Monday, October 20, 2014

Ubat Buntut ( Paracetamol Suppository)

Perkahwinan campur, akan menyebabkan masing masing temui budaya yang berbeza.
Ada budaya /stail yang sangat pelik di mata kita, tapi mungkin biasa di mata pasangan kita.
Itu lah yang terjadi pada pesakit aku kali ini.
Seorang wanita Melayu, yang berkahwin dengan orang Arab ( aku tak pasti pulak belah mana,tapi kalau tak silap pendengaran aku, suaminya orang Palestin).
Ada 2 insiden yang berlaku,yang mana aku & pesakit aku itu sama sama tergelak ( bila pesakit aku ceritakan).

Kisah satu:
Pesakit wanita aku ni demam. Demam agak tinggi la. Jadinya petang tu dia jumpa aku.
Dia bagitau aku, pagi tadi suami dia pak arab tu masukkan ubat ini kat dubur dia !
Hahaha..

Paracetamol suppository memang dimasukkan di dalam lubang dubur,utk demam yang panas /atau kanak kanak yang susah makan ubat. Dos yang biasa ada ialah 125mg & 250mg. Yang pesakit aku tu disumbatkan dengan suppository 250mg, yang mana sesuai utk maximum umur 12 tahun sahaja. Tolak cerita pasal kesesuaian dos, memasukkan ubat suppository demam di dubur orang dewasa, bukanlah norma kita, kan? Hahaha..
Aku tak tahu lah kalau stail pak arab kat sana gemar masukkan ubat bontot, hatta kepada orang dewasa..:P



Kisah dua:
Selang 2 minggu insiden duburnya di cerobohi paracetamol suppository, pesakit aku ni datang lagi. Datang dengan anak nya dua orang, suaminya macam biasa,tak ikut.
Kali ini, anak perempuannya yang berumur ~ 8 tahun di bawa sebab SUAMINYA SPRAY SHELLTOX DI RAMBUT ANAKNYA, dek kerana tak tahan/geram kot dengan masalah kutu...Hahahaha..
Ubat kutu memang dah di pakai,dalam proses rawatan.
Tak tahu lah memang budaya arab ke, atau sebab suami dia geram sangat dengan kutu ke, ada ke di spray nya rambut budak tu ..So,kalut lah mak budak ni bawak jumpa aku..Memang merah sikit dahi dia kesan spray tu...check paru2 so far clear ( sebab anak dia ni ada asma pulak tu !)
Dalam geram bercampur gelak pesakit aku bagi tau " ntah apa lagi benda pelik pak arab tu nak buat lepas ni"..  :P

35 comments:

  1. Memanglah kelakar bunyinya. Tapi sebagai isteri kakak rasa dia pun pelik dgn cara suami dia
    Nasib baik tak jadi apa-apa bab yg spry nyamuk kat kepala si anak tu..

    ReplyDelete
  2. hehe..tergelak membacanya...mungkin perkara biasa kat negara dia kut benda2 mcm tu

    ReplyDelete
  3. Hehe....yg ubat buntut tu setahu saya mmg utk kanak2 kan sbb dosnya rendah tp mungkin kat sana ramai pak arab yg takut mkn ubat sebb tu masuk kat buntut je.... :p

    Yg sembur racun nyamuk shelltox tu kat kg2 rasanya pernah dengar org buat cara ni nak hilangkan kutu huhu

    ReplyDelete
  4. pagi-pagi dah gelak baca n3 ni..haha...pcm supp 250 tu elok masukkan 2...macam2 la orang ni kan..:)

    ReplyDelete
  5. Salam Dr...adoi..hahaha..ketawa baca entry DR ni.. adakah patut kan..yg masuk ubat demam kat buntut tu utk org dewasa mmg tak pernah dgr..sllu utk budak2 je.. haha.. yg ridset kat kepala lagi tak boleh terima..racun tu..haha

    ReplyDelete
  6. Bergetar dada kakcik menahan gelak! Hahaha

    ReplyDelete
  7. akak rasa ini bukan pasal husband dia arab ke apa.. tapi husbnd dia tu jenis belasah asal boleh jer... hohoho

    ReplyDelete
  8. Agaknya ubat kutu susah jumpa kat Palestin yg ada cuma Shelltox je...ehehee...

    ReplyDelete
  9. sampai tahap spray shieldtox mmg dah tahap bahaya tu.... mujur tak x ter'spray' kat mata budak tu

    ReplyDelete
  10. Assalam.. Salam Ziarah..

    kawin lain2 bangsa mmg kdg2 ade jugak beberapa kelainan or budaya..bangsa A camni adatnya..bangsa B, pun lain jugak...
    cam saya ngan incek hubby..wlupun still lagi sama2 org Msia...tp sbb berlainan bangsa..kdg2 timbul jgk kekecohan sbb ade mende yg saya cakap A, tp incek hubby berkeras2 kata B...last2 dedua tergelak..hehehe

    ReplyDelete
  11. adehhhh...x tahan dok gelak dgn kwn sblh ni.mula sy teringat kt abg dokte sy.tiap kali blk kmpg ada ja cerita2 lawak dia dgn psakit cmni...hahahahaha

    ReplyDelete
  12. hahahaha..tergelak2 saya baca..ahahahahaha..mcm2 jenis patients kan doctor dpt ari2..

    saya td nak taip, "ahahhaa" kebetulan ade call masuk, nyaris2 nak sebut "ahahahaha" instead of "hello"..adehhhh..

    ReplyDelete
  13. Yarabbi! Terkejut beruk dgr spray rmbt pki Shieldtox. Haih! Ikutkan eotak normal, tak terjangkau akal kot nak spray rmbt anak tu. Mmmm....

    ReplyDelete
  14. Hehehe...kalau nak tahu pak arab ni memang suka buat benda pelik-pelik.
    Penat melayan kerenah mereka huhu.

    ReplyDelete
  15. Allah, berat juga perbezaan budaya dek perbezaan benua ni yer.... Bagusnya husband dia sebab ada inisiatif yang tinggi. Yang tak molek tu, dia mengkhinzir buta jer buat tindakan.

    ReplyDelete
  16. hahahahahahaha.. x abes gelak baca citer DZ nih.
    macam2 lah. kesian anak dia kena spray.. ingat nyamuk ke anak dia tuh.
    hahahahahaha.. adehaiii.. kesian~

    ReplyDelete
  17. hehehh..suami saya pun gelak baca cerita ni..yang kelakarnya suami dia yang sumbat ubat tu..heheh..

    ReplyDelete
  18. Doc, chicken hertz dah takde. Ganti restoran Texas Chicken yg kami anak beranak dok makan tu. Huhuhu! Nak jgk bls komen kat sini.

    ReplyDelete
  19. oi..... sesok mau disumbatnya racun tikus plak kasi bini dia makan soh ilang batuk. hahahahahaha

    ReplyDelete
  20. Allahuakbar..mengundang gelak entry nie!
    masalah juga tu, terpikir...mcm mana riaksi muka doc bila patient tu cerita hihi

    ReplyDelete
  21. kelakar lah pulak..

    peliknya..orang bandar kepala berkutu? agaknya suaminya tak pernah nmpk kutu..mungkin dalm fikirannya rasa geli, banyak sangat serangga atas kepala..lalu disprynya dgn sheltox..hahaha

    ReplyDelete
  22. hahaha tapi kan doc. Petua spray sheltox ngan ridset tu memang ada org kita guna. Spray kat towel, lepastu balut di kepala, kutu2 akan keluar.

    Tapi mmg kelakar cite sumbat ubat bont tu haha

    ReplyDelete
  23. tak tahan saya gelak.. kesian pada wife dia.. camane lah agaknya dia nak terangkan pada sang suaminya itu..

    ReplyDelete
  24. pon boleh... ***pekop mulot*******

    ReplyDelete
  25. hahaha opsss sorry, kelakar la jugak walau bahaya kan, main redah jer deme ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko jgn main gelak je nas. ko pun sama kan... hati2

      Delete
  26. Hadoiii.. Lepas ni wife dia kena sorok barang berbahaya dalam rumah.

    ReplyDelete
  27. Ekekeke...adoiiii...lawak betul lah. Ubat vontot tu familiar utk kanak² jer. Utk dewasa tak pernah dengar lagi.

    DOc...mati tak kutu² kat rambut anak pesakit tu...hehehe...

    ReplyDelete
  28. Adoiyai.......nasiblah mak kawen serumpun ....senang tak yah nak bergaduh pasal budaya...hihi

    ReplyDelete
  29. Tak dpt aku bayangkan mak budak pun kena masuk ubat bontot. KehKeh. Bahaya gak gi spray rambut anak dgn shieldtox. Syukur la tak keracunan.

    ReplyDelete
  30. Macam macam perangai manusia kan. Org arab ni mmg pelik pelik. Mcm b semacam jek. Ada ke patut sembur sheltox kat rambut semata mata nak bunuh kutu. Klw kena mata lain pulak jdnya. Nasib anak tu x de penyakit g6pd.

    ReplyDelete
  31. Hahaha... ini memang buat saya nak gelak. Nasib baik dua kisah je, kalau berkisah-kisah mahu saya tak boleh berhenti gelak. Ya ke gitu? Suami saya takdalah pulak bawa 'cultures' pelik-pelik datang ke Malaysia ni... Kalau saya cerita kat suami, tentu dia akan tanya kat saya - Kenapa jadi lagu tu???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...