Wednesday, April 9, 2014

Buat Adik ku..Sabarlah.

Ini status adik bongsu aku, hari Isnin 7 April yang lalu..


Pagi hari Isnin itu, aku terima panggilan dari adik aku yang seorang lagi..
Perkhabaran sedih buat kami..
Petang Isnin itu juga.. aku sekeluarga pulang ke JB..
Aku titipkan status ini di FB aku..



Along harap kau sabar..
Jujurnya, along sangat sangat sedih masa balik JB, tengok gambar gambar Irdina Sofea dalam hp kau..tak dapat dibayangkan betapa sedihnya hati kau & suami...
Ada hikmah nya atas kejadian ini..
Along doakan, Allah kurniakan yang lebih baik sebagai pengganti..
Insya Allah..

54 comments:

  1. saya yg baca ni pun dah bergenang air mata,
    semoga dia tabah menghadapi ujian ini,
    bila dah jadi ibu ni saya faham sgt2 perasaan bila berkaitan dgn anak..
    anak saya sakit pun saya dh risau, ini kan pulak anak yg dah takde..
    innalillah, alfatihah...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..sedihnya...
    berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
    bidadari syurga untuk mama n ayah arwah...

    ReplyDelete
  3. Takziah kepada keluarga adik dan dr juga..Moga adik dr sabar dan tabah menerima ujian ini.

    ReplyDelete
  4. berat mate memandang, berat lagi bahu yg memikul....

    al fatihah.... sesungguhnye adik doc bertuah kerana sudah ada bidadari syurga yg sentiasa mendoakannya ..... moga family doc kuat dan tabah....

    salam takziah dari kami sekeluarga....

    ReplyDelete
  5. Takziah untuk adik dan DZ sekeluarga... semoga tabah menghadapi...

    ReplyDelete
  6. Takziah buat adik dr & family. Al-fatihah buat baby. Bidadari syurga sedang menanti mereka di sana.



    ReplyDelete
  7. Takziah buat adik kamu DZ..semoga diberikan ketabahan buat mereka suami isteri..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah... sedihnya... tp beruntung ibu bapanya sbb si kecilnya dah pasti bersuka ria di syurga skrg...

    ReplyDelete
  9. Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun..salam takziah buat adik doc & seluruh family. Saya turut simpati dan sedih...:(

    ReplyDelete
  10. Sedihnya....takziah untuk adik doc. Semoga mereka tabah menghadapinya....

    ReplyDelete
  11. Salam takziah...Al - Fatihah..

    ReplyDelete
  12. Allahuakbar..mengalir air mata saya..saya doakan supaya adik awak dan suami sekeluarga kuat..bidadari syurga pasti akan tunggu mama dan ayahnye disyurga..al-fatihah..salam takziah dr saya..

    ReplyDelete
  13. Salam takziah buat adik dr dan family,semoga tabah menghadapinya dan beruntungnya dah ada bidadari syurga menanti di sana.

    ReplyDelete
  14. Salam takziah buat adik dr dan family..moga tabah hadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  15. Kakak turut bersedih sama. Entah kenapa mudah benar airmata kakak sebagai ibu dpt rasakan doc.
    Moga Mak Usu ZZZ diberi kekuatan dan kesabaran.

    Takziah dari kakak.

    ReplyDelete
  16. Alfatihah dan takziah utk doc sekeluargaa. Sedih kita, lg sedih hati si ibu yg mengandungkannya. Smoga ia redha dan digantikan dgn rezeki anak yg lebih dimasa akan dtg.

    ReplyDelete
  17. takziah utk adik doktor...sedih hati saya sebab nama anak kami sama..
    Semoga mereka kuat hadapi dugaan ini, besar hikmah nyer utk mereka walaupun susah utk bertabah dlm keadaan mcm nie..
    Semoga Allah menjanjikan yg lebih baik utk mereka..

    ReplyDelete
  18. Innalillah...]sesungguhnya dia anak syurga...
    takziah..

    ReplyDelete
  19. Saya sangat memahami kesedihan adik perempuan Doc kerana saya juga pernah menghadapi kehilangan anak pertama yang keguguran ketika berusia 3 bulan. Biasanya anak pertama paling dinanti kelahirannya, keterujaan menanti sebuah anugerah terindah itu sentiasa terpancar di wajah ibu ayah, tapi tiba-tiba Allah lebih menyayangi menjemputnya pergi...Isteri saya dulu hampir sebulan jiwanya seperti tidak tenteram kerana sukar menerima takdir Illahi.
    Tapi Allah Maha Kaya dan Dia sentiasa mendengar doa hambaNya yang tak pernah putus berharap dan akhirnya kehilangan anak pertama itu digantikanNya dengan kelahiran 6 putera puteri kami yang lahir selepas itu.

    Kepada adik Doc dan suaminya harap sentiasa tabah menghadapi ujian ini. Pasti setiap kehilangan ada hikmah yang tidak kita ketahui sedang menunggu di depan nanti, insyaallah...

    ReplyDelete
  20. Al-Fatihah... sedih nya Dr..Salam Takziah buat adik Dr & keluarga...InsyaAllah bakal penghuni syurga...

    ReplyDelete
  21. bidadari syurga yang sudah pasti menunggu ayah ibunya disana nnt. al-fatihah buat mereka...

    ReplyDelete
  22. Al-fatihah. Sedihnyaaaa.... Sekurang2nya, kita tahu dia menunggu di padang Mahsyar kelak. Insya Allah.

    ReplyDelete
  23. Innalillahi wainnailaihirojiuun...
    Salam takziah....
    Pasti ada hikmahNya tu...
    Saya yg baca rasa sebak...
    inikan the parents and family....
    berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul....

    Al Fatihah...

    ReplyDelete
  24. al fatihah...
    sedih bila bacanya.. mungkin naluri seorg ibu..semoga tabah ujian dr Allah untuk hambanya..

    ReplyDelete
  25. huhuhu.. sedihnye..
    takziah buat adik DZ dan DZ sekeluarga.
    semoga tabah hadapi ujian Allah ini.

    Bertuah sebab sudah ade bidari di syurga yang mendoakan ibubapanye.

    Al-fatihah.

    ReplyDelete
  26. Speechless .. :'(

    Salam takziah..

    ReplyDelete
  27. gua pun sedih membacanya
    semoga dia dan suami diberikan kekuatan
    takziah utk korang sekeluarga!

    ReplyDelete
  28. Moga adik doctor kuat dan tabah dalam mengharungi dugaanNYA.
    Al-Fatihah dan salam takziah..

    ReplyDelete
  29. salam
    akak ada dengar ceramah ustaz kazim...katanya ibu dan ayah jgn terlalu bersedih jika terjadi mcm ni sbb anak itu sedang berada disyurga,dijaga oleh para bidadari...dan sianak sedang menunggu ibu dan ayahnya utk masuk syurga kelak..

    ReplyDelete
  30. moga adik doc sabar n tabah.... insyallah bby tuh akan tunggu mak ayahnya di syurga...

    ReplyDelete
  31. AlFatihah.. Irdina menanti mama & ayah di syurga

    ReplyDelete
  32. Salam takziah... Syurga pasti buatnya...

    ReplyDelete
  33. Allah, sebaknya rasa hati...
    moga adik dan suami tabah hadapi dugaan
    salam takziah dr kami sekeluarga...

    ReplyDelete
  34. berat dugaan ni...tp besaar ganjarannya..semoga dia tabah..al-fatihah..

    ReplyDelete
  35. Sesungguhnya mama dan ayah Irdina Sofea sangat bertuah kerana terpilih sebagai ibu bapa yang bakal di tunggu olih seorang 'Bidadari Cilik' di syurga nanti....
    Cuma di dunia ini keperitan, kesedihan dan kekecewaan itu tidak dapat di gambarkan apa lagi yang pergi itu seorang bidadari yang satu2nya diimpikan dan dinantikan selama ini...

    Diharap ayah dan mama Irdina Sofea banyak bersabar ye sayang... jangan terlalu kecewa sangat okay...redha..insyaAllah ada rezki mungkin sikit hari lagi akan ada pengganti nya...

    Cuma satu bunda nak pesan, mama dan ayah Irdina Sofea kena ingat...sekiranya kalian berasa amat kecewa akan pemergian anak yang baru beberapa hari kalian jaga.... tapi ada lagi orang lain yang lebih lagii kecewa akan kehilangan anak mereka yang sekian lama mereka pelihara dari kecil hingga dewasa...
    Pergi tanpa kabar berita dalam sekelip mata... ntah hidup atau mati...kalau mati dimana kuburnya...

    Salam ziarah dan salam takziah dari bunda untuk keluarga Doc terutama mama dan ayah arwah Irdina Sofea...'Bidadari Cilik'...

    ReplyDelete
  36. saya yang baca pun rasa sedih..perasaan seorang ibu ni bila hal anak memang tak boleh ditahan2...sabar la..anak ini pastinya sedang gembira menanti ibu ayahnya di syurga.

    ReplyDelete
  37. Takziah dan al fatihah. Allah sedihnya dengar. Tapi takpe, Irdina menanti mama dan ayahnya di sana nanti. InshaAllah

    ReplyDelete
  38. sedihnya berita ini... tak dapat menahan sebak.. pastinya arwah bidadari syurga. Maaf, akk tak perasan status ni di fb..

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  39. tak terucap dgn kata2 doktor. ingatlah segala dugaan yg diturunkan tanda Allah sayangkan kita.. sekurang2nya masih dapat bersama dan melihat anak itu didepan mata even hanya untuk masa yng singka saja... Redha & tabahlah. disyurgalah tempatnya nnti. dan pasti ada hikmah sebalik semua yg terjadi , mana tau dikurniakan anak kembar pulak nanti, In Shaa Allah, be strong, be positif and sentiasa ada disisi yr sis utk bgi moral support yer !... KA sebak & sedih sgt ...Smpaikan salam takziah KA sekeluarga dan alfatihah jua

    ReplyDelete
  40. Innalillahhiwainnailaihirojiun

    beruntungnya ibubapa yg ada kematian anak kecil.ibubapa yg terpilih..Syurga tmpat anak itu.

    ReplyDelete
  41. Akak tentula sedih membacanya teringatkan benda yang sama terjadi pada akak...tapi akak tak sempat nak bermesrapun sebab dah meninggal dalam perut lagi... namun rasanya sedihnyer tetap sama kehilangan baby yang memang dinanti2kan...
    harapi dia tabah kerana sudah pasti Allah tidak menguji kita lebih dari batas kemampuan kita...

    ReplyDelete
  42. takziah buat adik DZ & suaminya juga kalian seisi keluarga....
    berbahagialah ibubapanya kerana sudah ada anak yang menanti untuk membawa mereka ke jannah....insyaAllah...

    ReplyDelete
  43. Alfatihah.. Takziah buat adik doctor sekeluarga.... Sedihnya. =(

    ReplyDelete
  44. Irdina Sofea si Bidadari syurga.

    Semoga Doktor dan keluarga tabah menghadapinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...