Monday, September 29, 2014

Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM Tak Boleh Guna Untuk Masuk Universiti

Rujuk berita SEMALAM

Aku sendiri mulakan langkah melanjutkan pelajaran, berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM.
Dan peperiksaan percubaan kami, memang soheh susah,sebab ianya standard buat semua MRSM se Malaysia.
Begitu juga dengan sekolah berasrama penuh ( SBP),mereka ada set soalan percubaan standard untuk semua pelajar SBP ambil.

Jadinya, aku tak faham kenapa setelah sekian lama guna sistem ini, tiba tiba Kementerian Pendidikan nak ubah. Rata rata ibubapa, guru, pelajar, & mereka di pihak universiti sependapat bahawa untuk menunggu keputusan SPM sebenar keluar pada bulan Mac, adalah lambat, dan membuang masa sekurang kurangnya 3 bulan. Sedangkan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran terutamanya di luar negara, sistem negara luar kemasukkannya adalah pada bulan Januari. Jadinya, kalau nak tunggu Mac, mereka akan kerugian setahun ( untuk next intake tahun hadapan).Aku sendiri dulu masuk ke program Australian Matriculation berdasarkan keputusan trial, dan mulakan sesi pengajian lebih awal pada Januari.

Adakah sebab kes kebocoran kertas UPSR baru baru ini jadi penyebab keputusan ini diambil?
Mungkin kah Kementerian Pendidikan merasakan " kalau peperiksaan sebenar pun boleh bocor, inikan pula peperiksaan percubaan " ?

Apa apa pun, tolonglah jangan amalkan dasar flip flop bila tiba bab pendidikan.
Kesian kat budak2 yang belajar...kejap kata belajar Math & Science dalam English, kejap guna Bahasa Melayu...kejap kata nak mansuh UPSR, lepas tu nak ada balik bila ada pihak merungut. Ni nanti, flip flop..tahun 2015 bebudak lepas SPM takleh guna result trial, lepas tu batch 2017 boleh pulak guna result trial untuk masuk universiti. 
 
Kalau nak flip flop kejap kata boleh pakai cermin gelap, kejap tak boleh...lantak lah..( dan pelbagai lagi isu flip flop seperti isu camera AES, pinjaman PTPTN, dan lain lain).
Tolong jadi tegas.
Sebab tak tegas tu la orang makin kondem, makin kritik kerajaan lemah.
Lepas tu bila orang kritik, depa sentap. Padahal memang salah sendiri pun..
Ehhh..sudah lah...
Kan dah masuk cerita politik..kah kah kah..

 Sekolah aku dulu. Majoriti kawan kawan aku pun  memang sambung belajar guna keputusan trial SPM..

 

31 comments:

  1. Bile dgr psl system education skang nie kan, satu je saya akan ckp..bersyukur coz time dulu xde kelam kelibut mcm skang..skang nie nak tlg anak buah wat keje sekolah pun, setgh2 subject, sendri pening kepala..

    ReplyDelete
  2. murid2 yg jadi mangsa 'eksperimen'...cikgu2 yg dipaksa melaksanakan segala 'pembaharuan'...

    ReplyDelete
  3. entah lah sistem pendidikan sekarang banyak eksperimentasi
    yang jadi mangsa, guru-guru dan anak-anak
    kena ikut telunjuk meke..hurmm

    ReplyDelete
  4. memang 'sakithati' dengan sistem sekarang...kesian kat anak2..nak2 yg PT3..kesian anakku..menjadi mangsa eksperimen..huhu..:)

    ReplyDelete
  5. Anak sulung saya ambik SPM tahun ni.
    Bersungguh2 dia belajar.
    Nak pergi oversea katanya.

    Harap2 keputusan kerajaan in tak mengganggu emosinya.

    p.s
    Saya dah kembali dari pertapaan.

    ReplyDelete
  6. Jejaka dua orang itu sangat kacak - masa mereka nanti entah macamanalah pulak sistem pendidikan negara ini...

    ReplyDelete
  7. Apa kebaikan yg mereka nmpk agaknya daripada kuputusan ni...

    ReplyDelete
  8. Akak dulu stail lama habis SPM baru apply u...

    ReplyDelete
  9. Saye dulu guna result betui apply sambung study. Sistem skarang mmg jau banyak beza dgn dulu

    ReplyDelete
  10. Tak habis2 anak2 kita dijadikan tikus putih dalam eksperimen Kementerian Pendidikan. Punyalah cekap sistem kita sampai 4 kertas UPSR boleh bocor, tinggal BM saja yg belum disahkan bocor. Sungguh cekap!

    Anak bongsu saya sekarang di Tingkatan 3 akan ambil PT3 (dulu PMR) 2 minggu lagi. PT3 yg mula diperkenalkan tahun ini pun satu lagi bahan eksperimen untuk budak2 kita. Punyalah banyak assignment yg perlu budak2 15 tahun tu siapkan untuk PT3, mengalahkan tesis Ph D. Sampai budak2 tak ada masa nak beriadah, bercuti, tidur pun tak cukup. Mungkin kita nak wujudkan masyarakat ulat buku yg cerdik tapi mental dan fizikal mereka sakit kerana tekanan dan rehat tak cukup.
    Kadang-kadang banyak yg bermain di fikiran, rasa nak luahkan macam2 dalam tulisan, tapi takut pula dituduh di bawah Akta Hasutan, hehehehe...

    ReplyDelete
  11. Anak aku adalah 2nd batch tikus putih makmal pendidikan...huhu

    ReplyDelete
  12. macam2 la
    anak2 makin pening nak blaja
    kita ni parents pun sama
    pening dok kena buah sana sini
    kerap sangat tukar sana sini
    tak de kije ke derang ni

    ReplyDelete
  13. lama x singgah ni, gara2 terlajak busy. Bukan saje sian kat anak2 , parents pun dok pening kepala dengan sistem pelajaran & peperiksaan skrng ni.. dah bertahun2 dah anak2 jd mangsa eksperimen itu & ini

    ReplyDelete
  14. betul, ms sy dl, result trial untuk attend interview scholar, then abes je spm dah ada y attend kursus prepare nk fly. result pun x amik kat sekolah.

    n yes,SBP n MRSM punya trial paper lebih susah dr real one. dah la dengarnya x perlu lagi amik 1119. x penah lupa 'portuguese man of war'.......

    ReplyDelete
  15. Baru borak-boraking pasal ni dengan kawan sepejabat. Susahlah kalau keputusan kejap gitu, kejap gini. Letih makpak apatah lagi budak-budak yang belajar. Saya tak ingatlah DZ masa saya dulu (saya SBP ler) rasa cam guna keputusan sebenar tapi yalah dah bertahun sudah, memang tak ingatlah.

    ReplyDelete
  16. Betol lah DZ.. sistem pembelajaran kat malaysia nih selalu tukar2.. sian kat cikgu2 dan pelajar.
    semoga lepas nih kerajaan malaysia lebih peka dlm hal nih.

    ReplyDelete
  17. kalau gitu SPM kena buat awal la..bulan 8 ke..kan??

    ReplyDelete
  18. Moga perubahan tu tak menjerat balik tengkuk leher mereka yang terlibat dengan perubahan sistem itu.

    ReplyDelete
  19. Mls nak cite psl politik. Muak. jelik. Nak muntah. Apa yg pasti, 2 beradik tu mg comel! Nak2 si yeyen. Arghhh! Last jmpa, ms tu dia kecik je lg.....

    ReplyDelete
  20. Comeynya anak teruna awak tu DZ.....sah ikut omak eh hehe....
    Bersuaralah selagi boleh DZ....kalau didengar, alhamdulilah....kalau tak pun jiwa kita dah puas kerana meluahkan yer dak?...

    ReplyDelete
  21. Bila kerap tuko2 sistem ni, bkn bdk2 je terkesan...ibubapa & guru pun jadi susah.

    ReplyDelete
  22. nk ubah tu boleh tp jgn sampai menyusahkan kot, dana dulu pun apply msk u ngn trial spm, kalu nk tunggu keputusan spm kuar tak kelam kabut terkejar2 ke? aduh la hai.... naper ek dulu semua mcm ikut peraturan je, zmn dulu2 mana ada soalan bocor2 bagai, skrg nih makin mcm2 peraturan makin bnyak yg `bocor`... huhuhuhui

    ReplyDelete
  23. tak pernah berubah dan tak pernah mahu ambil iktibar... urmmm...

    ReplyDelete
  24. Bila tukar macam ni. Nanti kasihan kat guru dan pelajar juga kan.

    ReplyDelete
  25. Dah jauh berbeza dah sistem pendidikan di sekolah sekarang ni. Kita tengok pun pening dah.

    ReplyDelete
  26. Entahlah apa nak jadi negara kita ni doc.
    Kadang ada rasa marah, sedih, malu semuanya ada
    Banyak isu yg kejap ye kejap tak.. lepas tu ye balik.
    Sekarang isu besar nak mansuh akta hasutan - tak tahu apa jadi sebab melibatkan 'org besar-besar' dah ni.

    ReplyDelete
  27. yg jadi mangsa nya, pelajar2 la
    kesian kat budak2 tu
    cikgu2 pon jenuh la nak main flip flop jugak, ikut rentak ketua flip flop
    hekhekhek

    ReplyDelete
  28. Kenapa Zayyan nampak lebih besar dari Ziyyad tu?

    Oh, mungkin kena tetapkan seseorang menteri untuk setiap kementerian sekurang2nya selama 15 tahun selagi dia tak kalah pilihanraya kot?

    ReplyDelete
  29. kan... kalau kita tegur kang sentap, tapi tak ditegur, masa depan anak2 kita tu yang dipertaruhkan.

    ReplyDelete
  30. nak buat perubahan tak cukup kaji mmg mcm ni la hasilnya. bila tak serasi senang2 tukar cara. mmg kesian kat budak2 la. mak ayah mereka pun boleh jadik pening.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...