Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Jururawat

Hari ini 12 Mei.
Hari Jururawat Sedunia.
Selamat hari jururawat aku ucapkan buat semua jururawat.

Tahniah..
Keep up the good work..
Anda memang insan yang hebat..
Anda memang wajar di beri habuan syurga..
Sanggup berkorban masa, tenaga, tak geli, tahan cemuhan..
Ini aku tujukan buat para jururawat yang penuh dedikasi..

Pun begitu..
Aku bengang dengan sesetengah jururawat..
Aku benci tengok mereka..
Yang kerjanya " berkira"
Yang kerjanya  " tak boleh tolak ansur"
Lagi 45 minit nak habis shift, mula jadi malas..
Lagi 45 minit nak habis shift, pesakit minta bantuan, mula lah buat buat tak dengar/ sibuk ke sana sini macam busy ( sebenarnya tak de kerja)..

Memanglah penat..
Memanglah rasa tak sabar nak balik rumah..
Tapi awak tu kerja ada shift..
Doktor gomen generally takde shift system, kecuali di A&E, dan HO zaman baru ni
Aku pernah kerja hospital gomen..
Para doktor amat jarang boleh balik on time..
Abis kerja patut pukul 5, pukul 6pm masih habiskan tengok pekembangan patient.

Aku ingat, bila dah lama aku tinggalkan hospital gomen, pemandangan dah berubah.
Rupa rupanya aku silap..
Baru baru ni aku pergi ke sebuah hospital gomen, lawat saudara..
Memang ramai jururawat yang bagus..
Tapi yang muka poyo/masam, cakap manjang nada tinggi pun ramai.
Kesian aku tgk ah soo seorang tu, puas dia terpanggil panggil jururawat..
Ah soo ni lumpuh..badan dia sakit sakit..
Aku perhatikan aja..lebih 1/2 jam dia panggil jururawat..
Bukannya jururawat tak dengar..
Bukannya jururawat busy..
Mereka dengar, nampak ah soo tu memanggil..
Mereka takde kerja..duduk aja kat kaunter depan tu tengok jam, tengok henfon..
Nak aja aku bambu jururawat macam ni..


ni jururawat yang paling dedikasi 24jam menjaga 3 hero aku..aku tido terbongkang malam2, jururawat ini lah yang bangun bagi anak susu/tukar lampin/dodoikan anak yang meragam..

34 comments:

  1. Littman Cardiologist kah itu..?

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah jururawat Doktor tu.. kena hargai lebih tu sebab jaga 24 jam kan :)

    Memang ada yg dedikasi bila bekerja.. siap dengan senyuman dan sapaan lembut lagi..
    Tapi bila yg hampeh tu... memang buat kita bengang kan Doc..

    ReplyDelete
  3. agak-agak bila nak ada Hari Doktor Sedunia? lalalalaaa.....

    ReplyDelete
  4. bukan semua org kerja ikhlas. ramai jugak yang berkira. mungkin dia takde kesedaran walaupun dia bekerja dikelilingi dengan orang yang sakit semuanya.

    ReplyDelete
  5. bnyak betuil hari dalam bulan mei nie.

    ReplyDelete
  6. Yezza, selamat hari jururawat pada semua jururawat..Yea betul ada jururawat yang memang baik tapi ada jugak yang macam dr kata tu..Jujurnya jururawat dengan saya dekat sebab mak saya sendiri bekas jururawat dan saya tau macamana kerja jururawat ikut shift..

    ReplyDelete
  7. yg bwh sekali tuh mmg betul2 jururawat kan doc, sbb kalu doc tak sihat dia yg jaga...
    btl lah doc, bkn semua jururawat tak baik, ada yg baik mmg betul tp ada yg bt keje tak ikhlas... masam muke, tak penah nk senyum... lyn patient lebih kurang je... ntahla hospital gomen mmg semua gitu kot... pyh nk jmpa yg baik n keje ikhlas

    ReplyDelete
  8. Selamat hari jururawat sedunia.. happy-happy saya tengok nurse kat sini Dr...
    erm! jasa SN yg kat rumah lagi tak terbalas kan..menjaga dan mendidk anak2... tanpa rasa jemu...
    kat hspital sini pun sama, ada SN yg OK..ada juga yg kurengg sikit.... hehe...

    ReplyDelete
  9. Skang nie jururawat kat spital gomen dh byk improved..waktu saya kene operation cyst alhamdulillah dpt jururawat yg baik2 belaka..pssstttt, adakah sbb perbuatan dieorg akan diambil kire utk KPI membuatkan jururawat sekarang makin berhemah..hehehehehhe

    ReplyDelete
  10. Doc, mukadimah baek punya eh?
    Masuk isi tengah, wah cerita tak puas hati.

    Tapi ending nya memang terbaek la!!
    Jururawat yang dalam gambar tu boleh duplicate tak?

    ReplyDelete
  11. Baru-baru ni masa menantu di spital, nak je kakcik bahasakan misi Melayu yg tgh sarat mengandung. Tengok muka kucing pun rasanya lebih menenangkan...

    ReplyDelete
  12. wahhh comey nyer nurse doktor..hehehee....
    btw..setakat 3 kali masuk hospital (1 swasta 2 kali hosp gomen..) alhamdulillah dpt yg semua baik belaka termasuk doktor nyer..

    ehhh doktor..nampak la tgn nurse tu...kene kabur kan kot..

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Jururawat...

    Comelnya dak gebu tuh.. :)

    ReplyDelete
  14. Jururawat yang tak pernah merungut dan dia merupakan jururawat terbaik...:)

    Kerana nila setitik rosak susua sebelanga, yang sedikit itulah telah mencacatkan pandangan orang terhadap jururawat.

    ReplyDelete
  15. hehehee..kiranya x salah la pendapat SA tentang jururawat hospital gomen kan based on my experience..well..apapun memang kerja diorang perlukan tahap kesabaran...Selamat Hari Jururawat...

    ReplyDelete
  16. jururawat kerja yg mulia..
    but some of them mmg kekwat nak mamp! lagi2 yg kerja gomen dan dah jd sister..
    kemain tinggi hidung mengalah kan hidung i.. opsss :-P

    ReplyDelete
  17. Untunglah ada jururawat yg bagus mcm tu kat rumah.

    Hari Doktor takde ke?

    ReplyDelete
  18. Saya selalu pesan dengan adik2 saya, jangan jadi jururawat yang tak ikhlas. Buatlah sehabis baik...ganjarannya, Allah sendiri yang beri nanti.

    ReplyDelete
  19. hehehe.. untunglah dr dapat jururawat yg baik cenggini.. KA dalam hidup ni mcm2 rupa jururawat yg KA Jumopa, ada yg baik, ada yg terlebih baik, ada yang poyos sangat smpai mengalagkan dr... kita manusia ni rambut je sama hitam kan,,

    ReplyDelete
  20. betul tu doc..tapikan setiap orang tak sama..zaman acik muda dulu kalau pregnant memang berumah bertangga dalam wad.3 hero acik .jadi acik dah nampak tu semua..rasanya dulu dan sekarang tak banyak beza..tapi ada yang baik sangat,.yang maki2 pun ada..

    ReplyDelete
  21. Semua profesyen dalam dunia ini memang ada jenis manusia dedikasi dan kurang dedikasi di dalamnya. Jururawat yg tak dedikasi tu kalau jadi doktor wataknya tetap sama, dia jadi doktor tak berdeikasi, kalau jadi pegawai kerajaan yang lain juga mereka akan jadi pegawai tak dedikasi. Memang susah kalau kalau kerja dengan manusia jenis berkira, kerja berkira tapi bila diberi tambahan elaun dan kenaikan gaji tak berkira untuk menolak balik pemberian-pemberian itu....

    ReplyDelete
  22. hehehe.. yang tu bukan jururawat jek, jurumasak, jurungaji, jurubasuhkain, jurulipakkain, dan segala macam juru lagi ler.. patut pun balasan nya pilihlah pintu syurga mana pun dia nak masuk nanti selagi dia taat pada Allah dan suami.. wohaaa.. saya pun jurujurujuru gakk.. hahaha.. Amiinnn..

    ReplyDelete
  23. Ada yang dah boring jadi jururawat kut... nak tukar kerja lain pulak.. tapi tak dapat-dapat...

    ReplyDelete
  24. Selamat hari jururawat pd semua nurse2 di dunia dan juga buat jururawat peribadi di atas...

    ReplyDelete
  25. Apa saja profesion kita...kalau jujur dan berdedikasi nampak jugak walaupun hanya sedikit dimata manusia tetapi ganjaran diakhirat hanya Allah saja menilaikan nya...

    Payah nak cari yang betul2 terbaik sekarang ni...yang betul2 ikhlas dan komited dengan apa saja profesyen mereka...

    Kebanyakkannya bergantung pada ganjaran dan anugerah dunia baru nak nak bangkit....

    ReplyDelete
  26. hemmm.... saya pun kena ngan jururawat yg kurang dedikasi ni masa dlm wad bersalin... bila saya ckp ngan dia 'misi ...air kat tangan saya ni tak gerak, tangan saya dah bengkak'. jawapan dia... 'lain kali nak gi tandas tutup la dulu air ni, nanti bg tau misi shif petang'.... walhal dia belum abis shif...berdesing teling, kalau lah saya ni jenis yg keluar masuk wad mkin saya tahu cara2nya...

    ReplyDelete
  27. Jururawat tercinta tu...hehe

    Betul tu kadang2 bengang dengan sesetengah jururawat ni. Buat kerja cam tak ikhlas jak, ni pengalaman masa bersalin kat hospital dulu. Dah lah orang sakit nak bersalin, dorng boleh buat acuh tak acuh jak bila dipanggil, pastu siap boleh borak2 jak. huhu
    Nasib baik kesemuanya bukan begitu kan....

    Selamat hari jururawat untuk jururawat semua termasuk adik aku yang jadi jururawat tu...:D

    ReplyDelete
  28. jururawat yang last tu mmg confirm terbaik la.. comel plak tu. patut le doc jatuh chenta. Setakat saya dah dewasa ni, pengalaman dgn nurse alhamdulillah baik2 je. Semua nurse lemah lembut dan helpful. Itu pun rezeki jugak org kata. Sebab dpt nurse yg okay je kan?

    Daddy Ziyyad, ada power bank utk awak. Boleh drop address kat kotak komen saya [tidak akan dipublish].

    ReplyDelete
  29. Sentiasa tabik dengan tugas nurse ni. Sebab diri sendiri pun tak reti nak jaga diri sendiri jika terlantar kat wad.

    ReplyDelete
  30. Amboiiii puji bini nampak! hikhikhik

    ReplyDelete
  31. Amboiiii puji bini nampak! hikhikhik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...