Monday, September 22, 2014

In Liver Got Garden

Al kisah dari 14 -16 Sept lepas aku ke Penang.
Kali ni memenuhkan hajat mak ayah yg nak berjalan jalan ke Penang katanya.
Takyah la aku story pasal makan2 kat syurga makanan tu kan..:P

Yang aku nak ceritakan ialah tentang pengalaman pertama kali aku rasakan, sebagai seorang bapa ( bulan October ni genap 6 tahun aku bergelar bapa,Insya Allah),terasa sangat sayu di hati..sayu melihat " anak kempunan".

Kami ke Penang naik MPV ayah aku.
Ahli rombongannya aku anak beranak + mak ayah aku.
Maka ditakdirkan lah pada hari Isnin 15 Sept tu aku nak bawak mereka semua naik Bukit Bendera,yang mana aku sendiri last naik pun masa zaman sekolah. Mak ayah aku takde lah beria ia pun nak naik.Aku & wife pun sama. Cuma niat aku & wife ialah nak terujakan anak anak aku,pengalaman naik kereta kabel tu.
Aku bajet Isnin, hari orang bekerja, tak ramai orang.
Aku silap besar!
Aku lupa cuti sekolah dah bermula.
Kami sampai situ jam 9 pagi ++.   Dah bersusun bas & kereta. Orang punya ramai berkerumun..sesak, padat macam tin sardin. Kami lihat situasi tu dari dlm kereta (yg boleh di pandu sampai betul2 depan pintu masuk)

Maka mak ayah aku keberatan nak naik Bukit Bendera. Terlalu ramai orang katanya.
Ye lah,ayah aku sakit lutut, mak aku pula zaman mudanya dulu pernah jalani kemoterapi utk Hodgkin Lymphoma, so bila dah berusia ni badan mudah letih kalau terlampau lama berjalan jalan/ sesak.

Aku jeling wife aku..Aku tau wife aku jenis yang tak kisah bersusah payah ( utk beratur panjang gila tu).
Wife aku faham faham sendiri bahawa kami kena cancel kan plan naik Bukit Bendera.

" Ziyyad..Zayyan...kita tak jadi ya naik..tak jadi naik kabel car tu..orang ramai sangatttt", sambil aku cuba tunjukkan org yg sendat kat entrance Bukit Bendera beratur nak beli tiket.

As expected.
Zayyan relax aja terima.." Ok " kata dia, sambil senyum.
Ziyyad?
Tahun depan nak masuk darjah satu, tapi mmg kuat nangis.
Ya, budak yang jadi header blog aku ni, memang kuat nangis.
Terus meleleh air mata dia.
Dia tak memberontak, dia tak menjerit2 mintak nak naik. Ye lah, Ziyyad ni bukan jenis macam tu.
Hanya lelehan air mata dia yg aku nampak menerusi cermin pandang belakang ( sebab aku driver).
Aku nampak beria ia wife aku pujuk. Mak aku kat belakang pun pujuk.

Tu sebab aku sangat sangat terasa..sangat sedih..tak pernah sepanjang aku jadi bapa ada rasa macam ni..
Selalunya aku memang keras hati sikit. Bila aku tak mau belikan/turut benda yg anak anak nak,aku mmg say " NO"...dan tak kisah sangat bila tengok mereka kecewa (Sebab selalunya wife aku yg lembut hati akan pujuk dan belikan/ buatkan...demmmm...hahahaha)
Tapi kali ini tidak.
Sebak beb hati ini.
Dalam hati ada taman eh? 

Bagi mengubat kedukaan Ziyyad, aku gi Botanical Garden, naik tram keliling garden...:)


ps: aku dah berjanji pada diri sendiri,akan gigihkan diri bawak anak anak naik jugak Bkt Bendera in the near future..bukan masa cuti sekolah/ public holiday  :)

48 comments:

  1. Begitu juga hati bapa kita dulu... Sebak dia hanya dia yang tahu...

    ReplyDelete
  2. dari tempat parking...jauh jugak menapak ke stesyen tu...naik bukit (tangga)..jgn sesekali pergi time cuti/pulic holiday...sesak dgn minah2 indon...

    ReplyDelete
  3. Kita yg duk baca ni pun sebak. Perangainya sebijik mcm auntie eka la hihihihiihihihihihii

    ReplyDelete
  4. btul tu doc..kadang orang kata terlalu manjakan anak kalo ikut sangat kehendak dorang..tapi kita takde la sampai camtu..mana yang mampu kita turutkan asalkan tak melampau..cam situasi ni memang touching..dah la jauh..nama lagi gi jenjalan harus la sedih biler tak dapat tunaikan..

    ReplyDelete
  5. Saya pun ada pengalaman macam ni. Sampai ke malam saya rasa tak sedap hati bila mengenangkan anak sedih tak dapat benda sebelum tu. Rasa sebagai mak, patutnya saya lebih berusaha nak bagi anak apa yang dia nak. Setuju dengan doc, kalau bab beli barang kita tak kisah sangat. yang kes macam ni, lai sikit kesannya

    ReplyDelete
  6. Yelah..hati ayah mane yang sanggup melihat anaknye kempunan. ^_^ siannye sampai leleh2 air mata. hihi.

    ReplyDelete
  7. alahai kesian dia
    tapi kalau saya pon, dah ramai2 tu tak kuasa jugak nak meredah haha
    nasib baik ada back up plan kan

    ReplyDelete
  8. alahai air mata je mengalir tu..macam anak bujang saya juga sensitif,,lebih teruk tengok cerita pun menangis..

    ReplyDelete
  9. Itu dia naluri seorang ayah biar macam mana gagah pun akan lembut dek airmata anak
    Air mata anak yg jenis tak marah pulak tu lagilah mampu mencairkan keperkasaan seorg ayah..

    Insya-Allah tak lama lagi dapatlah tu Ziyyad.. daddy dah janji dlm hati tu.

    ReplyDelete
  10. Kesian Ziyyad....takpe Ziyyad tak lama lg ada cuti panjang, boleh pergi lagi :)

    ReplyDelete
  11. Ciannnya dia...sedeh sangat...meleleh air mata..

    ReplyDelete
  12. Salam, doc... Apa yg doc alami tu pnah akak alami pd suatu masa dulu.. ceritanya sama.. smpi BB.. org ramai.. sesak.. & bila husbnd bgtahu Iman yg kami tak jadi naik BB, terus airmata mngalir dan wajahnya muram. Sama mcm Ziyyad, tak mmberontak tapi dari airmuka kita dah tahu kekecewaannya. Kami berhenti dekat situ & tunggu keretapi kabel tu naik (boleh nmpk dari dlm kereta). Phewww.. gayat.. gayat tngok ketapi memanjat bukit. Kami ingat kami jer yg gayat, Iman pun gayat.. hahaha.. dan dia yg kata, "tak payahlah naik.. takutlahhhh.." hehehe. Tapi, kami dtg lagi pulak brsama family kakak. Org ramai jugak mcm hari tu tapi sbb kakak anak beranak dtg jauh2 dari Johor, gigih jugaklah beratur. Sbenarnya tak lama pun beratur tu rupanya doc. Waktu beratur beli tiket dlm 10 - 15 minit jer. Kmudian terus masuk dlm, tggu dlm 30 - 45 minit tapi taklah rasa lama sangat pun...

    http://sariyusa.blogspot.com/2014/05/bukit-bendera-kami-datang.html

    ReplyDelete
  13. alahai sayu hati plak bace....nangis2 leleh air mate heheeheh...maknenye doc, masa mula2 perancangan nak pi penang ni mungkin die dah excited sgt2 nak naik keter kabel, tapi tak jadi tu takleh ditahan2 nangis tu...takpe doc, nanti kene plan lagi pergi diluar cuti weekend dan cuti sekolah..... lieya pun ade plan nak ke sane nie..... rindu nak makan sedap2 kat sane.....

    ReplyDelete
  14. sayu pulak mendengarnya. lain anak lain perangainya. itulah cabarannya meladeni anak-anak hingga mereka dewasa..

    ReplyDelete
  15. Huaaaaa....akk ntah berapa puluh kali ada perasaan macm ko ni DZ..maklumlah anak yg sulung pun dah 22 thn kannn...yg buat ko lagi sedih tu kan...ko tgk dia tak memberontak hanya air mata yg mencurah..maknanya dia faham org ramai dan tak boleh nak naik...tapi keterujaannya tu buat dia sedih tak dapat naik...nnt ko bawak tau dia naik cable car tu....

    ReplyDelete
  16. Setiap hati yg hidup akan ada tamannya...kerana tamannya yg membuatkan hati itu hidup...

    ReplyDelete
  17. Sebak dihati bapa hanya bapa yg menyimpan dihatinya sendiri tu DZ.. InshaAllah akan tertunai impian tu tu DZ.. akak pergi dulu time cuti sekolah juga.. tapi pergi beratur pukul 7.30 pagi hahaha.. kaunter pun tak buka lagi.. jadi masa tu selesa lah sikit diatas tu orang tak ramai.. pukul 11am kami turun sebab orang dah mula ramai..

    ReplyDelete
  18. Alamakkk sedih pulak tetibe..bile bab2 anak nie mmg boleh wat jd hati tisu kan doc..ngeeee..

    ReplyDelete
  19. hati Mak ayah memang camtuh kan DZ. kalo datang waktu cepat tersentuh.. memang x sampai nak kecewakan hati anak2. walaupon maknye dh x larat sebenarnya nak turut kan. tapi kalo datang hati kering.. memang bo layan. buat lah muka sedih ke.. muncung 3 inci ke.. memang x layan. hahahaha

    ReplyDelete
  20. rapuh jugak hati ko ye dok! hehehehe

    ReplyDelete
  21. Akak dah nanges baca kisah jiwa lara ni..sob..sob... Believe it or not, akak pun baru balik dari Penang utk short break Adam. Takkan buat entry sebab rushing giler. Tapi tak dapat naik juga walaupun dah sampai depan pintu masuk. Tapi Adam big boy sikit. Dia tak nangis, cuma dia sangat murung dan diam jer sepanjang kami tinggalkan BB. Uwaaa....!!

    ReplyDelete
  22. DZ, sama je plan kita tapi plan saya dah lebur tak menjadilah ya...

    Itulah, DZ. Selalunya bapak-bapak ni jarang ada taman dalam hati. Kita orang mak-mak ni yang over-over emosi kalau membabitkan anak-anak. Saya pulak spesies mak yang memang tak boleh tengok anak terkilan. Memang parah. Kalau anak nak ini, bagi. Nak itu bagi. Kalau pun marah tak mahu bagi, bila dah cool down, bagi juga. Cuma bab makan memang saya takkan buat anak kempunan. Kalau dia kata nak, saya beri je takut nanti saya pulak yang terkilan.

    Takpa, DZ... Insya Allah nanti dapatlah bawa si Ziyyad tu naik trem kat Bukit Bendera in a near future. Kat Bukit Melawati pun ada trem kan, ada monkeys jugak :)

    ReplyDelete
  23. Betul doc, kalau ramai sesak2...tok sah lah.....fening.... mck kat kl 13-16 sept haritu tapi 12sept kita naik bukit bendera, bawak sedara dari S'pore. Nasib kami baik..no Q, dok dlm coach pun tak bersesak.

    ReplyDelete
  24. ini jenis pendam dalam ...sangat parah dan frust sagt tu.
    pengalaman kami pergi time minggu raya , just naik sampai atas dan turun balik org sangat ramai.
    tapi bila dapat naik di lain kali mmg best lah .

    ReplyDelete
  25. Kalau saya pun akan ambil keputusan seperti doc juga. Cuma masalah saya ialah bila dah majoriti kata 'yes', selalunya saya akan ikut suara majoriti, walaupun dalam hati tetap kata 'no'... Itulah kelemahan saya, terlalu patuh pada prinsip demokrasi...

    ReplyDelete
  26. dia nangis diam2 tu lagi la kita rasa sedih.
    jln2 time cuti sekolah mmg selalu mengecewakan.

    ReplyDelete
  27. Next time leh laa pegi.. mmg kalau cuti skolah ramai org sgt.. kena beratur.. nak naik train pun ramai ya amat..

    ReplyDelete
  28. bila kita dipersimpangan dilema
    itulah yang kita rasa
    kanan dan kiri, depan dan belakang, atas dan bawah, kita tersepit utk buat keputusan yang terbaik
    tak pelah, len kali pi lagi
    aku pun pi ramai gak aritu, gigih gak beratur
    demi anak!

    ReplyDelete
  29. yup..sometimes benda kecik yg boleh buat kiter tersentuh hati dgn perihal anak-anak nie...uhukss...
    yang retak ni kes anak-anak jugak...

    ReplyDelete
  30. Bila airmata tetiba gugur tu yang sebak sket. Mcm anak bujang saya jugak. Sensitive...tak nangis tapi kang airmata dah mcm paip pecah. Tak per ziyyad, ada rezeki nanti boleh naik kabel car.

    ReplyDelete
  31. another tips, seminggu selepas cuti sekolah jangan pergi. sebab dior akan tutup untuk maintenance. walau sy n kawan2 semuanya dewasa, kecewa tetap terasa. mungkin blh check dulu sebelum pergi, bimbang ditutup. dan satu lagi lokasi blh bawa ialah aquarium, berhampiran jambatan kedua.

    ReplyDelete
  32. alahai lembut spt agar2 rupenyer hati doc ni ek, takpe2 lenkali boleh pg lg yek

    ReplyDelete
  33. Alahai...syahdu pula sy bacanya...
    Mmg la doc...time cuti sekolah...smua tmpt pack...kadang sy pun x tau dah nk ke mna.....ya..itu la penyelesaiannya...bwak time x cuti sekolah...msti bdak2 suka.....:)

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Cuti sekolah mana mana pun sesak barat DZ....

    Dah lepaskan hajat mak ayah kali ni, next time bolehlah lepaskan hajat Ziyyad pulak hehe....Hujung bulan depan pergi Penang lagi...

    ReplyDelete
  36. Rindu Penang.. last pergi masa study dulu2... best lah dapt jenjalan bawa Mak Ayah Dr... mesti depa seronok...tapi klu musim cuti sekolah mmg ramai org kan.. :)

    ReplyDelete
  37. dia tak merengek @ menjerit...sebab tu hati daddy tersentuh...betul tak?

    ReplyDelete
  38. Kami pernah jgk.. So sekarang saya kata kat suami jgn janji awal2.. Holiday plan pon semua cerita last minute bila dah confirm semua.. Kami pernah patah balik masa nak naik Bkt Bendera tu jgk.. Mmg best naik atas tu..

    ReplyDelete
  39. kalau saya naik je..sebab bukan selalau nak datang sini..kan??time cuti sekolah je depa nak bejalan2 pun..mungkin awal2 dah dieritakan betapa bestnya naik cabel car..nanti datang lagi tau..memang ramai time cuti 2 ni .

    ReplyDelete
  40. tempat2 yang janganlah pergi time cuti sekolah
    Langkawi
    Pangkor
    Pulau Pinang
    Cameron Highlands

    ReplyDelete
  41. ala sedihnya..sy faham perasaan ziyyad sbb sekarang ni sy pun banyak alami perasaan kempunan huhu kalau tak dapat meleleh je air mata..
    saya tau doc g penang bila doc up gambar zayyan @ ziyyad kat tangga feri tu..welcome to penang doc walaupun terlambat hehehe tapi kalau sy tau awal pun takleh nak sambut la dek keadaan yang tak mengizinkan.hopefully doc n family enjoy sepanjang holiday di penang:)

    ReplyDelete
  42. Mungkin respon ziyyad yang mengalir airmata tanpa mengamuk tu yang buat hati Doc tersentuh. Rasanya kalo dia memberontak kita tak rasa tersentuh sebegitu deep in heart got taman. eh, liver.

    ReplyDelete
  43. Ouh, sedih lak sy bc doc. Huhuhuhu....sbb tu sy tak suka g holiday time cuti sekolah. Mg gila. Klu nak nek Bukit Bendera time cuti or weekend, sila pacak kat sana sblm pukul 8. Ini kenyataan doc. Kami sendiri pernah merasa keperitan time reramai org tapi gigih gak naik. Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  44. Suami akak jarang tujuk taman dalam hati dia kecuali bila anak sakit dan masuk hospital. Kalau bini masuk hospital dia steady lagi.

    ReplyDelete
  45. Hati ayah mana lah yang tak tersentuh. Melaikan yang memang dah tak ada perasaan aje. Huhu..

    ReplyDelete
  46. He he he..mcm mana boleh lupa lak cuti sekolah... :-) .... rasanya dah 20 tahun last ke hukit bendera, tu pun ikut rombongan lawatan sekolah..

    ReplyDelete
  47. As parent,keras manapun hati kita,tp kalo dgn anak2-mmg cair!!

    ReplyDelete
  48. Mcm tu la hati ini bila setiap weekend balik anakajak berjln tp mama penat...terus anak tarik muka...sedih wooo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...