Thursday, October 2, 2014

This Is An Insult To Our Intelligence

Aku dulu, kurang minat bab Statistik masa belajar ilmu matematik di peringkat pre- universiti.
Sebab kira kira nya remeh.
Sebab kena teliti.
Kalau tidak, statistik yang kita buat tu tak tepat / invalid / tahap sampah.

Aku ingin mencabar mana mana blogger..
Yang mana kadar penggunaan petrol nya untuk sebulan memenuhi statistik di bawah..
Aku ingin berjumpa..
Aku nak belajar ilmu menjimatkan petrol..

aku yakin majoriti rakyat bukan membuta tuli obses nak bangkang Kerajaan, bukan. Kenaikan harga minyak memang tak dapat di elak, OK. Subsidi berterusan boleh merosakkan negara, OK..fine. Kami faham, kami terima.  Tapi tolong berhenti beri alasan yang orang kampung aku kata "this is an insult to our intelligence"

32 comments:

  1. Kejap lagi aku komen. Tengah buat enam kerja serentak ni. Maklumla, nak serap tekanan kenaikan harga petrol kena la rajin dan kreatif. Hehehee...

    ReplyDelete
  2. tengah menyerap tekanan panass...tolong Doc..:)

    ReplyDelete
  3. Saya setuju tu doc...menteri2 tu tolonglah jgn keluarkan statement potong kepala sendiri.

    ReplyDelete
  4. Dulu kalau harga minyak naik dikaitkan dengan kenaikan harga minyak dunia. Sekarang tak boleh kaitkan dengan harga minyak dunia lagi sebab harga minyak dunia sedang turun sekarang. Jadi terpaksalah buat statistik mengarut yang boleh menyebabkan orang kampung yang separuh buta huruf pun boleh tergelak berguling-guling.

    Agaknya berita di TV nanti adalah menteri yang akan buat perbandingan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Thailand, Nepal, Bangladesh, Croatia, Congo, Malawi, Greenland atau negara-negara lain yang tak ada minyak...

    ReplyDelete
  5. memang tak logik!!!
    saya yang pakai wira lama pon skali isi minyak rm80 hengget seminggu.
    cer kali ngan 4! tidok ke rm320???
    hagak2 lah nak kuarkan statistik pon. bior ler logik sket!!

    cerdik pandai sungguh siapa yang kuarkan statistik tuh!
    huh!!!

    ReplyDelete
  6. Betul bagi uncle sebab dah pencen dan duduk negeri kecik pulak. Secara purata rasanya uncle guna tak sampai RM200 sebulan kecuali balik kampung.

    ReplyDelete
  7. Boleh tak compare dengan akak...? Gaji ahkak dengan hubby 2 juta sebulan. RM5000 ke atas kan? Minyak sehari 100 sebab ulang alik Melaka KL. Sebulan, 3000 dik. akak rasa menteri tu tak cukup sekolah la...tu pasal dia rasa dia boleh kencing rakyat. *&%#%&^*&&^& betulll!

    ReplyDelete
  8. menteri skang nie mana die dpt nyeah statistik nie semua..132 hengget tuh sekali isi full tank minyak kete husband saya je lebih kurang..kalau lebih dr 132hengget tuh menteri nie bg pakai pocket money die xpe jugak..hurmmmmmm..

    ReplyDelete
  9. huhuhu...naik dan terus naik.. :(

    ReplyDelete
  10. Tau2 jerk dah naik harga.. ikss.. sabo je laa..

    ReplyDelete
  11. cemana diaorang buat kira2 ni ye?/berdasarkan apa??

    ReplyDelete
  12. Statistik yang sangatlah penipu.

    ReplyDelete
  13. Macamana dia kira tu yek.....okje ambik anak sek seminggu pun dah 50 henggit....la ni dah naik 20 sen sure naik gak beberapa henggit ni.....sian kat my laki....huhu

    ReplyDelete
  14. Kakak ni doc (sebelum naik 20 sen) pun setiap tiga hari fill RM50-60/-. Maknanya seminggu aje dah 100-120/-
    Calculation based on jarak dekatlah ni agaknya. Macam anak kakak ke sekolah naik motor Mak Zah hantar bolehlah jumlah tu sebab jalan kaki pun boleh sebenarnya... Sedihlah kalau org yg 'duduk atas' macam ini gaya..

    ReplyDelete
  15. Salam Dr... bagi saya, baik 'org berkenaan' diam sahaja.. tak perlu bagi apa2 alasan yg boleh membuatkan rakyat tambah menyampah... alasan pun ntah apa2.. adoii sabar je lah... kmi yg keje kuli2 ni pun minyak dah RM80 keatas utk 1minggu..kalau 4minggu dah berapa...

    ReplyDelete
  16. memang tak la fuel 132 sebulan tu
    saya punya fuel, orang bujang ni hah, 200++ sebulan
    kalau yang berkeluarga, lebih lagi la agaknya. nak hantar anak situ sini situ sini kan

    betol la ckp kakzakie tu
    dia calculate yg jarak dekat je tu

    saya p kerja drive je 40-45 minit

    ke nanti, kene tukar kerja yg dekat dengan rumah
    ke nanti, kene cari rumah yg dekat dengan tempat keje

    menteri mesti bg suggestion macam tu nanti
    LOL

    ReplyDelete
  17. *&^%!

    Astaghfirullah! Urut dada sendiri. Tak nak komenlah.

    ReplyDelete
  18. Dari manalah statistik tu dorang dapat agaknya..
    Penggunaan minyak sebulan bagi saya pun lebih dari jumlah RM375 tu.. hari-hari kena hadap jalan sesak..
    Ni naik lagi.. apalah agaknya yang nak kena 'ikat' bagi menjimatkan lagi duit untuk isi minyak.. huhuhu..
    Agak-agaklah nak keluarkan kenyataan sekalipun.. kita bukannya bodoh tak faham..

    ReplyDelete
  19. yes, dgn cikPuteri memang capai nombor ni. Dari laman rumah ke parking ofis, then parking ofis ke laman rumah. TANPA keluar lunch di luar, tanpa ke mana2 LANGSUNG.

    drive 2 kali je sehari, rumah-ofis, ofis-rumah.

    Ada manusia hidup macam tu?

    Dan, kesian yang mukanya terpampang di tv & paper. Rasanya jenuh diorng praktis 'poker face' nk sebut benda2 gini. Sebab yang buat kerja bodoh macam ni, adalah penyedia statistik & penyemak laporan itu.

    ReplyDelete
  20. Statistik, mcm doc kata, sungguh boleh mengelirukan...but numbers do not lie...tapi numbers boleh mislead.

    Hati2 dgn statistik. Statistik berdasarkan assumptions. Statistik tak menipu...yg mislead / menipu ialah menyorokkan assumption kemudian membuat kesimpulan macam kat atas tu. Patutnya dia berikan sekali assumption tu...bolehlah kita chevk assumption tu betul atau tak untuk mewakili golongan ygdikaji...

    Aku syak antara assumption utk pengguna dgn gaji 3000:
    Rumah kuarters tepi kilang, beli barang kat koperasi kilang, balik kampung jenguk mak bapak 3 tahun sekali, ke kedai naik beskal....hmmm....hahaha

    Sekali balik kpg pun dah isi full tank 70 hengget! Huh...

    Kita cabar dia org dedahkan assumptions dan sample size....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau dia assume org yg gaji 3000 ni semuanya naik public transport dan kalo balik kampung tiap2 bulan pun naik moto, 6 beranak.

      Delete
  21. ramai update pasal minyak hari ni..penangan 20sen..huhu..follow blog ni..^^

    ReplyDelete
  22. Macam-macam alasan.....ntah mana dorang dapat statistik ni......huhu

    ReplyDelete
  23. ok, masing-masing dah hangat dada, hati, badan, semuanyalah kann..gara-gara minyak naik 20 sen lagii

    Jom...ramai-ramai sejukkan hati dengan pakat-pakat baca doa Arafah hari ni, jangan lepaskan peluang di saat2 mustajab doa yang datang setahun sekali ni.

    ReplyDelete
  24. x setuju ngan statistik ni..Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html

    ReplyDelete
  25. lebih sangat kot..lainlah kalu tempat kerja sebelah rumah jer

    ReplyDelete
  26. naik moto maybe boleh macam tu..klu naik keta? skali isi je dah RM70 ... ish ish ish

    ReplyDelete
  27. Nampak benor nipunye menteri2 Malaysia nih. Hahaha.

    ReplyDelete
  28. Wah, DZ... dahsyat tu! Orang kampung kata cam tu. Kalau dah orang kampung kata gitu, orang bandar lagilah terasa betapa bodohnya tukang buat stats ni.

    Saya rasa stats ni sesuai kat Timbuktu tapi Timb Menteri tersilap dengar dok kata stats ni kat Malaysia. Sebab tu saya kata lepas ni harga goreng pisang naik lagi 2 kali ganda sebab mereka guna RON95 nak gorengkan. This is not an insult, this is a fact gitu.... orang kampung saya pulak kata!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...