Thursday, September 18, 2014

Ujian Kita Berbeza

Semalam aku jumpa 2 pesakit, berkaitan dengan isu pregnancy.

Pesakit 1:

-Mengandung kali ke 3. Mengandung 1st time, gugur. Mengandung kali ke 2, bersalin normal...anaknya meninggal bila umur masuk 3 bulan.
- Usia kandungan kini ~ 6 minggu.
- Dipendekkan cerita, lepas scan, beliau keguguran ( miscarriage ).
-Merebeh air mata wanita ini di depan aku. Husband nya cuba menenangkan.
- Aku doakan mereka dimurahkan rezeki anak. Boleh cuba lagi, umur sekitar 28 tahun pasangan ini.

Pesakit 2:

- Mengandung kali ke 6. Ada 5 orang anak yang sihat walafiat. Last mengandung 5 tahun lepas.
- Umur beliau 38 tahun.
- Beliau risau amat risiko mengandung pada usia lanjut.
- Ya, walaupun risau tentang risiko mengandung pada usia lanjut, beliau TIDAK mengamalkan sebarang bentuk contraception ( merancang keluarga), walaupun anak dah 5 dan usia 38 tahun.


Moral:
  1. Setiap manusia di uji dengan pelbagai ujian. Yang nak anak, masih tak dapat. Yang tak mahu anak, dapat anak.
  2. Hidup perlu ada rancangan, termasuk merancang keluarga. Kalau gagal merancang ( termasuk merancang keluarga), maka apa jua yang terjadi kelak, sila lah hadapi dengan hati terbuka dan pasrah.


cerita pasal pregnancy - baby,  rindu bau baby. Tu anak kedua aku, Zayyan, fresh lepas lahir 2011 dulu  :P

46 comments:

  1. Assalamualaikum...saya silent reader yg tidak missed membaca setiap entry doc.tahniah Dan teruskan memberi info Dan tarbiah secara berhikmah..tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  2. ada yang tak nak merancang keluarga..
    sebab kata..
    Allah nak bagi rezeki .. tak payah kita nak rancang-rancang keluarga..

    ReplyDelete
  3. Lagi menyampah ada yg kata tak boleh nak merancang keluarga guna ubat atau alat2 lain nak je lempang!

    Rezeki datang dalam pelbagai cara, kadang2 rezeki juga jadi ujian buat kita.

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Ujian kita berbeza². Kalau kita rasa ujian kita ni berat, kena ingat...ada yang lagi berat dari apa yang kita sedang lalui. Sedih baca kes 1 tu. Smoga beliau dimurahkan rezeki anak.

    ReplyDelete
  5. Adehhh..tetibe sayu and sedih pulak baca psl pesakit no 1 tuh..semoga ade rezeki utk mereka..

    ReplyDelete
  6. rezeki masing².. ssh nk ckp bab ni..

    ReplyDelete
  7. Salam Dr...
    betul tu..manusia di uji dgn pelbagai ujian... tapi sllu percaya yg Allah takkan menguji jika kita tak mampu menghadapi nya...
    aiks.. dah rindu nak baby lagi kot Dr??? haha.. rinduuu sgt nak ber baby lgi... anak dah nak masuk 5thn blm ada adik...huhu :(

    ReplyDelete
  8. Betul tu doctor. ujian kita berbeza. Kadang2 saya ada juga terasa dgn sekeliling saya. Pernah ada kawan saya cakap, untungla dah mengandung, tapi kesian, duk jauh ngan suami. Aku ni ha tak mengandung lagi, tapi bahagia sangat suami disisi. Aduhai, apa dia ingat duduk jauh2 tak bahagia ke? kadang pelik dgn persepsi manusia ni. Dia lupa, Allah swt bagi ujian, semuanya berbeza sesuai dengan kemampuan kita. Allah swt tak akan uji kalau kita mampu nak hadap. Saya redha dengan semuanya sebab saya percaya satu hari nanti, ada hikmah yang tersembunyi untuk semua ujian-ujian yang Allah swt beri.

    ReplyDelete
  9. Saya sama seperti kes Yang pertama.letih dengan pertanyaan skeliling yg tdak fhm @skar untuk redha dgn ujian yg dtgnya dlam plbgai bentuk n masa.sntiasa didik hati dgn redha krna ALLAH mguji skdr kmampuan hmba

    ReplyDelete
  10. Betul tu DZ.. ujian setiap hamba Nya berbeza2.. kita rasa sedih.. tapi sebenarnya ada yg lebih sedih.. terharu baca kisah no 1 tu..
    Boleh lagi tambah baby baru tu DZ ;)

    ReplyDelete
  11. Bahagian masing masing...everything happened for a reason.

    ReplyDelete
  12. Anak sulung aku dah 14thn....takde adik lagi. Dah jenuh usaha...ibarat mcm santan yg diperah 10x dah...takpelah...rezeki aku sorang je kut.

    ReplyDelete
  13. memang syok bau baby.. tetiba sonok lak nak ada baby.. baby fiyya pun kecik lagi.. owhhh buang perasaan jauh2.. :D

    ReplyDelete
  14. Eh, Zayyan lahir 2011 rupanya! Sama umurlah dengan anak saya no. 2.

    Macam saya ni dulu ni tak terfikir pun akan ada anak tapi bila Allah kurnia 2 anak, rasa macam dunia ni memang ana je yang punya. Kasihan pada yang masih mengharap tapi Insya Allah, akan ada rezekinya Allah beri.

    ReplyDelete
  15. Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya..

    ReplyDelete
  16. Bagi kakcik, anak adalah amanah dan juga ujian yang amat besar kepada ibubapa...

    Semoga wanita pertama itu beroleh cahayamata dan wanita kedua sihat kandungannya...

    ReplyDelete
  17. Bersabar la pesakit yg pertama tu. Ada rezki lagi baik Allah nak bagi. Pesakit kedua tu, alhamdulillah..dia murah rezki anak. :) kelebihan wanita, adalah melahirkan zuriat. Seorg isteri mesti nak gembirakan hati suami nya.

    ReplyDelete
  18. Dugaan yang agak sukar buat saya kalo berkait dengan anak2 nih. biarlah di uji dr segi lain..
    moga mereka yang masih mengharapkan rezeki anak akan di murahkan rezeki.. Amin~

    ReplyDelete
  19. Akak sangat memahami pesakit yang pertama. Tapi akak tak faham pesakit yang kedua.

    Akak bersyukur kerana dikurniakan seorang anak. Semoga dia cemerlang menjadi khalifah dan dapat menyambung generasi kami. Doa kami untuk rezeki anak seterusnya tak dimakbulkan Allah. Seperti kata Rai, pasti ada hikmahnya. Tapi orang sekeliling sangat tak faham.

    Kami tumpang gembira kalau ada orang lain yang dapat baby baru. 15 minit lepas, adik akak dah selamat azankan anak ke-3nya. Dan 5 minit lepas air mata akak yang laju turun sebab terlalu gembira melihat wajah sikecik. Dan adik bongsu akak pula, 2 jam lepas di sahkan hamil anak kedua. Alhamdulillah.... Terasa rezeki yang melimpah ruah, walau bukan kepunyaan diri sendiri.

    ReplyDelete
  20. Moga pesakit pertama tu kuat dalam menghadapi ujianNYA.. Moga beliau dan suami dikurniakan anak satu hari nanti.. InsyaAllah..
    Kita tak tahu ujian bagaimana yang kita akan terima.. anggaplah itu sebagai peringatan buat kita.

    ReplyDelete
  21. Rindunya bau baby..

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Kesian pada yg pertama - besar ujian (kakak dpt rasa apa yg dia rasa seperti dlm keluarga abang macam itulah)
    Kakak rasa beruntungnya jadi yg kedua bersyukur dpt anak ramai (impian kakak dulu sebenarnya)

    ReplyDelete
  23. kes pertama tu buat lieya nangis laa doc...besar dugaan die utk dptkan zuriat...moga2 ade cahaya bahagia tuk dia timang anak....

    suke tgk pic doc kiss zayyan tu...dari kecik dah nampak comelnye zayyan nie....

    ReplyDelete
  24. Doc, kemewahan adalah ujian yang sangat puaka, tahu!

    ReplyDelete
  25. yup...ujian berbeza....syukur dengan apa yg ada selain berusaha juga utk tingkatkan apa yg patut

    ReplyDelete
  26. Ujian yg diberikan oleh Allah berbeza2.. Kita perlu usaha dan redha..jika hadapi apa jua ujian..

    ReplyDelete
  27. Comel baby... Ujian juga adalah rahmat dari Allah... semoga kita semua tabah menjalaninya... :)

    ReplyDelete
  28. Itulah kan....ujian manusia berbeza beza....syukur kita kan DZ, ada anak, sihat walafiat lagi, alhamdulilah......

    Ececeh....dah rindu bau baby nampaknya tu.... nak tambah lagi le tu kan.....hehe.....
    Tambah le sementara tgh muda...

    ReplyDelete
  29. susah nak kata bab merancang keluarga ni, katanya rezeki Allah nak bagi. dalam masa yang sama..mengeloh juga bila keperluan anak tidak mencukupi..

    ReplyDelete
  30. sedih sgt kalau baca pasal rezeki Allah yang satu tu. Harap2 pesakit yang pertama tu dapat rezeki mereka.

    ReplyDelete
  31. Perancangan ALLAH pada setiap umatNya kan DZ...mcm yg pertama tu Allah berikan dia peluang utk mengandung..cuma tidak kesampaian membesarkan zuriat itu...ada insan yg tidak lansung punya tanda2 hamil....terkdg akk juga pernah mempersoalkan kenapa Allah tak berikan aku anak lelaki...lihat betapa tidak bersyukurnya akk sebagai insan...Allah dah beri kan 3 anak perempuan ada hikmah kenapa tidak diberikan lelaki...Prasangka yg baik2 sudah kan DZ...

    ReplyDelete
  32. yup..saya selalu fikir gitu..ujian kita berbeza.

    ReplyDelete
  33. saya dulu bersalin anakpertama uri tak keluar sampai meraung2 nak keluarkan uri tu..jadi taruma la.sampai kan tak mau mengandung dah.takut sebab selalu orang cakapkalau anak pertama jadi kes gitu yang seterusnya pun akan jadi jugak..bila mengandung anak kedua setiapo kali lepas solat bberdoa je mintak semua nya dipermudahkan tak macam dulu...Alhamdulillah..uri keluar cantik je...sedar la saya ,nasib kita tak sama ..masing2 ada bahagian nya.
    kita tak boleh nak dapat macam mana orang lain dapat..

    saya sendiri tak tau apa punci uri terlekat ni..

    ReplyDelete
  34. Kes kedua (ibu 6 anak) hampir sama dengan kes kami yang mempunyai 6 anak. Sampai sekarang saya bersyukur kerana dianugerahkan 6 anak. Sekurang-kurangnya setahun sekali bila berkumpul Raya suasana sungguh meriah. Tak dapat bayangkan mereka yang cuma mempunyai seorang dua anak tentu sunyi terutama bila ada yang dah melanjutkan pelajaran ke tempat lain...

    ReplyDelete
  35. mmg la anak tu dtg dengan rezeki masing2
    bagi aku, sebagai umat, kita pun perlu merancang
    itu aku, tak tau la org len

    ReplyDelete
  36. dugaan & ujian berbeza2..saya sangat memahami perasaan mereka yang masih belum dikurniakan zuriat..kalau orang bertanya, saya akan jawab sabar,usaha,redha sebab tu kunci yang saya pegang sampai la sy disahkan pregnant.alhamdulillah..

    ReplyDelete
  37. Sedihnya kisah pesakit 1... Insyaallah Ada rezeki utk mereka nanti...

    ReplyDelete
  38. X pernah jemu bau bb. Sy mampu setakat 3 je nmpknya. Dh terlewat nk tambah lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...