Monday, March 10, 2014

MH370

Kalau tiada ilmu, jangan cuba keluarkan pendapat yang songsang/menyakitkan hati orang lain.
Dalam bidang kerja aku, memang ramai yang jadi Doctor Google..
Yang selamba bagi info yang salah tentang isu perubatan
Dan lagi parah, selamba hasut orang lain utk turut percaya apa yang dia percaya melalui Google.
Yang selamba bagitau ' doktor salah'  atau ' ubat tu bahaya '...

Bila terjadi insiden MH370..
Ramai yang jadi pakar aviation semalaman..
Ramai yang terlebih bijak dari pakar pakar di DCA..
Dan ada yang selamba mengutuk kononnya DCA / Seacrh & Rescue team lembab..
Anda baca tentang ilmu aviation di Google..
Tak sama dengan mereka yang ada ilmu secara professional, dan juga pengalaman.
Jadi tolong, tolong diam.
Baca INI kalau anda sibuk sangat tertanya tanya kenapa lembab / lama sangat nak cari MH370.

Ini masa penerbangan ke Perth, air turbulence yang teruk. Masa kami ke Bali untuk honeymoon 2006 dulu, lagi teruk punya air turbulence. Aku yang ketika itu tengah lena tidur, siap terbawa bawa dalam mimpi..Mimpi kapalterbang yang kami naiki hendak terhempas ! Aku mengigau menjerit " flight nak terhempas!!"...Punya kuat aku menjerit sampaikan orang keliling tengok ( dan muka mereka pun gamam), dan stewardess siap bukak lampu..Aku terus tido balik lepas tu, meninggalkan wife aku masa tu yang tersipu sipu malu dek kerana mengigau suaminya yang baru dikahwini. Tapi aku bagitau ni...rasa/feel ' kapalterbang nak terhempas ' tu, memang sangat sangat real..Aku tak dapat bayangkan apa yang penumpang MH370 rasai, andai benar pesawat itu terhempas/meletup mid air.

37 comments:

  1. Tulah ramai yang suka buat cerita yang tak betul..Kita doakan yang baik2 saja yea..Memang tak dapat nak gambar kan perasaan kaum keluarga mereka yang terlibat...

    ReplyDelete
  2. ramai sangat jadi pakar penerbangan x bertauliah...suka2 hati jer sebar spekulasi...x fikir pasal sensitiviti....elok diorang ni dihantar untuk misi mencari..baru tau senang ke susah nak menjayakan misi tanpa sebarang petunjuk ni....stupid brainsless la...

    ReplyDelete
  3. sekarangni semua di hujung jari..
    teori dan praktikal tak sama.. jangan nak memandai...
    masih mengharapkan keajaiban akan berlaku..
    berdoa moga kisah ini sampai penghujungnyer..
    kita yang takder kena mengenani hanya mampu berdoa..
    moga Allah juga memberikan kekuatan untuk petugas pencarian dan penyelamat...

    ReplyDelete
  4. sampai mengigau...mujur tak dak sapa perasan apa yang disebut.kalau tak semua mengelabah dah..:p

    ReplyDelete
  5. sampai mengigau...mujur tak dak sapa perasan apa yang disebut.kalau tak semua mengelabah dah..:p

    ReplyDelete
  6. fikir2 mcm xlogik boleh hilang..
    allah punya kuasa.
    tak ada yg mustahil..
    setakat gogle, pastu ckp sedara itu ini kerja, org dlm punya info blaa..bla..
    mmm

    ReplyDelete
  7. As-salam..

    macam2 cerita yang keluar lebih merumitkan keadaan.. akak pun ada pengalaman mengalami air turbulence ketika flt pulang dari bali.. serius ianya sangat mengerikan.. even smp skrg still teringat2..

    ReplyDelete
  8. Kita tak mampu nak membantu..apatah lg mengubah hakikat yg kita hadapi skrg. Tpi kita boleh keep berdoa..

    wlupun tiada waris kita di dalam pesawat sana. Moga dgn doa kita, Allah akan mengasihi dan kabulkan doa kita2 semua.

    Baik berdoa drpd speku yg tah hape2..

    ReplyDelete
  9. Okeh.. bab mengigau tuh memang klakar.. hahaha
    tu bg DZ yg dh biasa naik Flight.. cuba kalo saya nih yang baru sekali naik flight. gerun plak rasa.

    geram jugak dengan komen/status dan pelbagai kata2 yang x masuk akal di media sosial.
    main sedap jari jer nak menaip.. cubalah fikir perasaan ahli keluarga mangsa jugak.

    ReplyDelete
  10. akak hanya baca dan percaya berita kat tv..

    ReplyDelete
  11. Memang betul doc. Ramai betul yang nak jadi pakar. Siap shared berita yang emmm tak dapat nak disahkan. Siap kaitkan dengan nombor ayat di dalam al quran yg tak faham tu

    ReplyDelete
  12. hahahahahhahaa.... tragis betul ngingau camtu....
    anak buah berumur 4 tahun bersoal jawab ngan acik dia hari tu, soalan innocent seorang anak kecil "acik, kalau elen ni jatuh macam mana?" tersipu2 jugak aciknya yang masa tu pengantin baru, nk ke kenduri di pihak lelaki.

    ReplyDelete
  13. ada yang melampau sangat komenya doc..sakit hari jer rasa..ape ke cetek sangat pikiran dorang nih..

    ReplyDelete
  14. Saya cukup la dengan rasa takut setiap kali ada air pocket... tiap kali nak naik kapal terbang rasa tak sabar tapi bila dah ada atas awan tak habis2 tengok jam dalam hati ...bila nak mendarat.. bila nak mendarat. Tak boleh nak bayangkan macam mana rasanya perasaan takut penumpang yg ada dalam pesawat yang hilang tu

    ReplyDelete
  15. #prayforMH370...Semoga dipermudahkan segala misi PENCARIAN..

    Jika dilaut timbulkanlah...
    Jika dilangit turunkanlah
    Jika dibumi tunjukkanlah..

    wassalam...:(

    ReplyDelete
  16. semua nak tunjuk hebat, tunjuk pandai
    apapun komen, sy masih ingin percaya mh370 akan pulang

    ReplyDelete
  17. semoga dipermudahkan pencarian. anak sahabat di ofiz ni yg bersara salah sorang cabin crew mh370 ni..

    ReplyDelete
  18. Bila fikir situasi tu air mata tak pasal2 menitis.

    ReplyDelete
  19. betul tu doc, kadang penat dgr mcm2 versi pendapat or pandangan org yg menyakitkan hati, yg boleh menyedihkan hati family mangsa2 mh370... kenapa tak diam je sambil doakan yg terbaik pada mereka dr bt pendapat ntah apa2

    ReplyDelete
  20. Walaupun tak kenal sesiapa dalam MH370 tu tapi sekurang-kurangnya hormatilah perasaan ahli keluarga semua mangsa.
    Moga segala usaha yang dibuat membuahkan hasil.

    psstt: Nasib baik Doc. tak kena warning kat dalam flight tu kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  21. doc, jangan buat saspen dlm flight lain kali boleh tak? huhu... kisah mh370 ni membuatkan saya jadi takut nak naik flight. tapi buat masa ni mmg takde kepentingan pun nak naik. hehe.

    ReplyDelete
  22. baru tempah tiket 3 hari sebelum ...moga2 semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  23. Pakat2 nak jadi investigator blaka...cuma harap yg dok kutuk tu boleh la tersedar sikit

    ReplyDelete
  24. plane gegar laanggar awan pun saya dah gabra

    ReplyDelete
  25. Betul ke tidur balik lepas menjerit tu atau pura2 tidur untuk cover line? ….. hahaha

    Kesian mommyzzz ...

    ReplyDelete
  26. pagi tadi dengar puisi kat Hot FM khas untuk MH370 , sedih dan sebak mendengarnya...huhu

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum,
    Orang yang pernah alami pengalaman ngeri dalam penerbangan je tahu macam mana rasanya...kalau terbabas sebelum terbangpun dah rasa fobia, apalagi dok atas langit sana...blom lagi nain twin otter tengah ribut, baru tahu kecut perut mcm mana

    ReplyDelete
  28. Saya pernah naik flight KL-Kuching dan ketika mendarat flight bergegar kuat. Ramai dalam kapalterbang yg menjerit. Tapi mujur semuanya selamat..Itu baru sikit sangat tu, kalau betul2 terhempas memang tak boleh bayangkan...

    ReplyDelete
  29. memang ngeri sangat sampai saya tak lalu makan mengingatkan mangsa kalo terhempas macamana keadaan mereka ketika tu..sedangkan naik roller coster pun cam nak tercabut jantung gayat tak tau la macamana la keadaannya...nangis bila tengok kesedihan famili mangsa...
    dalam keadaan sedih macam ni tak usah la kita buat spekulasi memacam..yang penting kita perlu berdoa dan terus berdoa moga mudahkanlah pesawat MAS MH370 dapat dijumpai

    ReplyDelete
  30. takutnya kita pada kematian...

    Kita yang serba lemah, akal terbatas ni takyahla nak ulas apa-apa, sebaiknya sama2 doakan kebaikan

    ReplyDelete
  31. Tak pernah naik kapal terbang lagi. Sian kan.

    ReplyDelete
  32. saya dan suami pun buat andaian jugak..base on movie omputih le. Tapi andaian2 tu berlegar sekitar kami je, takle sampai tulis kat memana. Bab gomen lambat dll...saya yakin gomen cuba buat terbaik dan bukan semua tindakan perlu diberitahu umum.

    ReplyDelete
  33. Rasa nak senyum simpul aje bila DZ sampai termimpi-mimpi flight nak terhempas tapi tak sampai hati pulak. Kalau kena batang hidung sendiri, sure tak sempat jerit dah nangis-nangis gigil sebab mimpi ngeri. Itulah bijak pandai kat luar ni ramai sangat sampai macam-macam versi ada. Dah kata yang penting sekarang nak cari MH370, tak payahlah buat teori konspirasi ke, buka hal buruk-buruk orang ke, dok kutuk kata orang lembap ke.... kalau sendiri yang lead the SAR team mahu menggelupur sebab tahu teori baca kat google aje pun !

    Agaknya mereka ni fikir kalau flight terhempas ke apa, dan-dan tu juga boleh jumpa, boleh nampak. Kalau gitu, tak payahlah susah payah belajar pasal aviation ke apa, kita-kita orang biasa ni pun leh buat berlandaskan maklumat pakcik google aje.

    ReplyDelete
  34. Pernah jugak experience masa balik dr KK... Ribut dan hujan masa tu... aduh mau tercabut rasa jantung...

    ReplyDelete
  35. Heheh..lawak betul yg mengigau pesawat terhempas tuh...mesti semua orng confuse kan..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...