereka.....

    ReplyDelete
  16. salam...LM baru je duk seri kembangan ni, memang terkejut dn harga rumah. ye la...masa kami beli dua tahun lepas dg sini 390 000 skrg blh jadik 800 000 -1 juta harga dia. mak aii...terkujat!

    kalau dah rumah sangkar burung pun dah harga 400 ribu agak2 siapa je yang mampu beli rmah? ramai je orang kita gaji bawah 2500 ...selamanya nak menyewa?kesia kan...

    bab jarak nmbr plat tu rasa mcm lawak pun ada, kesian pun ada..suami LM dah sebulan lebih x bawak motor sbb katanya sah2 nanti kena saman bab nmbr plat dan lamu motor .ehehe...jual je lah kalau x blh bawak, kata LM dalam hati.

    ReplyDelete
  17. Tiap² tahun akan naik. Saya keja ngan property development. Kos utk studio apartment jer dah RM400++. Buntang biji mata nih. Nak beli rumah under company pon tak mampu even ada staff + bumi price. Skang project kat bangi tgh naik. Klo berkenan, saya boleh bagi detail. Coming soon akan buat apartment. Kalau menarik nak jugak saya grab *mcm banyak duit jer..haha...

    Kat gelang patah JB ada buat rumah mampu milik under UEMS. Built up 1000 sqft = RM150,000

    ReplyDelete
  18. DZ.. saya pon selalu terpikir nasib anak2 saya di masa hadapan. mampukah dorang beli rumah nanti.
    Alhamdulillah.. saya di berikan rezeki untuk memiliki 2 rumah.
    di beli atas sebab penjual memang nak jual(Terdesaknakgunaduit/memang x nak dah rumah tu)
    kalo saya beli atas sebab penjual nak untung.. saya rasa saya x mampu beli rumah sampai sekarang.

    Saya memang bercita2 nak usaha beli rumah lagi.. kalo diberikan rezeki olehNYA.
    kalo boleh.. setiap anak ade satu rumah. hehehe

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah DZ.. akak dah ada 3 buah rumah... boleh lah akak bagi satu sorang kpd tiga orang anak akak.. akak dan en suami beli masa bujang.. dan sebuah lagi masa tahun 2004.. kalau masa anak2 kita kelak memang tak mampu nak membelikan..

    ReplyDelete
  20. Betullah kakak dpt jangkakan 10-15 tahun akan dtg anak-anak kakak mahu tak mahu kena ambil juga rumah yg kakak dah belikan buat mereka. Nak duduk atau nak sewakan terpulang. Buat kakak masa ini sewakan. Rumah yg kakak beli 15 tahun dulu 90K kini sudah mencecah 160K doc. Ini di pinggir JB bukan bandar JB.

    Sesak memikirkan kuasabeli bangsa di masa akan datang.

    ReplyDelete
  21. Sekarang ni jalan dah elok...boleh beli dlm radius 30-50km dr pusat bandar...murah sikit... Anak aku seorang....bila aku mati, rumah yg aku duduk ni la jd rumah dia laki bini.....klu dia nak berbini 4 pun ok...dah adakan utk dia...hehehe...

    ReplyDelete
  22. kelako bila kerajaan tak mampu kawal harga rumah, apalah guna kuasa di tangan..

    isu ni mmg tak tau camne nak selesai. Kira mcm terpaksa berserah di tgn pihak berkuasa (yg takde kuasa tu).

    rumah yg kami beli kat Pajam ni pun rege dia kemain, pejam mata beli dan semput2 suami byr sorang.

    ReplyDelete
  23. Sepatutnya dari dulu lagi kerajaan kawal harga rumah..
    Dalam keadaan sekarang, memang dah tak mampu dah.. mampu tengok jelah..
    Kawasan sekitar rumah saya pun dah mencanak harganya.. walhal size rumah takdelah besar mana.. huhuhu...

    ReplyDelete
  24. Kos renovation umah kami yg bukan major renovation tp cuma repair. Diulang doc, REPAIR. Ganti wiring baru. Piping baru. Selebihnya cuma repair mana yg buruk dan rosak. Itupun kami beli tiles sendiri. Brg2 toilet sendiri. Excluding kitchen cabinet. Total damage - RM80k. Kontraktor berlesen yg based kat Subang Jaya dan orang kita. Itu baru renovation.

    Beli rumah baru - mahal. Beli rumah subsale - maintenance pun sama naik mahal. Rumah yg kami beli kat Puncak Alam, masa kami beli mmg mampu.Tapi sekarang, tidak lagi walau umah subsale. Sobs!

    ReplyDelete
  25. sampai skrg rasa mcm x relevan je peraturan jpa tu....

    ReplyDelete
  26. itu baru harga rumah. harga nak kahwin pun berlipat kali ganda mahalnya.

    ReplyDelete
  27. aishhh kalo ade butang like mmg dah like juta2 lemon dah doc...ape yg doc tulis semua betul n lieya setuju sgt2....

    tu lah masalah sekarang..belum lagi tanah yg melayu punye dah diambil alih secara tanpa sedar.....mcm lieya ni doc sebelum beli rumahdi putrajaya ade beli di salak tinggi...ingakt nak jual sbb dah ade rumah kat putrajaya...tapi tgk harga mcm tu, terdetik esok2 takut anak2 tak mampu beli rumah...tu yg husben nak simpan bagi kat anak2....nasib2 lee yg mane dapat dah le anak ade 3 haahahahaah....

    ReplyDelete
  28. setuju...harga macam .... punya mahal..

    ReplyDelete
  29. itu lah kan taraf hidup sekarang makin mencanak-canak,
    serba serbi, kiri kanan depan belakang

    ReplyDelete
  30. Kokdiang pula yg dok jadikan contoh...hahahaha, marah orang Kokdiang nanti sebab kalau tak ada RM300,000 susah nak dapatkan rumah teres di Kokdiang kot.... Kalau nak rumah yg lebih murah kena beli rumah terpakai yg tuannya ada masalah (rumah lelong), seperti yang saya duduki sekarang rumah sesebuah tak sampai RM300,000, tapi risikonya pun ada, sebab rumah tepi sawah....

    ReplyDelete
  31. Memang susah nak beli rumah sekarang ni. Tambahan pula bekerja di kawasan lembah kelang, lagi la haru jadinya.

    ReplyDelete
  32. saya setuju ngan entry ni... ramai orang cakap, rumah di KK lebih mahal dari rumah di KL... tapi itu mungkin setahun dua tahun lepas... skrg ni rumah di lembah klang melonjak menggila... selagi ada orang nak beli selagi tu harga akan naik... kerajaan memang takkan kawal punya.. mana2 kerajaan pun... sedih kan...

    ReplyDelete
  33. betul2..kami pun tgh dok survey rumah la ni..sbb 2-2 kt KL..mmg xla nk jmp rumah yg murah kan...so ade 2 pilihan nak murah kene bertabah la jauh ckit nk berulang keje..klu nk dkt, kene perahan keringat la downpyment je blh cecaj 30 40k kot..

    lagi2 next year dh implement GST...lg bermaharajalela la developer semua naik harga..thats why ramai yg sarankan klu ade kemmpuan dan pilihan yg bgus beli rumah before GST ni..

    ReplyDelete
  34. harga rumah mmg nangis tak berlagu nengoknya
    nk beli tu satu hal
    nak bayar downpayment tu satu hal
    lom campur charge2 lain cam lawyer fees dll

    itu kita as parents nak gak beli umah siap2 utk anak2
    risaukan generasi anak2 kita
    camner agaknya harga rumah
    camner agaknya derang
    boleh ke cope dengan masa depan nanti
    bagi didikan ilmu
    bagi bimbingan
    bagi dan sediakan segalanya
    boleh ke mereka survive?

    yg aku nampak
    ada sesetengah org
    beli rumah
    naik harga
    jual
    modalkan utk beli rumah yang betul2 derang nak dari segi harga, kesesuaian dan lokasi

    kalau ada kwsp
    gunakan kwsp
    utk belian rumah pertama ada
    utk bayaran bulanan pun ada
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  35. Betul DZ....benda yg sama jugak kami laki bini fikir...mmg dahsyat betul harga rumah sekarang ni nak fengsan rasa tengok.....
    Kalau nak beli lagi rumah....pening gak nak membayornya, dah lah pak jilap sorang keje, harap bini pulak sedap sedap melingkau kat rumah hihi....

    Nampaknya kena balik kg ajelah.....

    ReplyDelete
  36. Memang bagus heading 2 articles tu.
    Sentap..

    ReplyDelete
  37. Saya akan pilih no 3. Biar dia berusaha sendiri guna ilmu yg dia ada.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...