Saturday, March 22, 2014

Indian Ocean

Sepanjang usaha mencari MH370, " the most credible leads" ialah penemuan satelit Australia pada 16 Mac lepas, iaitu objek yang dipercayai sebahagian daripada bangkai pesawat. Pun begitu, setakat entry ini ditulis,pesawat pencari Australia gagal menemui apa apa di kawasan yang dikenalpasti, iaitu di Indian Ocean.

Hikmah misteri MH370 ni, ramai yang mula belajar tentang ilmu aviation..
Hari ini, aku nak belajar tentang ilmu geografi..

Indian Ocean ialah satu kawasan lautan yang luas, ketiga terluas selepas Pacific Ocean dan Atlantic Ocean.

Negara kepulauan yang terdapat di Indian Ocean ialah Republik Madagascar, Union of Comoros, Republik Seychelles, Maldives, Mauritius dan Sri Lanka.

Misi pencarian di Indian Ocean memang sukar, amat amat sukar. Ini disebabkan saiz nya, kesunyian nya ( teringat komen Kapten Datuk Nik dari MAS kalau tak silap tentang " sunyi nya" kawasan Indian Ocean, yang tidak dilintasi commercial flights). 

Aku pernah tengok depan mata sendiri, kehebatan Indian Ocean, semasa di Australia. Tengok lautan yang hebat ini dari daratan pun dah kagum...Ye lah, kalau di Malaysia, kita tengok Selat Melaka yang tenang...nak berombak ombak musim tengkujuh pun, ialah di Laut China Selatan.

 Gambar tahun 2011, semasa di Cape Leeuwin, Western Australia. Di tanjung ini uniknya ialah titik pertembungan antara Indian Ocean dan Southern Ocean.

Indian Ocean memang cantik..membiru..ombaknya hebat...Jadi bayangkan, di tengah tengah lautan....2500km dari Perth...memang sunyi,ganas, terpencil....Memang susah nak cari bangkai MH370( kalau betul terhempas di situ), yang mungkin dah tenggelam ke dasar lautan yang boleh menjangkau average kedalaman 3.9km ! Tempat paling dalam di Indian Ocean, ialah di Diamantina Deep, 8km dalamnya! Ocean drift juga memungkinkan bangkai pesawat tertolak jauh beratus km dari spot awal yang di kesan satelit.

18 comments:

  1. Sama2lah kita berdoa untuk MH370.
    Betul tu doc, semenjak kehilangan pesawat ni, sedikit sebanyak, beberapa perkara kita telah pelajari. Terutamanya lautan2 tu semua. Sebelum ni mana ada nak tengok peta dunia tu semua.

    ReplyDelete
  2. Recall the memory nampak.. berdua'a lah kan.. tu je daya kita.

    ReplyDelete
  3. dgn kedalaman 3000m...oh Tuhan...(tak mahu fikir yg bukan2)

    ReplyDelete
  4. banyak ikan kalau rajin memancing...

    ReplyDelete
  5. Wow..lautan dalam ; subhanallah..kagum aku tgk membiru view blkg Dz tu..

    ReplyDelete
  6. semakin kerdil terasa di bumi Nya.

    ReplyDelete
  7. mengingatkan aku akan tragedi kapal titanic...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Kalau gunung kinabalu dimasukkan ke dalam tu...tenggelam! itulah kedalamannya!
    selat melaka yang tenang itupun dah memabukkan kita...apa lagi tempat seganas itu...jadi tak perlu banyak spekulasi bukan2 lagi. Teruskan berdoa.

    ReplyDelete
  9. dee pun dah tengok hebatnya lautan Hindi ni..tapi di Padang..kalau kat Perth mcm yg doc pergi ni pasti lebih hebat..
    a
    apapun dee berdoa moga Allah SWT membantu kita dalam menyelesaikan misteri kehilangan MH370 ni..amin..

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan usaha mencari

    ReplyDelete
  11. Subhanallah...

    begitulah unik dan indahnya alam semesta ciptaan yang Maha Esa...

    ReplyDelete
  12. Saya selalu cuba membayangkan bagaimana pelaut-pelaut Melayu 2,000 tahun dahulu merentasi Indian Ocean untuk ke Afrika dan kemudian menetap di Madagascar cuma dengan menaiki kapal kecil. Bagaimana pelaut-pelaut Melayu itu mampu belayar berpuluh ribu km merentas lautan seganas itu tanpa apa-apa peralatan moden???

    ReplyDelete
  13. Kepakaran dari mereka yang mahir amat diperlukan dalam situasi macam ni.

    ReplyDelete
  14. https://www.facebook.com/photo.php?v=1475755782642901

    baru lepas etngok video di lautan Hindi. Ombaknya sangat kuat dan dasyat. Memang lautnya biru tapi tulah. Dengan dalamnya

    ReplyDelete
  15. sunyinya bila bayangkan launtan hindi ni. luas dan dalam. Harap2 tidak terhempas la MH370 tu. Harap2 selamat dan ada di satu tempat lain.

    ReplyDelete
  16. Tak terjangkau akal memikirkan bagaimana, kenapa dan segala bagai pertanyaan. Semoga mereka bersemadi dengan aman, kembali kepada Pencipta dengan cara yang istimewa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...