Monday, October 13, 2014

Cara Rakyat Marhein Menonton Wayang

Seminggu dua ni kecoh di seantero Malaysia tentang isu ekonomi & sara hidup.
Semuanya gara gara kenaikan harga petrol & pembentangan bajet 2015.
Kita boleh mengeluh, kita boleh komplen.
Tapi, kita wajar ambil langkah proaktif.
Jangan nak harap perubahan drastik Kerajaan yang entah bila...kita yang kena berubah.

Selagi boleh berjimat, berbelanja secara berhemah, kita buat.
Contohnya, outing tengok wayang bersama keluarga.
Harga tiket wayang dah belas belas ringgit.
Harga popcorn?
Ni popcorn terbaru katanya di TGV..

 Royale Popcorn di TGV. Popcorn premium sebab ianya 100% diselaputi caramel. Kos untuk combo Royale Popcorn + 2 minuman ringan saiz kecil macam tu ialah RM14.90. Jadinya, kos utk tiket seorang katakan RM 12 + kos combo popcorn RM 14.90  = RM 26.90.  :)
( sumber gambar dari Google)


Cara berjimat kami?
Rakam segala movie best yang ada di Astro dekoder.
Bila tiba masa sesuai ( malam minggu contohnya), kita set ekon sejuk sejuk.
Kita setting home theater set betul betul.
Gelapkan ruangan menonton..
Memang ala ala duduk dalam panggung wayang  :)
Lagi best sebab sofa empuk..boleh peluk2 bantal kusyen.....peluk bini lagi...:P
Nak ngunyah popcorn?

 Tadaaaa..home made popcorn.


Kos nya amat murah.
RM1.50 utk beli corn kernel ( boleh buat 3 large size popcorn)
RM 4.50 utk butter ..digunakan 4 tbs sahaja..
RM 2.50/kg  gula halus...guna hanya 250g sahaja
Minyak 1 tbs
Caramel kan lah semua popcorn tu...kalah Royale Popcorn! hahaha

Kebaikan tengok wayang kat rumah:
  1. Jimat tak perlu bayar tiket & popcorn
  2. Mudah buat yang ada anak kecil macam kami. Baby meragam,boleh pause kan movie, baby nak kencing berak, boleh pause kan ..budak2 nak makan minum tak cukup, boleh ambik kat dapur.
  3. Kalau tetiba mengantuk, boleh tido terus..haha
  4. Jimat petrol,jimat tiket parking.
  5. Kurangkan risiko kemalangan jalanraya / di ragut / etc


41 comments:

  1. Rumah uncle home theater, alat perakam pun tiada. Pakej ASTRO pun yg paling basic.

    ReplyDelete
  2. Astro guna decoder lama lg. N skrg cuma boleh tengok 707,708,709,711 sahaja

    ReplyDelete
  3. DZ...macam nak promote popcorn n astro jer..hehe...:)

    ReplyDelete
  4. akak dah lama tak tengok wayang..anak2 dah ramai..hihi..byk blanja.tiket + popcorn..
    cakap ngan anak2 tunggu kat Astro jer..keluar kat Astro best.. langgan jer..:)

    ReplyDelete
  5. hahaaha..kami dah lama buat doktor!Setiap malam minggu is malam movie & anak-anak boleh tido lewat dari hari biase cuma xde makanan la sebab daku x suka bersemut..bhahahaha...

    ReplyDelete
  6. kite xde home theatre...klu ttp lampu mmg xtgk la movie tu..heheheh

    tapi cara tu mgm jimat!!

    ReplyDelete
  7. setuju doc, kerlsss betul
    dana n edy pun ntah dh berapa lama tak tgk wayang... tak tau lah kalu bwk aiyan pg tgk wayang apa lh jd... mau dia ckp kuat2 nngis ke naya je kene halau keluar panggung.... harga tiket wayang ngn popcorn pun dh lupe hahahhaa...

    kalu tingin mkn popcorn mahal beli yg dairyfresh je rm7 sebekas beso blh mkn sampai puas... karamel pun penuh
    bt sndiri pun ok kan doc

    ReplyDelete
  8. hahahahahaha hadoiiii doc ni! mmg lawak.tapi ini lah kenyataan,betul tu! jimat jimat jimat,sampai nk muntah dengar perkataan jimat.

    ReplyDelete
  9. Comel! Hehehe! Tapi doc, cite len maybe ok cuma Hobbit je, xleh mis tgk wayang doc! Bln 12 ni doc, the next sequel!

    ReplyDelete
  10. cara akak..

    beli dvdcr... hohoho..

    maklumlah.. zaman ikat perut ni.. w/pun dvdcr tu katanya haram.. tapi haram dari undang2 negara jerkan.. boleh tengokkan.. tak salahkan??? huhuhu

    3 cete RM10 jer maaaa...

    ReplyDelete
  11. Akk hapah pun tak der Doc..Astro Decoder nak rakam tak der..DVD player tak der..ASTRO pun pakage ala2 sendu jer Doc..hadap jelah anak2 yer..jgn byk songeh..mak dah migrain nak berjimat tang mana..silap2 ASTRO pun mak potong nnt...

    ReplyDelete
  12. Untung laa ade astro. Ana channel tv biase je. Hihi. Nak tengok sesuatu movie beli cd je. :D

    ReplyDelete
  13. wow idea bagus ni doc...cup utk popcorn pun kreatif..boleh cuba nnti.

    ReplyDelete
  14. aku selalu buat cam ni
    mmg layan
    semalam baru buat
    kami layan cite lagenda budak setan 3
    dah tentu2 ko tak tgk kan cite ni

    dan bulan lepas
    kami layan saloma hahahahha

    ReplyDelete
  15. Sejak port DVD cetak rompak dah kena serbu, penjimatan menonton cerita wayang aku dah terganggu..
    Aku nak syorkan dvd pirate dibenarkan dlm bajet 2015 la....rebrand kpd DVD Rakyat 1M...max harga 6 ringgit je, dijual di RTC atau UTC....amacam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... cadangan ko nizam, takleh blah. jadi dvd1m la ye.

      tapi cara daddy ziyyad ni aku setuju kuasa lapan. mmg sangat sesuai utk family. cuma kena melabur skit la beli tv besar.

      Delete
  16. Cadangan terbaik yg patut dicontohi..
    Ukhuwah keluarga terjalin. Privacy terjaga
    Harmoni rumahtangga
    Bukan jimat semata-mata

    ReplyDelete
  17. Rumah saya astro pun x da.sejak ada 2 org ank ni memang dh berenti tgk movie kt cinema
    duduk rumah tgk tv je..

    ReplyDelete
  18. dah lama x g tgk wayang...tunggu 3 bulan download je movie...
    hehehhee

    ReplyDelete
  19. Memang terbaik..!!!..dah lama tak masuk panggung...dah 13 tahun dah....suma free download, sungguh tak bermoral
    ...hehehe...

    ReplyDelete
  20. saya pun tengok wayang kat rumah .bukan je sebab jimat tapi bila kat rumah ni anak2 nak menjerit pun siapa kisah..lagipun anak saya bukan jenis tengok filem sambil duduk dengan bantal sebijik.kalau kat filem tu ada melompat,diaorang pun melompat sama,kalau menjerit diaorang pun menjerit sama..jadi baik tengok kat rumah je..

    ReplyDelete
  21. jeleslah tengok popcorn yang ade tulis nama tuh.. ehehehe.
    Saya x suka tengok wayang kat panggung.
    sangat bising dan membingitkan telinga.
    saya nih tengok TV pon x bleh bukak suara kuat2. sensetip.. hahahaha

    ReplyDelete
  22. hahahahhaaa....sy x suke sgt tgk wayang kat rumah...sbb tujuan tgk wayang tu saje2 nak kuar jalan2 sebenarnyaaa hahahhahaha

    ReplyDelete
  23. Lebih santai dan lebih rileks bila tengok wayang kat rumah.. macam2 aktiviti boleh dibuat bersama family kalau nak dibandingkan dalam pawagam.. ;)

    ReplyDelete
  24. Setahun sekali pun pyh nk tgkk wayang..hahaha

    ReplyDelete
  25. sejibik la style husband saya..kalau cakap je " jom tengok wayang" jawapannya "takpe nanti download cite banyak2, dah bayar duit tenet mahal2 kan...tengok kat umah lagi best..." redha je la:)

    ReplyDelete
  26. Setuju..sgt..lebih santai.. tak melibatkan kos belanja sgt..kan.. :)

    ReplyDelete
  27. Salam Dr... ini boleh buat kat rumah ni..lebih jimat semuanya.. skrg ni memang dah start kena nak berjimat cermat..pening lah nak fikir peningkatan kos sara hidup ni..

    ReplyDelete
  28. last sekali nengok wayang
    cerita hantu kak limah balik rumah..
    anak lima
    mak, bapak, maid.
    makan2 ..minum2.
    dekat setu hatus lebih jugak lah masa tu..

    ReplyDelete
  29. entahlah doc , dah lama tak layan tv.

    ReplyDelete
  30. Idea yang baik tu. Macam famili saya yang besar ni, baru-baru ni tengok wayang habis juga lebih kurang RM100, itu tak semua anak yang ikut, kalau semua ikut lagilah parah??
    Cuma yang membezakan tengok di rumah dan di panggung ialah saiz skrin dan sound effectnya, di panggung lebih mengancam....

    ReplyDelete
  31. good idea.
    berpuluh tahun tak ke panggung

    ReplyDelete
  32. Semua orang ada cara sendiri untuk menghadapi situasi sekarang ini tetapi megeluh tetap mengeluh tetapi gaya hidup umpama orang2 kaya dengan tamah berhektar-hektar, punya kilang-kilang, perusahaan-perusahaan.

    ReplyDelete
  33. kalau x mo guna astro, kan ke selalu org download kat internet? sambung je ke tv guna hdmi cable. mewayang jugak, tanpa astro. kalau projektor pun ok. tapi kene keluar modal beli projector lak kan? guna tv je dah memadai.

    ReplyDelete
  34. betui tu doktor ... kita yg kena tentukan dan buat kawalan terhadap kewangan sendiri ... lebih keperluan dr kehendak

    ReplyDelete
  35. Bestnya ada bini chef!...package nampaknya haha.....

    ReplyDelete
  36. Hahaha... saya setuju. Saya tiap minggu kalau tak keluar rumah, memang ada movie marathon. 2,3 movies sekali jalan. Kalau tengok cerita seram, boleh main cakcak seram dengan anak-anak. Setakat popcorn tu saya beli RM7 hak besar kat AeonBig. Air takpa, Mommy sediakan satu jug ais gitu....Makan minumlah puas-puas. Bantal busuk masing-masing siap dengan sofa empuk aka tilam pun pihak pengurusan sediakan ^_^ Jimat koskan, DZ!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...