Tuesday, August 12, 2014

Robin Williams : Fitrah Yang Tak Kesampaian

Hari ini gempar industri hiburan Hollywood dengan kematian Robin Williams.
Aku gemar pelakon ini.
Berbakat, versatile.
Banyak lakonan beliau aku suka, seperti Jumanji, Mrs. Doubtfire, Good Will Hunting..

Tapi filem Patch Adams lakonannya yang released pada tahun 1998, adalah personal favourite aku.
Filem itu menjadi favourite aku sebab ianya ada kena mengena dengan perjalanan hidup aku, yang mana ketika itu sedang belajar medic. Aku rasa medical students zaman tu mesti tengok movie ni.


Dah ramai artis Hollywood yang bunuh diri.
Kita masih tak tahu si Robin ni bunuh diri atau tidak, tapi laporan awal mengatakan " kematiannya disyaki akibat lemas/tercekik membunuh diri". Kita tunggu sahajalah laporan forensic nya nanti.

Sesungguhnya, memang benar kebahagiaan itu tak boleh dinilai dengan harta benda, kuasa, kemahsyuran dan segala benda yang bersifat fana di dunia ini.

Robin tak jumpa jalan yang fitrah. Dia sesat, murung dan rasa dunia ini takde gunanya lagi.
Kita yang memang dilahirkan dalam fitrah, hargailah ia, jagalah ia..sebab fitrah itu lah yang membahagiakan kita.


15 comments:

  1. Salam Syawal Dr..
    terkejut gak bila baca berita pagi tadi... pergi nya seorg lagi aktor yg sy kagumi juga.. suka tgk lakonan nya.. amat dekat di hati...cerita Jumanji baru je sy lepas tgk...

    ReplyDelete
  2. salam raya DZ
    mungkin dia rasa dunianya dah sampai ke penghujung kan
    bahana kemasyhuran ke apa ni yea
    tak berani nak cakap lebih2 tapi lakonannya memang best

    ReplyDelete
  3. Macam2 hal yang berlaku dekat Hollywood tu kan Doc. Rugi betul bakat lakonan yang dianugerah kalau kematian tu secara bunuh diri.

    ReplyDelete
  4. Sungguh bagai dikata harta bukan 'segala-galanya' yg menjanjikan kebahagiaan.
    Ia sekadar sebahagian kebahagiaan.

    ReplyDelete
  5. SB paling suka tengok lakonan dia dalam Patch Adam

    ReplyDelete
  6. Masa Jumanji meletop dulu, che mid mengandung..hiii cukup,benci tengok cite tu..nasib baik tak tekenan he he

    ReplyDelete
  7. Tulah pagi tadi dengar gak berita kematian dia ni.... Mungkin bukan belajar medic tu yg tak perasan cerita tu kot...yg perasannya dgn dia ni tgk cerita Jumanji...

    ReplyDelete
  8. Semua benda dia ada.... kecuali 'iman'

    uncle punya feveret juga ni... jangan lupa gugel dia punya stand-up comedy kat you tube... hilarious....!

    ReplyDelete
  9. Aku pun suka tgk lakonan dia...
    Tapi...tu la...dia bkn yg bayar fitrah..

    ReplyDelete
  10. Teringat dulu dia pegang watak Popeye, masa zaman Alam Ria Cuti Sekolah. Bicentennial Man pun bikin aku sebak jugak...

    ReplyDelete
  11. Masih terkenang-kenang lagi lakonan dia dalam cerita Jumanji.
    Memang sedihlah kalau dengar ada yang ambil jalan mudah untuk menamatkan kehidupan di dunia ini.

    ReplyDelete
  12. RIP utk robin williams, suke ngn cite lakonan dia... walaupun ada unsur jenaka tp ada pengajaran...
    ramai artis barat yg tgh ngetop2 tp kemurungan... ye mereka ada semua tp takde iman

    ReplyDelete
  13. Memang best lakonan dia..

    Tapi itulah kalau hidup tiada pegangan agama yang lurus kan..

    ReplyDelete
  14. Saya suka Mrs Doubtfire....

    Itulahkan, kekayaan dan kemashyuran tidak menjanjikan ketenangan pun. Inilah pilihan terbaik yang dipilih oleh Robin Williams untuk mengakhiri hidupnya yang kita rasakan cukup segala-galanya. Very pathetic, kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...