Tuesday, January 28, 2014

Bersangka Baik

Antara pesakit yang aku temui, ialah pesakit yang bisu.
Selalunya, cara komunikasi ialah menerusi tulisan.
Tapi kali ini, kes nya agak memeranjatkan aku....pada mulanya lah.

Ni 'transkrip' perbualan kami..
Yang aku tanya/jawab, pen warna biru.
Yang pesakit aku jawab/tanya, pen warna hitam


Ceritanya..
Dia ada kurap di leher ( yang aku terangkan " kerja peluh".."gatal" )
Dan aku akan beri ubat ( aku tulis " cream"  " pil")

Sekali dia tulis..
" HIV"
Aku tergelak..aku tunjuk isyarat bukan...bukan..
Dia tulis lagi " isteri cakap HIV"
Aku buat isyarat lagi..bukan..bukan..

Sekali dia tulis  " selalu pelacur"
Nak terjatuh aku dari kerusi, terperanjat..
Puas la aku guna bahasa isyarat tanya " betul ke dia selalu jumpa pelacur?"
Last last dia tulis " cerita karut"..

Rupa rupanya..
Bini dia yang ingat dia jumpa pelacur...so kena HIV...so kena ruam kat belakang leher yang disangka ruam penyakit HIV AIDS.

Oh ya..
Bininya pun, bisu.
Bekerja di tempat yang sama.

Aku doakan mereka bahagia..
Dan moga bini nya tak menaruh syak wasangka melampau.

43 comments:

  1. huhu..kelakar je crte dorang nie.. :)

    ReplyDelete
  2. betul. saya pun nak terjatuh bila cakap HIV.

    hahaha.

    ReplyDelete
  3. hahahahhahahaa nak terjatuh I dari kerusi baca communication korang...
    Semoga diorang bahagia.. hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha..ingatkan betul2 kena HIV sbb suka jumpa pelacur...huhu..nasib baik bukan... kesian plak..moga mrk bahagia sllu:)

    ReplyDelete
  5. rasanya lps ni dr2 sume kena bljr bahasa isyarat.

    ReplyDelete
  6. amboi sbb ruam isteri dia terus buruk sangka kat dia. hehehe...

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar!

    Prasangka seorang isteri rupanya....

    ReplyDelete
  8. kesiannya...jangan dia gaduh laki bini lepas tu dah la kan...

    ReplyDelete
  9. Itu lah dugaan jadi doktor kan.. hahahahaa.. gelak gak story ni..

    >> kat spital private dulu, doktor oncall kat Emergency ialah import India mari.. so totally taktau langsung bahasa melayu.. datang lak aso aso.. apo apo yang warga emas belaka.. chinese, sbb kawasan penempatan banyak chinese.. hmmm sekali lepas cek cek.. aso cakap sakit perut.. doktor tak paham.. doktor tanya nurse.. nurse pulak blur BI.. tak tau cirit birit dalam bahasa inggeris apa otometik tak tau nak sebut walhal diarrhea tetiba lupa nak pronouncekan kat doktor lak.... hmmm kesian waktu tu.. dah la tengah malam.. camne nak mintak bantuan yg lebih teror kan.. haha.. sabor je ler.. teringat lagi kejadian tu berlaku.. nurse tu aku lah.. 10 tahun dulu..

    ReplyDelete
  10. Itu baru ruam.. dah dituduh berlacur..
    Tak tahu la apa jadi kalau dia kena chicken pox....

    ReplyDelete
  11. Tanjat gegirl bila ada HIV tu...hahaha...Kena belajar bahasa isyarat ni Dr ☺

    ReplyDelete
  12. hehehehe.. klakar jugak ceritanye.
    tu maknanye isteri dia sayang lebih kat dia.
    takut dia ade pompuan lain kat luar.
    hahahahaha.

    saya pon doakan mereka bahagia.
    Pompuan memang suka cemburu dan serkap jarang. hahaha

    ReplyDelete
  13. Pening juga doc. nak cuba faham
    Tapi not bad at least dapat diselesaikan...
    Kesiannya....

    ReplyDelete
  14. mampus tak faham ...... kalau baca iku urutan ... hahahahah

    ReplyDelete
  15. aduhhh..nak gelak ade...kesian ade..tapi bagus jugak ade pengalaman mcm ni!

    ReplyDelete
  16. tapi tulisan dia cantik juga
    ganas betui teori wife dia..uhuks

    ReplyDelete
  17. ya allah...jauh nyer isteri dia fikir...

    ReplyDelete
  18. Mak aihhh..xkan la ada kuram / ruam gitu dah jatuh hukum ada HIV. Isk...kesian ke laki kena jugde mcm tu sekali!

    ReplyDelete
  19. kdg kdg bila berbicara dengan orang tua , pun payah gak...
    kita cakap lain , dia faham lain

    ReplyDelete
  20. Alahai.... mcm tu yeak doc.... byk pengajaran sebenarnye bace kisah doc nieh....suami isteri jgn berprasangka antara satu same lain...selidik dulu betul2 kan....

    doc up entry baru tau camtu care komunikasi dgn patient bisu....

    ReplyDelete
  21. lucu ada, rasa kesian pun ada....susah nak berkomunikasi dgn dorang kan doc. apa2 pun semoga dorg sihat dan berbahagia selalu

    ReplyDelete
  22. aik... baru ada ruam kt leher dh ckp kene hiv? senang nyer nk bt andaian lg2 kt suami sndiri... mcm2 ragam kan doc dpt jmpa

    ReplyDelete
  23. hihi....dlu pun pnah ade jiran bisu masa kecik2..slalu g umah dorg.....dorg siap ajar lg bhs isyarat org bisu....pengalaman yg seronok sbnrnye dan akn buat kita rasa bsyukur sgt sbb kelebihan yg Tuhan pinjamkan pd kita yg.....pape pun, salute dorg sbb bole survive idup mcm org normal :)

    ReplyDelete
  24. fuh.. nak faham sendiri memang tak lah kalau dr. tak terangkan.. ;)
    apa-apapun moga pesakit tu dan isterinya kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendakNYA.

    ReplyDelete
  25. salam singgah. kalau takda penerangan doc tu, saya pun fikir yang bukan-bukan -_-

    Cantik Sihat Semulajadi www.cantiksihatsemulajadi.com

    ReplyDelete
  26. hahahahaha...akk gelak dulu Doc..kalau tak baca apa yg doc terangkan haram tak tau apa yg di tulis...

    ReplyDelete
  27. sampai macam tu skali isterinya fikir ye

    ReplyDelete
  28. Isteri dia mesti ada sebab tertentu begitu yakin suaminya dijangkiti Aids. Mungkin ada cerita di belakang tabir yg isterinya saja yg tahu....

    ReplyDelete
  29. aduhaii.. jauh betul sangkaan isterinya tu..bahaya kalau miscommunication gini..

    ReplyDelete
  30. mungkin isteri nya yang lebih tahu siapa suaminya...

    ReplyDelete
  31. mak aih.. macam tu sekali punya sangkaan. haru haru

    ReplyDelete
  32. kalau tiada penerangan dari doc..sah2 akak tak faham nota tu..

    ReplyDelete
  33. Puan isteri, jgn cemburu buta tau! hahahhaha

    ReplyDelete
  34. cabaran seorang doktor
    dan juga mcm mana doktor boleh membantu patient sebegini, bukan setakat penyakitnya tapi cerita peribadinya dan juga hal2 lain, yang kadang2 di luar bidang tugas doktor, semoga Allah jua yang membalasnya!

    ReplyDelete
  35. Cabaran ni. Pernah juga 'deal' dengan sepasang girlfriendboyfriend bisu. Memang main berbalas-balas tulis aje. Boleh joke dan gelak2 lagi walaupun takda suara :) Tapi bila dapat membantu mereka. rasa lega sangat. Puas hati tak terkata ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...