Saturday, April 12, 2014

Patient Dengar Penjelasan, Dah Ringan Beban..at least 10%..kan?

Baca berita ini:

Ibu Minta Penjelasan

Aku pernah bekerja disalah sebuah hospital kerajaan yang paling sibuk di Malaysia.
Aku pernah terlibat secara tak langsung, dalam satu kes yang sampai masuk suratkhabar.
Membaca berita tersebut, ini pandangan aku sebagai seorang doktor, dan juga seorang bapa.

- Perlunya seorang doktor & nurse, cari masa ( waima sibuk macam mana pun), untuk terangkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh pesakit/ waris..tentang penyakit/ tentang prosedur rawatan/tentang komplikasi/risiko yang mungkin ada. Andai pesakit/ waris diberi maklumat yang sepatutnya mereka tahu, kes kes saman / report Polis, Insya Allah akan dapat dielakkan.

- Perlunya pesakit/waris bersikap pro aktif bertanya kepada yang pakar dalam ilmunya, bukan minta pendapat dari pihak yang tiada ilmu. Perlu juga mereka bertanya kepada pakar pakar lain, sebagai ' second or even third opinion' , andai penjelasan pakar pertama, tidak memuaskan hati mereka.

- Perlunya karenah birokrasi di hospital dikurangkan/diperbaiki dari masa ke semasa. Proses mencari rekod pesakit, perlulah lebih sistematik. Ledakan zaman IT dah hampir 10 tahun established di Malaysia, tapi kadangkala, lembab nya mencari rekod, bagaikan kita hidup di zaman arwah P. Ramlee.

- Perlunya seorang doktor/nurse buat follow up atas kes kes yang kronik/perlu pemantauan jangka masa panjang, supaya pesakit/waris tak merasa mereka diabaikan. Vice versa, pesakit/waris juga perlu beri kerjasama dalam proses follow up. Bertepuk sebelah tangan, memang tak hasilkan apa apa bunyi.

-Perlunya pesakit/waris bersikap ' rational' dalam menilai servis yang diberikan, mengambil kira kekangan staff hospital, kekangan masa , dan juga kekangan bajet hospital kerajaan. Doktor & nurse juga manusia, yang punyai hati dan perasaan, bukan robot yang boleh sempurna 100%. Robot pun kadangkala fius nya rosak.

-Perlunya pemain media massa bersifat telus dalam melaporkan berita, bukan hasilkan berita yang berunsur fitnah / provokatif / cerita sebelah pihak. Akhbar akhbar tabloid seperti Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian, etc acapkali bermain sentimen negatif ini, demi mengejar populariti ( dan hasil jualan)

- Dan akhir sekali, perlunya kita sebagai rakyat umum( public), yang membaca berita, jangan terus percaya bulat bulat dan ' jump to conclusion'. Jangan jadi keyboard warrior. Jangan spread berita yang tak pasti dan ditokok tambah baik di Facebook, Twitter, mahupun Whatsapp.

andai ziyyad pilih kerjaya doktor, memang aku suruh dia baca entry ni..:)

25 comments:

  1. Saya pun pernah bekerja di sebuah hospital kerajaan yang paling sibuk di Malaysia.
    Saya pun pernah terlibat secara tak langsung, dalam satu kes yang sampai masuk suratkhabar.

    saya setuju apa awak kata

    ReplyDelete
  2. Its true...part documention kt spital tu mmg sokong seratus peratus. Perlu sgt dperbaiki..mcm me kerja swasta, kitaorg gunzkan system e-documentation( e-doc) dimana setiap file di scan n disimpan..mmg leceh sket bab nk scan tu tp bila dh biasa, dh jd kebiasaan n kesenangan kt semua pihak n worldwide amnya psl sy work wz int co. Byk benda leh save..seriusly...



    Eh, bab bj ziyyad tu mjg sempoi..:-)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Hospital Serdang dah onlinekan sistem pesakit mereka, scan x-ray dan MRI.
    dari sudut pesakit juga kena positif. memanglah kena tunggu lama, tapi mesti ada alternatif yang sesuai.
    Biasanya (kadangkala jadi luar biasa), kalau kita sebagai pesakit positif, doktor pun positif juga. walaupun sakit, apa salahnya ceria dak? Doktor yang tengah penat pun akan ceria jugak

    ReplyDelete
  4. Setuju..
    Para doktor dan nurse kena tingkatkan sedikit tahap perkhidmatan dan para keluarga pesakit pula janganlah emosi mengatasi akal dan fikiran.... :) kita semua hanya manusia biasa, hanya mampu merancang dan berusaha tapi Tuhan yg menentukan segalanya...

    ReplyDelete
  5. Perlu penambahbaikan, jika tidak nnt beginilah ceritanya...asyik berulang2
    Jepun ajar dlm industri aku ttg 4M. Juga budaya Kaizen. 4M= man, material, machine, method. Cuba lihat setiap satu domain...cari apa masalah, cari punca dan cuba beberapa penyelesaian...dan cuba lagi.
    Dal sektor service industry, material boleh ditukar kpd input kpd service e.g. ubat2an, environment, prasarana etc... machine adalah peralatan hospital termasuklah susunatur atau layout...method adalah proses atau SOP... Buatlah improvement.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh, jepun dah ajar 4M plak ke? Lepas ni ofis aku ikut la ni jap lagi. 5S dah ikut, tapi nama je ikut konsep jepun. Implementasinya kemelayuan seperti rambu ramba tu masih ada. Huhu.

      Delete
  6. yup, 2nd opinion tu la yang penting. lagi satu, kalau dah jadi pesakit/waris, kita pun kena usaha kumpul ilmu pasal sesuatu penyakit tu.

    ReplyDelete
  7. Ledakan IT tapi mencari bagai zaman arwah p.ramlee itu sgt setujuu..

    ReplyDelete
  8. Paham sangat2 dengan masalah kakitangan kesihatan dan perubatan kerana saya juga kerja dengan organisasi yang sentiasa berurusan dengan orang ramai. Kena maki, kena marah, kena kutuk oleh pelanggan perkara biasa. Satu kali tu pernah ada yang datang ofis ugut nak bunuh tapi terima itu sebagai satu dugaan kerjaya.....

    ReplyDelete
  9. Nekcik ni mmg fobia bila nak kna pgi sepital gomen ni...time tu lah bacaan darah naik..klau gi klinik bayar tu ok pulak!! camna tu!!

    ReplyDelete
  10. pesakit sememangnya perlu diterangkan betul2 dgn komplikasi sesuatu rawatn untuk mengelakkan kes2 mcm ni... tapi selalunya bab2 menerangkan ni yang di 'skip'... klu ada pun mcm melepaskan batuk ditangga... pesakit tak paham tapi tak tau nak tanya macam mana.

    ReplyDelete
  11. Salam.....
    Mana mungkin kita nak puaskan hati semua orang, tapi kita haruslah berikan yang terbaik dari apa yang kita ada...
    dan setiap apa yang berlaku ada hikmah dan harus kita amati dengan positif....hidup itu adalah satu yang indah dan penghayatan tentang sebuah kehidupan perlu dari hati yang tulus ikhlas...

    ReplyDelete
  12. Hurmmm..Thanks doc!! Nmpknya mak pun perlu take note point2 yg doc cdgkan tu...exspecially point no 2. Kena lebih proaktif dan banyak bertanya plus dptkan second/third opinion..*biasanya mak blur bila sesi berjumpa doc utk dgr hasil dr test. mak tungguuuuuu je doc nk terangkan apa..pas doc dah blah, baru la bertubi2 soklan yg mak rasa perlu ditnya dan dijawap..:)

    ReplyDelete
  13. Penerangan dan pemahaman itu yg paling penting...second opinion tu juga perlu..jgn pula ada yg terlebih sudu dari kuah...sikit2 saman...sikit2 saman..

    ReplyDelete
  14. Mahal tu wording di baju Ziyyad.

    Saya selalu cakap pada Budak Gundut, besar nanti jadi doktor (ikut profession arwah grandpa dia) ya. Tapi tengok tak de minat langsung pun ke arah itu. Mungkin sebab dia masih kecil. Legacy kedoktoran dari keluarga sebelah sana tiada yang turun pun pada anak-anak.

    ReplyDelete
  15. Setiap 3 bulan saya akan ke hospital kerajaam utk pemeriksaan kesihatan. Masa ni lah saya akan tanya dari A sampai Z sampai puas hati. Dah duduk menunggu no giliran sampai 1 1/2 jam, takkan nak jumpa doktor 5 minit je kan...

    Hidup JDT!!

    ReplyDelete
  16. Yang last tu akak sokong sangat.
    Copy paste lepas tu sebar macam jadi kebanggan pulak.

    ReplyDelete
  17. Memang susah nak puaskan hati semua orang..baik kita dipihak mana pun..kena ada tolak ansur dan memahami antara satu sama lain...sebagai pesakit, waris pesakit dan kakitangan hospital.klinik doktor dan nurse...

    Doktor kena mendengar dan faham situasi pesakit, kerana mereka dalam kesakitan dan kesusahan..hanya khidmat terbaik saja yang mereka perlu...pesakit pula kena faham, saorang doktor dengan berapa ramai pesakit campur kerenah yang berbagai lagi...mampu kah doktor... walau pun doktor terikat dengan etika kerja nya.. namun doktor juga manusia biasa...

    Doktok pun ada keluarga ...yang mana kadang kala tertekan jugak dengan tugas oncall lagi... kerja yang bukan mudah, kerja yang melibatkan nyawa orang.. silap2 bagi ubat ..bagi injeksyen nanti dah jadi kes pulak...macam2 kes kat tv tu kita tengok...
    Hai bunda pun jadi bingung dah ni...ada future doktor dalam keluarga bunda coming soon ....

    Hai doktor ziyyad..nice to see you sayang...

    ReplyDelete
  18. dulu pi rawatan ENT kat spital penang (GH)...doc perempuan tu masih muda,tersangat jelita...akak hilang kata2 sbb dok ralit tgk muka dia...

    ReplyDelete
  19. True, I learned a lot. Syukur kami dapat pasukan yang profesional masa arwah Ba dulu.

    Doktor Ziyyad. Hensem nama tu kan...hehehehe

    ReplyDelete
  20. selamat ditarbiah jadi penyokong jdt ya ziyyad.. hahaha

    ReplyDelete
  21. tugas doc n nurse ni sangat berat kan,
    bagi orang yang mahu berfikir..

    saya kagum dengan sorang nurse
    yang namanya Salakiah di HTAA,
    moga Allah membalas budi baik dia masa rawat
    arwah mak saya tahun 2010 dulu :)


    ReplyDelete
  22. yo ler... kadang2 kitani orang kampung terlopong dengar doktortu bercakap...
    tapi ramai jer doktor hospital kerajaan yang elok dan molek bahasa dan perangainyer...
    mungkin der segelintir jer yang merosakkan yang ramai tu...
    betoi orang awam paling penting jangan nak menyebar sesuka hati.. menokok tambah lagiler teruk....

    ReplyDelete
  23. setuju ngan apa ko share kat atas
    aku suh anak aku jadi doktor bila dah besar
    so far yang mmg firm nak jadi doktor si aira
    tapi dr gigi la
    wakkakakaka
    maybe sebab gigi dia jahanam awal kot!

    ReplyDelete
  24. Bila baca entry ni saya setuju. Terutamanya part cari rekod pesakit. kalau nak lagi bagus, cuba centralizekan data pesakit tu supaya boleh diakses daripada hospital ke seluruh negara. Maknanya di mana pun pesakit tu ditempatkan, rekod dia terus je doktor kat hospital tu boleh faham.

    Saya berdoa agar suatu hari nanti, kerajaan akan giatkan dan besarkan lagi fasiliti perubatan kat negara kita ni. Hospital sekarang dah besar, kalau boleh besarkan lagi. Klinik-klinik kesihatan kerajaan pun perlu dinaik taraf untuk tampung capacity pesakit yang makin ramai, kalau boleh tambah la staff kat satu-satu tempat tu. Biar la yang miskin pun mampu dirawat dengan selesa seperti di private tapi dengan bayaran percuma. *mungkin impian ni keterlaluan sebab nanti ada yang kata, semua benda nak free, nanti manusia jadi malas.*. Jangan fikir ikut kasut kita. Fikir ikut kasut org miskin yang mmg merempat tak ada daya nak kerja tapi sakit dan perlu tunggu queue berapa lama untk dapatkan rawatan. Kesian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...