Wednesday, February 26, 2014

Devlopmental Milestones: Sitting

Aku tertarik nak buat entri ini, selepas membaca entri Tasek M ini.
Tentang tak patut kita duduk kan baby, sebelum umurnya tiba ( before reach his developmental milestones). Sebab si Tasek M nampak mak baby ni, dudukkan baby nya yang berusia sebulan, di dalam stroller. Boleh ke tidak? :)

Kita lihat pada carta developmental milestones..

Umur sebulan:

-baby tak boleh fokus pada jarak lebih dari 8-12 inci darinya. Jadi jangan nak agah agah baby jauh dari jarak ini, memang baby tak dapat lihat dengan jelas. Close eye contact itu perlu. Dekatkan muka serapat mungkin dengan baby sebulan ketika kita agah/bercakap/senyum padanya.

-pendengaran baby ketika ini sudah terbentuk sepenuhnya, jadi baby memang boleh cam dah suara ibu bapanya.

- bila baby dibaringkan dengan perut ke bawah, baby sebulan boleh angkat kepalanya sebentar, menoleh ke kiri atau kanan. Tapi dalam keadaan menegak, kepala dan leher baby sebulan masih perlukan sokongan.

Jadinya, bila masa semulajadi / normal developmental milestones untuk baby mula tahu( kuat untuk) duduk sendiri?

- sekitar usia 4 - 6 bulan, baby dah boleh duduk dengan bantuan kita( with support). Baby dah punyai pengawalan leher yang kuat, jadinya boleh kawal kepala mereka.

- sekitar usia 7 bulan, kebanyakkan baby dah mampu duduk sendiri, tanpa dibantu.

 Zayydan, gambarnya minggu lepas, diambil oleh sepupu sepupu wife aku yang menjadi nanny part time :) Zayydan ketika ini sudah 7 bulan usianya, memang dah mahir dan tegap duduk dengan sendirinya


Apa jadi / kesan kalau kita ' paksa' baby buat sesuatu pergerakan/posture yang diluar tahap capaian umurnya? ( before reaching the normal developmental milestones), contohnya dlm kes Tasek M tu, baby umur sebulan di letak dalam posture duduk?

- Kesannya ialah, kita menghalang perkembangan semulajadi mereka. Dalam kes kalau kita selalu sangat duduk-kan baby sebelum umurnya sesuai, kita akan  halang perkembangan normal sebelum duduk secara sendiri( independent sitting) iaitu baby tak berpeluang nak bergolek golek (rolling), berpusing pusing setempat ( twisting movement), dan sebagainya.  Baby ini kerapnya, akan jatuh dari postur duduknya ( sebab otot belum kuat nak support), dan ini jika berlaku kerap, boleh mengganggu physical confident baby itu sendiri. Baby yang di dudukkan secara paksa juga kerap kali akan lebih statik kakinya, sebab otak baby akan hantar signal bahawa kakinya belum sedia lagi. Bandingkan dengan baby sekitar usia 5-7 bulan yang duduk, kaki mereka akan lebih free, bergerak/memusing sana sini.


Ada banyak lagi pekembangan normal baby yang kita sebagai parents/penjaga perlu tahu. Yang mana normal, yang mana terlewat perkembangannya, kita perlu tahu. Tak perlu kita gelojoh/rush sangat nak baby kita pandai itu, pandai ini. Pokoknya, walaupun mereka masih kecil, baby akan membina daya keyakinannya sendiri( self confident) apabila kita beri mereka peluang buat apa yang mereka mampu buat, dan ini akan datang dengan sendirinya, seiring dengan pertambahan umur mereka.


Entry tentang developmental milestones yang lain, kalau teringin nak baca la...:P

Developmental Milestones: Talking

Developmental Milestones: Perkembangan Gigi

44 comments:

  1. oit !
    pesal pakai cekak rambut!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak cakap kak.


      and also muka mummy la.

      Delete
    2. hahaha...baru nak cakap gak pasal cekak tu hehehe

      Delete
    3. ingatkan ni baby orang lain..sekali zaydan daa

      Delete
  2. comelnya zayydan..
    orang dulu2 pun marah dudukkan baby sebelum masanya doc...
    dengan alasan mereka sendiri kan

    ReplyDelete
  3. ouh..betapa daku teringin nak ada baby jugak.....=)

    ReplyDelete
  4. Udah rupernye pompuan! ahahhaaaa...

    Anak sulung dulu2 duduk je lentang ke belakang!

    ReplyDelete
  5. Ouhh comelnyaaaa si kecik ni. Gerammm la kak eka hehe. akak tu. hahahaha padahal auntie. feeloing muda mudi jap haha

    ReplyDelete
  6. Laaa...ingatkan anak siapa laaa tadi. Siap pakai cekak.

    Doc, macam mana dengan baby yang nak selalu dipangku secara duduk atau tegak? Tak nak baring2 sebab bila di pangku atau dukungkan baring walau umur belum cecah 4 bulan, dah nangis2 macam kena pukul.

    ReplyDelete
  7. wahhhh...tq for this entry doktor!!

    Syakirah dah 7 bln but hanya tergolek meniarap & pusing balik je mampu..ke depan ke belakang jauh sekali duduk!Tapi not so worry sebab itu masa dia..so kiter tunggu je sebab saya percaya setiap perkembangan anak/baby adalah berlainan! :)

    ReplyDelete
  8. anak saya berusia 7 bulan tapi masih belum boleh duduk sendiri.. kalau saya dudukkan bolehlah...

    ReplyDelete
  9. oooo baru tau doc.... so jgn dipaksa selagi belum mereka capai dulu tahap2 tu kan....okey2...dpt ilmu lagi hari ni hah...ish mcm nak bagi adik kat dayyan jek gayenye lieya nie kahkahkah..

    alaaaa comel gile pakai cekak hahahaaha....pipi tu berkilat2 hah mintak digigit...serius geram doc!

    ReplyDelete
  10. Alololo...tomeinya.

    Thanks for sharing doc.

    ReplyDelete
  11. ya allah pipi zaydan. gigit boleh??

    pakai cekak nampak cam girl lah..hihi

    ReplyDelete
  12. Ayah saya selalu pesan.. jangan dudukkan baby kalau baby belum boleh duduk.. alasannya takot bongkok.. hmmmm.. ada hikmahnya setiap larangan itu.. kan..

    ReplyDelete
  13. Good info.. TQ share.. Comelnya Zayydan.. rasa nak cubit2 boleh..hehehe

    ReplyDelete
  14. nasib baik la aku tak bg ajaran sesat ke adik tu...

    :)


    .

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum DZ

    terima kasih

    ReplyDelete
  16. good info. thanks for sharing.

    sama jugak kisahnyer dengan baby yang belum berjalan di masukkan ke dalam walker.

    ReplyDelete
  17. Info yg sangat menarik dan berguna...thanks doc.... :-)

    ReplyDelete
  18. sangat berguna tips2 diatas..terus terasa nak ada baby lagi...

    ReplyDelete
  19. Betul tu kan Dr... biarlah baby tu mengalami proses tumbesaran nya secara semulajadi... tak pyh nak paksa2.. just kita sebagai ibu bapa ambil tahu tahap perkembangan depa mengikut tahap umur...:)

    ReplyDelete
  20. walaupun dah tak der anak kecik boleh lah nnt manalah tau ada cucu..boleh lah dimanfaatkan..Gud Info ni doc..

    ReplyDelete
  21. dak Zayydan dan nampak macam gegurl masa gambar ni diambil.. ;)

    psstt: saya tak pernah amik slip tapi pernah call klinik bertanyakan staff ni pergi klinik atas sebab apa.. sebab dalam sebulan pasti dia akan bagi time slip kat saya.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  22. Ooh, bahye jugak kalo paksa2 anak buat apa yg belum sedia dengan perkembangan milestone dia kan. Anak saya belum tumbuh gigi lagi. Tapi tak sempat nak baca link yg doc bagi tu.

    ReplyDelete
  23. thanks sharing, nanti boleh share info dengan kawan2:)

    ReplyDelete
  24. mak bapak tak sabo bebeno nak nengok anak cepat duduk, berjalan dan berlari..boleh kabo kt orang lain, anak I baru berapa bulan dah pandai itu ini..he he..anak akak Farah dulu, dah setahun setengah tak berjalan lagik..kaki kuruih macam kaki bangau ha ha

    ReplyDelete
  25. salam.
    Terimakasih.
    Zayydan sebijik mcm mommy dia!

    ReplyDelete
  26. Salam.
    Hehe baru baca komen.
    Ala mama pun mencari2 juga mkn tpt yg sesuai. Lebih lagi nak confirm yg halal.

    ReplyDelete
  27. Masa saya untuk menimang baby dah berlalu..huhuhu..kena tunggu anak-anak kawin, kemudian dapatlah menimang cucu....

    ReplyDelete
  28. Exactly, tak payah nak rush its best bila baby tu buat sendiri, kan tulang baby semua ni lembut sangat so bila kita "paksa" ia, kang lain jadinya.

    ReplyDelete
  29. dah mcm muka gegel dah zayyan...
    tomei...

    ReplyDelete
  30. Eeee.. Zayydan dah catching muka mummylah:)
    Kalau moden sangat pun jgnlah baru sebulan dah nak dudukkan - kesian baby.

    ReplyDelete
  31. menjawab soalan daddy kat n3 cheqna
    tu highway kuala terengganu-telemong yer =)

    ReplyDelete
  32. setuju...x payahla nak compare anak dgn anak org lain...juz pantau perkemb asal masih lg normal...ni suke sgt lumbe2 nak anak cepat jalan..masukkan walker 4 bulan...haihhhlaa...

    ReplyDelete
  33. setuju... jgn dipaksa2.... alolo comelnyeeee....

    ReplyDelete
  34. info menarik ni, tq berkongsi,,KA 3 anak ketiga2 berbeza perkembagan diri mereka !

    ReplyDelete
  35. tq doc.... kalau umur sebulan anak2 munna mmg dalam posisi baring je lah....

    ReplyDelete
  36. Nampak macam girl2 pulak Zayydan ni.. comel....

    Anak2 makchaq perkembangan motor memang lambat.. agak lambat dari budak2 lain.. mulut ja lebih...

    ReplyDelete
  37. Pasai Zayydan duduk tu tak berapa heran, DZ. Yang cekak rambut tu aje yang buat confused. Baby boy memang suka cekak rambut ke, Doc? Sebabnya kan...anak lelaki kita pun suka betul ler disakat sepupu-sepupunya pakaikan tudung, cekak rambut bagai nih...tension maknya...camna nak solve the problem nih?

    ReplyDelete
  38. Good info.. Muka Zayydan dah mirip ibunya... Ni mesti gara2 kena sakat..Kena pakai cekak rambut, sian Zayydan...

    ReplyDelete
  39. sy memang suka baca cerita2 pasl baby, pasal perkembangan baby, pasl perempuan mengandung, berpantang, makanan apa yang boleh makan @ tak, macam2 lagi la..bukan la sebab terlalu kemaruk nak mengandung @ nak ada anak (wpun hakikatnya memang kepingin sangat2) tapi sebab nak tambah ilmu.so bila orang cakap apa2 kita ada basic nak reply..tapi paling tak best, bila kita bagitau apa yang kita tahu orang akan tanya balik "mana zi tau?" dengan memek muka yang *faham2 je la*...saya faham sangat la point soalan tu..kan senang kalau cakap " mana zi tau?zi tak penah mengandung tak pernah beranak" so sekarang ni saya cuma dengar & tengok je.malas nak kongsi ilmu kang saya jugak yang sakit hati..ok sekian terima kasih:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...