Monday, September 8, 2014

An Naml

Binatang yang kecil, yang selalu kita anggap perosak/menyusahkan.
Akan tetapi Allah anugerahkan penghormatan tertinggi buatnya, dengan namanya digunakan sebagai nama surah dalam Al Quran, iaitu An Naml.

Petikan dari surah tersebut:
“Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri daripada jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarangmu supaya kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari. Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua-dua orang tuaku agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh.” (Surah al-Naml, ayat 17-19) 

Hebatnya semut dalam memimpin koloni mereka.
Teratur, sistematik.
Bukti jelas Al Quran dah nyatakan.
Bukti bukti lain, boleh google aja / search di Youtube tentang kebijaksanaan semut dalam membina koloni mereka.

Ini bukti lain, yang sepupu wife aku share di FB nya, tentang bagaimana bijak nya & teraturnya sistem kerja semut, itu semua sebagai bukti kekuasaan Allah menganugerahkan kelebihan tersebut pada makhluknya yang kecil, yang kita anggap " otak pun takde/ kecik sangat" :

Gambar 1: Itu kertas perangkap lalat. Melekat lekit dengan gam. Banyak lalat yang terkorban melekat di situ. Perhatikan bagaimana semut semut ini punya daya fikir supaya dapat pergi kutip lalat lalat mati itu sebagai sumber makanan, tanpa mereka pun terjebak melekat. Apa mereka buat? Mereka kutip batu batu kecil (amat kecil),rumput & daun kering lantas di tutup di atas perangkap lalat itu. Mereka bina laluan ke arah lalat mati. Mereka berjalan di atas batu batu kecil & rumput kering/daun2 kering.

Gambar 2: Setelah 2 jam. Habis semua lalat dikutip, di bawa balik ke sarang koloni. Dua jam semut2 ini bekerjasama antara mereka, gigih bekerja. Subhanallah, lihatlah kejadian alam yang saintifik ini, dari perspektif ketuhanan juga..moga hati kita diberi hidayahNYA yang amat berharga.



Banyak benda yang kita boleh belajar dari semut.  :)

27 comments:

  1. eh eh chop!
    dia buat sendiri ke eksperimen ni?
    takjub aku ok!
    mak aku selalu guna kertas lalat ni
    sebab umah kat kluang tu banyak lalat bila tiba waktunya

    ReplyDelete
  2. Begitulah hebatnya semut
    Allah dah beri petunjuk dari azali lagi utk sama-sama kita jadikan renungan..
    Apa pun yg telah disebut dalam al-quran tidak dapat dinafikan kebenarannya.

    ReplyDelete
  3. Kita tak pernah ambik iktibar dari kisah semut dalam adik beradik yang 3-4 kerat pun bercakaran apalah lagi yang nak diharapkan dalam koloni yang sebesar begitu.

    ReplyDelete
  4. subhanallah..first time saya tgk..gambar first tuh smp naik2 bulu roma saya...;)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah...maha suci Allah...Sang Pencipta sekalian alam...

    ReplyDelete
  6. Subhanallah .... makhluk kecil tetapi sangat bijak. :)

    ReplyDelete
  7. SubhanaAllah..
    kagumnyeeee... tak sangka binatang se kecil semut pon ade akal yang sangat besar.
    serius saya kagum!

    ReplyDelete
  8. Subhanallah....

    Bijak sungguh makhluk ini

    ReplyDelete
  9. hebat!!sepakat membawa berkat..semut haiwan yang bijak.

    ReplyDelete
  10. pernah dengar juga ulasan pasal surah ni kat program 'assalamualaikum' tv al hijrah.

    ReplyDelete
  11. AllahuAkhbar.. kuasa Allah untuk kita ambik iktibar.

    ReplyDelete
  12. Allahuakhbar... betapa seranggan sekecil itu tp sgt bekerjasama... sbb tu ada org larang bunuh semut kan

    ReplyDelete
  13. Saya suka kerja2 mereka yang bersistematik. Brilliant,

    ReplyDelete
  14. subhanallah ...

    chop..
    kertas tu tak guna pelekat beracun eh..
    kalau tak.. kesiannn semut tu..makan lalat beracun

    ReplyDelete
  15. Subhanallah..1st taim tgk peristiwa begini.

    ReplyDelete
  16. Subhanallah...hebatnya makhluk ciptaanNYA ini.

    ReplyDelete
  17. Subhanallah.. begitu teliti semut2 tu bekerja..
    Eksperimen yang menarik..

    ReplyDelete
  18. Itulah pasal kerjasama tu mmg penting dlm hidup ni! Kerja yg berat pun boleh jadi ringan.....

    ReplyDelete
  19. subhanallah.... bijaksana betul semut2 ni. Masya Allah. Tak tergambar dgn kata2.

    ReplyDelete
  20. Ya Allah...subhanallah...takjub!
    Alquran tu kan mukjizat..semua yg terkandung benar belaka....terbaiklah en.semut..! Apa yg penting....kerjasama!

    ReplyDelete
  21. Subahanallah... Allah tunjuk kehebatan haiwan yg paling kecil.. buat renungan buat insan yg bergelar manusia..

    ReplyDelete
  22. Walaupun kecil, sang semut and the gang memang bijak! Kadang-kadang ghalit mata ni dok perhatikan semut-semut berjalan berbaris-baris, 'berhenti bertegur-sapa' dalam perjalanan. Hebatkan ciptaan Tuhan ni!

    ReplyDelete
  23. Benar doc....kalau xde teamwork susah nak berjaya..ramai yg x nampak tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...