Wednesday, September 10, 2014

Makanan Seimbang

Konsep memakan makanan secara sihat, seimbang..perlulah diterapkan sejak kecil lagi.
Bila di terap sedari kecil, ia akan menjadi habit.
Kalau dah besar panjang baru nak ubah gaya makan, memang payah.

Kisah seorang budak umur 3 tahun yang mak nya bawak jumpa aku pasal sakit perut.
Punyalah selalu sakit perut kembung, dah nak masuk setahun lebih!
Selalu gi jumpa doktor, dibaginya ubat sakit perut..ubat angin/kembung.
Masalah tak settle jugak. Berulang ulang.
Aku check, memang kembung gila perut budak ni..

Nak settle kan masalah ni Insya Allah senang..
Selama ni takde doktor / orang lain yang nak ambil tahu & nasihatkan pattern pemakanan budak ni.
Aku tanya secara mendalam, macam mana pattern makannya, seorang budak usia 3 tahun:

  • breakfast susu & biskut
  • lunch kat nursery, si penjaga bagi makan nasi (katanya)
  • dinner makan biskut
" anak awak ni kembong sakit perut bertahun tahun sebab makan langsung tak seimbang, tak berkhasiat", aku start membebel. Aku teruskan bebelan pasal perlunya komposisi carbohydrate, protein, fat & fiber dalam diet.

" Treat your child early. Ajar dia makan makanan berkhasiat. Kalau dia dah masuk umur sekolah baru nak start ajar makan nasi, makan sayur, memang payah dah", aku sambung lagi.

" Sumber carbo tu bukan hanya nasi. Kalau anak awak tak suka nasi, boleh ganti dengan roti atau pasta..asalkan ianya carbo. Anak saya yg sulung tekak mat saleh, memang tak berapa nak makan nasi, so wife saya masakkan dia spaghetti/ fettuccine mixed with ayam/udang + salad/timun/tomato/ broccoli. Dan dia jugak suka makan roti. Tapi kami usahakan jugak supaya dia suka nasi, so kami dah perasan, dia suka makan nasi kalau lauknya berunsur kari/ rempah. So awak kena buat benda yg sama utk anak awak ni..cari apa yang dia suka makan, asalkan ianya seimbang dan berkhasiat", aku membebel lagi.

 Aku memang respek la kat anak anak aku. Sebab roti wholemeal tu ramai org yang tua bangka pun tak lalu makan, kesat kat tekak katanya..hahaha..Tapi anak2 aku selamba aja makan, sebab roti tu aja yang ada kat rumah. Kalau beli, tak sampai 2 hari licin ! Memang aku beli roti tu sebab ianya bagus, low GI, banyak serat, dan membantu utk aku kuruskan badan secara sihat..hahaha. Dan sebab aku makan beras perang & herba ponni selang seli,so kalau wife aku tak masak beras putih biasa, maka anak anak aku pun dah pasrah menelan beras perang / herba ponni...:P   See? Pendidikan awal itu penting, aku dah buktikan budak2 pun boleh makan roti gandum / brown rice kalau dilatih selalu.



" anak kedua saya pulak tekak melayu. Mesti nak makan nasik. Kalau pasta roti ni, dia kureng sikit. So wife saya masakkan nasi lah utk dia", aku sambung lagi.

" Tapi...macam tu leceh la doktor...saya balik kerja, dah nak kena masak spaghetti, kena masak nasi", alasan mak budak tu pulak  :P

Aku menemplak " awak kan mak dia..kena lah berkorban masa & tenaga..buatlah meal yang dia suka makan, asalkan memenuhi kriteria makanan seimbang yg saya bagitau tadi. Tak semestinya kena masak nasi & spaghetti serentak. Paling kurang, kalau breakfast tak dapat sediakan makanan seimbang & lunch time dia kat nursery,  time dinner tu, make sure it is a quality time with family...maknanya quality tu ialah makan sekeluarga serentak + makanan yg seimbang & sihat".

Last sekali aku nasihat  " awak kena ingat, proses kita yang dewasa ni dapat darah tinggi/ diabetes/ kanser tu semua, bermula sejak awal usia lagi. Apa yang kita makan dari kecik, itulah yang akan menentukan penyakit2 kita. Bila umur dah 40 tahun baru nak jaga makan, tu dah terlambat. Kita maybe terlambat sikit, baru nak jaga, tapi utk generasi anak anak kita ni, kita kena ada ilmu, dan terapkan pada anak anak kita".

Spaghetti aglio e olio homemade. Perlunya dapat kerjasama orang dalam rumah kalau nak ubah gaya pemakanan ke arah yang sihat, tak kiralah utk orang dewasa, ataupun kanak kanak. Alhamdullilah wife aku sangat supportive dalam hal ini, sebab dia mmg suka masak, dan rajin memasak benda2 healthy. Sediakan aja duitnya utk beli bahan2 nya kata wife aku...hahaha...


Rupa rupanya, anak kedua wanita ni umur setahun lebih, pun dah start tunjuk style pemakanan macam akak dia yg umur 3 tahun tu. Asyik nak minum susu & biskut aja. Nasi/bubur/roti/sayur/ayam/ikan langsung tak makan. Maka aku nasihatkan dia betul2, jangan ulangi kesilapan yg sama dia buat kat anak sulung dia tu, pada anak dia yg umur setahun lebih ni.

Aku dah buat apa yg aku mampu buat, iaitu bagi nasihat.
Mak budak ni nak ikut ke tidak, tu terpulang.
Sorry to say, orang kita, ya, orang Melayu ni masih ramai yang tak  health conscious, tak macam Cina. Conscious nya orang kita bila tiba bab nak kuatkan tenaga batin / nak besarkan breast / nak cepat kurus tapi malas jaga makan & exercise. Sorry aku taip macam ni, tapi ini fakta, bukan auta.

52 comments:

  1. Sy ni...tak la rajin sngt juga...tapi....maknya tu..tak kesian ke tgk anak dok mkn biskut dgn air susu gitu...klau nak harap mkn di taska/rumah pengasuh tu kan...apa la sngt mknan yg diberi....

    Jdi mak2 ni...kena korban la sikit.....tak la hari2 kan...tp anak tu...kena juga makan yg berkhasiat....hai la...ada juga mak yg gitu...):

    ReplyDelete
  2. bhn2 nak masak for healthy food agak expensive kan...tapi utk kesihatan pejam mata je la yea..hehhe

    bagusla yg kecik blh mkn wholemeal bagai..sharing info yg bagus ni...mn tau ade rezeki kami pulak blh applykan kt anak2 nnti..

    ReplyDelete
  3. Salam Dr... Terima kasih atas nasihat ni.. boleh lah sy perbaiki diri dlm pemakanan kami sekeluarga terutama nya anak saya..mmg sy naik pening bila dia tak nak makan nasi.. aduh! sakit jiwa den.. yg saya perasan, dia suka roti.. so, sy akan pastikan ada roti kat rumah... nasi & lauk memang dia kurang makan... sayur sesekali je nk makan... huhu...

    ReplyDelete
  4. beskut!?
    sampai ati bagi anak makan beskut je .. 2 kjali sehari lak tu..

    ReplyDelete
  5. jenis mak yg nk mudah je tuh doc, tp kalu bdk 3thn mcm aiyan tu bfast susu ngn biskut je mana lah cukup... biskut tu selalu selingan je... aiyan mmg picky sikit orgnyer tp kalu kene gaya mmg dia akan mkn nasi bnyak, syur no problem jnji ktie pandai cara masaknyer n potong kecik2 bg dia mkn...

    agaknyer mak tu jns yg workaholic kot doc itu yg tak dan nk sediakan dinner yg berkhasiat... hrp2 kite dpt sediakan yg terbaik utk anak2 kite...

    ReplyDelete
  6. rasa mcm bukan makan biskut dgn susu je tu..
    org sekrng biarkan anak mkn cekedis..bila mkn benda tu.. nasi rasa x sedap.

    ReplyDelete
  7. erks.....macam kejam plak mak ni disebabkan malas masak??

    ReplyDelete
  8. doc, nak tanya sikit....betul ke klu ayik byk sgt makan roti boleh membawa kepada gejala berak berdarah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..
      mitos aja tu..
      tang mana pulak roti boleh menyebabkan berak berdarah! :P

      Delete
  9. Saya penat m/mana pun mesti masak dinner,prepare b/fast.lunch anak2 mkn kat taska/pengasuh.Si baby-smp sekarang akan makan bubur nasi,puri-semuanya saya masak mlm sblm g taska.Cikgu2 taska tukang suap aje.Tak tergamak bg ank mkn biskut memanjang.Fast food -pizza hut sebulan sekali sbb ank2 suka.Tak blh terima alasan penat tuh,anak2 itu shj harta kita.Provide the best,i/allah hasilnya the best jgk..

    ReplyDelete
  10. anak2 saya mmg saya ajar makan makanan seimbang gak tapi yg tensen mcm mn nak buang habit mkn jajan tu.. tak dibagi, tengok2 kawan bagi. saya suka kalau dia makan roti ka biskut dr jajan. adiknya pun dh pandai nak jajan padahal kakak dulu bila sekolah br kenal..

    ReplyDelete
  11. Aku makan semua, doc....dan semua aku makan doc....
    Dan skrg masih terkial2 nak kurangkan....

    ReplyDelete
  12. mmg kesat mcm sangkut je kat tekak..
    klu beli roti jgn beli roti jer..kena beli bhn sampingkan lain kena dgn roti tu..klu tak mmg tak habis..

    utamanya peanut butter dgn pisang..mmg cptlah habis roti tu..

    ReplyDelete
  13. alang2 dah cite pasal makanan nih, sya tanye skit la ye kat Doc...anak lelaki sy yg sulung, suka nau makan sosej, roti canai dan telor goreng/dadar..klau buat yang tu memang banyak dia makan..klau bekal gi skolah memang ulang2 menda yang sama je..penah gak try buat nasik goreng bawak bekal dia tak mkn sgt pun..roti canai skali hadap 2 keping.. akan dtg ade efek ape2 tak ek dgn tumbesaran dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. - sosej tu termasuk dlm kategori " processed foods". Selain sosej, nugget & daging burger pun sama. Bukan tak boleh makan, cuma jgn lah di amalkan selalu. Memang tak sihat sebab banyak lemak tak sihat ( saturated fat) dan bahan penstabil di campurkan. Dan bayangkan digoreng pula dgn minyak yg banyak. Makin tak sihat lah.

      - Telur goreng/ dadar tu ok..sumber protein ( putihnya). Tapi sama lah, jgn terlalu banyak makan sebab telur kuning tu banyak kolestrol. Cuba variasikan selain menggoreng, cuba buat telur rebus atau 3/4 masak.

      - Roti canai ni tinggi kalori. Sekeping roti canai kalori nya sahaja ~ 300 cal ! Dan kebanyakkan calorie ini datang dari lemak tepu. Jadi lebih elok makan seminggu sekali atau dua kali aja roti canai. Kalau ke mamak, maybe boleh try makan roti nan.

      - Bekal anak ke sekolah yg paling baik bagi saya ( in term of komposisi zat & kalori) ialah bekalkan roti sandwich..lengkap ada protein ( sardin atau ayam), carbo ( roti nya) & sayuran/ salad/ timun/ tomato.
      Nasi goreng pun bagus juga, cuma pastikan tak terlalu banyak minyak. Nasi goreng jadi kurang sihat bila terlalu banyak minyak padanya. Macam tu lah juga dgn pisang goreng.Pisang tu bagus, tapi minyak yg kita guna tu lemak tepu yg tak sihat( lemak tak tepu ada juga, tapi dlm kuantiti yg terlalu sikit). Maybe boleh cuba menggoreng dgn minyak alternatif yg lebih sihat macam minyak canola.

      Effect pada tumbesaran ialah anak kita akan kumpul lemak hari demi hari sejak kecil...jadi bayangkan bila dia masuk umur belasan tahun, awal 20an...

      Delete
  14. Dik, tolonglah. Akak trauma tau dgr nama beras perang. Herba ponni tu ok lagi. Hihihi. Oh, mak dia mesti tak enjoy masak. Tp kot yer pun, takkan tak sayang kat anak tu kan. Malas masak, belilah kat kedai. Tapau food yang berkhasiat. Mee hun sup yang banyak ayam sayur ke, ikan sweet sour ke, atau nasi goreng kampung pun bolehhhh. Breakfast.pun senang kalau nak ikut. Omelette boleh, sandwich tuna boleh, nak buat oatmeals jer pun ok. Tambah fruits jer kan. Nak dgn xnak jer.

    ReplyDelete
  15. ehh melampau tul mak dia ni.....anak dah 3 thn makan semekut jer.....mak budak tu kan...masak nasik...goreng ayam sikit...tumiskan bayam campur ikan bilis...tak sampai 30 mint pun nak masak 2 lauk tu...haihhh....

    ReplyDelete
  16. huhuhuhu.. sy pon kadang2 terlepas pandang bab2 pemakanan famili.
    bila balik keje.. letih. masak yang ala kadar jer.
    kesiannye anak2 saya.. InsyaAllah.. akan cuba pertingkatkan lagi usaha menjaga pemakanan keluarga.

    ReplyDelete
  17. bagus nasihat Doc ni....sy pon rasa tersedar sikit..tapi memang tak tau nak buat camne ngan si bongsu..susah nak makan nasi kat rumah..yg peliknya kat rumah pengasuh dia makan elok jer..kat rumah asyik nak susu ..puas pujuk..memang sy perhati dia suka makan makanan tertentu jer kalau kat rumah...itu yg sy kena betulkan..ikut nasihat Doc..:)

    ReplyDelete
  18. susah sebenarnya kita nak ubah mentaliti org kita ni, nak-nak lagi org tua-tua. Katanya, time diorang dulu, sumbat jek semuanya, elok jek sampai sekarang. Eloklah, kalau umur 30 dah dapat darah tinggi, kencing manis bagai. susah bila orang xnak support apa yg kita cuba usahakan.

    ReplyDelete
  19. Kesiannya anak-anak dia dpt mak yg pemalas dan naif lagi.
    Fiza bukan aje rajin tapi dia pandai masak itu yg best:)

    ReplyDelete
  20. banyak perkongsian ilmu yang saya dapat hari ini :)

    ReplyDelete
  21. hai doc..ingat saya lagi??hahahahaha
    yang penting kena RAJIN
    kan kan kan

    ReplyDelete
  22. Setakat ni takde masalah bila hantar anak-anak ke rumah pengasuh.. dari segi penjagaan dan makan Alhamdulillah memuaskan.. mana taknya pengasuh anak2 wife kepada seorang chef..

    ReplyDelete
  23. hehe..mana nak cari doc yg 'membebel' mcm tu...kebanyakannya tanya sakit apa...bg ubat..

    ReplyDelete
  24. bila anak sakit terasa risau sangat.Sebagai ibubaopa tanggungjawab kena galas untuk pastikan anak2 aset kita sihat membesar dgn sihat...

    ReplyDelete
  25. Saya yakin tiada alasan untuk seorang ibu untuk memasak dan memastikan anak dapat yang terbaik dari segi pemakanan setiap hari. Saya yakin seorang ibu pasti mahu berusaha jika rajin. Kalu dah malas... huhhh sendiri fikir.

    Alhamdulillah... cara makan kami ala ala orang kampung!

    ReplyDelete
  26. Post yang sangat berguna.
    Kami pun guna beras jenis herba poni tu. Nasib baik anak2 suka juga dengan rasanya. Selalu masak mesti ada protein dan juga vege. Tp itulah anak2 gemar protein jak, yg vege kurang sikit. :)

    Tq sharing panduan ni doc! :)

    ReplyDelete
  27. Terima kasih DZ membebel benda yg sangat bermanfaat ni.. tapi akak tak smpi hati pulak nak bagi anak mkn biskut jer.. penat mcm mana pun mesti masak.. samalah anak akak no satu suka tekak mat saleh.. anak no dua tekak melayu.. hari2 nak nasi.. kena jaga kesihatan dari awal kan DZ..

    ReplyDelete
  28. Thanks, DZ dapat juga ilmu berguna. Anak saya yang sulung memang picky eater. Masa kecil dulu saya sumbat segalanya dalam makanan si Abang ni tapi dah gene tu menurun dari saya, entah bila dia mula memilih makanan pun saya tak pasti. Bila hantar anak rumah babysitter kadang-kala kita memang tak boleh kawal pemakanan mereka sebab nanti katanya banyak songeh pulak mak si budak ni, anak dia okey je semua bedal!

    Abang tu pun kerap kembung. Saya jumpa doktor. Explained tentang pemakanannya yang sangatlah 'dahsyat' itu. Abang cuma boleh makan dengan 'best'nya kalau nasi berlaukkan ayam/ikan. Itu pun pilih juga jenis masakan dan ikan pulak mak oi, nak yang mahal sesaja. Doktor kata okeylah tak payah tukar menu makanannya. Kalau dia suka ayam dan ikan, masak itu ajelah makan dengan nasi. Tapi saya yang ngeri terhadap kesukaan kepada masakan ayam ni. Ni dah start terasa lapar bila masuk pukul 10 ke atas. Aduh!

    ReplyDelete
  29. Agree! Mak bapak ynag kena amalkan pemakanan sihat dan seimbang, and lucky kat nursery my daughter pun dorang jaga pemakanan.

    ReplyDelete
  30. ibu bapa yg berpelajaran sepatutnya sedar pemakanan yg baik utk anak2
    takut bila masuk 40an mcm penyakit dapat

    ReplyDelete
  31. alamak.... cemas plak rasanya bila cerita pasal makanan seimbang ni. masalah yg budak kembung tu sebab dia makan biskut dan susu ke byk sgt ke. masa dia makan nasik tu nasik kosong atau dgn lauk.

    apapun perkongsian ni sgtlah bagus dan berguna utk saya. mekasih daddy 3Z.

    ReplyDelete
  32. Daddy Z, hurm.. bagus kalau parents berpengetahuan dlm pemakanan ni.. anak2 pasti dpt zat yg secukupnya... dan dpt makanan yg berkhasiat dah sihat.. bagus la parent yg punya amalan pemakanan sihat ini.. saya akan contoh nya Daddy Z.. TQ.

    ReplyDelete
  33. Sedap plak tgk spegetti olio tuh..menyelerakan.. sungguh..

    Bagus doc share info gini.. :)

    ReplyDelete
  34. Mekasih atas perkongsian yang sangat bagus ni doc. Kena seimbangkan pemakanan anak lepas nih.

    ReplyDelete
  35. betul tu..anak saya yang pertama pun memilih makan.kalau nasik2 ni tak mau..jadi kita kena pandai2 la ubah..boleh makan nasik tapi dia cepat jemu kalau hari2 nasik...anak yang kedua mudah sanagt sebab memang dia makan nasik,buah sayur .Dah jadi ibu ni sempat ke tak sempat ke demi tekak anak memang kita akan ushaakna jugak untuk anak makan.setakat makan susu dengan biskut kenyang ke dia..kesian anak bertahun makan macam tu..

    ReplyDelete
  36. Macam tak caya pula ada mak-mak manusia di dunia yg begitu berkira nak masak untuk anaknya. Apa yg saya tau budak-budak ni, apa yg maknya masak di rumah itulah yg jadi makanan kesukaannya hingga besar. Macam anak2 saya, kerana ibunya masa kecik suka masak ayam, sampai sekarang jika tak ada ayam sehari muka masam mengalahkan asam jawa. Kerana maknya tak suka makan sayur dan ikan, semua anak-anak tak makan sayur dan ikan, saya sorang saja yg bedal apa yg mereka tak makan. Hingga anak-anak saya masuk asrama baru mereka 'pandai makan', baru mereka belajar makan sayur dan ikan...

    ReplyDelete
  37. Mak aiii...anak x sht ..x dpt khasiat mknn yg betul...byk plak alasan dia erk...org lain sibuk juga...rumahtangga kena bg perhatian juga..kan..

    ReplyDelete
  38. Bestnye ada yang boleh masakkan, hehehe...

    ReplyDelete
  39. bestnya.... ibu nya rajin masak... info yang sgt berguna... tq doc :)

    ReplyDelete
  40. gud info doc..anak saya roti yg ade kerim cokelet tuh mmg die laju sesaje..

    comel pulak anak2 doc tuh..

    ReplyDelete
  41. Yg last tu memang saya setuju doc.

    Tapi tulah. macam terkejut je anak dia makan biskut makan susu aje. Takde makan benda lain.
    \Mak pun berkira nak masak apekejadanya semua ni. Korban skit untuk anak, bagi anak sihat. Tak de ruginya.

    TQ doc, ada ilmu saya dapat harini untuk bakal ibu seperti saye ni hehehehe

    ReplyDelete
  42. Ohhh sinis nampaknya tu hehe....
    Alhamdulilah bab makan, mak yg sorang ni mmg tak payah pening kepala hehe..... memang nasilah yg dicari anak anak .....
    Betul kata awak tu DZ emak mmg kena memainkan peranan lebih sebenarnya...

    ReplyDelete
  43. peringatan dan tips yg menarik ni doc.... bagus anak doc nak makan roti wholemeal tu...betul budak2 ramai tak suke roti tu...cube beli yg bekrim atau butterscochth tu...laju licin makan hahahahahah... anak2 lieya so far okey..bab mkn takde masalah ...dari kecik di ajar makan sayur....

    sedapnye spegeti tu doc...puas hati buat sendiri...cukup rencah, cukup oily nye...susah laa nak cari betul2 kene ngan tekak kat kedai sane....

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum DZ...memang terbaik la...anak2 suka makan eloklah dimasakkan makanan kegemarannya...:)

    ReplyDelete
  45. yang jadi masaalahnya..bila mak yg 'pemalas nak masak'.. rela menghadap hpon dari memasak dan melayan anak makan.

    ReplyDelete
  46. Kesian anak anak sekarang.. Makanan sedap yang tak berkhasiat terlalu mudah didapati..

    ReplyDelete
  47. Doc, Che Mid kongsikan di fab ya..moga bermanafaat.

    ReplyDelete
  48. tang yang akhirtu memang betoi .. kalau iklan yang tu memang untuk orang kita.. esp kalau balik dari sembahyang jumaat orang lelakini bawak banyak flyer pasal bendani, dah orang bagi ambikler.. dia tau orang kita suka ngat nak kuatkan tenaga batin..
    nasib anak saya suka makan tapi bab sayurtu payah sikit.. sedang mencuba...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...