Monday, January 20, 2014

Selamatkah Ultrasound Scan Kepada Baby ?

Semalam aku scan seorang ibu muda.
Anak sulung.
Jadi keterujaan mereka suami isteri, mmg jelas terpancar  :)
Lebih lebih lagi bila dapat lihat baby dalam kandungan ( 14 minggu usia), bergerak gerak dalam imej ultrasound, dan dapat dengar bunyi denyutan jantung baby.

Suami: Baby bergerak gerak ya doc, kuat betul gerak..ok ke?
Aku   : Bagus la kuat gerak, kalau tak gerak, naya..
Suami: Dia menangis ke tu doc ( sambil tangan tunjuk baby yg aktif berpusing)
Aku   : ( senyum sahaja). Baby bergerak gerak sebab bising dalam tu, dia dengar gelombang bunyi bila kita guna mesin scan ni.
Suami : Oooo...So, dia menangis ke tu doc? ( tangan tunjuk lagi baby yg aktif bergerak)
Aku    :  ( senyum je laaaa..hahaha)
Suami: Kalau dia menangis kan doc, tak yah la scan lama lama ..( sambil tersengih sengih)
Aku   : Gulp!

FAKTA:

1- Ultrasound gunakan konsep gelombang bunyi ( nama pun, SOUND)..tapi gelombang yang ULTRA, maknanya telingan kita yang bukan superhuman/bukan bionic tak boleh dengar. Gelombang bunyi ini akan menghasilkan imej ( nak tahu secara lanjut fiziknya, sila Google)

2- Baby di dalam rahim, BOLEH dengar bunyi itu. Banyak kajian dah buktikan ia. Kadangkala, effect bunyi nya boleh menyamai bunyi subway train ( ni bergantung kepada output power yang digunakan masa kita scan). So tu sebab baby bergerak gerak bila di scan, sebab bising!

3- Kajian juga menunjukkan, to a certain extend, gelombang bunyi itu, boleh menaikkan suhu amniotic fluid ( air ketuban). Tapi jangan risau, tidak lah ia membahayakan baby dalam rahim. Kesan ini bergantung kepada output power dan juga berapa lama prosedur scan itu dijalankan.

4- Kesimpulannya, prosedur ultrasound scan ibu mengandung, adalah selamat, dan perlu dilakukan berdasarkan keperluan, dan menggunakan output power yang terendah boleh ( dan hasilkan imej yang dikehendaki), dan di minimumkan tempoh pendedahan, selagi boleh.

 Baby dalam pantang boleh pergi Tesco tak? Jawapan aku, bolehhhhh. Ni si Zayydan, pergi Tesco ketika usianya 5 hari. :)



Fakta tambahan ( ramai patient aku tanya)

Apa itu 4 D scan? 4D scan, ialah scan 3D, yang bergerak!  :)
Dalam ertikata lain nya, rakaman video 3D atau anda saksikan proses scan 3D secara live, itulah 4D scan. " Masa" itu lah yang dimensi ke-empatnya.


37 comments:

  1. Macam-macam patient yg ditemui. Masih boleh senyum oklah doc...
    Zayydan ke Tesco usia 5 hari? Hebat! Kalau mak tahu tapi mesti kena leter kan...

    ReplyDelete
  2. ekekeke.. almaklumlah ank sulung...byk tanya..byk risau nyer...

    ReplyDelete
  3. Hehe baby nanges. Harapla dapat rasa camtu nnti. Aminn

    ReplyDelete
  4. Anak doc tu tidur dalam basin tu memang ada jual ke basin tu, tak pernah jumpa pun.
    Eleh doc pun sama dulu muda2 anak first hihi

    ReplyDelete
  5. Lima hari dah pergi tesco, kalau saya tu mau dah kena marah, tapi tu mesti baru balik dari checkup kan sebab tu boleh singgah tesco hehe

    ReplyDelete
  6. NANGIS la doktor bila soalan ditanya "nangis ke baby tu?" hahahahaha...nangis dlm hati!! :D

    ReplyDelete
  7. Doc, saya nak mohon scan anak cacing yg ada dlm perut saya ni boleh tak?? agak2 dia nangis tak?? pfffttt.. hahahahahha

    ReplyDelete
  8. keterujaan seorang bakal bapa baru.....
    layankan saja.......

    ReplyDelete
  9. baguih gak suami dia banyak bertanya... kiranya dia ambik tau.. suami saya tak pernahpun ikut jumpa doktor ataupun masa buat scan.. ha... ha...

    ReplyDelete
  10. alahai comel la model berdua tuh..
    untung jugak jadi doc ni yer..macam2 pe'el manusia boleh jumpa..
    ada yang kelakar ada yang perengus..

    ReplyDelete
  11. 5 hari pergi Tesco, terkatup2 matanya. Nak tidur pun tak senang yer Zayydan? Tapi, baby boleh nangis ke dalam perut? Hahahahhahaha. Lawak.

    ReplyDelete
  12. sepanjang buat ultrasound saya tak pernah terpk yg baby menangis dalam tu..hahaha.. rasanya baby takde kelopak mata lagi kalau baru 14 minggu.. ke dah?.. air mata pun belum keluar agaknya..

    ReplyDelete
  13. Oh. Jujur nya si suami itu. Harap nya anak dia esok tak de la macam tu.

    ReplyDelete
  14. hahhahahhaa!!
    senyum tu tanda 'iya'

    ReplyDelete
  15. Nak tergelak membacanya. Keterujaan seorang bapa ☺☺

    ReplyDelete
  16. klako tau doc...
    teruja anak 1st kan...tengok betapa sayangnyer ayaahnyer siap tanyer scan kalo nangis jgn lama....
    ngekek gelak tau...sabo jerla...
    terbaik la zaidan 5 hari boleh pi shopping lagi tu...baguih anak Doc tak meragam...baik jer dia...

    ReplyDelete
  17. my sister tgh preggy nak masuk 7 bulan..pi check up kat klinik kesihatan biasa..dr check air ketuban kurang refer to dr pakar kat HTJ seremban...sampai pakar..Dr cakap ok xde masalah...buat cuak je...acaner leh jadi mcm tu erk...

    ReplyDelete
  18. Amboiii...umur 5 hari dah pegi tesco ni...:)

    ReplyDelete
  19. 5 hr dah pergi tesco...mumynya mesti cepat sihat

    ReplyDelete
  20. hahahah ... anak sulung dulu dalam pantang pegi tesco. lepas tu tak buat dah hahhahaha

    ReplyDelete
  21. besar nnti mesti rajin shopping budak Zayydan ni.. hahaha

    ReplyDelete
  22. Zayydan gi Tesco masa umur 5 hari? Kelas tu.... takpa bapaknya doktor. Tapikan DZ, saya start enjin kereta lepas sebulan dalam pantang anak pertama. Tang anak kedua yang kena czer tu, balik hospital hari keempat dah sibuk pegang penyapu nak menyapu rumah. Terlupa katanya dalam pantang. Kalau mak dan kakak tak nampak, memang saya menyapu ajelah :)

    ReplyDelete
  23. 5 hari dah gi shopping eh?

    Ibubapa muda keterujaan melampau. Tapi memang ada mitos org kampung yg katanya scan tu tak elok utk bayi.

    ReplyDelete
  24. TQ atas penerangan Dr ni..sekurang2 nya paham lah jugak dgn konsep ultra sound ni..hehe
    amboiii 5 hari dah pegi shopping... ini klu mak sy, mau nya membebel tak sudah..haha

    ReplyDelete
  25. bila la cheqna nak ada peluang jugak untuk scan ni..moga2 sampai la masanya nanti ye doc =)

    ReplyDelete
  26. masa saya preggy dulu senyap jer n ikut je apa doktor kata, sebab x der pengalaman so x tau nak tanya apa.. haha
    cayalah zayydan, dah shopping..

    ReplyDelete
  27. Hmm baby boleh kalau nak g Tesco..cuma mamanya tu sihat ke, kalau sihat pegilah mana je kan doc...hehe..suwet pulak tengok zayydan dalam troli tu....

    ReplyDelete
  28. Ooo...tu maksud 4D. Terfikir gak camne..

    Mak ai..awalnya dah jenjalan baby tu. Meh nak bebel.. :D

    ReplyDelete
  29. takper ujie ayahnya kan doktor...lagipun anaknya besar, orang tak perasan pun masih dalam pantang...

    ReplyDelete
  30. hebat..5 hari baby dah kena pi beli barang dapur..hahaaha

    ReplyDelete
  31. wah...excited tau bila tgk baby time scan..hehehe...

    ReplyDelete
  32. Ni kalau mak munna mesti marah bawa keluar anak baru 5 hari....

    ReplyDelete
  33. hahaha.. tergelak saya membacanya.. nasib baik tak tersedak makanan.. huhuhu..

    wow.. hebaq dak Zayydan hari kelima dah keluar.. dak Nuha dulu genap 44 hari baru dapat keluar rumah, itupun sebab nak pergi check up kat hospital..

    ReplyDelete
  34. mmg terujalah lg2 kalau anak pertama kan.. info menarik ni doc

    ReplyDelete
  35. dulu ada sorang couple...cikgu...anak no 5....selang 2 minggu mai scan...sebab suka nak tengok anak kat dalam....bukan parents ja....abang kakak semua excited....
    now anak tu dah sekolah rendah...sihat & pintar...comey plk tu.

    ReplyDelete
  36. amboih.... baru 5 hari dah bawa tesco? kalau org tua tau ni... katanya baby kena perap di rumah 44 hari... haih!

    ReplyDelete
  37. tido dalam apa tu.nampak cam bb tu tido dalam besen. klw sy bb mmg x bw kluar rumah selama pantang tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...