Wednesday, December 31, 2014

Sehari Satu Entry Tanpa Gagal

Ini ialah entry terakhir tahun 2014.

Menelusuri jumlah entry sepanjang aku jadi blogger ( tahun 2010 tak kira, sebab aku mula menulis penghujung 2010)

2011  : 246 entries
2012  : 224 entries
2013  : 187 entries
2014  : 168 entries

Ape ke hal makin merudum menulis ni?
Hahaha..
Pernah pasang impian kononnya 2014 " sehari satu entry tanpa gagal"  
Rupa rupanya gagal  impian tu.
Kalau sehari satu entry, setahun patutnya 365 entry.
Tahun 2014 ni, tak sampai 50% pun dari target 365 entry..kah kah kah..

Takpe, kita renew azam tu..:)

Jadinya utk 2015...
Kena cuba menulis setiap hari, satu entry..
Termasuklah hari raya pertama.
Dalam hal ini, aku salute uncle Gedek  :P

Dan yang paling penting, aku akan cuba pastikan setiap penulisan itu membawa manfaat utk orang lain, sebab target utama ialah utk kumpul saham abadi, saham Nuffnang tu saja aja buat geli geli ( ni cakap orang yg nuffnang nya ciput..kah kah kah)

selamat tahun baru 2015 dari kami sekeluarga !! ( zayydan dalam perut mommy masa ni..hahaha)

Monday, December 29, 2014

Hero Yang Tidak Di Dendang

Truly,an unsung hero..






Sejujurnya, terdetik di hati ini " best nya kalau aku perolehi peluang bersama sama rasai pengalaman bekerja dengan hero heroin ini"









Menyedihkan, sebab saat gambar2 ini menjadi viral di media sosial, ada insan insan yang tidak punyai hati & perasaan tulis komen " mereka bukan hero, dah memang kerja mereka, dibayar gaji & elaun"









Sama sama kita panjatkan doa..
Moga gelombang ketiga yang dijangka berlangsung mulai semalam hingga Jumaat ini, tidak berlaku.
Dan jika berlaku pun, impaknya tidak seteruk apa yang telah berlaku.
Dan jika berlaku teruk pun, mereka semua sudah bersedia dan plan bencana telah elok di atur.

rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr ,aameen

Saturday, December 27, 2014

Hari ini 27 Disember

27/12/1978 - 27/12/2014
36 tahun.
Ku pohon tuhan panjangkan usia ku
Panjang usia dalam keberkatan & keredaanMu
Andai panjang usiaku
4 tahun lagi..
Umur yang signifikan akan ku gapai

Wednesday, December 24, 2014

Patin Gergasi



Harga ikan patin buah di Termerloh sekitar RM90 - RM120 / kg.
Ikan ni 190kg.
Jadinya, harga paling murah seekor ~ RM19,000- RM22, 800
Sekian
:P

Tuesday, December 23, 2014

Keputusan PT3

Semalam keluar keputusan PT3..

Aku faham, perlaksanaan sistem baru exam PT3 ni yang menggantikan PMR, agak tergesa gesa..
Maka keluarlah laporan akhbar INI

Cuma, aku sikit musykil dengan statement parents sebegini:

Housewife Rosnani Mohd Zan, 43, from Johor, was unhappy although her daughter scored straight As.

“My daughter only had two months to prepare for the PT3 and in between, there were other assessments that carried weight for the final results,” she said.


Kadangkala ( bukan kadangkala pun, tapi sememangnya), setiap yang berlaku itu, memang telah di atur oleh Yang Maha Mengatur.
Itulah ujian NYA.

Bukan tak boleh nak frustrated..
Bukan tak boleh nak komplen sebab Kementerian Pendidikan suka suki ubah sistem exam yang menyusahkan & tak sempat nak prepare..

Tapi boleh tak bawak belajar bersyukur?
Tahu tak ramai lagi pelajar di luar sana, tak score straight A?
Tahu tak ada saudara aku, hanya dapat 1E dan yang lain nya F?

Aku dulu ialah 1st batch yang ambil PMR, tahun 1993.
Aku dapat 8A 1B.
B ialah Bahasa Arab.
Aku & mak ayah aku tak langsung rasa terkilan / unhappy / frustrated sebab tak dapat score straight 9A.
DIA dah janji, kalau kamu bersyukur, kamu akan diberi lagi yang lebih baik.



 Bersyukur kita hidup dalam negara yang bebas merdeka, tak asyik berperang saudara, bom sana bom sini...

Monday, December 22, 2014

Petua Petua Berguna

Petua untuk mengurangkan nafsu asyik nak up grade tukar kereta:
Banyakkan melihat orang yang naik motor & basikal. Nanti anda sedar kereta buruk anda lagi bagus tak kena hujan tak makan asap berbanding naik motor Harley hujan tetap kena berhenti bawah jambatan.

Petua untuk mengurangkan nafsu asyik nak makan sedap sedap kat restoren high class:
Banyakkan melihat pelarian perang makan ( di youtube). Nanti anda akan sedar bertapa berharganya secebis daun sup yg anda tak habiskan.

Petua untuk mengurangkan nafsu asyik nak ber tukar henfon:
Banyakkan melihat iklan iklan new henfon, setiap hari. Nanti anda akan sedar, henfon ini tiada hentinya keluar new model.

Petua untuk mengurangkan nafsu asyik nak membeli make up itu dan ini:
Banyakkan melihat wajah wanita yang berjerawat teruk. Nanti anda akan sedar wajah anda dah mulus cantik pun.


Dan...


Saturday, December 20, 2014

Melayu Kena Merayu

Entry yang agak berat hari ini untuk kita semua hadam, tentang survival bangsa Melayu..

Ini luahan Tun Dr Mahathir yang terkini:
Malays now have to beg to remain in power

Dan aku secara peribadi percaya, kelemahan Melayu itu sendiri atas sifat malas yang amat payah diubah:
I failed to change lazy Malays - Tun Dr Mahathir

Melayu malas, tapi nak kaya, nak berkuasa.
Maka Melayu yang malas ini jual bangsa nya sendiri pada bangsa lain..
Di jualnya bangsa sendiri supaya diri sendiri survive.
Tapi berapa lamalah survival orang malas boleh bertahan..
Kesudahannya, Melayu kena merayu kepada bangsa yang membeli maruah Melayu itu..
Merayu untuk berkuasa kembali..
Merayu untuk menjadi kaya.

Gambar selingan:  Auuummmmm....malam ni Harimau Malaya akan menentang Thailand pada pusingan kedua final Piala AFF Suzuki. Misi yang sangat mencabar, apa apa pun bola itu bulat. Selamat berjuang Harimau Malaya. ( baru aku sedar Ziyyad belum ada jersey Harimau Malaya)

Friday, December 19, 2014

Kos Perbelanjaan Persekolahan Makin Meningkat.

Ini aku copy dari rakan FB aku..


Ulasan rakan FB aku yang memuatnaik status ini, ialah:

"Terbaca somewhere tentang ibu bapa merungut tentang perbelanjaan sekolah anak2 yg saban hari makin meningkat
Dah nak buat cemana dok Malaysia semua serba mahal skang ni so redha je la

Kalau uols nak merungut pasal kena spend byk utk anak tu nampaknya anda x ikhlas sekolahkan anak, baik x pyhanta anak ke sekolah or x pyh beranak langsung kalau ingat bila ada anak nanti membebankan dr kecik hingga masuk univ kena tanggung segala perbelanjaan pendidikan diorg

Katakan sorang anak perlukan RM500-RM600 setiap kali masuk skolah. Cubala uols simpan dlm tabung ayam kurang2 RM5/day. bleh dpt RM 1, 825 setahun kan? x cukup lg utk biaya sorang atau dua org anak?
Kalau korang mampu bayar bil astro, internet setaip bulan beratus ringgit, perbelanjaan sekolah anak pun nak berkira? pikir sendiri la ye..ckp byk kang org ckp 'ko xde anak ape ko tau???'...."



Pendapat aku?
Aku bersetuju dengan komen beliau.
Ada benda, kita perlu berkira.
Ada benda, kita patut benar benar suarakan rasa tak puas hati.
Tapi bukan utk semua benda & keadaan.
Fikir balik priority sebenar hidup ini.
Tanggungjawab kita bagaimana.

Thursday, December 18, 2014

Susuk

Bukan selalu ada penemuan sebegini bila tengok x ray..
Tapi bukan selalu tak bermakna jarang jarang..
Ada juga yang kita nampak wujudnya jarum emas di pipi ( bila buat xray tengkorak / skull)
Yang ini, ada kat kedua dua atas bahu..

Seorang wanita Indonesia, umur sekitar 40an, wajah biasa aja( bukan jelita macam Dian Sastrawidoyo) datang utk pemeriksaan rutin FOMEMA. Susuk di kedua dua bahu mungkinkah untuk beri kekuatan bekerja? Wallahualam

Wednesday, December 17, 2014

Kluang Rail Coffee, Nasi Lemak Wak Kentut, Kacang Pool Haji

makan utk 5 dewasa, 2 kanak kanak, 1 baby...harganya bagi aku, berbaloi..portion mee kari/ mee rebus/ saiz gelas nya besar besar. Orang beratur menunggu nak dapat tempat duduk. Ni bukan yg dekat stesen keretapi punya ( kecik saiz kedainya), ni kat cawangan barunya, kedai corner lot, besar, luas...Tu pun orang berkerumun nunggu giliran nak dapat meja kosong ! Nasib kat sini bukan self service.

Beratur panjang..menunya di Nasi Lemak Wak Kentut, Kulaijaya..hanyalah nasi lemak biasa + ayam goreng..tu aja..takde telur, takda sambal sotong. Start berniaga petang, pukul 9.30pm, ayam yang menggunung di goreng dah habis. Orang beratur panjang macam nak beli tiket wayang/ nak daftar masuk dewan mengundi masa pilihanraya. Semuanya, self service.

Kacang Pool Haji, di medan selera dekat balai bomba Larkin. Tak perlu diperkenalkan lagi. Makin famous setelah tokeynya bernikah dgn pelakon Wan Maimunah. Dah banyak kali aku pergi,kunjungan terkini semalam, dah amal sistem self service jugak rupa rupanya.



Jahanam diet aku 3 hari balik JB..
Hahaha..
Tapi bukan pasal makan makan yang aku nak cerita..
Aku nak ceritakan, betapa best nya kalau bisnes makanan kita, menjadi, meletup!
Orang beratur panjang..sangat panjang okey!!
Dah la self service...so berapa punya jimat ( kos pekerja kurang).
Jom meniaga makanan  :)

Thursday, December 11, 2014

Hari Keputeraan Sultan Selangor

Tabik hormat buat Sultan Selangor atas hari keputeraan baginda, hari ini. Walaupun aku rakyat JDT, aku mencari rejki di bumi Selangor. Aku bercuti hari ini.  :)
Oh ya, rekaan " Support our Troops " di baju aku itu, untuk hari ini, aku tujukan buat skuad Harimau Malaya, yang akan bermain menentang Vietnam dalam pusingan kedua, separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014. Support lah Harimau Malaya, tak kan nak suruh orang Ostolia pulak support team bola kita, ye tak?

Wednesday, December 10, 2014

Superman

10 Disember 2014
Hari ke - 4 lepas berkhatan
So far, so good..Alhamdullilah
Semalam dah pakai seluar ( dengan berlindung bird nya di sebalik bekas yogurt yang kecik tu...hahaha)
Dah mobilise, jalan jalan dalam rumah..

 Hujung bulan nanti dah boleh terbang macam Superman! hahah



Tuesday, December 9, 2014

Melayu Kena Belajar Benda Ini Dari Cina

Aku terpanggil untuk menulis entry ni, lepas terbaca status Kakcik Seroja di laman FB beliau, pada 3 Disember yang lepas..

Ni gambar ehsan dari wall Kakcik..hihihih..

Kakcik Seroja ke Klinik Kesihatan Kg Cheras Baru

Soalan kakcik dalam FB beliau ialah:

Cer bagi sebab - kenapa ramai orang Cina lebih suka pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan walaupun terpaksa bersesak dan menunggu lama?

Dulu, masa aku berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan, pemandangan yang sama juga aku lalui..Memang ramai orang Cina ke hospital & klinik Kerajaan. Bagi mereka yang tak mampu, memang kita faham kenapa ( sebab bukan semua Cina kaya raya / maju ber bisnes). Tapi ramai juga kaum Cina yang kaya raya, naik kereta menjalar jalar datang ke hospital & klinik kerajaan..Kenapa?

Entry ini bukanlah untuk bersifat rasis, bukan.
Malahan, entry ini sebenarnya aku tulis untuk buka minda kita, orang Melayu, tentang sikap kita, tentang mentaliti kita.

Orang Cina, tahu menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Mereka gunakan sebaik mungkin. Mereka tahu, perkhidmatan di hospital & klinik Kerajaan, adalah terbaik, lengkap, berprotokol, walaupun terpaksa menunggu lama.
Orang kita, ada segelintir yang berlagak kaya ( baca: tak kaya pun, tapi gaya ngalahkan Datuk Datin)
Untuk penyakit penyakit kritikal, penyakit kronik yang perlu rawatan jangka masa panjang / seumur hidup, selagi boleh, dapatkan lah rawatan di hospital Kerajaan. Sebab apa?
  • sebab kos rawatan di hospital & klinik swasta makin mahal
  • sebab makin banyak kes hospital swasta yang tak ber etika, mengenakan cas di luar akal, mentang mentang yang membayarnya adalah insurance company
  • sebab makin banyak kes hospital swasta yang tahap penjagaan kesihatannya, ala kadar, malahan tak menyeluruh / tak ber-follow up betul betul.
Aku tulis begini, bukanlah bermakna gi hospital swasta tu langsung tak berguna. Tidak.
Ada ketikanya, kita perlu ke swasta, utk dapatkan rawatan/ diagnosis yang cepat, sebab kadar menunggu di kerajaan terlalu lama. Bayangkan, kena tunggu hampir 6 bulan utk dapatkan MRI, sedangkan kalau ke swasta, on the spot boleh buat ( cuma sediakanlah aja duit / medical card / insurance  nya)

Kalau kita lebarkan skop " orang Cina tahu menggunakan kemudahan sedia ada dengan sebaik mungkin" ini, kita akan dapati juga:
  • Betapa banyaknya peluang peluang dalam bidang bisnes / keusahawanan yang Kerajaan sediakan untuk kita, kaum Melayu / Bumiputera, tidak kita grab.
  • Betapa banyaknya peluang biasiswa / bantuan kewangan berbayar balik yang disediakan untuk kita Melayu / Bumiputera gunakan, kita tak grab, sebab kita malas belajar & malas bertanya.
Wife aku terlibat dalam bisnes bakery. Dunia wife aku dunia masakan, bakery, penghasilan produk. Wife aku dah pergi ke pelbagai kursus, seminar dan expo yang memang teramat banyak disediakan selama ini oleh pihak Kerajaan, dan majoritinya, PERCUMA...dan lebih lebih lagi, banyak dana & bantuan untuk usahawan wanita. Adakah kita, orang Melayu ambil kisah benar benar tentang peluang sedia ada ini? Aku berani jawab TIDAK, sebab wife aku sendiri dah tengok betapa banyak peluang yang ada, terbiar begitu sahaja. Betapa banyak dana yang ada, tak digunakan sebab tak ramai yang pohon.

Buang mentaliti " Kerajaan sentiasa salah"
Buang mentaliti " Nak pohon dana / bantuan itu ini perlukan kabel"
Buang mentaliti " Susah Melayu nak berjaya, kalau tak kenal orang dalam / etc"

Ya, mmg ada banyak melambak kes kes kronisme nepotisme dan segala mak nenek - me lagi.
Tapi lagiiiiiii banyak ketelusan & peluang yang ada, yang kita lepaskan.
Tengok Cina, ada mereka kisah peluang tu BN atau Pembangkang yang sediakan kan?
Yang mereka kisah ( dan kita patut kisah macam mereka) ialah bagaimana mereka boleh dapat gunakan peluang yang ada.
Sebab apa?

Sebab segala peluang/dana/ kursus/ seminar/ ubat ubatan/ mesin MRI/ jalanraya/balairaya, dan pelbagai lagi benda, yang tertulis/termaktub sebagai HAK KERAJAAN, datangnya, ialah dari duit kita sendiri, si pembayar cukai. Benda2 itu bukannya datang dari duit poket ahli politik ( tak kira idealogi apa pun).
Gunakan HAK kita sebagai rakyat.
Jangan asyik komplen itu dan ini sahaja..penyudahnya nanti kita makin mundur, orang lain makin kaya dan maju...dan kita rasa pelik masa tu, kenapa jadi sebegitu?

Monday, December 8, 2014

Berkhatan: Konvensional VS Klamp.

Alhamdullilah, anak sulung aku dah selesai berkhatan hari Sabtu lepas, 6 Dec 2014.

 untung laaaa...melepak sambil layan tab..zaman aku dulu, duk baring melangut aja la...hahaha


Ramai yang tanya pasal berkhatan, yang mana lebih baik..
Aku terangkan secara paling mudah dan ringkas ya.
Ada 2 cara berkhatan:
  1. Cara konvensional / freehand
  2. Cara baru, guna clamp
Hanya 2 cara tu aja yang ada.
Ok, dari 2 cara itu, kita boleh bahagi lagi kepada:

  • Cara konvensional / freehand, yang:
  1. Guna gunting
  2. Guna " laser"
  • Cara baru, guna clamp, antara nya:
  1. Generasi kedua seperti Smartklamp, Taraklamp, Ismailklamp, Plastibell
  2. Generasi ketiga, iaitu Alisklamp 

Ramai yang terkeliru dengan istilah "laser" dalam cara konvensional/freehand tu. Sebenarnya, doktor / medical assistant hanya guna alat yang dipanggil electrocautery. Mesin electrocautery guna aliran elektrik, akan membakar kulit kulup ( prepuce), dan juga membakar saluran darah ( stop the bleeding). Jadi ia menggantikan gunting, dan risiko perdarahan semasa prosedur khatan, dikurangkan banyak. Memang laser sebenar ada digunakan dlm bidang surgery, contohnya dalam pembedahan plastik, tapi kos sebiji mesin laser sebenar sekitar RM300 ribu..Jadinya, mmg tak praktikal utk hospital / klinik guna mesin laser untuk kes kes berkhatan.

 contoh alat electrocautery


Cara baru, clamp/ klamp ini sebenarnya, ialah ber inspirasi dari teknik tertua / kuno. Clamp bererti kepit. Kulit kulup/ prepuce tu di kepit dengan alat clamp. Korang boleh baca di SINI, penjelasan yang diberikan dalam bahasa yang mudah faham, tentang sejarah asal clamp, jenis jenis clamp, sampailah ke perbezaan ( cara & risiko ) berkhatan kaedah konvensional VS clamp.

Perbezaan antara konvensional VS clamp:


KONVENSIONALKLAMP
TEMPOH PROSEDUR25- 40 MIN10- 15 MIN
JAHITANYESNO
SUNTIKAN BIUSYESYES
LUKA TERDEDAHYESNO
JANGKAMASA SEMBUH5 - 14 HARI5- 7 HARI *

Aku pilih cara berkhatan yang mana untuk Ziyyad?
Aku pilih cara konvensional, menggunakan electrocautery machine.
Kenapa aku pilih cara ini?

Ok, sebelum aku terangkan kenapa aku pilih cara konvensional, perlu aku terangkan bahawa setiap cara, ada pro & kontra nya. Anda boleh menilai sendiri, berdasarkan bacaan di entry aku ini, di link yang aku bagi tu, bacaan bacaan lain hasil Google anda, dan juga hasil anda bertanya sendiri kepada doktor doktor lain. Anda dinilaikan sendiri, berdasarkan apa yang anda percaya, faham, dan inginkan...Tiada jawapan mutlak yang mana lebih bagus. Bagi aku, kedua dua cara bagus. Cuma kena pilih, yang mana kita ' serasi' atau ' selesa'..  :)

Ini sebab- sebab kenapa aku memilih cara konvensional. Ini pendapat peribadi aku ya, jadi jangan di ambil bahawa ini nasihat seorang doktor ( walaupun aku doktor ). Aku buat pilihan ini berdasarkan ilmu aku + apa yang aku inginkan :

1. Aku tak mahu kerja dua kali
Kalau guna cara klamp, lepas seminggu di clamp, pesakit kena datang semula untuk dibuka klamp nya. Berdasarkan pengalaman aku, membuka klamp ini, masih sakit. Mungkin ada yang langsung tak sakit, tapi ramai yang sakit. Alisklamp ( 3rd generation clamp) katanya lebih effektif dari 2nd gen clamp. Wallahualam. Aku tak mahu anak aku " menderita" dua kali, trauma dua kali. Khatan cara konvensional, benang jahitannya akan serap sendiri, tak perlu dibuka jahitannya ( absorbable suture ). 

2. Aku lebih percaya jahitan berbanding kepitan.
Macam yang aku terangkan, cara klamp ialah dengan mengepit. Kulit itu akan melekat sembuh hasil keruping. Kalau di jahit, kulit itu melekat hasil pertolongan benang jahitan, dan campur hasil lekatan semulajadi penyembuhan. Yang mana lebih utuh? Keruping ini juga ada kemungkinan tidak stabil / boleh terkopek masa klamp di buka pada hari ke - 7. Kalau, kalau keruping ini terkopek, maka akan terhasil perdarahan. Maka perlulah tunggu lagi seminggu plus minus, utk proses keruping baru ( revascularisation over the wound areas). Orang kampung dulu dulu, yang sunat atas batang pisang, mana ada jahit. Tekniknya ialah sama macam klamp. Tunggu kulit mengeruping di sekitar luka khatan, dan keruping itu akan hold luka tersebut ( sembuh). Cuma zaman dulu tu, lambat sembuh atas beberapa faktor lain seperti kurang hygiene/ tak sterile, tiada nya antibiotic di sapu / tiada dressing.

3. Aku percaya, khatan konvensional lebih cepat sembuh.
Ini apa yang aku percaya, hasil ilmu + pemerhatian aku jumpa ramai budak budak lepas berkhatan guna klamp. Ramai yang datang lepas klamp di buka, kulit sekitar zakar nya masih membengkak. Orang Melayu panggil bentan. Bengkak ini sebenarnya tindakbalas physiology yang normal, bukan sebab faktor pemakanan ya. Cuma dalam kes klamp, tindakbalas ini ada sikit terlebih ( exaggerate response), sebab tiada jahitan ( kulit hanya berharap pada pembentukan keruping). Pun begitu, ada ramai yang guna kaedah klamp, elok aja sembuhnya selepas klamp di buka. Jadinya, ianya bergantung kepada case to case basis. Tu sebab dalam jadual Jangkamasa Sembuh utk khatan secara klamp, aku letak lambang bintang ( *) . Anda pilih sendiri risiko apa yang anda sanggup tanggung.

4. Risiko kecederaan guna electrocautery adalah minimal.
Kalau anda baca di LINK tersebut, memang diletakkan risiko risiko kalau guna ' laser' tu, hinggakan teknik ini di ban di Turkey. Aku tak nafikan risiko itu. Setiap prosedur perubatan, ada risiko nya. Tapi aku percaya risiko kecederaan itu boleh diminimakan seminimum mungkin, dengan memilih pusat & doktor yang buat prosedur khatan. Maknanya, pilihlah pusat/hospital/klinik yang punyai fasiliti meyakinkan, dan pilihlah doktor yang berpengalaman ( a good reputation pun penting ). Tu sebab aku secara peribadi, tak berapa berkenan kalau anak aku berkhatan di majlis khatan besar besaran / perdana yang di buat di dewan/ balairaya / masjid / etc. Again, ini hanya pendapat peribadi aku sahaja ya, yang tak bersetuju, anda ada hak utk tak bersetuju.


Kebaikan paling utama kalau guna teknik klamp ialah, dalam fasa pemyembuhan seminggu tu, pesakit bebas bergerak gerak tanpa perlu risau hujung zakar ( gland penis) bergesel dengan kain.
Buat seminggu dua pertama lepas berkhatan, gland penis yang selama ini ' duduk dalam kulit prepuce' , akan lebih sensitif pada sentuhan..rasanya bukanlah rasa sakit, tapi bagi aku, lebih kepada rasa ngilu. Gland penis akan terlindung di sebalik alat klamp, VS terdedah kalau guna teknik konvensional.

Bagi aku, nak pilih teknik konvensional atau klamp, lebih kurang samalah analogi nya macam nak pilih BMW atau Mercedes. Dua dua bagus, dua dua ada kelemahan & kebaikan tersendiri. Ada yang banyak pengalaman  buruk dgn BMW, ada pulak yang Mercedes nya selalu buat hal. So, ikut nasib badan...  :P

Thursday, December 4, 2014

Laksa Penang

Hari ni, aku malas nak tulis entry..
Jadi, aku copy paste je status aku pagi ni di FB..
Kisah di klinik aku petang semalam..keh keh keh..


Semalam, datang seorang lelaki yg secara lahiriah nya kelihatan suspicious, keadaan seakan lalok.....bertanya " saya nak buat rawatan, tapi saya takde duit"
Di beritahu dgn baik pada lelaki itu " boleh pergi ke klinik kesihatan berhampiran..bayarannya cuma RM1 sahaja"..
Lelaki ini menjawab " oohhh...alhamdullilah..ada juga yg murah" , sambil berlalu pergi, diikuti pandangan tertanya tanya staff klinik akan sifat misteri lelaki itu..
" mat drug rasanya tu", kata staf A..
Staf B pula kata " entah entah, itu malaikat..dia datang nak test "

Tak sampai selang 15 min kemudiannya, lelaki misteri ini masuk lagi ke klinik..Kali ini, dia minta RM5...
" kak...nak duit RM5..nak beli ikan kembung"..
Nak buat apa?-- tanya staff klinik.
" Nak beli ikan kembung...nak buat laksa"
Makan aja lah nasik..senang -- kata staff klinik.
" Tak nak..nasi tak sedap "
Dipendekkan cerita yg panjang...
Staff klinik bagi lah RM2..
" ni aja yg ada"--kata staff klinik.
" ni aja? mana cukup! " --kata lelaki misteri..
selang beberapa minit sesi bersoal jawab dgn staff klinik, lelaki misteri, berlalu pergi.
Moralnya..
Perhatikan..kot kot lelaki misteri ini ada datang ke premis anda pula

 tiba tiba rasa nak makan laksa penang...mana nak cari wehhhh

Wednesday, December 3, 2014

Kursus Perubatan Buat Lepasan SPM

Result UPSR dah tahu..
Nanti result SPM pula keluar..

Kepada pelajar pelajar lepasan SPM 2014 yang teringin nak lanjutkan pelajaran di bidang perubatan, kursus nya memang ambil masa...ada yang 5 tahun...ada yang 6 tahun...yang sampai 7 tahun pun ada.
Aku dulu 5 tahun.

Jadi, kalau rasa nak cepat grad..boleh consider option ini:

aku nak pergi ke planet ni nak sambung bidang kepakaran urat saraf..keh keh keh

Monday, December 1, 2014

Keeper Kat Mana, Keeper Kat Mana?

Sabtu malam Ahad yang lepas, yang sangat puas.
Lena tidur.
Hahaha...



Thursday, November 27, 2014

Why doctors shouldn’t treat their family and friends

Sebenarnya, ikut kepada etika kedoktoran, seorang doktor adalah tidak boleh merawat ahli keluarga & kawan kawannya..

Kenapa?
(dari Ethics Manual, TheAmerican College of Physician )

 "Physicians should usually not enter into the dual relationship of physician–family member or physician-friend for a variety of reasons. The patient may be at risk of receiving inferior care from the physician. Problems may include effects on clinical objectivity, inadequate history-taking or physical examination, overtesting, inappropriate prescribing, incomplete counseling on sensitive issues, or failure to keep appropriate medical records. The needs of the patient may not fall within the physician’s area of expertise . The physician’s emotional proximity may result in difficulties for the patient and/or the physician. On the other hand, the patient may experience substantial benefit from having a physician-friend or physician–family member provide medical care, as may the physician. Access to the physician, the physician’s attention to detail, and physician diligence to excellence in care might be superior."



Secara mudahnya, kebarangkalian berlaku konflik itu tinggi kalau doktor merawat ahli keluarganya/ rakan2 nya...samada terlebih rawat/ terkurang rawat.

Ni masa bulan Ogos lepas...Zayydan terpegang pisau / cutter masa kat bakery studio mommy nya, berdarah darah tangan..so wife cuak, bawak gi jumpa doktor kat klinik dekat studio tu, doktor pulak takde! Terus zassss  jumpa aku...alhamdullilah, minor cut aja..darah aja propa keluar banyak( superficial cut). Ya, aku treat anak aku sendiri..keh keh keh


Bulan Disember ni, 6hb, Insya Allah anak sulung aku, si Ziyyad akan ber khatan.
Siapa yang akan sunatkan dia?
Bukan aku.
Aku tak berani / tak sampai hati nak sunatkan anak sendiri.

Dulu..
Masa wife aku beranak Ceasarean..
Doktor hospital siap panggil ajak aku masuk operation theater ..
Bukan sekali, tapi 3 kali di ajak ( sebab wife aku Caesar 3 kali).
Bukannya dipanggil untuk assist, untuk tengok aja..
Sorry, aku tak sanggup tengok wife atas operating table. Aku tak berani, tak sanggup !
Padahal dulu masa kerja hospital, pernah satu malam sampai 4 kali terus menerus aku kena handle kes Ceaseran section..masa tu takde perasaan, sebab bini orang lain yang aku bedah..hahaha.

 Tahun lepas punya cerita...kat majlis keluarga ( pasang canopy makan makan)...aku open table check BP..kah kah kah...Berderet sedara mara take turn nak check BP...dapat lah detect 2-3 orang yang mencanak canak tinggi BP...:P


Bagi aku..
Takde masalah pun kalau nak rawat family members / kawan2 sendiri..
 Kalaulah langsung tak boleh rawat family sendiri....macam kartun la kalau anak aku demam, aku pi hantar kat doktor lain..padahal hari2 aku check anak orang lain yg demam, kan?  

Cuma kena tahu limitation..
Kena jadi professional.
Selagi boleh , judgement biar dipandu akal, bukan nafsu.
Dan ada sesetengah keadaan, mmg kita perlu refer ke kawan2 doktor lain..Jadi kita refer.
Dari aspek agama, gunalah peluang ilmu perubatan yang dipinjamkan sementara tu, utk meraih laba akhirat, dengan berbakti kepada ahli keluarga & kawan kawan..kan?  :)

Wednesday, November 26, 2014

Soal Percaya

Kongsi sikit apa yang aku dengar di slot Motivasi Pagi radio IKIM, pagi tadi..
Tentang KEPERCAYAAN..

Kena percaya dan turut dipercayai oleh pasangan kita...dengan majikan / pekerja kita..

Tak guna kalau kata

" I love u...tapi I tak percaya u "

Atau...majikan berkata..

" Anda bagus buat kerja...saya suka....tapi saya tak percaya anda"..


Kata pemberi motivasi tadi...
" Di KWSP, majoriti hampir semua lelaki berkahwin, meletakkan nama isteri sebagai penama ( jika mereka meninggal), tapi majoriti wanita berkahwin, meletakkan nama anak sebagai penama"

Jadi, siapa yang lebih sayangkan dan percaya pada pasangan?
Ini soal PERCAYA.

:)

Gambar hiasan: Jadikan rumahtangga kita rumahtangga bahagia dengan saling percaya mempercayai...:)

Tuesday, November 25, 2014

Selfie Paling Berani..

Korang suka ber selfie?
Dan korang suka letak gambar selfie korang sebagai wallpaper handphone?
Itu biasa...



Ini..
Luar biasa..


Dan ini juga..luar biasa.



Letak gambar sendiri sebagai wallpaper, di DEMO HANDPHONE, di Courts adalah selfie paling berani okeh...
Korang berani?

Monday, November 24, 2014

Penghapusan Subsidi Petrol RON95 & Diesel: Kaedah Pengapungan Terkawal Mulai 1 Disember

8 Disember 2014, Isnin...
Anda pergi ke kedai makan Makcik Leha untuk lunch.

 anda ambil lauk ayam goreng berempah seketul

lauk gulai nangka pun nampak sedap, anda ambil juga 2-3 sudu..kuah extra

dan...

telur asin..buat penambah rasa masin katanya...sebelah , bukan sebijik.

Makcik Leha datang.....kira kira..
RM 6.60..



12 Januari 2015, Isnin..
Anda pergi lagi ke kedai Makcik Leha, nak lunch juga..
Dan anda ambik lauk yang serupa..
RM 7.80 kali ni.
" Apsal mahal kali ni kak?", anda tanya..
" Harga minyak dunia dah naik dikkkkk", balas Makcik Leha penuh yakin..

9 Mac 2015, Isnin...
Ntah mandrem apa Makcik Leha guna, anda pergi jugak ke kedai dia.( walaupun tau dia charge mahal)
Anda test ambik lauk yang sama, yang anda pernah ambik bulan 12 dan bulan Januari lepas..
Dengan harapan kali ini, harga nasi berlauk anda akan murah sikit...sebab sepanjang sebulan lepas anda gigih ikuti trend harga pasaran minyak dunia, dan harganya memang menurun..
" Kira kak", sambil anda melambai ke arah Makcik Leha.
" RM 7.80 dikkk"


Reaksi anda?

A) Pasrah reda, terus makan. Tak mahu berdebat depan makanan. Tekad tak mahu makan lagi kat situ walaupun kerangupan ayam goreng berempahnya memang menjadi igauan.

B) Counter la balik...protes...Tanya kat Makcik Leha kenapa harga tak turun sedangkan harga minyak dunia dah turun untuk sebulan terakhir ini.

C) Anda protes, tapi bukan depan Makcik Leha. Anda snap gambar pinggan anda, upload kat FB..dengan status " Celaka betul..harga minyak naik, dia naik harga, bila harga minyak turun, harga tak turun pulak"

D) Anda bersetuju, akur dengan Makcik Leha. Anda makan dengan gumbira. Sebab anda faham, Makcik Leha goreng ayam guna minyak RON 95..tu pasal sedap rangup ayam goreng berempahnya.

Friday, November 21, 2014

Tiba Tiba Dapat Idea Nak Update Blog Masa Tengah Rukuk?

Pernah tak anda alami situasi sebegini?

  • tak ingat kat mana letak kunci
  • tak tahu nak masak apa
  • tak tahu nak holiday pergi mana
  • takde idea nak tulis apa kat blog.....heheheheh

Dan..pernah juga tak anda alami situasi sebegini?

  • Tiba tiba dapat ingat kat mana letak kunci masa tengah solat
  • Tiba tiba datang ilham nak masak apa masa tengah solat
  • Tiba tiba mencanak canak idea nak pi bercuti ke mana, masa tgh solat
  • Tiba tiba mencurah curah idea nak tulis apa kat blog, masa tengah solat


Kuncinya, kena khusyuk dalam solat.
Tapi itu lah kan, kita manusia, selalu lupa/ tewas dgn pujukan setan / alpa..
Tapi jangan putus atas, kena mujahadah..kena usaha...
Dan kena rajin membaca tips2 utk khusyuk dalam solat







Ingat ya pesanan Imam Muda Zayyan...kena rajin mujahadah, perbaiki kualiti solat..keh keh keh

Thursday, November 20, 2014

Pengakuan Suami Curang

Sibuk dan menjadi viral di internet kisah "Pengakuan Suami Curang" dalam minggu ini..

Nasihat aku, selain jangan curang..bantulah isteri..
Bantu apa yang termampu..
Bantu apa yang kita tahu..
Jangan jadi Tuan dalam rumah..
Makan dalam nanti isteri kita..


Ini bukan propa tau ! hahaha..Ini mmg betul2 aku masak sayur..tapi kejadian ni berlaku sekali dua aja masa wife aku berpantang lepas bersalin anak kami yg ke 3, tahun lepas..hahaha..Ramai yang tegur kenapa aku pakai sarung tangan tu..ya, aku seriau kena percikan minyak ( pernah kena masa goreng telur)..hahahaha


Aku tak geti masak..
Aku mmg kekok memasak..
Jadi aku bantu apa yg aku expert..
Vacuum rumah..mop lantai..cuci toilet..bersihkan ekon..
Susun2 barang kat almari..susun2 buku kat mini library, pun kerja aku..
Paling cikai pun...kalau malas sangat, masa wife aku sibuk bersilat kelentung kelentang kat dapur, aku kena jaga hero hero kat rumah tu ( tak kisah la ala tarzan ke, ala bapa mithali ke..as long as anak anak tak ganggu mommy nya di dapur)


Wednesday, November 19, 2014

Harga Rumah Di Malaysia


Siapa yang salah?
Siapa yang perlu dipersalahkan?
Kerajaan kah sebab tak kawal?
Pemaju kah sebab tamak sangat ?
Pemain besar industri real estate yang memonopoli?
Atau rakyat sendiri sebab tak pandai cari wang, maka tak cukup wang nak beli rumah?

Kalau nak berdebat siapa yang salah, sampai kiamat pun tak akan habis.
Kalau nak berdebat cari siapa yang salah, sampai ke sudah anda tak akan beli rumah.

Jadi, apa yang perlu kita buat?
Kita fokuskan pada penyelesaian masalah, bukan berdebat tentang masalah.
Ini lah cara yang pakar motivasi ajar kita. Ini lah juga yang Islam ajar.

Kalau memandu di Shah Alam - Subang ni, tengok papan papan iklan harga rumah baru, memang boleh buat terduduk terkujat..
Rumah teres dua tingkat ( yang di jenamakan semula sebagai super-link...padahal teres aja pun), yang bukaan nya tak luas mana, starting price dah RM600- 700 ribu.
Rumah yang aku beli dahulu ( alhamdullilah, ada rezeki beli, ada tempat berteduh) tahun 2005..sekarang harganya dah melonjak naik hampir 78% dari harga belian. Kalau aku nak beli rumah aku sendiri pada hari ini, waktu ini, rasa rasanya tak lepas loan kot..

Kita ada rumah, jadi apa yang kita risau?
Kita risaukan generasi anak anak kita..generasi cucu cucu kita..

Pilihan / jalan yang aku nampak sebagai fokus jalan penyelesaian ialah, antaranya:

1- Kita beli lagi rumah. Rumah ini utk anak anak kita kelak. Sementara tunggu mereka membesar, kita sewakan. Aku beli rumah masa umur 25tahun. Umur anak sulung aku 6 tahun lebih sekarang. Maknanya, kalau aku beli rumah lain utk anak sulung aku, rumah itu, akan berusia ~ 20 tahun bila aku serahkan pada anak aku nanti. Rumah dah lama, tapi value nya pasti mencanak canak.
Cabaran:
-  nak beli rumah satu lagi pun kat Klang Valley ni, dah kena sediakan paling kurang 500K.
- aku ada 3 anak. Jadinya, paling busuk kena cari 1.5 juta utk beli rumah buat mereka...hahhaha

2- Kita beli tanah. Sebab nilai tanah kat Klang Valley sangat gila nilainya, kita carilah hartanah di luar Klang Valley. Murah sikit. Nak betul2 murah, cariklah kawasan macam Kokdiang ke, Temerloh ke, pedalaman Perak ke...Nanti anak anak boleh buat rumah kat atas tanah tu.
Cabaran:
- nak ke anak anak kita pindah duduk ke kawasan macam tu kelak? tak tahu lah lagi 20 tahun Kokdiang dah maju ala ala Subang Jaya kot...hahah

3- Kita sediakan ilmu. Dengan ilmu yang ada, anak anak akan membesar dengan teratur. Dengan ilmu anak anak akan pandai membela nasib mereka kelak ( termasuklah mencari & membeli rumah sendiri)
Cabaran:
-Ilmu jenis apa yang nak di perturunkan/ di ajar. Ilmu fardhu ain itu wajib, ilmu fardhu kifayah yang perlu di perhalusi. Ilmu fardhu kifayah tentang membina empayar kewangan ( baca: bisnes), perlu di terap sejak kecil. Ya, jutawan di dunia ( yg takde masalah nak beli rumah & tanah & ladang2 kuda) bukanlah doktor, bukanlah engineer, bukanlah arkitek, bukan lah guru, bukanlah pekerja. Mereka ada pekerja yang bekerja utk mereka.


Mungkin ada banyak lagi pilihan/jalan sebagai fokus penyelesaian utk masalah harga rumah di Malaysia ini..sudilah kongsi kongsi kan...:)





Tuesday, November 18, 2014

Salah Menilai.


Janganlah kita salah menilai..
Yang kaca disangka permata..

Janganlah kita salah berkira kira..
Berkira kira sangat utk ilmu fardu ain..ilmu Al Quran..
Tapi mudah melabur untuk ilmu menyanyi, main piano, dan taekwando

Janganlah salah luangkan masa
Bersusah payah bersesak berhimpit ke pesta keraian juga konsert
Majlis ilmu di pandang sepi..

Janganlah kita salah mengangkat ..
Yang merosakkan akhlak di angkat darjat di beri penghargaan..
Yang mendidik tarbiah akhlak di kecam di nista

Janganlah kita lupa tujuan hidup..
Yang tak kekal tinggal di luar kubur kita pulun..
Yang jadi peneman setia hingga ke Mahsyar kita abaikan..



Monday, November 17, 2014

Keganasan Polis

Luka luka di jari

bengkak pada lengan ( di kawasan yang aku bulatkan tu)

Ya, itu pesakit aku.
Ya, dia luka & bengkak + sakit2 badan/kepala & demam, sebab Keganasan Polis.
Bukan Polis Indonesia, bukan Polis Zimbabwe...tapi Polis DiRaja Malaysia ( PDRM).

Sabtu malam Ahad, seorang budak lelaki Melayu umur 19 tahun naik motor ke Dataran Shah Alam( area berdekatan kompleks PKNS / Plaza Alam Sentral).Jam sekitar 11 malam ++.
Budak ni memang takde lesen. Motor ada road tax, sebab motor kapcai lama tu motor mak dia.
Tiba aja di satu kawasan yang boleh u- turn, budak ni buat u -turn..
Tau tau aja, lepas u turn dia kena kejar oleh 7 orang anggota PDRM yang memang buat operasi / roadblock.
Adakah budak ni nak lari dari road block?
Tidak..dia mengaku memang dia tak lari pun. Dan bila 7 orang polis tu kejar dia, dia berhentikan motor.
Masa masih berhelmet, kepala dia di pelangkong dengan kon jalan warna oren tu.
Lepas bukak helmet, kepala dia kena ketuk dengan tangan, pipi di tampar.
Badan dipukul bergilir gilir oleh 7 orang polis itu.
Motor kapcai buruk langsung tak diperiksa roadtax nya. Lesen yang di tanya. Dan surat saman di keluarkan. Motor di sita ke balai polis. Motor pecah bahagian depannya sebab polis naik hantu kot pelangkong sekali motor budak ini.

Okeh..
Budak ini, budak baik..aku tgk iras rupa nya masa dia jumpa aku dgn mak nya. Tuturnya lembut.
Kita boleh kenal budak yang liar VS budak yang baik.
Mak nya seorang wanita yang lembut, baik tutur katanya.
Luluh hati aku sebenarnya dengar rintihan mak nya...
" saya tahu anak saya salah, bawa motor takde lesen..saman lah..saya tak kisah..tapi kenapa sampai pukul macam ni anak saya...."
Dan si emak berkata pada anaknya " mak setiap hari doakan keselamatan kau nak...tapi kau kena pukul .."
Budak ni, keluar malam tu sorang diri, bukan berkumpulan ( baca: Bukan Merempit).
Budak ni, keluar sebab dia rasa bosan..dia tolong mak nya jaga atuknya yang sakit.

Aku nasihatkan mak & budak ni, tengok tanda2 kot ada perdarahan dalam otak..
Sebab kepala dia kena hempuk banyak kali ( walaupun takde kesan luka/lebam di kepala).
Darah aku menyirap masa jumpa kes ni.
Terus aku terbayang kalaulah anak aku kena macam ni...
Kalau anak2 anda kena macam ni..apa perasaan anda?
Dekat budak ni & emaknya ( orang susah), boleh la Polis ni nak putar alam kata dia luka & motor pecah sebab dia " terjatuh" kononnya.
Tapi cuba kau tahan budak cina..ada berani Polis nak sentuh? Sebab apa? Sebab Cina kaya ( bukan semua)...sebab cina pandai guna khidmat guaman..

Budak ni salah? Ya. Sebab takde lesen.
Budak ni wajar di pukul berjemaah oleh 7 org Polis sebab takde lesen? Anda nilaikan sendiri.
Tatkala warga umum di beri warning oleh pihak Polis supaya jgn ambil tindakan sendiri ( memukul/ etc) pesalah/ suspek yg mencuri/etc etc....anggota nya sendiri pukul budak 19 tahun yang takde lesen motor.
Jadi, anda hairan kenapa PDRM dipandang serong oleh masyarakat??

Saturday, November 15, 2014

Menguruskan Budak Tua Bangka

Menguruskan budak tua bangka..
Aku la tu..
No, bukan aku yang meguruskan...Bukan aku pengurusnya...wife aku.
Yang tua bangka tu, aku la !
Hahahaha..



- kat mana stokin I ya?
- kat mana t- shirt biru tu?
- yangg, tolong itu & ini....

dan macam macam lagi...
hahahaha..

Dan memang selalu aja aku dengar wife aku cakap kat anak aku pagi2..
" kejap ya, mommy nak uruskan budak besar ni dulu"

:P

Hargailah isteri anda.
Dia lah isteri, dia lah PA.
:)

Thursday, November 13, 2014

Warga Asing Perlu Bayar Caj Rawatan 100% Menjelang 2017.

Kawan aku, dapat surat ni di rumahnya..
Sebab dia tiada di rumah masa pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia berkunjung..maka ditinggalkan surat ini.




Penyiasatan pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas bagi tahun 2014.
Juga disertakan pamplet ini dalam surat tersebut..


Boleh baca tujuan penyiasatan ini.

Ok..
Kawan aku dapat surat ni, aku tak dapat.
Aku rasa sebab dia dapat BR1M, maka menerusi sistem BR1M, aku rasa mereka menjadi golongan sasar untuk penyiasatan oleh Jabatan Perangkaan ini.

Dan, 
Aku suspek ( agak agak aja la), menerusi siasatan ini lah, seseorang itu akan diklasifikasikan untuk layak atau tak layak bagi memperolehi subsidi petrol bermula tahun depan.

Cuma ini pandangan aku:

- Mekanisme penyiasatan ini tak menyeluruh. Bagaimana kerajaan nak tahu pola perbelanjaan isi rumah bagi mereka yang tak terlibat dalam penyiasatan ini? Adakah kerajaan akan guna konsep ' generalisation' iaitu mereka yang tak terlibat ( dlm siasatan ini), adalah mereka yg tiada masalah dlm isu perbelanjaan rumah? Maka mereka ini di anggap golongan yang tiada masalah kekangan kewangan? 

Kenapa perlu tunggu hingga 2017?
Kenapa perlu berlengah lengah?
Kalau katanya negara boleh bangkrap kalau diteruskan subsidi gula / petrol / etc ...
Maka subsidi yang tak perlu kepada warga asing di hospital2 & klinik2 kerajaan, wajar lah menjadi subsidi yang paling awal dibatalkan. 
Sebab apa?
Sebab mereka langsung tak bayar tax.
Kita yang bayar tax untuk rawatan mereka.
Kenapa subsidi petrol boleh di percepatkan penarikan nya?
Semalam blogger Kak Zakie dah tulis pasal lambakan 6.7 juta pekerja asing di Malaysia.
Bayangkan berapa banyak pengaliran wang rakyat nak sponsor pekerja2 asing ini.
6.7 juta tu bilangan rasmi. Yang tak rasmi? Yang PATI ?
Aku tahu golongan nepal, bangla, mynamar ni, memang suka pergi hospital & klinik kerajaan..sebab apa? Sebab di negara mereka, mereka tak dapat semua kemudahan kesihatan sebaik negara kita.
Aku pernah kerja di hospital kerajaan, jadi aku tahu.
Anda yang selalu ke hospital / klinik kerajaan pun, mesti sedar, kan?

Wednesday, November 12, 2014

WW: Ubah Suai.


Tuesday, November 11, 2014

Little Ihtifal 2014

Hari Sabtu lepas ialah hari graduation Ziyyad..
Pihak Genius Aulad sewa auditorium kat bangunan Angkasa, Kelana Jaya.
Budak budak sekarang ni, tadika je pun..grad dah kat auditorium..daddy dulu grad kat kelas tadika aja..hahaha..

 ni tahun 2012..masa tengah daftar & fitting baju..how time flies...kejap aja dah habis zaman tadika si Ziyyad ( maknanya aku makin tua..kah kah kah)

Dan zaman sekarang ni, grad pun banyak koleksi gambar..
Baru tadika tu..  :P


awat tak lompat Ziyyad oiiiiii  :P


Gambar pegang scroll pun ada tuuuu...



Rupa rupanya, bila di belek dekat dekat...
Bergenang air mata kau Ziyyad oiii..
Sedih sangat ke nak berpisah dengan sekolah, kawan kawan & teachers? 

rupa rupanya, dia menangis sebelum sesi ambik gambar ni..sebab sebelum ambik gambar, Ziyyad dengan kawan kawannya sedang bermain kat kelas..kebetulan kawan kawannya lepas tu dipanggil utk ke bilik studio gambar( dan gilirannya belum sampai lagi)..dah la si Ziyyad ni sedih, dia ingat dia tak akan dipanggil, dan takda gambar la nanti ! hadoiiii..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...