Friday, March 7, 2014

Telur

Kalau kelmarin aku menulis pasal cerita menanam uri,  hari ni aku nak berkongsi  satu soalan yang selalu remaja lelaki & tak berapa remaja pun, banyak bertanya aku. Moga moga perkongsian ini, memberi manfaat buat anda / suami anak / anak lelaki anda / sesiapa yang ada bertanya soalan yang serupa  :)




Soalannya ialah

" Doc, normal ke saya? Telur saya tak seimbang"
" Doktor..ok ke kalau telur kiri lebih layut dari kanan?"




Fakta:

- Secara normalnya, memang kedudukan testis lelaki tidak sama level / tak seimbang.
- Hampir 90 - 95 % lelaki, punyai kedudukan testis yang tak sama level nya.
- Majoriti nya, testis sebelah kiri, lebih rendah gantungannya berbanding sebelah kanan.

Kenapa?

1- Ianya berkaitan dengan pengaliran darah dari saluran darah vena ( venous blood vessel drainage ). Bagi memudahkan pemahaman korang, perbezaan kelajuan & tekanan darah yang mengalir dalam saluran darah vena dari setiap testis kanan & kiri, yang menghasilkan kedudukan testis " sebelah tinggi, sebelah rendah"

2- Fitrah kejadian. Kalau kedua dua testis berada/tergantung pada kedudukan yang sama level, maka bayangkan kalau lelaki berjalan, atau berlari. Pastinya berlaku pergeseran antara kedua duanya. Ianya pasti sakit !  Maka benarlah, tidaklah Allah jadikan sesuatu itu, dengan sia sia  :)

3- Sperma lelaki perlukan suhu yang sesuai. Kedudukan testis yang berbeza ketinggian memastikan setiap testis ada suhunya tersendiri. Dan andai sama level, bila berlaku pergeseran testis kanan & kiri semasa berjalan/berlari/buat aktiviti fizikal, maka pergeseran menghasilkan haba. Haba tidak baik utk kesihatan sperma :)

4- Satu kajian mendapati bahawa, kedudukan testis ditentukan oleh tangan mana yang dominan. Kajian ini mengatakan, kalau anda menggunakan tangan kanan, maka testis kiri akan lebih rendah kedudukannya, dan begitulah sebaliknya kalau anda kidal. Namun kajian ini ramai yang pertikaikan..hahaha..

Selain kedudukan testis, saiz setiap testis pun menjadi soalan favourite remaja lelaki yang penuh dengan sifat ingin tahu  :P 
Memang secara fitrahnya, ialah normal, andai saiz sebelah testis kecil sedikit..tapi perbezaan saiz tidak boleh secara kasarnya melebih 10%. Kalau korang dapati saiz testis pasangan/anak lelaki ternyata banyak bezanya, maka rujuklah doktor berhampiran. Ia mungkin tanda ketumbuhan / bengkak pada testis / sarung testis ( scrotum).

47 comments:

  1. hehehe soalan tu sy pernah tanya en.suami hahahahaha & jawapan dia "kejadian Allah" fullstop.malas nk layan la tu:p

    ReplyDelete
  2. Baca sambil senyummmmm..hehehee..

    ReplyDelete
  3. Pernah terjadi pada nephew. Smp sekarang telur dia tak sama besar. Kami fikir mungkin sebab kesan masa kecil dulu dia pernah kena angin pasang.

    ReplyDelete
  4. Doc, itu tolur robuih ko tolur montah?

    ReplyDelete
  5. hahaha...sebab no.2 tu paling mudah nak terangkan kat anak lelaki kihkihkih

    ReplyDelete
  6. bukan tolo jer yang begitu..... buah pon sama... hahahahaa.... tak tau lah orang laen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak abis mengaji pasal buah tu..wakakakaka..

      Delete
  7. Balik karang nak check sorang2 mula dengan bapaknya dulu! Ahahahhaaa...

    Thanks dok perkongsian ilmu yang bagus, saja2 nak cari buku baca pasal ini mungkin tidaklah kot.

    ReplyDelete
  8. Sambil baca sambil tersengih2...hehehe...

    Mekasih doc. Mana tau anak bujang saya tu akan tanya soalan cepu mas mcm ni kann. Senang saya nak jawah.

    ReplyDelete
  9. Pertama kali saya terbaca ni doc...saya kalau dah tau benda ni mesti nak buat kajian..memandangkan dirumah itu hanya ada 3 gadis dan satu bapak gadis..makanya..mlm ni akan dilakukan ujikaji teropong pada bapak sigadis la doc....hahahahahahahaha....

    ReplyDelete
  10. hahaha... gelak dulu sebab komen kak eye nee mmg lawak giler! ok, balik ni saya jugak nak teropong kat dua orang jejaka kt ngumah tu. hakhakhak.....

    ReplyDelete
  11. Errr..benda yg dah lama mak perasan tp x sanggup nak tanya. Erk..? Akakakaka..

    Btw, penerangan ni boleh digunapakai tak utk buah dada yg lain sebelah doc? Tmbah2 plak kat fakta no 2 tu..klu sama aras takut bergeser pulak klu sama saiz dan aras ketinggiannya.

    ReplyDelete
  12. testing2... kenapa komen kita tak keluar... sensort eyhh...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyhh... keluar pulop... muahahaa.. maap saje jer tumpang memeriahkan keadaan... soriii...

      Delete
    2. takde nak tanya tentang telur ke CPL? Barulah tambah meriah …… hehehe

      Delete
  13. info berguna ni doc. thanks .

    ReplyDelete
  14. Doc, nak telur rebus dua.. tapi nak yang seimbang yer.. muahahhahaha

    ReplyDelete
  15. Oooo...baruuuuu saya faham. Nasib baik saya tak pernah tanya mana2 doctor lagi. Tapi, ada juga yang testisnya ada kerundut saja, tapi kosong. Yer, adik saya nurse. Dia ada explain. Lelaki tu tak ada sperma. Kesiannya. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  16. soalan saya

    awak dominan tangan mana..?

    saja tanya...
    hahhahaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah ada org yg mempertikaikan kaitan tangan mana yg dominan dgn testis tu? ….. huhu

      Delete
    2. hahaha..soalan maut Dr Singa..

      Delete
    3. Sepatutnya soklan Dr. Singa camni... "awak taip blog banyak guna jari kanan ke kiri ?" hehehe

      Delete
  17. Oh... kakak pun ingat tak balance kisahnya normal ye doc..
    Dah tahu tapi malu pulak nak tanya hihi...

    ReplyDelete
  18. ok...normal rupanya ye..ingat kan yang x seimbang tu punca angin pasang.....ini ilmu ni..kena check la..mana tau kena kat cik abg plak..muahahahahaha....

    ReplyDelete
  19. baca n3, tersengih2..
    bila baca komen2.. gelak bergolek2. kakakakaka

    nampaknye malam nih kena buat spotcek jugak lah.
    walaupon diri sendiri bende jepun berkibar.
    muahahahahahaha

    ReplyDelete
  20. senyum2 baca ni ... byk yg sy tak tahu...hehe..pas baca ni, bertambah lah juga pengetahuan...hehe

    ReplyDelete
  21. dapat tambah satu lagi ilmu di sini..
    eemm.. balik nanti nak mintak en. suami check dak Adik punya.. ;)

    ReplyDelete
  22. gitu lah kisahnya ye...hehehehehehe...

    ReplyDelete
  23. kiranya sm mcm breast la ye..saiz x sama

    ReplyDelete
  24. ok.,... hanya mampu membaca tapi tak mampu nak komen lebih2. thanks doc. baru le saya tahu takut berlaku pergeseran.

    ReplyDelete
  25. ada jugak oramng tanya soalan gitu ye..mujur ada yang tanya..ada jugak ilmu untuksaya..hahah

    ReplyDelete
  26. oic...x perlu buat allginment n balancing la doctor ye...ehhh

    ReplyDelete
  27. Kalau saya komen, nanti orang ingat ia berkaitan dengan saya pulak. Jadi reserve lah dulu komen tu...huhuhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  28. noted..untuk 2 bujang saya bukan bapak dia. tapi si abdul kecil saya pernah tanya kenapa dia tak de "telur" pulak..
    confuse nak jawab

    ReplyDelete
  29. Kalaulah aku Nampak seorang lelaki jalan kengkang, maka aku boleh tahu bahawa telurnya sama paras...seimbang.

    ReplyDelete
  30. Ilmu yang bermanfaat, dan saya sangat tersentuh bila dikaitkan setiap kejadian itu dengan hikmah Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengatur dan Pencipta

    ReplyDelete
  31. Saya tersenyum sorang2 baca entri ni.. ;)

    ReplyDelete
  32. senyum simpul baca entry nih.... ni kalu anak2 dara baca msti senyum2 malu hheheh... mak2 dara senyum cara lain lak

    ReplyDelete
  33. Hahaha..tp ini info berguna..balik kang nak check lah...muahaha...H

    ReplyDelete
  34. ehm baca pun senyum2kan... tapi maklumat bergunatu...

    ReplyDelete
  35. berharap ada sorang anak lelaki..hehehehehe. off topic :p

    ReplyDelete
  36. *seluk tangan dalam boxer

    *ambik penimbang air

    emmmm....

    tak ble nak bagi result sebab cuaca sejuk.

    sekian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...