Monday, July 14, 2014

Anak Anak Palestin, Syria

Anak sulung aku, Ziyyad..
Tahun depan Insya Allah masuk darjah 1..
Tahun ni belajar berpuasa..



Hari ni 16 Ramadan..
Ziyyad puasa penuh aku rasa baru 3 hari kot..
Semalam di rumah nenek...pukul 5.30pm aku yg terlena, terjaga dengar dia nangis merengek rengek..
Oh ya...Ziyyad mmg spesis cembeng..kuat nangis..
Aku tanya kenapa?
" laparrrrrr...huhuhuhuh..laparrrr"

" Berbuka lah Ziyyad...tak apa.."
Aku lalok, tertido balik..
Rupa rupanya, dia pergi bilik nenek, main tablet dengan sepupunya..
Berkeras tak nak berbuka..

Aku segera membayangkan nasib anak anak Syria..
Nasib anak anak Palestin..
Yg sebaya Ziyyad...yg lagi muda dari Ziyyad..
Ziyyad lapar menangis, masih boleh berbuka awal..
Ziyyad lapar menangis, kalau berbuka, boleh makan roti jala, minum air milo  dinosaur ( milo tabur)
Ziyyad kalau lapar menangis, dia boleh alih perhatian perut berkeroncong dgn layan Sponge Bob atau main tablet.

Anak anak Syria? Palestin?
Sampai makan rumput..
Perlu kutip serbuk roti atas jalan..
Yang hiburannya utk distract perasaan lapar berkeroncong, ialah dengan alunan bunyi bom & senapang..

Hargailah keamanan..
Hargailah nikmat aman..

26 comments:

  1. Beza antara "dipaksa puasa" dengan "terpaksa puasa", antara kita dengan mereka.

    *brader, tak letak watermark ke kat gambar ziyyad tu?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sentiasa bersyukur...jgn kan budak2, org dewasa yg berpuasa di sana juga lebih dahsyat dugaannya drpd kita di sini.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya anak2 kita sudah terlalu mewah

    ReplyDelete
  4. nikmat aman yg patut disyukuri oleh kita . itulah beza kita dgn merekA

    ReplyDelete
  5. setuju sangat Doc..keamanan itu yang perlu dipupuk..dijaga..jangan suka sangat melaga-lagakan satu sama lain...

    ReplyDelete
  6. glup!

    telan air liur mengenangkan anak-anak disana :'(

    ReplyDelete
  7. Sungguh anak-anak kita apa nak ada depan mata.
    Semua yg diingini boleh dpt..

    Syabas Ziyyad dah belajar puasa.

    ReplyDelete
  8. Ish...sobs! Pepagi Isnin yang kelabu ni doc, ditambah dgn entri doc yang menikam dada dan jiwa. Runtun hati sy sebagai seorang mommy yg ade 2 org anak ni...

    =(

    ReplyDelete
  9. semoga Allah lindungi dan rahmati saudara kita di Gaza

    ReplyDelete
  10. tahun ni aku beraya dgn sgt2 sederhana.
    tak siap apa pun sbb bergantung kpd rezeki esok... lusa... tulat...
    kalau ada rezeki, adalah...
    kalau tiada berayalah dgn apa2 yg ada.

    bila teringatkan palestin...
    berbakul2 syukur yg aku rasa...



    .

    ReplyDelete
  11. Bagus.. Ziyad..kuat betul semangatnya..

    ReplyDelete
  12. bila baca entry ni.. oh berbeza dengan entry yang saya paparkan..
    Moga mereka dilindungi dari kekejaman Israel.
    Kuatkan hati dan semangat mereka..

    ReplyDelete
  13. Pandai Ziyyad dah belajar puasa penuh...

    ReplyDelete
  14. Salam DZ..
    2 ayat last tuh memang patut di tekankan!
    hargailah keamanan negara kita nih. huhuhu

    bagus Ziyyad.. Kakak Anis baru puasa 2 hari penuh.. yang lain semua sekerat hari. hehehe

    ReplyDelete
  15. alamak Dr...entry ni mengundang airmata mrs lah
    sedih terkenangkan anak-anak sana...tak sanggup nak tengok bila ramai yang share

    ReplyDelete
  16. Anak sulung memang cengeng ke, DZ? Anak sulung saya pun sama, anak emak...cengeng lebih :)

    Kalau difikir-fikirkan balik memang banyak beruntungnya kita ni. Lapar-lapar berpuasa, bila berbuka nanti nah terhidang aneka juadah. Sebagai makpak, cakap je nak makan apa, pasti cuba ditunaikan takut anak-anak kempunan. Anak merengek, susahnya hati melihatnya. Tapi, memang tak terbanding dengan kecekalan anak-anak Palestine/Syria. Takda pilihan langsung. Puasa dengan tidak, sama aje jalan ceritanya. Merengek lapar, berbukalah dengan apa je yang ada depan mata. Bukan dapat makanan yang sedap-sedap pun macam anak-anak kita :(

    ReplyDelete
  17. ingatkan doc nak bukak cerita bola....

    takpe, cerita ni lagi bagos

    ReplyDelete
  18. Ziyyad.. agak2 daddy berkeras tak bagi awak buka puasa, awak mintak je MC dari Daddy awak.. hehehehe

    ReplyDelete
  19. Selamat berpuasa untuk Ziyyad. Hikmah berpuasa adalah supaya kita dapat membayangkan macamana rasanya orang lain yang dhaif. Tapi realitinya, kita di sini lebih kepada pembaziran..Allah..

    ReplyDelete
  20. selamat berpuasa ziyyad.. memang tabah sungguh dia..

    ReplyDelete
  21. anak aku aira sebaya ziyyad
    alhamdulillah pose penuh so far
    mungkin anak pompuan hatinya lebih kental berbanding anak lelaki
    tak apa, pelan2 kayuh, insya Allah dpt pose penuh jua nanti

    ReplyDelete
  22. okayh ape dpt 3hari puasa penuh..heheh..walaupun saya xsume milo tp bile teringat milo letak ais penuh2 mmg hurmmmm, menguji betul..;)))

    Saya xboleh tgk gamba or vidoe pasal kanak2 kan Gaza..mmg meruntun jiwa sesgt..tetibe nnt saya akan jd geng rapat ziyyad..geng cembeng..

    ReplyDelete
  23. haah sedih tengok video anak syria tu
    bila ada orang tanya akala, akala?
    makan rumput jawab dia,
    kalau kita di tempat mereka
    boleh ke nak bertabah macam mereka..

    ReplyDelete
  24. Syabas Ziyyad!!
    Aunty pun start posa umur 7-8 tahun itupun posa yang yuk
    Huhuhu!!
    Tak keh baca @ tgk gambar ttg palestin,pasti sedih sbb teringat anak sendiri

    ReplyDelete
  25. Ketika Gaza dibedil, sebahagian dari rakyat Malaysia sedang membedil perut mereka dengan timbunan makanan yg lazat-lazat hingga akhirnya membazir begitu saja. Ada pula yg membedil perut mereka dengan makanan2 super lazat dengan harga sangat tak berpatutan di hotel-hotel berprestij....

    ReplyDelete
  26. kita belajar berpuasa, di paksa puasa....yang kurang bernasib baik...suka tak suka terpaksa berpuasa.....kesian, insaf

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...