Monday, October 27, 2014

Sukarnya Mendidik Rakyat Malaysia.


Umum mengetahui,rakyat Malaysia bila pegang stereng / handle motor, perangai berubah 360 darjah.
Ada yang menggila di jalanraya...
Ada yang jadi samseng jalanraya..
Ramai yang tak boleh nak patuh undang undang jalanraya..
Bila berlaku kemalangan, kerajaan di salahkan...
Bila berlaku kemalangan, cuaca buruk di salahkan..
Padahal kebanyakkan kemalangan berlaku, atas sikap buruk diri sendiri ketika memandu..

Maka pihak Polis pun pantau lah kelajuan pemandu dengan ' speed trap '.
Puas dah Polis menyorok celah jambatan / fly over agaknya..
Dan pemandu Malaysia pandai bawak slow bila sampai dijambatan / fly over..
Letak camera AES pun, tak jalan...
Maka Polis tukar tektik...

hahaha...letak camera speed trap dalam tong sampah !



Malangnya..
Kebanyakkan warga JB dah tau tektik ini..
Sukarnya mendidik rakyat Malaysia ,kan?

37 comments:

  1. stereng (atau handle) ni serupa macam botol arak, kalau dah ketagih dengan isinya, boleh jadi lupa diri. semua benda dia nak langgar. semua nak hentam seolah dia je yang betul. tapi bila kena saman, marah pulak...

    ReplyDelete
  2. Sikappp 360 ni lah paling susah nak dibentuk....ini sendiri punya tanggungjawab..org lain even doctor...lowyer hatta mejistret pun tak boleh nak bantu...semuanya nawaitu perubahan diri sendiri....sampai kita ni yg berhati-hati memandu pun belum tentu selamat dgn adanya org2 yg 360 darjah ni dijalanraya...

    ReplyDelete
  3. Pada akak sikap memandu ni samalah dengan sikap kehidupan seseorang tu. Kalau dia cuai masa drive, dlm hidup pun dia mesti ada lalai. Kalau cepat naik angin, dlm real life dia mesti baran. Kalau dia suka memotong barisan dan ikut laluan kecemasan, maknanya dia memang pandai taktik pentingkan diri. Even dlm real life dia mesti selamba kodok pijak kepala orang lain agar dia boleh mendaki keatas dengan mudah dan cepat dan tidak rasa bersalah....

    Nak didik pemandu Malaysia, kena didik akhlak mereka sejak mereka kecil...

    ReplyDelete
  4. Tiba-tiba ada tong sampah kat tiang di jalanraya, mestilah ada muslihatnya...

    Tapi memangpun, orang boleh bertukar watak sebaik memegang stereng kenderaan...

    ReplyDelete
  5. Betul3..nak3 kalau kat highway..jammed skit je ramai manusia yg masuk emergency lane..mcm dieorg je yg nak cpt..org mcm nie la yg menyumbang pada jammed sebenarnye..haishhh..

    ReplyDelete
  6. rakyat malaysia susah di ajak berubah tapi lagi senang diajak bergasak..hahahhaha...

    ehh doktor..tudung tu RM10 je kat jln tar, tambah maik rm5 jek :)

    ReplyDelete
  7. Doc, 180° je pusingnya. Kalau 360°, dia dah hala lurus ke depan balik....hehe

    ReplyDelete
  8. Memang susah sgt doc. Boleh nampak sendiri cara pemanduan rakyat malaysia nih. Kalau diri sendiri tak boleh nak ubah memang kita pon tak boleh nak buat apa. Pernah jadi depan mata. Bertumbuk sebab masing² tak nak mengalah bagi jalan. Dah lah jalan tengah sesak. Lagi tambah sesak dengan aksi dorang bergaduh nih.

    Peringatan buat diri sendiri juga nih. So far alhamdulillah...belum kena saman lagi. Nau'uzubillah

    ReplyDelete
  9. kalu wat invisible pun last2 diorg akan tahu jg... panjang akal org malaysia ni ;-)

    ReplyDelete
  10. bab2 ni mmg susah nk cakap lah doc. kebykan masyarak mesia ni mmg sukar dijangkakan hehehe

    ReplyDelete
  11. mmg betul
    sikap org malaysia ni mmg payah nak dibetulkan
    bawak mcm apa je kadang2 tu, pecut bagai nak rak
    time area ada camera polis bagai derang akan slow
    pastu pecut bagai nak rak
    yang best bila kenderaan dari arah sebelah bagi high beam sebagai isyarat depan ada polis wat speedtrap
    tapi ini aku
    aku yang drive kat hway utara selatan hala ke utara
    nak luah perasaan
    hala kl before tol kajang ada aes camera
    situ 90 km/j
    aku rasa sedikit tak logik la
    kadang2 traffic pun bukan teruk
    dengan 90 km/j mmg aku selalu terbabas la
    so aku pun sama
    dekat aes tu aku bawak 90, lepas aes aku bawak 110
    sama gak kalau dari kl before tol sg besi waktu aku selalu lalu jam 10 malam
    situ rasanya 80 kot, aku pun selalu terbabas
    alahai cam siput rasanya bawak 80 km/j
    dilema weiiii dilema
    langgar kadar kelajuan tak la lebih 110 pun kadang2 tu
    sebab rasanya kadar kelajuan yang ditetapkan tu agak tak logik

    ReplyDelete
  12. Ptg2 klu blk keje, skt hati tgk org yg x sbr nak blk! Haih! Mls nak komen lbh. Nanti skt hati.

    ReplyDelete
  13. salah speed trap ke kalo kena saman??
    bukan salah sendirik ke sebab bawa laju.
    saya pelik kenapaaaaa ramai yang benci dgn pelaksanaan kamera AES haitu.
    saya rasa, mereka yg benci dgn Camera AES adalah mereka yg suka bawa laju!
    sekian,

    ReplyDelete
  14. Tapi silap juga doc. Mereka ni tak patutlah - ada ke patut di sini kita disuruhnya memandu 70km/j.
    Kalau 90km/jam tu oklah juga. Tak pun kalau jalan dua hala dan jln kampung tu oklah - ini jln 3 lane...

    Tiga dari kereta kakak kena speed trap di sinilah. Sakit hati sebab kita bawa baru 80++ aje.

    ReplyDelete
  15. saya memang ngeri la kalau atas jalan raya ni
    nak bawak laju2. yang suka ikut rapat
    saya fobia sket. bukan sket. banyak. haha
    kalau kereta laju dan follow rapat, saya rela berhenti tepi, hah korang jalan la dulu. sampai tahap gitu. ye fobia tak habis
    kalau kat highway, duduk la lane paling slow. itu pon kalau time kereta banyak, terutamanya area senawang - seremban, duduk lane paling slow pon ngeri. sebab kereta banyak -___-

    ReplyDelete
  16. Saya dapat saman tapi jenuh memikir kat mana dia duduk.. hehehe..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum DZ...betul tu selalu nampak x tahu pulak dlm tu ada kamera...lepas ni kena berhati2 la...:)

    ReplyDelete
  18. Papan amaran "Pandu cermat jiwa selamat", "Berhati-hati di jalan raya" dan papan amaran lain yang bunyinya lemah lembut sangat tu dah tak sesuai dengan jiwa brutal pemandu Malaysia. Sepatutnya papan amaran itu perlu digantikan dengan papan tanda amaran baru lain, contohnya:

    - Slogan ‘Pandu cermat jiwa selamat’ digantikan dengan slogan yang lebih ‘brutal’ seperti ‘Tekan Minyak Lagi, Biar Cepat Mampos’
    - Pada selekoh yang selalu diletakkan gambar tengkorak dengan pesanan ‘Jangan Memotong’, pun perlu ditukar. Boleh kekalkan gambar tengkorak, tetapi ubah pesanan menjadi ‘Ku Nanti Dikau Di Pintu Neraka’, atau ‘Daging & Tulang Mu Untuk Hidangan Harimau Di Zoo Negara’.
    - Jangan lagi guna kata-kata lembut ‘Ingati Orang Tersayang Ketika Memandu’, sebaliknya guna 'Tak rugi kau mati, neraka sedang menanti..'' atau 'Pandu laju-laju, kau mati janda kau jadi milikku!' atau ‘Mati Cepat, Anak Dara Engkau Aku Dapat’

    Setuju doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyok JR, makan dalam punye slogan JR bagi. Hakhak.

      Delete
  19. bab2 kamera speed trap ni rakyat malaysia mmg dah terdidik... cepat je diorg tahu mana lokasi ada kamera.

    ReplyDelete
  20. hurmm tak tau nak pakai tektik apa dah..
    semua benda nak disalahkan.. sendiri tak mau plak dipersalahkan..

    ReplyDelete
  21. Agaknya rakyat M'sia dah memang terdidik dengan sikap..makin di larang semakin menjadi..

    ReplyDelete
  22. Kreatif pak polis ni ye... simpan speed trap dlm tong sampah tp dorg tak sedar rakyat Malaysia ni 'cerdik2' belaka ... hehe

    ReplyDelete
  23. Sama juga. Sukar mendidik pihak berkuasa tempatan, pihak beruniform yang turut patut sedar depa pun menyumbang ke arah sumbang laku di jalan raya!

    ReplyDelete
  24. huhuhu selalunya kalu kt jln raya manusia trs bertukar sifat... kalu selalu lemah lembut bile driver pegang stereng je terus tukar sifat heheheh... pasni polis kene pakai kamera yg lutsinar halimunan nyer heheheh....

    ReplyDelete
  25. Kalau jalan raya sempit...jalan raya berlopak2 ...jalan raya berselekoh tajam atau kurang papan 'kenyataan'...memang itu sure menjadi alasan standard punya...

    Ni..dah bagi jalanraya/highway yang lebar...canggih...dengan papan kenyataan yang berbagai ....depa guna buat tempat berlumba pulak...masing2 nak tunjuk terror..tak beralah...baik keta kecik apa lagi yang besar2...motosikal pun tak kurang jugak...

    So...sape lagi nak di persalahkan...?? Sendiri mau ingat...

    ReplyDelete
  26. kenapa sampai perlu bersembunyi? AES terang2an blh dikesan pun masih kita memandu laju (diri sendiri dah kena). jadi, bila disaman, bayar sajalah..... pilihan kita sendiri bukan?

    saya lebih suka andai letak terang2an dengan papan tanda yang ketara. jadinya, bila disaman, sesiapa pun x boleh dipersalahkan oelh pemandu.

    ReplyDelete
  27. Ya akak mengaku kadang2 bila berada dijalan raya saya lupa diri termemandu kereta sehingga 140km/jam sebab nak cepat sampai sebab tak nak memandu lama2 letih. Dah 30km/jam melebihi had laju...

    ReplyDelete
  28. hehehhe..a'ah taktik telah diketahui..kene cari taktik lain plak..hehe

    ReplyDelete
  29. Boleh jimat apa hihi.....Tong sampah pun murah, cost rendah di situ....Kena tambah tong setiap tiang gamaknya barulah depa tak laju

    ReplyDelete
  30. Sikap yg mementingkan dri sendiri.. xelok buat suami.. hihi

    ReplyDelete
  31. saya sokong kalau depa letak je tong gitu.. kosong tapi .
    merata-rata..
    biar bersopan sikit semua orang..

    ReplyDelete
  32. Saya setuju tu, sikap rakyat Malaysia di jalanraya memang tak meveles langsung. Cuma saya tak pasti la cara pemanduan saya ni berhemah ke tak. Kita ni kan bukan kita sedar apa yang kita buat. Terutamanya kalo orang yang drive keta besar yang speedy gonzales pun takleh challenge. Bukan sedar pun bawak laju. Yang kemre dalam tong sampah tu, mcm agak kelakar. Sebab tgh2 divider letak tong sampah. Buat org lagi curious je lagi ada.

    ReplyDelete
  33. Lepas taktik tong sampah ni, taktik apalah agaknya yang nak digunakan. Rakyat Malaysia memang gitu. Susah nak diajar menjadi orang-orang budiman. Apa nak buat, Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  34. Rakyat Malaysia.. Boleh dikatakan cari maut di jalan raya.. kdg2 org marah sbb polis buat tu, kata macam2.. Tapi org tak sdr semua tu utk kebaikan jugak.... drive mcm .. erm entah apa2.....

    ReplyDelete
  35. kreatif juga polis trafik ni. hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...