Thursday, January 9, 2014

Pengetua/Guru Besar Ada Kuasa "Keluarkan MC "?

Buat yang bukan guru, pernah dengar pasal Cuti Rehat Khas ( CRK) ?
Aku terbiasa dengan CRK ni, walaupun aku bukan guru, atas sebab yang menjengkelkan.

Kenapa aku kata menjengkelkan?
Tahu jengkel tu apa?

Cikgu Kecik ( bukan Pengetua/Guru Besar) datang jumpa doktor, minta MC.
Atas alasan " Saya mintak CRK dari Cikgu Besar, Cikgu Besar tak bagi, sebab alasan masih awal tahun, baru buka sekolah. Cikgu Besar suruh saya ambil MC aja"

Aku tak tahu la pasal pekeliling CRK ni, tapi aku ada baca, contohnya Di Sini.
Kalau Cikgu Besar tak luluskan CRK Cikgu Kecik atas alasan ' nanti kurang guru di sekolah, maka pembelajaran murid murid terganggu' , maka aku boleh terima.
Tapi bila Cikgu Besar tak luluskan CRK yg dipohon, dan CADANGKAN (atau patut aku tulis, ARAHKAN) Cikgu Kecik pergi ambik MC dari klinik, maka apa penaakulan mantik nya di situ?

  1. Bahawasanya nampak sangat bukan isu kekurangan guru yang menjadi pokok
  2. Adakah sebab nak memudahkan kerja Cikgu Besar, tak perlu kertas kerja..entah la, aku tak tau sebab aku bukan cikgu, maka jalan mudah lagi pintas ialah " kau mintak lah MC dari doktor"

Aku pun tak tahu, mungkin kah dalam circular /Pekeliling Kementerian Pendidikan ada menggariskan garis panduan sebegitu buat Cikgu Cikgu Besar ( iaitu suruh Cikgu Kecik mintak MC kalau Cikgu Kecik pohon CRK)??  Harap ada lah pembaca blog aku dari Kementerian Pelajaran yang boleh jawab.

Hebat betul KUASA seorang Pengetua/Guru Besar di Malaysia kan?
Pernah dengar peribahasa Melayu " Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari" ?

Bukan niat aku nak menghentam profession perguruan, sebab aku tahu ramai lagi guru yang penuh dedikasi, ikhlas & komited. Mak aku guru. Adik aku guru. Akak & adik ipar aku pun, guru.
Kalau rasa TANGGUNGJAWAB sebagai Cikgu Besar tu berat, payah, menyusahkan, maka jangan pikul tanggungjawab itu. Aku sendiri dulu, bercita cita nak jadi Pakar O&G. Tapi bila dah kerja sendiri di wad bersalin, aku tahu, aku tak mampu menggalas cabaran itu, maka aku tak further study dalam bidang O&G.

Fikir fikirkan.

28 comments:

  1. terfikir kemungkinan konklusi kedua tu..tak nak buat paperwork. apa2 pun...kita tunggu komen2 lain..heee.. :D

    ReplyDelete
  2. Mana2 profesion pon ada cabaran yang tersendiri, itulah agaknya cabaran jadi Guru Besar/Pengetua tetapi apa yg saya harap cuma satu tak ada le berlaku salah guna kuasa.

    ReplyDelete
  3. CRK utk guru boleh diguna pakai selama setahun atas kelulusan GB atau Pengetua.
    kena isi borang dulu 2 minggu sebelum bercuti.
    dan banyak lagi syarat2nya

    bagi tak MC tu?

    ReplyDelete
  4. Belum jadi guru besar jadi tatau..hehe

    ReplyDelete
  5. Benarkah cikgu besar yg nasihatkan cikgu kecil tu minta MC atau dia cuma nak gunakan nama guru besar bagi melaksanakan hajatnya nak bercuti?

    Saya teringat ada satu klinik di Alor Setar tahun 1990an dulu yg sangat mudah beri MC. Tak payah jumpa doktor, cuma pergi ke kaunter ubat, bayar kpd petugasnya dan dapat MC 2 hari yg siap ditanda tangani doktor. Sungguh tak bermoral! Saya tak tau sama ada klinik itu masih buat kerja itu sekarang...

    ReplyDelete
  6. oh cikgu-cikgu kerajaan boleh yer mintak MC kat klinik swasta , ingatkan kene pergi klinik kerajaan jer...

    ReplyDelete
  7. mungkin juga cikgu besar mendapati tiada sebab nak bagi CRK kepada 'cikgu kecik' tersebut, so dia suh mintak kat doctor dengan harapan doctor pun x bagi MC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..mak setuju dgn pendapat ewan ni. Mgkin GB x nak bg cuti di atas sebab2nya yg tertentu dan mengharapkan cikgu tu akan mintak mc kat doc dan oleh kerana x sakit, doc x bg la mc..

      OR..mgkin cikgu tu saja2 bg alasan begitu bila doc tnya kenapa x isi borang cuti. Awal tahun lg kan..so, drpd berhadapan dgn GB yg bnyk soal, lbh baik jumpa sh doc.

      :)

      Delete
  8. Uikk....leh lah den mintak mc dgn cikgu bosa.....ahakz

    ReplyDelete
  9. GB mesti buat pentadbiran yg baik & telus

    ReplyDelete
  10. Guru besar malas so jgn salahkan cikgu bwh pun malas..ye dak!

    ReplyDelete
  11. Sakit betul betul karang, baru padan muka...haha

    ReplyDelete
  12. Takleh nak komen, sbb tak berkaitan dgn bidang cikgu ni. Apa pun, kuasa sebenarnya cuma ada pada tuan doc.
    Serba salah jugak kan..nak bagi mcm menipu, tak bagi kot cikgu tu ada hal penting..tak patut pulak.

    ReplyDelete
  13. aku penah becita2 nak jadi cekgu sejarah, sebab tu masa sekolah aku yang jadi tukang tulis kat papan hitam sebelum start kelas sejarah. tapi sejarah pun lingkup... ape citaaaaaa... hahahaha

    ReplyDelete
  14. hahahaha no komen lah doc... kene berbalik pd tanggungjwb n honest dlm bt keje gk...

    ReplyDelete
  15. doc bagi tak MC kat dia? kalau tak sakit macam mana nak mintak MC kan..

    ReplyDelete
  16. so.. doctor bg x mc kat dia ni? alahaii... pengetua mcm galakkan mc beli jer.. huhuhu...

    ReplyDelete
  17. hahhahaaaahhhaaa!!

    bagi tak?
    soklan cepu mas!!

    ReplyDelete
  18. yaaaa.. soalan cepu emasnya... bagi ke tidak MC tu?

    tapi tugasan guru bukan tugasan mudah, Amanah yang sangat berat.. sy x kuat dari awal, maka profesion itu sy jauhi....

    ReplyDelete
  19. SO, DZ approve tak MC dia??
    mungkin dia ada sebab yang munasabah utk bercuti tapi x di luluskan plak oleh cikgu besar kan~

    pening jugak jadik doctor nih.. hehehehe

    ReplyDelete
  20. ramai yang bertanya.. Dr. bagi MC ke..?
    tapi rasanya kalau nak cuti buatlah perancangan dari awal.. kalau tak boleh cubalah ikhtiar cara lain.. kalau betul2 memerlukan takde sebab Guru Besar taknak luluskan cuti tu..

    ReplyDelete
  21. Silap cikgu kecik ni minta MC macam tak beretika pulak.
    Kan dah masuk blog tak tahu doktor yg dia jumpa tu blogger hihi..

    ReplyDelete
  22. Ini kisah biasa diklinik saya juga.
    Biasanya kawan2 wife juga.
    Berkirim2 salam.
    Suruh wife yang tolong mintakkan.

    Awal2 tahun ini ada seorang cikgu.
    Sekarang dah naik jadi GB.
    Masa belum jadi GB,
    jarang ambik MC.
    Tapi bila dah jadi GB ni,
    rajin pulak minta MC.
    Sebab apa?
    Sekolah dia jauh.
    Nun di Kota Tinggi sana.
    Tapi pukul 10 malam,
    masih melepak di mamak.
    Orang macamni pun boleh jadi GB ke?

    Sekadar meluah perasaan...

    ReplyDelete
  23. Oh, baru tahu pasal CRK ni. Kalau tak boleh minta CRK sebab awal tahun, takut kurang tenaga pengajar di sekolah, minta MC tak mendatangkan kesan pada perkara yang sama ke? Kesian cikgu kecik ni.... doktor juga yang kena tanggung beban nak bagi MC ke tidak. Kalau GB kata tak layak untuk CRK, maka doktor pun boleh kata tak layak jugalah untuk MC atas sebab yang sama. Eh, sendiri dah pening memikirkan hal ni!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...