Monday, August 4, 2014

Warna Warni Aidilfitri 2014: Sampul Duit Raya

Antara yang berwarna warni di Aidilfitri, ialah sampul duit raya  :)
Di sini aku tayang sampul duit raya yang anak anak dapat..
Aku pilih yang dari bank ...

Affin Bank. Bank yang aku tak pernah masuk, dan memang susah nak jumpa

AmBank Group. Aku suka masa sebelum penjenamaan semula mereka..terkenal dengan unta nya.

Bank Islam

Bank Islam lagi..

CIMB. Bakal menjadi bank terbesar di Malaysia, mengatasi Maybank.

CIMB Group.

CIMB Private Banking. Sampul raya dari bank yang paling berbunga bunga  :P

ETIQA. Geng Maybank. Ni sampul yang anak anak aku dapat dari atuk & nenek mereka. 

Hong Leong Bank.  Ni bank yang secara peribadi, aku tak suka. Pernah ada urusan dengan mereka, dan cara pegawai2 nya menelefon macam gangster. Aku baca komen2 di internet pun, ramai yang kena. Mungkin orang lain suka bank ni, tapi aku tak suka.

RHB. Adakah ini sampul raya terakhir dari RHB? Adakah sampul ini bakal menjadi koleksi yang " rare" selepas ini? Pengambil alihan RHB oleh CIMB kelak, bakal menghilangkan entiti RHB..dan sebab itulah macam aku tulis kat atas, CIMB akan mengatasi Maybank

 Maybank. Sampul raya yang paling cantik, kemas & menyerlah bagi aku, bagi kategori bank. Dan sampul Maybank yang paling banyak dapat, bukti ramai orang berurusan dengan bank rimau ni...hihihih..



Last but not least..
Walaupun bukan bank..
Aku nak letak jugak..
Sebagai bukti, orang Johor balik beraya di Johor..
Hahaha...

 hoyeahhhh  !   :P


31 comments:

  1. Dah nama orang perempuan.. akak suka sampul duit raya yang berbunga dari CIMB tu...
    Wah JDT tetap dihati DZ ye :)

    Selamat hari raya buat DZ sekeluarga.. dah lewat seminggu ni :)

    ReplyDelete
  2. Tahun ni, selain dari sampul maybank, sampul JDT tu mmg byk anak-anak terima. Kemain org JDT ni taw!

    ReplyDelete
  3. Meriahnya sampul raya ... kaya anak2 lepas raya ni kan.. sampul raya yang last tu mmg unik ... hehe

    ReplyDelete
  4. Sampul yg last tu tak bleh blah...luaskan kuasa mu Johor...Seamat Hari Raya Dr. DZ.. Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete
  5. amboiiii yg last la yg paling terbaik!

    ReplyDelete
  6. Kakcik ada baaaaaanyaaaakkkk sampul duit ni. Tapi kakcik lebih senang bagi duit tanpa sampul sebab kakcik selalu ragu2 sama ada dalam sampul itu kakcik dah letak duit atau tidak! Huhuhu

    ReplyDelete
  7. boleh simpan sekeping dua buat koleksi.

    ReplyDelete
  8. chop... saya nak tanya.. kad raya sampai tak ..?!

    ReplyDelete
  9. perghh.. banyak dapat sampul dari bank.. kami satu bank pun takde bagi sampul duit raya.. duit raya jauh sekali la.. haha

    selamat hari raya aidilfitri.. maaf kalau ada terkasar bahasa..~

    ReplyDelete
  10. Tak sempat nak belek2 sampul raya sebabnya dok tengok isi je...ahahhaaa...

    Ok balik karang nak belek2 sampul yang berlambak dalam handbeg...:)

    ReplyDelete
  11. CIMB private banking yang paling berbunga2 tu mesti dari Kak Zaza kannn.. hehe

    ReplyDelete
  12. Semua sampul kt atas aku dpt yeayyyyyyyy

    ReplyDelete
  13. bank islam kaler silver tu cantik

    selamat hari raya !

    ReplyDelete
  14. Kali pertama kakak guna credit card waktu tu Kwong Yik Bank.
    Bila kena 'beli' RHB kena tukar kad. Ini tak lamai RHB pulak kena 'beli'

    Tak nampak pulak kakak sampul JDT tu doc:)

    ps: masih di JB lagi ke doc?

    ReplyDelete
  15. sy pilih sampul Bank Islam (gambar kedua)

    ReplyDelete
  16. akak yang duk perakpun dapat sampul JDTtu.. orang duk Johor balik beraya.. kemain suka anak2 buah akak dapat...
    memang sampul Maybank paling cantik menyerlah.. akak keje RHB.. dulu OSK tahun lepas kena ngap ngan RHB lepasni nak kena ngap lagiker.. letih.. letih..

    ReplyDelete
  17. Kena simpan tu sampul raya RHB. Lpas ni tak der dah ☺☺

    ReplyDelete
  18. mak like Bank Islam yg antara di atas sana tuh. menarik seyhhhh

    Btw, sampul duit raya dr JDT bnyk yg cantik2. tp syg...mak pun x terpikir nak snap gambo wat entry mcm doc ni. Almaklom lerrr..sindrom blogger pupus semakin kornik ni. :p

    ReplyDelete
  19. salam aidilfitri DZ,

    cikda paling suka sampul yg last tu.. hahaha.. tapi lagi best isi dalam sampul la kannn..?
    cikda ambil kesempatan ni nak susun sepuluh jari andai ada tersalah komen sepanjang cikda berblog ini. moga ikatan ukhwah kita terus terjalin.

    ReplyDelete
  20. As-salam DZ,

    Salam aidilfitri! Suka tengok sampul duit raya yang cantik2 tu.. tapi akak tak rajin nak ambil gambar satu2 macam ni he..he.. jadinya mana2 sampul duit raya anak yang cantik2 tu akak ambil simpan buat kenangan..

    ReplyDelete
  21. selamat hari raya doc..... njalok ngapuro seng akeh2 (mintak maaf banyak2) paham tak ni bahasa jawa heheheh

    dana paling suke yg cimb private banking tuh... bunge2 mmg cun sgt lah
    tp takde dpt pun sampul duit raya jdt tuh... jelesnyer

    ReplyDelete
  22. sy pun suka sampul maybank ;)

    ReplyDelete
  23. amboiiii, kelas sampul yang last tu....

    ReplyDelete
  24. tahun ni sampul raya dari semua bank semuanya nmpk mewah..isinya tak tahu ler..hehe
    suka RHB punya..

    ReplyDelete
  25. Hidup Johor. Oh yeah! Hihihi...*meroyan tak memasal*

    Saya setia pada bank rimau. Bank nak pupus saya tak suka. Bank sombong saya tak suka. Bank kerja malas dok berborak pun saya tak suka. Tapi tak perasan ada ke sampul raya semua bank ni untuk anak-anak saya. Duit raya mereka belum check lagi. Main sumbat je dalam beg. Dah macam bawa karung guni lepas rompak bank je rasanya!

    Eh, sebelum terlupa lagi! Selamat Hari Raya buat DZ sekeluarga. Berapa lama beraya di Johor? Seminggu? *__*

    ReplyDelete
  26. dr...kalo antara bank, maybank paling cantik...kalo bukan katogeri bank, sampul duit suria klcc terpaling cantik...da pic rumah kampung warna emas...

    ReplyDelete
  27. Saya wawa pengumpul sampul raya saya berminat nk dapatkn sampul cimb private dari tuan.boleh kita bertukar-tukar sampul?

    ReplyDelete
  28. Wow...ada lagi tak koleksi lain...macam kartun ke? Kalau ada nak tengok juga...

    ReplyDelete
  29. wah cantiknya...ai pun suka simpan sampul duit raya cantik2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...