Thursday, October 9, 2014

Hijrah

Ada orang tanya kenapa aku & wife suka ke Australia.
Ada orang tanya kenapa kami nak hijrah ke sana.
Secara peribadi, apa yang kami rasa ialah, Islam lebih di amalkan di sana, walaupun majoriti mereka bukan Islam.
Secara peribadi kami rasa, tinggal di negara Islam Malaysia ini, makin lama makin pupus amalan Islamnya, walaupun majoriti penduduknya Islam.

Tak sayang Malaysia ke? Ini soalan famous.
Sayang...
Tapi bumi Allah ini luas. Baginda Rasul SAW sendiri berhijrah dari tempat asalnya Mekah, ke Madinah.
Bertebaranlah ke serata ceruk dunia, asalkan kau jangan lupa Allah.

Bila nak hijrah?
Wallahualam...Belum ada rezeki.

Luangkanlah 4 minit anda tonton video ini.

- Islam ajar umatnya bertoleransi dan hormati satu sama lain, tapi di Malaysia makin lama makin ramai yang bertelagah sebab perbezaan bangsa, agama, pandangan politik, hatta cuma pasal beza negeri aja pun!
- Islam ajar umatnya supaya jadi pembersih, tapi di Malaysia lepas guna tandas awam, nak flush pun tak geti, buang sampah selamba luar kereta, asalkan dalam kereta aku bersih.
- Islam ajar umatnya jangan ambil hak orang lain, tapi di Malaysia yang bertudung labuh, yang tak bertudung, yang berkopiah, yang berserban, yang tak pakai kopiah, selamba potong Q di jalanraya, selamba hembus asap rokok di tempat awam..kat Tesco/Giant pun tak tahu beratur!
- Islam ajar umatnya supaya sentiasa bersangka baik, tapi di Malaysia, makin ramai yang ambil alih kerja tuhan, suka jatuh hukum hanya dengan melihat penampilan / pakaian .

29 comments:

  1. Agreed with you.. Islam di Malaysia kebanyakkan hanya berpaksi nama sahaja..
    Kita lebih menilai Islam bila berada di negara orang yg minoriti sekali..

    ReplyDelete
  2. Salam Dr... sebenar nya sedih tgk keadaan Malaysia sekarang,,ntah lah.. norma2 murni kehidupan sdh jarang diamalkan (bkn semua)...saling menyalahkan.. aduh! Mana hilangnya Malaysia yg dulu..hidup penuh harmoni... ajaran Islam nampaknya semakin menjauh... nauzubillah!..

    ReplyDelete
  3. kadangkala bila kita menjadi minoriti, barulah kita tahu menghargainya.

    ReplyDelete
  4. Sangat2 setuju ngan Doc...entahla apa nak jadi ngan Malaysia ni...:(
    moga semua boleh korbankan sifat2 negatif..dan kembali pada ajaran islam yang sebenar..:)

    ReplyDelete
  5. huhuhuhu.. x tahu nak komen ape.
    tapi ape yang DZ tulis semuanye betol.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. 200% agreed. Tak tau nak komen apa lagi dah sebab semuanya mmg betul.

    Orang Islam di Malaysia ni jadik buruk perangai sebab dipengaruhi bangsa. Hahahah! Tak payah marahlah kalau sy katakan mcm ni. Mmg kenyataan.

    ReplyDelete
  7. Ditto! itu lah..bila orang selalu tanya macam mana kat sini, especially bab halal haram makanan, for me, bukan kat Malaysia jer ada Islam...

    ReplyDelete
  8. Melihat video dari sergahan wanita babak terakhir tu bagus... tempat kita rasanya tak ada yg berani nak buat macam tu.
    Pada kakaklah bila hukum Islam selalu diperlekeh lama-lama ianya akan melanggar hukum sebenar dan akibat dari kepimpinanan yg disusun-atur dari hari-kehari inilah akibat yg kita dpt. Sedih:(

    ReplyDelete
  9. couldn't agree more. mmg macam destinasi sy pun sana juga, atau barangkali ke nz. memana lah.....

    ReplyDelete
  10. bumi Allah luas..islam ada di mana2..:)

    ReplyDelete
  11. Betul tu. Setuju sangat². Smoga impian nak berhijrah menjadi kenyataan,

    ReplyDelete
  12. betul..dah nak ikut gaya hidup barat..bab buang sampah tu mungkin dari didikan la..semua nya bermula dari rumah..

    ReplyDelete
  13. tq for sharing..
    hijrah dimana-mana pon..asal, agama..adat..asalusul sntiasa dihati

    ReplyDelete
  14. Terima kasih tazkirah, peringatan utk saya sendiri.
    Video tu tak dpt bukak pulak.
    Saya pun teringin berhijrah, moga hasrat doc sekeluarga dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  15. impian yg menarik tu doc...kalo impian menjadi kenyataan leh kami jalan2 dtg sana heheheeh accomodation sah2 dah free of charge...heheheeheheh

    ReplyDelete
  16. Benar...bumi Allah ini bukan untuk sesuatu bangsa atau kaum sahaja... :)

    ReplyDelete
  17. Tak tahu nak komen apa ... sebab kesemuanya betul....
    Sama2 perbaiki diri

    ReplyDelete
  18. saya setuju dgn statement nie!!!!...like byk2 kali..

    ReplyDelete
  19. Akk nak hijrah ke Ausie tak boleh pulak DZ..ckp omputih tak reti..duk jer lah Malaysia oh tanah air ku ini...hadap jer lah semuanya...

    ReplyDelete
  20. Apa yg doc kata sama dengan seperti apa yg dikatakan oleh Prof Dr Nader Hashemi, .Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah di Universiti Denver yg menyatakan Canada adalah lebih Islamik daripada kebanyakan negara-negara Islam, termasuk Malaysia. Prof Nader menyatakan itu semasa satu simposium di KL bulan lepas. Katanya Canada mengamalkan kebebasan memberi pendapat, tiada prejudis perkauman, sistem pendidikan dan kesihatan yang cemerlang, pemimpin yang tidak bongkak dan mahu mendengar suara rakyat seperti yang dianjurkan oleh Islam, tapi di negara-negara Islam perkara itu tidak berlaku.

    ReplyDelete
  21. huhuhuhui.... jgn dh hijrah kt sana lupe kan blog ni udah

    ReplyDelete
  22. Bila dah takde pimpinan, macam tu la. Orang islam hanya nampak islam pd ic. Atau islam pd keturunan. Seperti dalam firman Allah "Aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah hatinya sendiri." Wallahualam.

    ReplyDelete
  23. Saya pun ingin berhijrah ke arah yang lebih baik dari yang ada ketika ini.
    Moga dipermudahkanNYA hendakNYA.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  24. ada peluang, marilah berhijrah.... bumi Allah luas. betul sangat dr...

    ReplyDelete
  25. Serius ni DZ memang ada hati nak berhijrah ke Australia? Alah, di mana pun kita berada tak bermaksud kita tak sayang pada tanah tumpah darahku, ya tak. Semoga impian jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  26. Gaya cakap tu macam dah putus harap jer tu.....
    Nanti awak akan menyesal sebab tinggalkan Malaysia DZ.....
    Okje bangga duduk di Malaysia biarpun banyak 'tapi'nya....

    ReplyDelete
  27. Kalau ada peluang, saya pun nak berhijrah DZ. Sama alasannya dgn DZ listkan tu, tapi paling utama sebab bumi Allah tu luas. Nak berkelana jaya ke tempat org niatnya. Tak mau duduk selesa di satu tempat je kalau boleh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...