Wednesday, October 15, 2014

Inspirasi Jakel

Dulu masa zaman kanak2, kami sekeluarga tinggal di Segamat, Johor.
Maka teringatlah aku akan kenangan zaman kanak kanak dulu..
Mak aku selalu gi Jakel..untuk beli kain.
Ya, Jakel yang dah famous tu, asalnya dari Segamat.
From a very humble beginning, rumah kedai berderet di bandar kecil Segamat.
Dan anak anak si Jakel ( nama pengasasnya), ialah anak anak murid mak aku..
Setiap kali datang ke kedai, mereka akan layan mak aku..
Teringat ayat mereka " kami ni cikgu, membesar atas kain aja..hahaha"
Sebab mereka luangkan banyak masa di kedai bapa mereka, selalu tolong lipat kain, bentang karpet, gulung kain, gunting kain, sampaikan bila penat, mereka lepak atas kain  :)
Sekarang ini?
Anak anak Jakel yang dulunya ' membesar atas kain' itu, dah mewarisi empayar kedai tekstil yang termahsyur di Malaysia.
Aku sendiri rasa bangga ( walaupun Jakel tu takde kena mengena dengan aku pun..hahaha), sebab aku dapat lihat sendiri bagaimana mereka berniaga dari kecil kecilan, sampailah berjaya ke tahap mega ini..

Anak anak aku pun sekarang ni, banyak masa " membesar kat studio bakery "...Sebab wife aku selalu bawa mereka ke sana. Tu anak bongsu aku tengah melepak kat bawah rak di studio. Sampaikan kadangkala aku tengok, anak anak aku boleh bermain sesama mereka main buat kek/ cupcakes..siap main jual kek..macaron....Hahaha..Takpe lah nakkk, asalkan korang tak jadi lembut...tengok siri Cake Bosstu...berjaya cemerlang dia..Aku berdoa, moga anak anak aku boleh mewarisi empayar bakery yang hebat, Insya Allah ( ambik semangat kisah Jakel)  :)

41 comments:

  1. alahai comelll si kecit dok kat rak tu....peneman setia mama nye yeak doc heheehehe...

    ishh doc lelaki kalo cebur bidang masakan ni lieya tgk lagi berjaya dari perempuan....tgk ajek la chef wan tu...tgk umah die kat cyberjaya tuuu mak oiiii tersergam indah hah.....satu dunia dah pusing kan....

    jakel mmg name lama kan doc...tapi lieya kecik2 dulu beli kain baju raya kat kedai kain cina jek...hahahaahh beli kain satu kayu kahkahkah

    ReplyDelete
  2. bila nak gi jugak studio bakery mommy zzz tu.. nak gi makan kek..hehehe..semoga tercapai cita2..aameen

    ReplyDelete
  3. Saya pula membesar dalam hanyir selut, gigitan lintah dan mengharungi air bendang semasa kecil. Tapi bila dah kerja saya kadang-kadang berlagak seperti orang bandar, menghalang anak-anak semasa mereka kecil untuk turun ke bendang bila balik kampung, walaupun masa saya kecil bendang itulah rumah nombor dua saya...

    ReplyDelete
  4. ish ish ish..nomey betul jr chef nie..;D

    ReplyDelete
  5. Memberi inspirasi juga kisah Jakel ni kan Dr... dari kedai kecil menjadi sebuah empayar yg di kagumi... InsyaAllah mana tau anak2 boleh mengikuti jejak langkah mereka.. pemilik bakery pun zmn sekarang senang2 tau..bukan calang2... :)

    ReplyDelete
  6. Cake Boss ala mafia tu kan.. hahaha I suka tengok dulu. Anak kami si Jijah ni, cikgu dia cakap dia suka main bina2 bangunan siap pakai topi keselamatan ngan vest tu la.. inspirasi bapak dia kot "Papa the builder" haha.

    ReplyDelete
  7. Aamiiinnn.. semoga impian menjadi kenyataan...

    Errrr.. mesti mak doc selalu dpat hrga kain murah bila pergi Jakel kan???

    ReplyDelete
  8. "Anak anak Jakel yang dulunya ' membesar atas kain' itu," sekarang tidur atas duit...:)

    ReplyDelete
  9. Arghhh! Comelnya dak kecik tu doc! Gerammmnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  10. saya suka cake bos tu!ehh skrg ni semua chef tak lembut dah malah perkasa mcm jack eat on the street tu!hensem ok!

    ReplyDelete
  11. Dato fazli mastecheff tu pun tak lembut la hari2 dok buat kek..

    ReplyDelete
  12. ala doc ... Dr ezani anak boss ai masterchef si dentist elok je .. klu doc pun sama join baking pun lg hebat kot

    ReplyDelete
  13. comeynya si kecik ni..pipi gebu cam pau..heheheee..

    doc, tak sumer chef lembut..mana tau rezeki dorang esok2 jadi famous chef..

    ReplyDelete
  14. WhAT??? Segamat?? Kami suami isteri org segamat juga!!!

    ReplyDelete
  15. acik pernah la pergi jakel segamat tu..sebab abang acik tinggal di Segamat dah puloh tahun rasanya..sampai sekarang..
    tak lama lagi sicomel ni pun pandai buat kek

    ReplyDelete
  16. Kakcik pernah dengar orang kata sebutan sebenar untuk Jakel itu ada JA KEL bukannya JAY KLE seperti yang disebut banyak orang - betul ke?

    Mudah2an ZZZ akan menjadi seperti yang dicita2kan oleh dedimami mereka. Aaminnn

    ReplyDelete
  17. Ooh begitu asalnya gedung jakel tu. Tapi memang perniagaan dia antra yg menarik. Satu malaysia ada cawangan. Hebat.

    Smoga anak2 doc pun jadi begitu juga.

    ReplyDelete
  18. Ambik semangat JAkEL....semoga studio bakery akan maju dan hebat.......seronoknya diaorg dpt main2 buat kek.

    ReplyDelete
  19. ooo baru tau kisah jakel asalnyer dari segamat upanyer...waa mesti dapat murah kalo mac doc pi beli kain kat jakel kan...

    ReplyDelete
  20. alahaiii~ dh besar dh si kecik ni! hehehe.muka wife doc lah~

    ReplyDelete
  21. anak-anak dari kecil elok diajar asas keusahawanan.

    kelak nanti diorang tahu menghargai kepayahan hidup.

    Perkongsian Mama Hebat

    ReplyDelete
  22. bagus kan...meniaga mcm tu...akhirnya boleh cipta nama..agak2 diorg knl lagi tak ur mum doc...

    ReplyDelete
  23. selalunya berniaga ni mmg ramai yang mula dari bawah..jangan pernah putus asa..comel nye dia..moga jadi anak yang berjaya kelak^^

    ReplyDelete
  24. betul tuh doc, dr kecik mereka dh terdidik secara tak langsung utk menolong kt bakery, secara tak langsung ada minat mungkin utk jd mcm mummy mereka... aah mcm cake boss tuh si buddy tuh, dr kedai kecik dh kedai besar gudang lg sbb makin maju n maju n pekerja2 dia kebanyakan nya ahli2 keluarga

    ReplyDelete
  25. Boleh jadii. Hihi. Dulu ana membesar dengan bakeri jugak. Tapi ana tak minat bahagian kek2. Acaner tuh? :D

    ReplyDelete
  26. nak share satu cite ngan ko
    seorang doktor bukak clinic kat area umah aku, 24 jam punya klinik
    tak de doktor locum, dia sorang aje sepanjang masa kat klinik tu
    siang dia, malam dia, tengah malam aku pi pun dia weiiii
    2/3 pagi pun dia gak kalau aku pi
    selalu nampak wife dia kat klinik
    anak2 dia pun ada kat klinik
    anak yang sulong, selalu duk kat kaunter study
    ada sorang anak OKU
    pun ada kat klinik selalu
    anak2 aku suka pi klinik tu main ngan anak OKU dia
    sebab bapak dia anto anak OKU tu pi sekolah
    makanya anak tu agak bijak dan sangat berdikari
    nampak tak maksud aku?

    ReplyDelete
  27. Mana tau kan esok2 3 anak2 ko jd chef2 kulinari tersohor..En. Jakel dan anak2nya dulu pun menympan cita2 yg sama macm ko jugak agakya DZ kan...dah pun menjadi kenyataan kini...

    ReplyDelete
  28. Satu hal yg tak mustahil.
    Dari kecik dah melihat semua tu lama-lama bagaikan satu perkara mudah buat anak-anak.

    ReplyDelete
  29. In sha Allah .... mana tahu dah besar nanti boleh jadi chef yang terkenal ... :)

    ReplyDelete
  30. InsyaAllah.. Amin~
    moga menjadik kenyataan suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  31. insyaallah..semoga berjaya hendaknya

    ReplyDelete
  32. Asal depa bahagia. Walau apa cara. Aaaaminnnn...!

    Macaron satu!

    ReplyDelete
  33. Untung anak anak dibesarkan dlm studio bakery dan kadang kadang dlm klinik Daddy......Insyaallah satu hari nanti jadi mcm anak anak Jakkel

    ReplyDelete
  34. Baru tau yg jakel tu asal dr segamat.

    Kedai kek wife dr kat mana. Nak pegi bborong kek ni.

    ReplyDelete
  35. Manalah tahukan, DZ tetiba satu hari nanti mereka tiga beradik ada kedai kek serata dunia. Mana tahukan.... Dah hari-hari tengok maknya buat kek haruslah dah pandai buat kek juga budak tiga beradik ni. Kek tanah liat pun takpalah asalkan ada rupa kek.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...