Thursday, May 22, 2014

Red Bull Air Race : Putrajaya 2014


Red Bull Air Race bermula sejak 2003, direka oleh Red Bull.
Di adakan setiap tahun semenjak itu, namun tiada perlumbaan bagi tahun 2011, 2012 & 2013.
Tahun ini,2014, perlumbaan di adakan semula..dan Malaysia terpilih sebagai salah satu venue dalam sirkit perlumbaan udara ini. Di khabarkan, untuk 3 tahun berturut turut selepas ini, Putrajaya akan berada dalam kalendar perlumbaan..yeayy!

Pelumba akan menerbangkan pesawat secara solo, dalam usaha mencatat masa terpantas.

Pesawat perlu lalui pelbagai rintangan yang dikenali sebagai " air gates"..belokan pantas pesawat menerusi ( dan utk elak melanggar) air gates ini lah yang menarik minat ramai orang.

Air gates ialah inflatable pylons, yang direka khas supaya akan pecah/meletup jikalau disentuh badan pesawat( jadi pesawat & pilot akan selamat) namun ianya cukup kukuh utk bertahan & berdiri walaupun pada cuaca buruk/angin kencang. Kalau dilanggar dan pecah, pasukan  in charge utk menukarganti air gates yang baru semasa pertandingan di gelar " air gators". Rekod terpantas menukarganti air gates yang pecah ialah 1 minit 30 saat, pada perlumbaan tahun 2007  :)

Aku pada mulanya memang teruja nak pergi ( dan beli tiket)..sementelah tiket dijual murah kalau beli awal ( early bird). Dah hampir nak beli online, sekali tengok jadual, macam tak boleh pergi ke Putrajaya..jadi aku was was nak beli ke tak...nak beli ke tak...last last, tak beli !

 tiket Grand Stand & Race Club tu, kalau early bird pun memang aku tak akan beli punya..hahaha..Jadi patutnya aku grab tiket utk race day RM126..sekali pagi Sabtu tu tengok..huhuhuhu..dah takdak diskaun...RM275..Hari Sabtu tu aku ber wassap dengan kakak manis, kami macam malas nak pergi sebab mahal ( plus terbayang panas weehhh..race start pukul 3petang)


Di jadikan cerita..
Hari Ahad tu memang aku ada urusan di Putrajaya pagi nya..
Jadi alang alang dah kat situ, lepas makan kek kat Alamanda, tengok jam dah pukul 2 pm..
Try la gi survey tempat perlumbaan..
Aku jalan jalan atas Jambatan Seri Gemilang ( yang menghadap PICC)..
Lagi 5 minit race nak start...Polis dah start halau orang ramai yang duduk atas jambatan ( sebab kekonon nak tengok race secara free..hahaha)..

Aku dah nak turun dari jambatan..tetiba ada satu abang ni tegur aku..
" Nak tengok race? Ada tiket tak?"
Aku senyum.." tak de la bang.."
" Ni ada satu lagi tiket free..jom kita gi tengok"..
Aku macam terkesima + excited + orang mengantuk di sorongkan bantal..
Ini lah tuhan dah kata, kalau dah rezeki, lagi 5 minit nak start race pun, ada orang bagi tiket free! Alhamdullilah!
Bergegas aku & abang tu turun dari jambatan, queue panjang..ramai yang bertiket nak masuk kat Zon A. Lepas budak Ticketpro scan tiket aku, " teeeeeeeeeett"...lepas!  Yeayyy..( actually aku risau gak kot tiket aku tu tiket palsu..hahaha)

Lepas masuk kat Zon A..maka cari lah port yang sesuai...
And enjoy the race!



Hari Ahad 18 May tu ialah hari perlumbaan..
Ada 12 biji kapalterbang..berentap utk catat masa terpantas ( Top 12 )
Dari 12, dipilih top 8..( Super 8)
Dari top 8., dipilih lagi top 4 pelumba yang pantas..( Final 4)



As usual, jom tengok juga crowd pada hari tu...
Memang ramai yang datang..

 40 minit terakhir race, aku melepak kat area sini..santai..melepak atas rumput..

abang abang bomba pun ambik gambar okeh...:P






Iklan jap !
 Sampai ke saat aku tulis entry ni, aku tak pernah minum air Redbull  :P

sukanya kakak ber selfie dengan botol Redbull gergasi..hahaha

Tapi sebelum pusingan akhir Final 4, ada selingan motorised paragliding..

 Motorised paragliding oleh bekas juara Redbull Air Race 3 tahun berturut turut

Favourite hari itu pastinya Hannas Arch dari Austria, yang mendahului 21 mata selepas 2 sirkit sebelum ini di Abu Dhabi( UAE) & Rovinj( Crotia)..Tapi 18 May 2014 memang hari bersejarah buat pilot otai British, Nigel Lamb. Setelah 7 tahun masuk perlumbaan ni dengan 44 kali berlumba, inilah kemenangan podium pertamanya..:)
Nigel Lamb in action ! Memandu pesawat MXS-R, dari Team Breitling

 Nigel Lamb flying passing through the air gates obstacles

Next race, di Poland ..26 & 27 Julai...
Ada yang nak pergi tengok?  :P

ps: bagi yang tak berkesempatan gi tengok, boleh tengok Video Ini

27 comments:

  1. Wah..best la doc...dpt tengok...dan FREE!
    Rezeki betul.

    ReplyDelete
  2. Oooo...3 musketeers tak ikut ekk...?

    ReplyDelete
  3. rezeki tu...
    untunglahh...
    kita jengah2 kepala jek kat pagar..

    ReplyDelete
  4. abam bomba pun steady
    ambik gambar..
    menarik juga lumba ketebang ni :)

    ReplyDelete
  5. Red Bull Air (Water) Race. Sebab tengok air je memanjang dari awal tu. Hehe.

    ReplyDelete
  6. moga murah rezeki abang yang bagi tiket free tu.. ;)
    tak amik pulak gambar abg tu ke? buat kenangan letak dalam blog ni.. ;)

    ReplyDelete
  7. Anak akak yang sulung suka minum Red Bull kena bising dia beli sembunyi2...geram!

    ReplyDelete
  8. Kakak tak pernah juga minum redbull - bergas ke tak agaknya ni?
    Tak pernah juga tonton live acara begini..

    ReplyDelete
  9. tak pernah plak minum red bull walau tau kewujudan air ni
    aku pi gak
    tapi tak de tiket
    dan tak de org offer tiket free
    so tgk dari jauh je
    janji dpt tengok
    tapi tak la sebest ko tengok
    hahahhahaha
    tau ko takut ye ticket palsu

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...dpt tiket free yeee..

    last saya minum redbull masa saya pregnant sebulan..time tuh xtau pregnant..bukan sebotol tp 3 botol non stop..muahaha..hantu redbull betul..

    ReplyDelete
  11. Ni betul2 ibarat orang mengantuk disorongkan bantal .... rezeki....alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  12. Wah rezeki DZ murah betul tu.. dapat free lagi.. tq share gambar2 tu .. akak tengok gambr jer lah DZ..
    Seronok baca entri DZ petang ni :)

    ReplyDelete
  13. kalau dah rezeki tu.. bila-bila boleh dapat kan..

    ReplyDelete
  14. Untunglaaa... Dapat tiket free. Abang tu siapa? Nape dia ada tiket lebih? Heheh.

    ReplyDelete
  15. Next race, di Poland ..26 & 27 Julai...boleh mengendeng tiket free :) hihi..

    ReplyDelete
  16. Kalau dah reseki


    ada tak kereta mini cooper yang ada tin red bull besar kat belakangnya ...

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah...rezeki. Saya dari office (cyberjaya) dah dengar bunyi dorang training. Nampak gak lah dari jauh, Dah mcm perang jepun bunyinya ☺

    ReplyDelete
  18. Rezeki..dapat tiket free..bestnya..
    saya pernah rasa red bull ..macam air asam jawa..
    sampai sekarang tak berani nak minum..masam..:P

    ReplyDelete
  19. Wah bestnyer..tp telan air liur psl rega tiket..leh bust beli ss anak nih..;)

    ReplyDelete
  20. Wow! tuah ayam nampak di kaki, tuah doc nampak di tiket

    ReplyDelete
  21. Wow! tuah ayam nampak di kaki, tuah doc nampak di tiket

    ReplyDelete
  22. Masa tinggal di KL dulu kalau naik kereta balik kampung di Alor Setar selalu bawa red bull untuk segarkan mata. Memang berkesan, cuma berbekalkan 2 tin mata terang sepanjang pemanduan 400 km lebih. Cuma red bull tak boleh diamalkan selalu kalau sayang nyawa...

    ReplyDelete
  23. Poland???/pesal dekat sangat...bertuah badan last minit dapat ticket free...

    ReplyDelete
  24. ohhhh tahun dpn nak pegi tgk la!!!

    ReplyDelete
  25. Red Bull ni bila En CEO memandu jauh mesti beli..Tapi selalunya Yana yg belasah bagi abis..akk pernah lah minum seteguk dua..tp lupa pulak rasa dia cam maner...Untung lah dapat ticket free doc...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...