Saturday, August 23, 2014

Bagai Monster Yang Kecil Tetapi Sedap Di Makan

Adik aku mengajar subjek Bahasa Melayu, tingkatan 1.
Soalannya ialah utk " Berikan peribahasa berdasarkan gabungan gambar"

Ini jawapan seorang pelajar berbangsa Cina:


Lawak kan?

Jawapan yang sepatutnya utk gambar (i) ialah
" Bagai ayam bertelur sebiji, riuh sekampung"

Jawapan yang sepatutnya utk gambar ( ii) ialah
" Bagai kacang lupakan kulit"

Perhatikan pula jawapan seorang pelajar Melayu..budak tingkatan 1 ni tau..

padahal adik aku dah siap bagi hint " kacang"  dan " kulit kacang" tu..Lagi parah jawapan dia berbanding pelajar Cina tu


Sesungguhnya, tugas seorang guru..memang mencabar  :)

20 comments:

  1. kena berikan student tu lebih perhatian tu kalau dah macam tu gayanya... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. Haha.. soalan baru PT3 ni mmg macam ni. Memang sakit perut masa menanda jawapan bebudak ni... walaupun cikgu ajar dh, jawapan tu memang pelik2

    ReplyDelete
  3. Tinggi imaginasi budak tu doc......hehehe

    ReplyDelete
  4. Nmpk sngt beza malay n chinese...yg mna lebih bri tumpuan..mna yg tdk..! Hint da bgi pun..ntah apa lgi dipikir pun x tau..geram je tgk bebudak ni...!

    ReplyDelete
  5. Orang tua2 dulu guna kebijaksanaannya...
    Budak-budak ni guna logik saja...
    Takpe, nak jadi bijaksana bukan sekejap dan mudah...

    ReplyDelete
  6. Budak budak skrg dh tak tau peribahasa

    ReplyDelete
  7. iyalah budak budak sekarang dah jarang dengar peribahasa..orang sekarang pun jarang guna...

    ReplyDelete
  8. over creative pemikiran diaorg ni.hehe

    ReplyDelete
  9. tak tau mana satu perasaan ni...

    bercampur baur....

    mmg mencabar dan kena tabah jadi cikgu....

    terima kaseh cekgu...
    eyhh... tetiba...

    ReplyDelete
  10. tak tahu nak nangis ke nak gelak tgk jawapan ... betapa bahasa melayu berada dalam keadaan genting sekarang...

    ReplyDelete
  11. begitu sekali?????

    ... budak ni tentu kurang membaca.. urmmm

    ReplyDelete
  12. Saya pun tak tau nak ketawa ke sedih..Saya sendiri takut kalau anak saya macam ni jugak sebab dia pun tak tau bab peribahasa ni semua..Memang nak kena ajar dan belikan buku peribahasa ni..Kesian cikgu kan, stress..

    ReplyDelete
  13. :O :O :O tak tau nak komen apa... sedih pun yea... huhuhu

    ReplyDelete
  14. canggih betul jawapan budak2 sekarang

    ReplyDelete
  15. sejak bila perkataan 'monster' tu dalam bahasa melayu? apa jadi pada raksasa?

    ReplyDelete
  16. Kakak rasa budak 10 tahun pun dpt jawab ni
    Sebab anak kakak masa tahun 4 dah belajar perumpaan dan peribahasa seperti ini...

    ReplyDelete
  17. Ekekeke...sabar jer lah. Memang menguji kesabaran cikgu bila baca jawapan anak murid nih.

    ReplyDelete
  18. alamakkkkkkkkkkk
    camner ni generasi masa hadapan

    ReplyDelete
  19. sabo jelah dengan jawapan2 diorang ni. Aduhaiiiiiii. Kacang dgn telur pun tak boleh beza

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...