Wednesday, October 1, 2014

Terlajak Laris

Heboh la dalam wassap group keluarga aku pasal isu pelaris.
Ceritanya, sepupu aku gi makan kat kedai, jumpa serpihan kaca dalam nasi gorengnya.
Dua pupu aku pulak mengiakan, dia pun jumpa serpihan kaca, tapi ni kat kedai makan lain.
Sepupu yang lain pulak mengatakan " rambut, kuku & kaca ialah bahan bahan biasa utk orang buat santau, atau ilmu pelaris"

Adik aku pulak mencelah dalam group wassap tu... cerita pelaris yang dia temui pulak.
Selalu lalu kat satu kedai jual baju & tudung ni, asal tengok aja tudung kat kedai tu, mesti rasa nak beli, padahal sebelum ni mmg takde niat nak beli pun.
Satu hari tu adik aku memang betul betul berkenan dengan satu tudung, yang mana tudung tu di pakaikan kat kepala patung ( sebagai display model). Adik aku ni pun satu, punyalah banyak tudung kedai tu jual, yang melekat kat kepala patung tu jugak dia nak...hahaha.
Aku aku nak beli, pekerja kedai tu tak mau jual.
Adik aku desak nak beli jugak ( entah apa hal ntah gigih nak jugak tudung tu..haha)..
Last last budak kedai tu cakap:
" Tudung tu memang kami tak boleh jual...bos kami memang tak bagi...itu untuk bagi pelaris kedai"
 

 Imej Google.  Patung yang dipakaikan tudung, katanya sebagai ilmu pelaris?

Bila aku borak dengan staff aku pulak pasal isu pelaris ni, dia pun bercerita..
Suaminya selalu lepak satu kedai mamak ni..
Setiap kali makan, setiap kali tulah suami dia mesti jumpa rambut dalam makanan dia..
Sampai suami dia bengang dan tanya mamak tu..
Aku cakap kat staff aku :
" Memang la selalu jumpa rambut...sebab bulu bulu mamak kan lebat, selalu jatuh gugur dalam makanan yang dia sediakan"..
:P

29 comments:

  1. ko tak caya?
    walau ko tak caya
    walau ko kata khurafat
    apa pun ko kata
    ia ada dan wujud

    kita mohon pada Allah
    baik atau buruk
    akan dimakbulkan
    cepat atau lambat
    iya atau tak
    kita ni dikurniakan akal olehnya
    tak reti2 nak fikir baik ke buruk

    ko niaga kan
    adat org2 kita
    dengki sana sini
    pakai pelaris
    kasi org tak nampak kedai kita
    itu biasa

    doa banyak2
    dijauhkan dari semua ni
    buat yang terbaik
    doa yang baik2
    yakin dengan rezeki
    dan selebihnya redha
    insya Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak percaya, percaya beb.
      Cuma memang benda ni khurafat la...hukumnya dosa besar..silap haribulan, jatuh syirik.
      Nauzubillah

      Delete
  2. antara percaya dgn tidak, tapi pengalaman kdg2 buatkan berhati2 lgi2 bila melibatkan makanan. Apapun sentiasa berdoa minta dijauhkan kiat dari perkara2 yg mcm ni kan !

    ReplyDelete
  3. Kita mcm tak percaya tapi benda2 khurafat camtu mmg ada. Kena sentiasa berhati2 dan berdoa byk2 agar dijauhkan drpd benda tu semua ..

    Terbayang bulu2 mamak berguguran dimakanan tu .... yaiksssss

    ReplyDelete
  4. Baca entry ni ketika perut tengah kenyang rasa nak terkeluar balik.. huhuhu..
    Moga kita semua dijauhkan dari anasir yang tidak baik hendakNYA.

    ReplyDelete
  5. macam-macam jenis pelaris orang buat yer... mamak tu jatuhkan bulu sebagai pelariws jugak kot hahahaa. eh tapi kan, I pernah nampak mamak ni korek hidung masa duk tempel nan cheese dalam tempayan. huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Tapi kan doc, ada satu daerah kat tempat eka kerja. Memang terkenal dengan ilmu2 begini. Ada bulan2 tertentu, org2 tua tak bagi makan dekat luar. Ada sekali, naik dgn driver opis, dia tak mau berhenti dekat kawasan tu. Takut katanya sebab bahaya bulan2 begini benda begitu tgh hot. ada orang nak cuba test ilmu. Sanggup pakcik tu berentikan kami makan kat tempat lain.

    Mencegah lagi baik katanya.

    Ada juga yg bagi petua, kalau minum air panas, tapi permukaan bawah airnya sejuk, kena hati2.

    Harapnya kita dijauhkan dari benda2 ni. Amin.

    ReplyDelete
  7. baru2 ni I makan nasi goreng skali terjumpa langau dalam nasik goreng tu.. adakah itu pelaris atau langau yang tiba2 mati dalam makanan?? *confused*
    tapi kalau rambut/ kaca tu macam scary je bunyiknya.. tu yang takut nak makan kat luar.. Nasib baik Kak Jah skrg ni rajin masak memasak.. hehehe
    Yang pelaris kat patung tu pernah dgr jugak.. tapi tak tau lah soheh ke idok.. mmg dia kata "pelaris" mungkin "pelaris yang dimaksudkan tu sebab tudung tu terlampau cantik untuk ditayang kat kepala patung tu.. plus disebabkan tudung tu terlampau cantik dan tinggal last kopek je tak boleh direstock lagi, tu yang dikatakan pelaris kot.
    Entah lah Doc,. apa2 pun sila lah berhati2..

    ReplyDelete
  8. Akak rasa, nak bagi meniaga laris, amalkan jer konsep perniagaan jujur dan telus. Dalam Qur'an dah siap ajar nak meniaga macam mana. Yang susah payah cabut bulu tu dah kenapa? Eish...esihhh....

    ReplyDelete
  9. Hihi... macam-macamlah - Akhirnya terbuka juga mulut budak sales itu ye:)
    Tapi kakak percaya masih ramai yg mengamalkan perbuatan syirik ini doc

    ReplyDelete
  10. kalau jumpa rambut..kaca tu rasanya bukan pelaris kan doc..tu kotor..tak bersih masaknya kan..habis semua benda masuk lam makanan..

    ReplyDelete
  11. doc kadang2 bende ni ade gak betul nye...mcm sup urat keting kat bangi tu..ade penah org nampak nenek tua tgh mencakong kan periuk sup...org yg nampak tu plak mmg amalan die sebelum masuk mane2 kedai makan akan bace doa elak disantau ..... mcm scary plak dengar kan...

    ReplyDelete
  12. hahahaha,kalau borak pasal ilmu pelaris ni mmg hebat doc.mcm mcm version leh dgr.geli gak kdg2.

    ReplyDelete
  13. hi doc,
    selalu follow tak pernah komen..
    scary dgr benda2 mcm ni..bhgn utara perak famous dulu psl santau ni.

    ReplyDelete
  14. hehehhehe...bulu jatuh dlm makanan

    ReplyDelete
  15. erkk..menakutkan lah DR... klu rambut tu adalah juga sekali dua jumpa..takat ni belum pernah jumpa serpihan kaca... sanggup depa buat mcm tu semata2 nak lariskan jualan... aduhhh..

    ReplyDelete
  16. Berkawan dengan syaitan, itulah jadinya....semua tu sihir, kerja syaitan.

    Nabi kita pun pernah kena sihir...

    ReplyDelete
  17. OOOoooo, seblom pikir nak buat online bisnes apaaaaa, kena la pi cari pelaris dulu.....nak calit kat skrin ni..kot dia serap masuk dalam image yg bakal daku display....mau pigi cari pak belalang la

    ReplyDelete
  18. Kadang-kadang heran juga mengapa orang yg ada ilmu santau ini ilmunya cuma di dalam kotak yang sangat kecil? Mengapa tak gunakan ilmu mereka untuk satu poerjuangan yang lebih besar misalnya santau semua musuh-musuh Islam di Israel, Amerika dan Eropah?? Ini asyik-asyik nak jahanamkan Melayu yang dah banyak jahanam ini...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,
    kalo bukak kedai makan, masak sedap2 seikhlas hati...larisssssss la orang serbu tak payah jumpa bomoh dukun bagai hu huhuhuhu

    ReplyDelete
  20. org mcm tu igt hidup nak tongkat langit kut..

    ReplyDelete
  21. kekadang terfikir juga..kenapa sederet kedai jual benda yang sama..tapi satu kedai jer yang jadi tumpuan ramai..agaknya guna pelaris ke atau memang barang yg di jual berkualiti?

    ReplyDelete
  22. benda2 gini mmg masih ada yg amalkan n buat kan, jenis yg nk untung cepat lah doc.... tp kalu kite usaha semampu n ngn ikhlas... insyallah kalu mmg dh tertulis ada rezeki kita, insyallah ada Allah dh ttp kan jnji kita nk usaha.... agak2 ada tak org bt pelaris upah jht manik ek doc heheheh...

    ReplyDelete
  23. Eeee.... Munna klu jumps rambut me apa2 bulu ke ... Mmg stop makan time tu juga .... Geli rasanya

    ReplyDelete
  24. eeeiii kita dah la suka tosei kat mamak !

    ReplyDelete
  25. Part mamak buat ana pengsan k. Hahaha. Bulu diaaa..perghhh! XD

    ReplyDelete
  26. Memang selalu dengar org cakap gitu.....
    Terlanjur awak cakap pasal bulu ni DZ......pernah jugak jumpa bulu mamak dlm roti canai haha....tp tetap gak nak pergi lagi.....takkan pelaris kot? Hehe

    ReplyDelete
  27. Sayalah kalau dah sekali jumpa rambut, saya ban terus kedai tu. Apa ke hal guna pelaris gaya gitu... Tapi pernah juga dengar pasal seluar dalam ler, apa ler masukkan dalam makanan nak bagi laris. Oh, sungguh tak sopan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...