Tuesday, October 14, 2014

Doktor Lelaki Cek Bukaan


Ini keywords tertinggi di blog aku utk minggu lepas.
Memang malu kan, kena kangkang depan doktor lelaki bila nak tengok cervix dah buka berapa cm..:P
Aku boleh bayangkan, kalau aku perempuan, sure aku pun malu.

Aku ingat lagi zaman aku kerja hospital dulu, petang hingga malam aku ada buat part time (locum) di klinik swasta. Satu hari tu, ada seorang pesakit ni masuk2 aja dalam bilik consultation, dia senyum2..aku tanya kenapa?
Dia jawab  " saya malu la doktor...masa saya nak bersalin dulu ( 5 bulan lepas), doktor la yang selalu check bukaan saya"..
Aku kata " laaaaaa...takde apa nak malu pun..saya pun tak ingat ada check awak di wad bersalin...hahaha..sebab pesakit ramai  "

Jadinya, aku harap warga umum kena faham beberapa faktor ini:
  1. Kadangkala, sebab doktor wanita tak cukup / tiada, maka memang doktor lelaki yang kena check bukaan cervix anda.
  2. Doktor lelaki pun kena buat benda tu, utk belajar. Kalau tak belajar & buat praktikal, macam mana nak pandai, ye tak?. Satu lagi, kena faham, tak ramai doktor wanita yang nak sambung pengajian jadi pakar O&G. Sebab apa? Sebab kerja nya demanding, tak tentu masa orang nak bersalin/ nak kena buat emergency Caesarean. Maka berderet deretlah doktor pakar O&G lelaki yang dilahirkan kalau nak dinisbahkan dengan doktor wanita.
  3. Insya Allah, aku yakin majoriti ( > 98%) doktor lelaki yang check bukaan ni, takde simpan niat songsang/jahat pun. Doktor2 dah penat, takde mana nak bernafsu. Doktor2 adalah professional. Lagipun, kalau kerja di department O&G, hari2 tengok benda tu, dah naik lali, dan bukannya yang anak dara comel lote tak mengandung datang, yang datang majoriti dah nak beranak. Jadi bayangkan rupa benda tu. Pun begitu, aku tak nafikan, doktor pun manusia, dalam setandan pisang, pasti ada yang busuk. Pasti ada jenis doktor yang otak gila sex. Minta dijauhkan.
  4. Nak demand doktor perempuan bukan tak boleh, boleh, silakan. Jaga aurat selagi boleh. Tapi tolong reasonable / timbang rasa, lebih2 lagi kalau anda ke hospital kerajaan yang amat busy. Dah memang kalau ditakdirkan Allah time anda ke spital Gomen nak terberanak sangat masa tu, memang langsung takde doktor wanita ( yang ada sibuk di dewan bedah/ bercuti/ kursus/ etc), jadinya anda nak demanding jugak tunggu doktor perempuan tiba? Anda bermain2 dengan nyawa anda & baby yang dah nak keluar sangat itu. Inilah situasi yang pernah aku alami dulu masa di dewan bersalin, bila last2 aku check ( sebab dah nak terberanak sangat), bukaan dah 7cm, boleh rasa " cord around neck" ( tali pusat jerut leher baby). Nak bertangguh lagi? Kang kalau baby meninggal, the poor doctors juga yang kena salahkan. Suratkhabar tabloid yang tak bertanggungjawab ( suka siar berita sensasi ambik cerita sebelah pihak) pun mula mainkan peranan membusukkan nama doktor/nurse/ hospital.
  5. Kalau memang betul2 demanding & nak jaga aurat, kumpullah wang. Bersalin di hospital swasta, Insya Allah kebarangkalian nasib tak baik disambut oleh doktor lelaki itu amat amat tipis ( sebab anda dah bayar doktor wanita). Tapi ini pun bukan jaminan. Ada sahaja kes yg mana elok2 nak bersalin, doktor wanita yang patut sambut baby tu cuti emergency. See? kalau dah takdirnya doktor lelaki nak sambut/ check bukaan anda, ,maka terjadi lah ia, waima anda ke hospital swasta bertaraf 5 bintang sekalipun  :)

44 comments:

  1. alhamdulillah, so far doktor perempuan sambut ketiga2 anak aku
    cuma ada la doktor pelatih lelaki mai utk menuntut ilmu
    cuma masa ectopic aritu aje doktor lelaki yang mengerjakan den, apa nak malu, darurat kan!

    ReplyDelete
  2. totally agreed! y bestnya demand gitu gini, surat publish sana sini, suruh prepare deposit dlm 5k pun x daya. sedih kan?

    ReplyDelete
  3. biasalah tu... kena pay more for more convenient.

    dan satu lagi, memang doc wanita O&G agak kurang sekarang sebab student wanita yang amik medic kebanyakkannya mengelak untuk masuk bidang O&G .... penat sebab kena sentiasa standby.

    ReplyDelete
  4. walaupun saya xde pengalaman dicheck oleh doc or pelatih lelaki sbb pengalaman bersalin saya semua nurse and doc perempuan..xde sorang pun lelaki melainkan suami saya je, tp rasenye kalau dh darurat saya dh xpikir ape dh kut..janji anak kuar..sbb dh penah rase sakit nak bersalin tuh mcm mana mungkin sbb tuh jugak saya rase saya xkan terpikir langsung utk malu..

    ReplyDelete
  5. hahhahaa kena sangat la entry ni since I today nak kena masuk ngadap my OG (check up lepas beranak, suka nak explain hehehe) lelaki... I ni pun malu la jugak tapi tak banyak choice since yang perempuan (mak kepada doktor lelaki tu) tak berapa fasih Inggeris.

    ReplyDelete
  6. tu la doc...bab2 kes ni ade yg kite takleh nak elak...mcm lieya sendiri pun..anak pertama kene dgn doktor lelaki...kat private tuh...tapi dpt doktor lelaki sbb doktor perempuan cuti.....anak no 2 dan 3 dpt perempuan kat private...alhamdulillah....

    ReplyDelete
  7. anak first lahir kat japan, yg attend 2 orang doc lelaki. anak 2nd kat hosp Serdang doc perempuan. anak no 3 doc sepatutnya doc lelaki sambut tapi tunggu dia datang tak datang last2 nurse jer sambut hehe. apa pun Alhamdulillah semua selamat. terima kasih doc2 dan nurse semua=)

    ReplyDelete
  8. Boleh digunapakai. Heheheh! Igt tak entry sy utk request doc pompuan? At last, sy tak request pun sbb fikirkan apa yg doc listkan kat atas ni. Yup! Perkataan darurat tu boleh digunapakai unless klu lebih dr mampu utk bersalin di spital private. Mslhnya, sy tak mampu pun. Sobs! Tapi tak apa. Semuanya selamat dah dan Allah Maha Mengetahui setiap apa yang dirancangNya.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..yg pntg anak2 kita selamat.

    ReplyDelete
  10. Good Info utk bakal2 ibu yang akan dtg.. :)

    ReplyDelete
  11. Bagus info ni. Saye pun belum buat keputusan nak beranak kat mana ni. Huhuhu. lagi 4 bulan je ni. Nerveous bukan kepalang.

    ReplyDelete
  12. hah!!
    silalah baca dan paham la ya siapa-siapa yang search pasal doktor lelaki chek bukaan dan jumpa blog dak faizi ni!!

    ReplyDelete
  13. Selagi boleh jaga aurat, kita jagalah tapi kalau dah memang takdir doctor lelaki yang sambut kelahiran.. bersyukurlah kerana masih ada doctor yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak..
    Alah.. lepas tu tak jumpa dah doctor tu lagi.. doctor tu pun dah tak ingat dah rupa pesakitnya.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah acik dulu dapat je doktor perempuan..

    ReplyDelete
  15. saya dah lali dapat doc lelaki...request perempuan last-last leaki jugak yang sampai
    malunya tuhan saje yang tahu, tapi apa nak buat

    ReplyDelete
  16. Akak ketiga2 bersalin klinik kerajaan. No 1 doktor perempuan yag di kelilingi 4-5 orang doktor pelatih redha jelah lagipun depa belajar utk bantu orang lain pula. No 2 pula doktor lelaki paling best dia datang bagi salam dan minta izin untuk check bukaan, tengah sakit asal ibu dan anak selamat redha jelah. No 3 alhamdulillah bersalin kat hospital KL dalam bilik dengan seorang bidan dan seorang doktor perempuan.

    ReplyDelete
  17. salah sorang masa bersalin kan bebudak tu... ade Dr pompuan kecil molek je.... dia seluk punya seluk... sekali tu dia cakap... tak sampai la.. jari pendek.... terkial2 dia... kiri kanan... last2 panggil Dr lelaki... mintak cek kan bukaan....
    dah sakit... lagi pon darurat... ;p

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah...ketiga² anak saya di sambut oleh doc perempuan. Sebab bersalin kat swasta. Lagi pon ada cover dari company suami & saya sendiri. Apalagi...kita pulun lah kan.

    ReplyDelete
  19. Bagus doktor, penerangan yang jelas. Dia sebenarnye bergantung pd amalan perangai mak mengandung. Ade sikap tak semenggah mana, mentang2 mengandung, berlagak. Aurat/syariat tak jaga mase mengandung. Pastu time nak bersalin tu Allah bagi balasan. Kalau baik, alhamdulillah dpt doktor perempuan. Kalau sebaliknya, nasiblah dapat doktor lelaki. Ana dulu pernah jadi pembantu doktor swasta. Serba tahu la jugak, sebab semua tu doktor tu yang ajar. ^_^

    Moralnya : masa mengandung byk2 berdoa moga Allah rezkikan bayi itu disambut oleh doktor perempuan.

    ReplyDelete
  20. doc, wp saya faham dengan semua point yg doc senaraikan ni... tapi saya tetap malu. huhu...

    ReplyDelete
  21. alamak...teringat masa lahirkan dania dulu kena induce dan doc lelaki yang pecahkan ketuban...masa tgh sakit tu mmg x fikir malu dah....berserah je...

    ReplyDelete
  22. On the other hand, lelaki pun malu klu dr pompuan check...tp aku rasa ok je....hehe

    ReplyDelete
  23. Saya pernah menduga isteri yg 6 kali bersalin di hospital kerajaan (maklumlah dia pun nurse kerajaan), apa perasaannya bila terpaksa bersalin di depan doktor lelaki? Dia tanya saya balik jika lelaki dijadikan Allah untuk bersalin, apa perasaan saya bersalin di depan doktor perempuan?
    Sebenarnya dalam keadaan tegang dan emergency seperti itu kelainan seks antara pesakit dan perawat rasanya tidak difikirkan sangat. Apa yang penting bagi pesakit dan perawat semuanya selamat. Lagi pun saya tak terpikir ada doktor yang terangsang melihat "benda itu" yang bukan dalam keadaan yang comel sangat pun ketika itu, hehehehe...

    ReplyDelete
  24. Komen tutup muka dulu.......tiga2 anak pun doktor lelaki. Malunya Tuhan saja yang tahu masa tu sebab tempat tu kan sensitif, hanya somi saja yang berhak lihat......tetapi dah darurat nak buat macam mana kan.....

    Tapi betullah kata doc.....kebanyakkan doktor sakit puan dan di O&G tu lelaki, perempuan bilangannya sangat sedikit.....huhu

    ReplyDelete
  25. masa saya bersalin yang cek bukaan doktor perempuan..kedua2 anak saya ,doktor perempuan yang buat..yang lelaki cuma check rutin lepas bersalin tu je..tu pun mesti dia datang katil kita dengan doktor perempuan.jadi yang sentuh2 memang doktor perempuan la.lelaki catit2 je..saya bersalin kat hospital kerajaan..

    ReplyDelete
  26. Syok baca entri ni, lagi syiokk baca komen ha ha

    ReplyDelete
  27. Suka baca keywords diatas...macam2 pencarian pembaca...hehe..

    ReplyDelete
  28. saya bersalin di hosp putrajaya. 2 org doktor yg check, sorg lelaki sorg pompuan. to be honest saya mmg malu sbb doc lelaki yg check. tapi...bila doc pompuan yang check tu ganas nak mampos...saya ckp dlm hati...xpe la aku redha doc lelaki yg check sbb doc lelaki tu lebih lembut dan berhati2 masa check bukaan. mungkin sbb bidang O&G ni penat, sbb tu doc pompuan tu jadi ganas kot...pompuan kan emosi lebih. husband saya yg duk dlm labour room tu pun ckp mmg doc pompuan tu ganas. hahaa...ye la, keje penat, tp jgn lepaskan kepenatan tu pada patient yg tgh sakit nk beranak. huhuuu...pengalaman berharga.

    ReplyDelete
  29. kalau fikir malu, memang la kita malu kan
    tapi kalau dah darurat, nak buat macam mana
    faktor2 kekurangan doktor wanita pon di kira darurat la jugak kan

    ReplyDelete
  30. tak kisah la ape pun jenis jantina doktor tu .. janji sy ngan baby selamat ... tp ai rs doc lelaki lagi lebih lemah lembut dr doc pompuan ... my gyne waktu bersalin ari tu prof Dr. jamil ... lelaki mmg saje pilih die ... hihihi
    dtg dgn kelam kabut ...suruh teran ...muka br bgn tido tp kepakaran die tak dipertikaikan ...

    ReplyDelete
  31. saya suka ayat doc, bab aurat tu betullah, tapi kalaunk demand sgt, g swasta, senang, doc xde masa nk bernafsu.hehehe

    ReplyDelete
  32. Oleh itu, marilah meramaikan doktor bersalin perempuan. Good article, dik...

    ReplyDelete
  33. oh patutlah tak ramai Dr O&G perempuan..
    saya setuju komen aziela tu
    dan setuju juga dengan reason dalam entry ni
    thanks doc :)

    ReplyDelete
  34. wahhhh best jgk sesekali doc bt ntry gini... heheheh sbb kadang nyampah jgk dgr membe2 opis yg kadang perasan kaya n kononnyer sgt alergic doc laki utk chek masa nk bersalin... yelah mmg nk jaga aurat tp kalu dh kecemasan kan... dana dulu pun yg periksa bukaan mmg doc perempuan walaupun kt hospital gomen tp lastnyer yg bt caesar tu doc laki jgk...

    kirenya bkn slh ibu mengandung lah bile ramai sgt doc O&G lelaki kan heheheh

    ReplyDelete
  35. 6 orang anak saya. Sorang pun tak pernah dapat doktor wanita. Semua lelaki. Syukur. Terimakaasih kat doktor semua!

    ReplyDelete
  36. DZ.. saya bersalin 2 anak kt hospital gomen. sebelom bersalin memang ke dua2 doc perempuan n lelaki datang cek bukaan. entah kenapa saya rasa doc pompuan lagi kasar dari doc lelaki bila nak cek bukaan tuh. huhuhu. masa bersalin sy dh tak tahu doc lelaki ke pompuan yg handle.. dlm kepala.. lantak lah.. asal beranak sudah.. huhuhuhu. x boleh nak pikir dah doc lelaki ke pompuan.. hahahaha

    ReplyDelete
  37. Ank sulung ..akk lahirkan Di PPUM..dr lelaki Doc...siap akk borak2 dgn dia masa dia dok menjahit "permata" akk...Sampai la ni akk ingat nama dia..Dr Mohd Azim...redha jer lah bersalin kat sepital kerajaan kan...yg kedua dan ketiga private..one and D only Dr yg bertugas...Dr Hjh. Norliah...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  38. mcm ni gakla dl ms abg sy terangkn kt sy.dia ckp tgk pon xde selera.dok pk tanggungjwb nk slmt ibu & anak ja

    ReplyDelete
  39. Baru tau betapa buruknya bila nak bersalin haha.....Apa pun okje sgt respect dan salute dgn kerjaya doktor ni. Tahniah DZ.....parent awak mesti bangga dgn awak!

    ReplyDelete
  40. Betul tu, DZ. Kedua-dua anak saya, hubby dah pesan mesti cari doktor perempuan Muslim. Kalau tak dapat baru fikir apa nak buat. So kami pun carilah doktor perempuan Muslim. Tiba-tiba masa nak bersalin (tercepat pulak nak keluar) doktor takda, pak sedaranya sakit tenat di utara sana. Saya diberi pilihan, nak doktor lelaki atau perempuan Muslim. Saya tak kenal pun doktor perempuan tu tapi demi kehendak suami, saya ikutkan ajelah (Doktor Seri Suniza, famous dah kat Prince Court sekarang) Alhamdulillah, selamat! Kali kedua pun samaa juga, tiba masa doktor pergi kursus sehari di luar KL. Aduhai....nasib baik kena czer, terpaksalah doktor bergegas malam tu datang hospital. Kalau tidak, mahu dah saya saman! Saya dah bayar mahal-mahal. Kah3x.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...