Tuesday, March 11, 2014

MH 370: Jangan Terjerumus Dalam Tipu Daya Syaitan

Dalam keadaan terdesak macam mana sekalipun, ingat..jangan terjerumus dalam tipu daya syaitan.
Aku tak ingat aku baca kat mana, tapi Insya Allah aku akan titipkan sentiasa dalam diri sendiri,wife, anak anak & keluarga aku.

Khabarnya, seorang lelaki yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dah datang ke KLIA, dan buat upacara..katanya:

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.
" Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada di culik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib".

Ikut laporan Berita Harian ini, Raja Bomoh ni siap solat hajat..

Jujurnya, aku sendiri pelik dan tertanya tanya amalan Raja Bomoh ni...berupacara dgn bubu & teropong + bersolat hajat...Aku harap ada ulama / mufti yang boleh jelaskan kemusykilan aku ini, adakah amalan sebegini menepati syariat, atau sebaliknya ( bercampur aduk, risau menjadi syirik). Aku tidak menuduh amalan Raja Bomoh ini sesat, ini disclaimer aku awal awal..Kang ada pihak yang sentap..Aku cuma nak tahu pendapat ulama / ahli agama.

Laporan Sinar Harian ini tentang waris di China berjaya telefon penumpang dalam pesawat tapi tak berjawab, boleh menguatkan lagi dakwaan Raja Bomoh itu, buat mereka yang mahu percaya :)

godek punya godek koleksi gambar aku, ada rupa rupanya gambar Ziyyad & Zayyan posing dengan pesawat MAS kat KLIA  :)

41 comments:

  1. Macam² spekulasi dan macam2 cerita. Tapi kan, ada citer yg buat hati saya berdebar² membacanya:

    http://megachannelz.blogspot.com/2014/03/pesawat-mh370-red-flag-atau-false-flag.html

    ReplyDelete
  2. Memujuk hati mempercayai kata2 bomoh ini...Namun hati bagaikan memaki diri doc...lain org lain pandangan..Mohon pada Allah berikhtiar biar kena dgn cara.....

    ReplyDelete
  3. at times like this, manusia akan dan sanggup terima any positive hints..walopun benda tu kdg2 merapu....huhuhhu. kita doakan yg terbaik utk mh370

    ReplyDelete
  4. comelnyerrrrrr ziyyad ngan zayyan!gerammmmm hehehehe :)

    ReplyDelete
  5. Comelnyer 2 beradik ni..

    Tp tula kan, pasal bomog tu dia claim baca ayat2 Quran..
    Kadang rasa konpius jugak

    ReplyDelete
  6. Salam DR...erm memg pelik lah tgk cara Raja Bomoh ni..takut membawa pada syirik..
    apa pun hari2 doakan MH370.. mga ditemui dlm keadaan selamat..amin!

    ReplyDelete
  7. doa da elok...tp tkr jd syirik pulak

    ReplyDelete
  8. Perbuatan syirik tetap syirik.. tidak ada amal yg boleh dicampur-aduk.
    Sayang andai sedikit menyeleweang 40 hari amal-ibdah tertolak dgn sia-sia... na'uzubillah..

    ReplyDelete
  9. bomoh yang bakal masuk ke dlm bubu tuh...ape da..

    ReplyDelete
  10. tp kalu di fkr2kan banyak yg syirik tuh kan doc, pastu campur ngn solat hajat bagai biar nmpak mcm halal kn,tp mcm tersasar gitu

    walau apa pun sama2 lah kite teruskan berdoa utk mh370 cpt2 kembali ke klia

    ReplyDelete
  11. tu la kan tetiba la datang raja bomoh ni...
    kekadang amalan gini membuatkan kita terpesong kan DR..
    baik buat semayang hajat dan berdoa saja...semoga pesawat MH370 cepat dijumpai...

    ReplyDelete
  12. Tadi ada baca news kat Astro Awani (apps yg I donlod dari hp)
    tak tahu lah kebenaran ni... apa2 pn I ttp teruskan doa supaya segalanya terjawab..
    sedey =(

    ehhh adik2 kak zaza... I miss uolls tauu hehe

    ReplyDelete
  13. dan rasa lagi pelik..
    boleh pulak keluar surat khabar berita haria bg publisiti murahan kat dia.
    kat metro boleh terima lagi.

    ishk..dan kita termasuk daku baca jugak..hi..
    kita memang nk dgr yg baik2,berharap yg baik2..tp tolonglah jgn yg pelik sgt.

    doa seikhlas hati

    ReplyDelete
  14. itu la..cemana ye sampaikan dia boleh nampak benda yang tak terjangkau.jadi takut pulak tengok..

    ReplyDelete
  15. mohon pencerahan juga samada kehadiran bomoh tersebut adalah secara sukarela ataupun diundang oleh pihak tertentu.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Hu hu huhu hu daku hanya teringin nak tau siapakah yang menejemput secara terhormat itu bomoh? huhuhuhu cer citer cer citer

    ReplyDelete
  17. Saya benci dgn pihak pihak or orang yg perasan dia tahu dulu, dia tahu semua pastu dia yg hebahkan dulu. Yeaaa mcm dia tahu semua benda..!

    ReplyDelete
  18. Bagaimana mereka boleh benarkan Raja Bomoh tu pergi menurun di Balai Ketibaan KLIA? Pelancong Afrika mesti gelak punya, ingat amalan voodoo dah tak ada....

    ReplyDelete
  19. semoga MH370 dapat ditemui , kita orang biasa nih pun terasa kehilangannya , apatah lagi ahli keluarga penumpang...huhu

    ReplyDelete
  20. sama samalah kita berdoa semuga Allah segerakn penemuannya ..insyaallah

    ReplyDelete
  21. comel betulla budak berdua ni....

    ReplyDelete
  22. Guna teropong buluh tetiba teringat cerita P.Ramlee!

    ReplyDelete
  23. malas la layan cite ngarut
    doakan lebih baik
    biarlah mereka yang lebih berwibawa menyelesaikan masalah ini
    kita yang kurang wibawa nih, banyak2kan doa
    jgn tambah kusut bleh?
    baik la tgk muka budak comel nih
    sedap sket hati ni ar
    sejuk sket rasa walau cuaca panas berdenting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak kan. Layan budak berdua yang muka nya jelas ikut mummy depa tu (saja je nak bagi DZ bengang, kata anak tak de muka dia. hahaha!) lagi baik kan kak. Sejuk je tengok.

      Hehe.

      Delete
    2. yup.. saya pun setuju.. tengok dorang lagi puas hati.. ;) nampak muka mummyZZZ je kat situ.. kan t.a.t.a.. ;)

      Delete
  24. janganlah kita putus berharap... semoga cepatlah selesai semuanya...
    tak larat dengar spekulasi...
    akak juga berdoa moga Allah memberikan kekuatan kepada petugas mencari dan menyelamat...

    ReplyDelete
  25. Semoga di permudahkan PENCARIAN #MH370...

    #DoaBuatMH370 :(

    ReplyDelete
  26. Ada kluar berita 8tv..
    Berita bhs cina..
    Apa pandangan non muslim
    Dengan tingkah lakunya dengan bubu
    N solat hajat tu..
    Moga mh370 berjaya ditemui..amiin

    ReplyDelete
  27. main bagi jawapan yang paling 'general' camtu aku pun bleh jadi bomoh. Oppss.. kang ada jgk yg sentap.

    ReplyDelete
  28. dapat liputan...ketika negara jadi perhatian dunia, benda macam tu pulak keluar..pray for MH370

    ReplyDelete
  29. misteri itu hanya DIA yang Maha Tahu, yang penting kta sebagai hamba kini dah sama-sama meletakkan DIA sebagai harapan, malunya kita hanya kembali kepadaNya setelah segala kaedah sains dan teknologi gagal memberikan petunjuk.

    ReplyDelete
  30. emmm..tula bomoh tu..ape pun..hanya ALLAH lagi Maha Mengetahui segalanye..
    ensemla bdk comel dua org tu..hehhehe

    ReplyDelete
  31. syirik tetap syirik...semoga jumpalah kapal terbang tu...ala comeinya dua beradik ni...terliur anak bujang orang..

    ReplyDelete
  32. Teringin nak tau, siapa yang panggil bomoh tu ekkk?

    ReplyDelete
  33. Gambar Ziyyad dan Zayyan tu tak complete. Kalau tambah si adik satu lagi barulah complete bertiga. Barulah boleh naik magic carpet ke, magic broom ke (eh berat, tak leh, tak leh...)

    Nak gelakkan superbomoh ni takut kena slap pulak cam crocodile tu...tak pasal-pasal pulak kang!

    ReplyDelete
  34. yg penting kita terus doakan MH 370 ni yer !

    ReplyDelete
  35. sepatutnya awal2 lg kita tolak bomoh tuh..nie tidak byk lak tuh publisiti yg dia dapat...teorinya pun hampeh bukan betul pun..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...