Wednesday, March 19, 2014

Sekolah Kebangsaan VS Sekolah Integrasi/Swasta

Si Ziyyad akan masuk umur persekolahan tahun depan, 2015.
Kami suami isteri memang tengah meriki riki sekolah sekitar Shah Alam.

Kriteria sekolah yang kami cari:

- sekolah swasta/berbayar
- sekolah di Shah Alam.
- sekolah yang berdaftar sah dengan Kementerian Pelajaran & JAIS
- sekolah yang guna silibus:
  • pendidikan duniawi ( english / math / BM / etc)..pendek kata apa yang pelajar di sekolah kerajaan belajar, mereka belajar.
  • pendidikan akhirat ( hafazan al quran / tahfiz...dan lain2 mata pelajaran agama berkaitan)
  • pendidikan sukan / sosial ( eg: ada kelas swimming / berkuda / main futsal / etc)
- sekolah yang ada good track record, iaitu bukannya sekolah yang baru setahun dua di tubuhkan.
-sekolah yang stabil, iaitu:
  • tak menyuruh pelajarnya keluar kutip derm
  • tidak alami masalah fasiliti tak cukup / tenaga pengajar tak cukup
  • sekolah yang jelas misi nya, iaitu selepas tamat darjah 6 / 12 tahun , ke mana pula halatuju pelajar nya

- sekolah yang boleh balik hari. Maknanya, tak perlu tinggal di asrama. Hantar pagi, balik petang.

 Ada 2 sekolah yang kami sedang riki, buat masa ini.
Satu, sekolah yang anak anak Kak Yan pergi.
Kedua, sekolah ini....


Sekolah ini, aku baru snap gambar nya sahaja. Belum masuk jumpa pengetua/cikgu cikgu nya. Sekolah anak anak Kak Yan tu, wife aku dah pergi sekali.

Jadinya, kepada kawan kawan blogger yang ada informasi tentang sekolah ini, ataupun mana mana sekolah yang memenuhi kriteria yang kami suami isteri cari, sudi sudi lah ya berkongsi info..Terima kasih  :)

Semalam, mommyZZZ dah selamat daftarkan Ziyyad di sekolah kebangsaan yang berhampiran rumah kami, sebagai back up plan..








44 comments:

  1. Well sorry, have no add info on them.

    Dah besar bujang eh. Tahniah.

    ReplyDelete
  2. shah alam macam banyak sikit dari di PUchongni... tapi tak tau detailler..
    ibu dan ayah tentulah nak yang terbaik untuk anak mereka kan.. kalau saya mampu pun saya hantar...

    ReplyDelete
  3. zayyan dah nak sekolah tahun depan waa...
    saya kalo bab sekolah area shah alam memang tak tau la...

    ReplyDelete
  4. Kawan akak ada hantar anak ke sekolah integrasi di Melawati (tak pasti sangat) pagi belajar biasa, petang kelas agama. Sekolah sampai pukul 4. Sehingga sekarang tak ada komplain dari dia, maksudnya puas hatilah tu. Sekolah ni tak tahulah pulak.

    ReplyDelete
  5. Err, tak ada pengalaman la dik. Sorry...

    ReplyDelete
  6. yang kat seksyen 19 tuh dekat ajer dgn rumah saya DZ.
    tapi x dpt lah nak bantu DZ. sbb anak2 jiran2 dekat x de yg sekolah kt situ.
    pada pandangan luar. sekolah tuh nampak ok.
    rasanye DZ kena melawat sendirik sampai ke dlm. baru puas hati. :)

    ReplyDelete
  7. kami pun dah daftarkan Aqil ke sekolah kebangsaan.. serba salah pasal sekolah ni..

    pendapat saya..tentang sekolah..baik pergi lawat sendiri..jgn pegi masa open day. buat lawatan mengejut.. sbb kita nak tengok aktiviti mengajar mcm mana.. tapi tatau la pengetua benarkan ke tidak.. sbb saya dah pernah terkena pasal tadika aqil.. feedback orang baik bagus..tapi tak kena dgn kami.. kesian aqil..

    ReplyDelete
  8. Betul kena daftar dulu mana-mana sekolah. Bila nak pindah pun tak ada masalah (kakak dah alaminya).

    ReplyDelete
  9. tak dpt membantu...tapi semoga dipermudahkan pencarian sekolah yg terbaik buat anak ok :)

    ReplyDelete
  10. Di tempat saya ni kalau nak sekolah yang memenuhi kriteria, orang akan hantar ke Sekolah Al-Amin

    ReplyDelete
  11. Cer tengok blog ni Dr. Ada senarai sekolah yg berdaftar area Shah Alam. Teringin juga nak hantar anak kat skolah mcm ni, tapi jauh dari rumah...huhuhu...

    http://finizaini.blogspot.com/2013/12/apakah-yang-di-maksudkan-sekolah-rendah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ fiza..lawat blog sya..Kini ank saya bersekolah di sek rendah agama intergrasi (SRAI) seksyen 19. semua detail ade saya ceritakan utk msuk kesekolah itu..Kini sedang berusaha utk ank no 2 yg akan bersekolah pd thn 2016. servey backup plan utk dia kira xdpt srai 19.

      Delete
  12. anak sulung sempat skolah in integrasi drjah 1 smpai 4
    tukar sekolah biasa darjah 5 dn 6 sbb adiknya xdpt skolah sama
    tp sy mmg puas hati dgn skolah integrasi
    cuma skolah integrasi tpt saya ni bahagian sukan tak aktif sgt sbb xde padang

    ReplyDelete
  13. Ada satu je sekolah yang uncle pergi dan uncle akan kenang sampai mati...

    "Sekolah Memandu Baharom" ~ Banyak jasa pak baharom ni, woooo....!

    ReplyDelete
  14. samalah doc...tengah uruskan pendaftaran anak masuk darjah 1 thn depan.

    ReplyDelete
  15. Di Kedah kami tak ada pilihan, yang ada cuma sekolah rendah kebangsaan kerajaan dan sekolah rendah agama swasta....Jika ada sekolah yang pembelajarannya seimbang antara duniawi, agama dan sukan ia adalah pilihan terbaik...

    ReplyDelete
  16. international school tak nak survey?

    ReplyDelete
  17. semoga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  18. Nafisah makchaq dah daftar sekolah kebangsaan, tapi teringat jugak nak hantaq Nafisah ke sekolah integrasi agama.. masih dok fikir2 jugak lagi..

    ReplyDelete
  19. semoga dipermudahkan segala urusan. pastinya perlu pilih sekolah yang terbaik untuk anak.

    ReplyDelete
  20. Saya takde info. Tapi kalau tengok anak2 sedara saya ramai yg masuk integrasi..mcm elok.

    ReplyDelete
  21. Bunda takde info pulak, anak2 bunda dulu Tadika Kemas n Sekolah Kerajaan jer...anak2 sekarang banyak pilihan untuk dapatkan sekolah yang lebih baik dari dulu2...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  22. Moga pencarian berhasil dengan menemukan sekolah yang diinginkan.
    Maaf tak dapat membantu..

    ReplyDelete
  23. byk sekolah yang bagus2 ni sebenarnya, cuma sebagai ibu bapa KA setuju kita always want the best for our children kan... ! mudah2an dipermudahkan jalan yer In Shaa ALlah

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum wbt

    Saya hantar anak pertama ke IISSA. Two thumbs up!!

    ReplyDelete
  25. semoga pencarian untuk yang terbaik berhasil.....amin..

    ReplyDelete
  26. Tak dapat nak membantu sama, DZ. Area Shah Alam saya sendiri pun sesat, inikan pulak nak tolong recommend sekolah bagus-bagus kat situ. Anak saya ke sekolah cina. Tahun depan baru dapat ke sekolah agama swasta sebab tahun ni dah penuh, tak dapat time table yang dikehendakki.

    ReplyDelete
  27. Tak tau la best ke tak skolah ni; https://www.facebook.com/safinatunnjh.

    ReplyDelete
  28. hmmm shah alam sy rasa banyk pilihan.lain la kami di kulim ni..tapi sy dah plan, siang tadika, petang hantar anak masuk yayasan tahfiz an nadhoh..femes gak kat sini..nak seimbangkan dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum. Anak saya bersekolah di sini. Kami berpindah dari rawang ke Shah Alam semata-mata demi mendapatkan sekolah yang terbaik buat anak-anak. Alhamdulillah setakat ni Saya puas hati dengan IISSA (Integrated Islamic School Shah Alam). Silibus agak advance dari sekolah biasa, English sebagai bahasa utama, fasiliti termasuk swimming pool, CCTV, aircond & meals (breakfast, lunch & hi tea). Kurang 20% international student.

    Jika ingin hantar anak ke sini, segera hubungi pihak IISSA. Pre registration akan ditutup dalam masa terdekat untuk assessment bulan 7 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalaam.. Puan Rose, setiap kelas asa aircond ya?
      N meals tu utk darjah brp yea?
      TIA

      Delete
    2. Salam Pn Rose,
      Sekolah ini best interm of apa ? Mcm mana quality teacher & school activities ?

      Jazakillah khoiro

      Delete
  30. saya juga mencari sekolah seperti yang sama macam Tuan cari. Dalam saujana utama ni ada 1 je,,tapi baru je ditubuhkan 3 tahun dan masih beroperasi di bangunan kedai. Nak ke Shah Alam jauh la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, sy jg bakal tinggal di Saujana Utama..
      blh sy tahu sekolah apa yang puan survey tu?

      Delete
  31. Salam. Anak sy bersekolah di sini. So far BAGUS. Adik dia InsyaAllah akan bersekolah di sini. Sekolah Menengah pon kia nak hantar di sini.

    ReplyDelete
  32. can try as syakirin sek13 shah alam. good track record n experienced teachers.

    ReplyDelete
  33. Dr. sy jg sedang mencari kriteria sek spt yg Dr nyatakan..kerana akn berpindah ke Saujana Utama..
    Skrg ank sy bersekolah di Sek Ren Setiabudi yang mana memenuhi kriteria spt yg dinyatakan oleh Dr.
    N i'm very satisfied + recommend d school.. But it's located at Gombak.
    Alhamdulillah dpt berjumpa dgn post Dr ini dan tumpang bc review psl sek IISSA..
    Skrg ank Dr bersekolah di IISSA yea? Mcm mana yea? Blh comment x?
    TQSM all...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.puan aisya..anak puan pernah bersekolah di setia budi? Su skrg tgh survey psl sek setia budi utk masukkan anak sy.bole tak sy minta contact no puan aisya utk sy minta pndpt pn ttg setia budi..tq ni no contact sy 0103666454

      Delete
    2. Salam.puan aisya..anak puan pernah bersekolah di setia budi? Su skrg tgh survey psl sek setia budi utk masukkan anak sy.bole tak sy minta contact no puan aisya utk sy minta pndpt pn ttg setia budi..tq ni no contact sy 0103666454

      Delete
  34. Tengah survey juga tentang SIAS dan IISSA. Aduhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...