Thursday, August 21, 2014

Diabetes

Malam tadi mimpi ngeri.
Check blood sugar, value nya 27mmol/L !!
Terus rasa nak nangis!
Tersedar dari tido...laaaaa...mimpi rupa rupanya  :)


Random blood sugar check pukul 11.15am tadi...legaaaa. Memang aku tahu aku takde diabetes, tapi mimpi malam tadi sangat ngeri okehhh


Info:

Bacaan gula dalam darah boleh di ambil samada ketika puasa, atau rawak.

Bacaan puasa ( Fasting Blood Sugar  - FBS)
Normal: 3.9mmol/L  - 5.5mmol/L
Impaired Glucose Tolerance:  5.6mmol/L  - 6.9mmol/L
Diabetes:  > 7 mmol/L

Bacaan rawak ( Random Blood Sugar  - RBS)
Normal: 3.0mmol/L  - 7.8mmol/L
Impaired Glucose Tolerance:  7.8mmol/L  - 11mmol/L
Diabetes: >11 mmol/L

Apa itu Impaired Glucose Tolerance ( IGT)?
IGT ialah keadaan pre-diabetes.
Yakni kalau tak jaga, end up korang akan ada diabetes.
Kalau korang tergolong dalam IGT, maka se eleok eloknya proceed further test, dipanggil Glucose Tolerance Test ( GTT).

Bagaimana GTT di buat?
Kena berpuasa 8- 10 jam pada malamnya ( siang nya itu makan diet macam biasa)
Esok pagi, darah akan diambil ( bacaan berpuasa).
Lepas tu korang akan diberi minum air gula.
Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
GTT akan differentiate kes2 borderline diabetes dengan diabetes. Bacaan 2 jam lepas minum air gula, di interpret macam ni:

- Bacaan glucose  < 7.8 mmol/L maknanya tiada diabetes
- Bacaan glucose 7.8 - 11.1 mmol/L mengesahkan anda IGT
- Bacaan glucose >11.1 mmol/L, maknanya sah korang diabetes.

Kalau dah tergolong dalam IGT, masih belum terlambat.
Jaga makan & regular exercise, boleh mengeluarkan kita dari IGT.
Dan kena faham, antara punca kenapa terjadinya diabetes ( selain faktor keturunan), ialah sebab insulin resistance (IR). Secara mudahnya, IR menyebabkan insulin yang dirembes oleh kelenjar pankreas kita tak dapat berfungsi dengan normal. Salah satu cara nak kurangkan IR ini ialah dengan exercise secara kerap. Ini yang ramai pesakit diabetes gagal buat, mereka stress sebab dah jaga makan + makan ubat, tetapi bacaan gula masih tinggi. Maka, exercise lah secara regular ya  :)

23 comments:

  1. doc.. nak tanya la kan.. my mum ibu jari kaki bengkak sampai bernanah... n then my mum takut g hospital katanya kena potong.. ker doc cuci dulu???

    ReplyDelete
  2. Sebelum bulan puasa hari itu saya check lepas bangun tidur 5.3. Meningkat sikit kerana sebelum ini bila check tak melebihi 5. Agaknya faktor usia kot....

    ReplyDelete
  3. Untung jadi doktor ni bila mimpi pun esoknya boleh betul-betul test sendiri.
    Kakak alhamdulillah yg lepas check ok - cholesterol aje kakak dah agak tinggi 4.8 tapi doktor kata jaga makan tapi tak consume ubat lagi.. takut juga sebab dah tua kan..

    ReplyDelete
  4. seramm lah Dr kalau kena Diabetes ni.. adoi! nauzubillah... moga dijauhkan dari segala penyakit berbahaya...

    ReplyDelete
  5. Kenapa ada ibu mengandung yang menolak buat ujian GTT, itu yang akak tak faham... Kalau baca tulisan doktor ujian itu untuk kebaikan dan rasanya seperti tiada kesan sampingan pun.

    ReplyDelete
  6. MIL beberapa bulan lepas dalam kategori IGT.. pastu kaw2 dia jaga makan minum..sekarang dah free diabetes..tp makan memang jaga sampai sekarang..

    ReplyDelete
  7. family belah ayah memang keturunan kencing manis ni
    adik beradik ayah pon semua ada
    tu yang nak kene jaga2 jugak huhu

    ReplyDelete
  8. nak kena rajin bersenam la lepas ni..bersemangat pulak rasa nak bersenam..takut..

    ReplyDelete
  9. Hya mimpi..fuh legakn..

    naik risau juga tk pernah cek paras gula ..
    biasa mmg tk suka mnis2..bt dessert bgi, tpi tk mkn sgt..

    temphn kek utk plgn biasanya kurang mnis..tu yg sentisa dpt repeat order..terutama new cust

    ReplyDelete
  10. tq doc... saya exercise kemas rumah je doc.

    ReplyDelete
  11. Nasib mimpi yer doc...hehehe...Kena amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. SMoga dijauhkan dari penyakit diabetes nih.

    ReplyDelete
  12. kenapa bile baca info part bacaan tuh terus berpinau mata saya (kata2 org yg xpaham..kihkihkih)..

    saya kene bertenang dulu baru leh baca betul..hehe

    ReplyDelete
  13. makcik pon dok rajin meng-ek-se-sais-kan diri dengan lebih gigih la ni....

    ReplyDelete
  14. Maklumat yang bagus. Teringat dekat mak saya, memang kena bergantung dengan ubat. Saya mohon sangat penyakit ini bukan keturunan untuk famili saya. Tapi kebarangkalian itu tetap ada kan. Kena jaga-jaga ni.

    ReplyDelete
  15. Minta dijauhkan daripada penyakit ni. Masa pgnnat kena minum air gula pun rasa seksa. Kalau boleh jaga sejak dari awal ya.

    ReplyDelete
  16. jangan buat tak endah bab ni kan.. syok makan manis sampai tak ingat kesannya.. jom sama-sama kita berdoa agar dijauhkan penyakit ini..

    ReplyDelete
  17. oh igt tu rasa macam saya je hukhuk.. dulu tiap2 hari jog, climb, lari, tunggang terbalik exercise. tapi bila dah ada baby, cuma sempat stretch2 dalam rumah je.. haih..

    ReplyDelete
  18. Saya pun tak de diabetes... insyaAllah... tapi arwah mak saya ada... so kemungkinan tu still ada atas faktor keturunan... dan saya tetap takut... :'(

    ReplyDelete
  19. Mak oiii. Kalau mimpi pun x agak2 kan dik. Kalau 27 tu dah masuk drip insulin dah tu...hahahaha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...