Tuesday, October 21, 2014

Dunia Perubatan Dan Makanan.

Makanan sering kali dijadikan mangsa yang tak bersalah dalam dunia perubatan.

Nasi yang berkhasiat sebagai sumber karbohidrat, dijadikan kambing hitam punca kegemukan, lantas nasi di haramkan dalam diet kononnya, demi nak kurus. Maka orang pun makan lah roti canai malam2, tak mau makan nasi katanya waktu malam. Tapi dia tak tahu calorie sekeping roti canai lagi tinggi dari sepinggan nasik! Dan calorie roti canai itu lebih banyak kandungan lemak tepunya berbanding nasi. Formulanya ialah kuantiti. Boleh makan nasi. Cuma kena kawal kuantiti. Elak makan nasi dan makan buah kononnya, tapi kau melantak makan pisang 3-4 biji...sebiji pisang dah ~ 60 cal...4 biji dah 240cal, sedangkan calorie sepinggan nasi tak lebih pun 200 cal.

Itu nasi kandar aku..hahaha. Aku makan last month masa gi Penang. Aku buat self experiment (sebab dah nak masuk 2 bulan sekarang aku berdiet secara sihat). Dalam masa 2 hari di Penang, aku makan, makan & makan..nasi kandar, char koeytiau, roti canai, nasi kandar lagi..sup daging...dan balik Shah Alam, aku timbang, aku berjaya naikkan 2.1 kg hanya dalam masa dua hari! hahahah..So moralnya, jangan makan tak ingat dunia, nak turunkan sekilo itu perit, nak naikkan 2 kilo itu amat mudah..:P



Sayur sayuran dan buah buahan yang penuh khasiat sebagai sumber serat & vitamin, dikambing hitamkan sebagai punca kembung perut, sakit badan, dan pelbagai lagi penyakit. Makan sayur menjalar nanti sakit badan katanya. Makan sayur itu sejuk katanya. Konsep Hot & Cold Myth mmg terkenal di rantau Asia. Masa berpantang lepas bersalin itu tak boleh makan, ini tak boleh, hanya makan ikan kering & nasi aja...macam mana lah ibu nak recover cepat, macam manalah susu ibu tak cukup, sebab makanan tak berkhasiat.


Ini cara makan yg sihat. Nasi segenggam, banyak kan sayur/serat, dan ada sumber protein sihat ( ikan bakar). Siapa tak suka makan nasi, kan? Alhamdullilah, sekarang boleh kawal nafsu. Makan nasi segenggam itu possible. 


Daging kambing.
Tak tahu kenapa masyarakat Melayu amat alah dengan kambing.
Pening kepala, naik darah tinggi katanya lepas makan kambing.
Makan daging lembu takpa pula.
Sedangkan, kolestrol dalam daging kambing adalah paling kurang.
Kandungan lemak tepu nya pun paling kurang ( bandingan gram per gram), hatta lemak dalam daging ayam lebih tinggi.

Air.
Paling sadis ada yang kurang minum air sebab taknak gemuk air katanya.
Tahu tak berapa liter air yang diperlukan dalam sehari 24 jam?
Lepas bersalin, mitos air pun muncul juga. Ada yang berpantang tak minum air banyak, bentan katanya. Sedangkan kawasan vagina wall memang akan bengkak sikit, itu normal response selepas kelahiran & jahitan episiotomy.

Apa yang penting ialah ilmu.
Tak jadi doktor, tak jadi dietician, tak jadi saintis, pun boleh tahu.
Ilmu di hujung jari sekarang ni.
Klik Google, cari ilmu, baca.
Baca dari sumber yang soheh.
Jangan percaya dari sumber tak berkaliber, jangan percaya sumber viral yang selalunya merepek.\

Oh ya..
Journey aku ke arah transformasi hidup sihat, baru nak masuk 2 bulan..
So far, so good.
Target aku, setahun.
Kenapa setahun? Itu time frame yang paling logik dan achievable.
Bukan nak kurus, tapi nak fit.
Bukan nak kurus, tapi nak lower body fat.
Tak guna kurus, tapi sebenarnya skinny fat
Tak guna kurus, tapi stamina takde, muscle wasting.

33 comments:

  1. sangat banyak info entry ni
    suka2
    ok nak p cari nasi kandar jugak lalalala

    ReplyDelete
  2. amboiiii
    go go go
    semoga ko berjaya
    sihat itu harta paling berharga!

    kalau tak sihat nanti
    nak makan nasi kandar pun tak lalu dan tak daya

    ReplyDelete
  3. huwaa nasi kandar 2 bulanlepas, bulan depan kena lagi rasanya, pantang nampak!!!!
    tapi lauk kambing dah ramai orang kita suka ..nasi arab lauk kambing saja kat sini.....

    ReplyDelete
  4. saya pun tak berpantang makan lepas bersalin. semua yang berkhasiat semua makan. apa yg diorang serve dekat ward post-natal itulah yg dimakan hehehe.

    ReplyDelete
  5. memula bersemangat nie baca psl diet..tp bile tgk nasi kandar terus mcm errrrrgghhhh!!..esok kene carik..ahahaha..

    kambing mmg feveret saya..ehhh bukan kambing tp daging kambing..ngeeee..

    ReplyDelete
  6. Oh... kakak tak cukup kalau makam segenggam tu doc sebab itulah tak mampu nak berdiet
    Daging kambing feveret family kakak... alhamdulillah tak ada alahan pun..

    ReplyDelete
  7. ky salah sorang berdiet tak mkn nasi. tapi sesekali jumpa nasi mkn tak ingat dunia. patutlah berat tak turun..huhu
    daging kambing dah jadi makanan feveret orang-orang kita..termasuklah ky..

    ReplyDelete
  8. meleleh air liur tengok nasi kandar tu...akak laki bini suka sangat daging kambing...tapi takde la slalu makan...
    go..go.go..doc..sama ngan akak ...tengah mengurangkan lemak...nasi sekali sehari jer..tapi hari cuti..no diet..haha..

    ReplyDelete
  9. sama! sama! dlm proses nak kuruskan badan gak ni..heee

    ReplyDelete
  10. Haishhhhh...lapar plak tgk nasi kandar ngan nasi segenggam tu...hehehe...

    Dulu saya tak makan kambing. Tapi bila 1st time makan, terus jatuh cinta ngan daging kambing. Tapi tu lah....daging kambing mahal.

    ReplyDelete
  11. Che Mid jenis tak reti minum air banyak..terutama air kosong..pun tak elok untuk badan kan..

    p/s : Jemput datang ke rumah Che Mid tau 1/11 ni. Simpan alamat ni..No 54, Jalan Muafakat 3, Taman Dato Bandar, Meru..dekat sangat dengan rumah doc ni...hp 013-3672459

    ReplyDelete
  12. Itulah pentingnya ilmu...kadang-kadang berdiet tanpa ilmu pun susah juga...
    Pernah dengar ceramah dari seorang pakar pemakanan yang berkata untuk bakar semua kalori yang dimakan dalam sebiji roti canai memerlukan kita berlari pantas mengelilingi 7 pusingan padang bola...aduzzzz......

    ReplyDelete
  13. apa apa pun makanlah cara sederhana dan berkhemah....banyakn window syopink tanpa bawak duit yg banyak..he..he..saranan mokcik pencen

    ReplyDelete
  14. exactamento! Hah, ni exactly yang I pun pelik sokmo kalau tengok orang yang pantang itu ini. KAlau saya sendiri la, saya tak makan nasi hanya kerana bila dah start makan nasi, saya takleh benti makan hahahaha ngan budu pun jadi... tapi tu la, nasi tak menggemokkan, kita yang tak reti kawal hehehe. Pastu ada yang makan salad yo yo buh mayonis sebotol, huhuhu kurus semangat.

    ReplyDelete
  15. dok bsungguh nk kurang mkn tp bl tgh mlm suami blk beli nasi kandaq sebungkus...kejut bgn tdo...''mama..mama...ni abah beli nasi kndaq ayam goreng panas2'' errr...xkn x mkn?nanti basi...hihihi...jwb dia punoh la harapan :p

    eh...suami suka bdn isteri dia chubby2 kot...hik3

    ReplyDelete
  16. Akak makan nasi sikit tapi spare part tak mau hilang jugak doktor.... Bab minum air tu pun satu hal malas nak mengulang pi bilik ayaq kerap2.

    ReplyDelete
  17. betul3 tuh doc, sbb2 dana tak blh nk bt atkins sbb selalu nasi memangil2, skrg nih diet sndiri jnji sihat lebihkan sayur ngn buah2... jeruk tu tak kire yek hehehhehe...

    ReplyDelete
  18. ikut badan saya ni kalau minum air banyak ,saya boleh kurangkan 1 kg dalam 2 minggu..yang penting kurangkan nasik la..

    ReplyDelete
  19. Dulu lepas bersalin, ikut nasihat kawan2 dan cara mereka berpantang, tapi lagi jahanam akak rasa, Terus back to logic. Tak peduli cakap nenek dan makcik, akak minum plain water 3-4liter sehari sebab tak nak sembelit. Lepas tu makan sayur banyak2 tanpa banyak cekadak dan a lot of fruits. Nasib baik omak akak tu dulu nurse, so dia pun stick to healthy food plans juga. Masalahnya sekarang, dah over dose...Kena la kontrol semula kuantiti. Huhuhuhu. Nak selamat, bawak bekal tetiap hari gi kije,,,

    ReplyDelete
  20. sedapnye doc makanan tu..sy pon kene turunkan berat bdn..thanx sharing info..

    ReplyDelete
  21. saya juga sama . hanya ambil sedikit nasi waktu lunch . motif nk kempiskan perut . buat senaman juga . bfast sekeping roti sahaja n dinner hanya jamah sayuran ... saya x penah gemuk . tapi perut yg gemuk buat saya risau ... lepas mkn saya pastikan saya minum air yg masam . dah mcm paranoid lah pulak ... sendiri kena usaha klu nak berjaya ... hohohooo

    ReplyDelete
  22. DOC...SA suka je makan kambing...masak kai ala2 mamak...phewww....sodap....tp yg pasti nasi amik sesenduk je...jgn banyak,..kang gumuk,...

    ReplyDelete
  23. saya belasah je makan apa apa doc...asalkan seminggu sekali turun main futsal 2 jam :-)

    ReplyDelete
  24. Good info. Tq. Makan makn juga...senaman kena rajin juga...kannn

    ReplyDelete
  25. pesen akak...nasi tak boleh tinggal...sikit pun takpa..kalau tak makan nasi satgi mulalah merepek kunyah macam-macam.lagi cepat berat naik.

    ReplyDelete
  26. Berkobar kobar nampak.....hehe....Tak pe
    ..tak pe ...kasi chance orang tu fit dulu....tahun depan giliran okje pulak fit hehe..

    ReplyDelete
  27. deep sungguh entry ni..haha. by the way...tang hot & cold myth tu memang kadang2 macam tak logik je..susah sel2 otak saya ni nak hadam..awat yg tu panas, yg ni sejuk..apa relevannya..

    ReplyDelete
  28. Doc, kadang-kadang saya tahu fakta pasal makanan sihat ni, terutamanya masa berpantang. Tapi oleh sebab ibu mentua yang jaga, dan saya ikut cakap dia sebab hormat pada dia. Padahal waktu tu, mmg seksa saya sembelit sebab langsung tak makan buah-buahan. Sayur pun makan sikit je, sedangkan kalau hari2 biasa, diet harian saya memang jenis melantak buah banyak2. Good luck ye doc dgn transformasi hidup sihat tu. Saya pun tgh nak berlatih tukar gaya pemakanan ni. Nak makan banyak sayur, nasik makan seciput, dan lauk je yg banyak.

    ReplyDelete
  29. Bila bf, sy mkn byk tp skg ni mcm dah ke arah main tibai mkn seme benda. Tak boleh jadi!

    ReplyDelete
  30. Suka ikut orang, begitulah jadinya. Banyak myths yang rasa macam betul je. Saya masa dalam confinement dulu, mak jaga. Diberi minum air tiga kali sehari. Sekali minum plain water tu dalam cawan masa makan. Aduhai, haus pun tahan je sampai next masa makan. Punyalah... Tapi, bila mak tak nampak, saya minum segelas terus. Hilang dahaga. Barulah boleh sambung tengok sinetron Indon yang panjang berjela tu ^_^

    Saya pun ada buat diet bodoh gak baru ni. Tak mahu jamah nasi, lain semua bantai. Nak tengok tanpa nasi, turun tak walaupun segram jek ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...