Tuesday, December 31, 2013

2014


azam 2014?

ialah


copy paste azam 2013


Selamat Tahun Baru 2014 kawan kawan..

Saturday, December 28, 2013

Modern Medicine, ialah Perubatan Islam

Baru lepas baca entry si t.a.t.a  ...
Aku tengok dari sudut psikiatri...
Bahawa si ' dia' itu sebenarnya ada halusinasi..
Visual hallucination...yakni kononnya nampak ada orang lain..
Parah kalau dah ada visual hallucination ni..
Sebab paling biasa ada auditory hallucination...yakni kononnya dengar orang bercakap/berbisik/berbual.

Teringat zaman student..
Masa praktikal subjek Psychiatry..
Kami kena pergi wad psikiatri..
Kena temuramah pesakit pesakit di situ..

Kes 1:
Seorang budak remaja cina umur ~ 15 tahun..

Ah Moi:  Aiyaaaa doktorrrrr...saya tak boleh duduk situ ( lepas aku ajak dia duduk utk di temuramah)
Aku: Kenapa?
Ah Moi:  Tu...tu...( sambil tangan dia tunjuk sebelah aku)..
Aku: Apa ada?
Ah Moi:  Doktor tak nampak kaaaa?Ada dinosaur besar duduk sebelah doktor...saya takut dia ..

Kes 2:
Seorang lelaki umur lingkungan 45...bekas jurutera kalau tak silap aku..
Pesakit ini ada masalah Grandiose Delusion.

Pesakit:  Doktor tahu tak. Queen Elizabeth kat UK tu, makcik saudara aku..
Aku:  oooohhh....dah lama kenal ke dia? ( saja kasi bakar..hahaha)
Pesakit: Lama dahhh..tapi tak boleh jumpa,ada pawang diraja halang aku pergi sana. Tapi aku tak kisah,sebab semua raja kat Malaysia ni, level mereka bawah tapak kaki aku aja. Doktor ingat aku ni macam mana? Dah boleh lepas pergi bulan kalau aku pergi test dengan NASA..

*************************************************************************

Moralnya..
Alam ghaib itu benar..
Gangguan syaitan itu benar..
Tapi ingat..
Taksemua yang ' nampak' di mata....Tak semua yang 'dengar' di telinga..
Adalah gangguan..
Bawa jumpa pakar psikiatri juga..
Ikhtiar..
Perubatan Islam...
Bukan hanya dengan bacaan ayat Al Quran...doa..air Yassin sahaja..
Modern medicine..ubat ubatan..mesin MRI...surgery...
Itu semua perubatan Islam..
Kenapa?
Sebab itu semua ILMU ALLAH..
Yang Dia pinjamkan pada doctor..pada surgeon..pada pahrmacist..pada engineer yang buat mesin..
Buka minda..
Buka mata..





Friday, December 27, 2013

Free 50 SMS To Any Celcom number

Kepada kawan kawan blog..
Yang guna line Celcom..
Dan nak SMS dari aku ( motif ? hahaha)
Emailkan no henfon anda..
Sementara stok masih ada..wakakakaka

sementelah aku lebih suka 'call' dari SMS...dan kalau nak menaip pun,whatsapp kan ada...maka aku tak tahu nak utilize sms free ni..


ps:oh ya, hari ini besday aku yang ke 18...sila wish!  hahaha

Thursday, December 26, 2013

Taman Tasik Taiping

Kalau ke Taiping..
Tak sah kalau tak pergi sini...


Bawak bebudak ni..
Memang teringin nak datang sini lagi, bawak mereka jogging pagi pagi..


Tasik nya..
Pokok pokok angsana nya yang dah menjangkau usia ratusan tahun..
Berlatar belakang kan Bukit Larut...
Memang tak pernah gagal mengkagumkan aku...





Landskap buatan seperti dereten pokok buluh..
Batu batu merah..
Memang ' blend in ' dengan taman tasik ini...



Pokok angsana..
Memang dah tua..sangat sangat tua..


Tabik spring kepada usaha Majlis Perbandaran Taiping...
Yang sentiasa komited menjaga taman ini...sentiasa 'trim' pokok pokok ini..


Hasil usaha gigih mereka lah..
Dapat kita nikmati pemandangan indah sebegini...



Selain boleh naik angsa kayuh kayuh..
Ada juga permainan air yang ini...

tak sempat nak naik belon gergasi ni..next time, Insya Allah..bebudak tu sempat naik angsa kayuh aja dengan mommy nya..:)

The kids have a lot of fun here..

Sebelum beredar..
Masuk ke tandas awam nya..

Dengan motto BMW tu, aku kagum..memang bersih..memang wangi...menawan ? tak la...hahaha....Dan yang lagi kagum nya, masuk tandas awam ni percuma ( ada di letakkan tabung derma utk selenggara tandas). Teringat kisah tandas awam di Taman Jubli Perak Alor Setar, hasil tulisan Bro JR :)

Wednesday, December 25, 2013

Hadiah Krismas

Malam tadi gi Ampang..
Collect hadiah krismas...hahaha...

hadiah krimas dari Zaza..:)

Sekotak besar hadiahnya...



Bukak kotak hadiah....
Ni hadiahnya...

tengkiu Zaza...sorry malam tadi si zayydan tarik pintal rambut awak..bahahaha..

Tuesday, December 24, 2013

Jalan Jalan Cari Makan: Taiping

Antara sebab kenapa aku suka gi Taiping..
Makan makan!

Di Changkat Jering...
Exit aja tol Changkat Jering, belok kiri..jalan terus...~ 500m, nampak signboard ni di belah kanan anda..

Masuk ke dalam 50m, jumpa la kedai nya. Kedai ni best sebab parking space bawah pokok, dalam kawasan kampung, so redup. 

Famous Mee Udang Paksu Majid ni di kalangan bikers..Katanya, owner nya pun biker. Segala macam VIP dah mai sini..

Aku dah pernah makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang famous tu..
Aku & wife so so aja la dengan rasa kuah mee nya..tak la sedap mana pun, udang aja banyak..
Hasil Google, katanya local's favorite ialah mee udang Changkat Jering ni..
So tu pasal kami terjah sini pulak...

Tak mengecewakan !! Sedap!! Ikut tekak kami laki bini, kuah nya sedapp...nampak usaha nya nak kasi mee ni sedap, bukan semata mata bergantung kepada udang sahaja.

Nasi goreng udangnya pun sedap. Ikut tekak aku, kesedapannya sama dengan nasi goreng udang Mak Jah.

Di bandar Taiping pula..
Famous kuey tiau Doli ni..
Ya...ianya bukan char koey tiau..ianya koey tiau goreng..

Lokasi memang senang nak cari. Berdepan dengan Klinik Kesihatan Pergigian Taiping. 

aku order koey tiau goreng. Ikut tekak aku & wife, biasa aja rasanya. OK, ni ikut tekak kami ya..sebab kami tegar char koey tiau...Tapi koey tiau goreng macam ni kami pernah makan di Penang Cafe kat Senawang, lagi sedap rasanya. Yang kat Madam Kwan pun lagi sedap. Koey tiau goreng Doli ni, RM5.00

Wife aku order yang special punya. Yang specialnya ialah udang nya lebih besar & banyak, dan ada telur goreng. Rasanya? Tetap sama macam yang biasa. RM10.00

Nasi ayam untuk anak anak aku. Ironi nya, nasi ayam Doli yang sedap kat tekak kami, bukan koey tiau nya yang famous tu..hahahaha. RM5.00

Kalau petang petang sikit..
Pekena la cendol kat Taiping ni..
Yang famous katanya Bismillah & Ansari..

Since 1993. Ada dua cawangan, yang kami pergi ni betul betul sebelah Bank Persatuan. Masukkan dalam waze Bank Persatuan, tadaaaa !

Jangan lupa mulai dengan Bismillah bila makan Cendol Bismillah ya  :)  Sedap.

Zayydan yang dah 5 bulan seminggu usianya...benda lain yang pertama dia rasa selain susu & air kosong, ialah Cendol Bismillah! kah kah kah

Tak sampai 1 kilometer dari Cendol Bismillah...ada pulak Cendol Ansari..
Kami pergi situ pulak ! hahaha..

Ni lagi otai dari Bismillah..since 1940 !

Sedap !  Tapi kalau suruh pilih antara 2, aku pilih Bismillah  :)

Tak sempat nak test rojak nya. Sebab kami tiba sini pun dah lewat petang, dah nak katup kedai nya.

Malam malam kat Taiping pulak..
Antara port famous, ialah di medan selera belakang Bomba Taiping..
Zaman aku sekolah kat Taiping dulu lagi dah famous..

Signature dish kalau kat medan selera Bomba ni, of coz YongTauFu( YTF). Tengok sahaja taburan kekacang & biji bijan...kuahnya yg pekat sedap...perghhhhh...harga pun murah ( kalau nak compare makan kat tempat lain)

Selain YTF, segala macam jenis ABC & Banana Split pun sedap...harga pun reasonable.

Tak ingat ABC apa ni..Ikut carta kat kedai ni, ada hampir 50 variants ABC...aku pun wonder, tukang buat nya ingat ke perbezaan setiap variant..hahahah..apa apa pun, sedapppp ABC nya.

Sebenarnya di Medan Selera Bomba ni, ada banyak kedai. Jangan tanya aku yang mana sedap. Aku terjah kedai yang ramai orang. Kan ke formula nya ' kalau ramai orang, musti sedap'. Alhamdullilah, terjahan kami tepat. Hahaha. Kalau sejak 1983 dah buat YTF, saja la kalau tak sedap kan?

Sebenarnya ada banyak lagi port makan best kat Taiping ni..
Tapi ini sahaja lah yang kami sempat pergi..
Try la..:)

Monday, December 23, 2013

Gopeng: Muzium Gopeng, Grafitti Gopeng

Dek kerana nak bercuti naik eroplane tak sempat..
Dek kerana nak bersantai dipantai Teganu tak dpt sebab musim tengkujuh dan banjir..
Maka,ke utara la kita..
Ke Perak..ke Penang..
Asyik asyik Penang...asyik asyik Penang..
Dah nak buat camane....nak ke Melaka, Johor, N9...wife aku tak minat..hahaha..

Cabaran pertama misi jenjalan utara:
Gopeng!!
Sebab baca kat blog Dr Singa yang ini..

Memang tak sangka..
Pekan cenonet ni banyak simpan benda unik..

Nak masuk Rumah Warisan Gopeng....

Aiyaaa !! Bukak Sabtu & Ahad aja...aku datang hari Isnin..takde rezeki..

Tak dapat masuk Heritage House ni takpa..
Dapat minum air kelapa!! hahaha..

Masa Dr Singa datang sini, stall akak ni tutup..keh keh keh..Dengan akak ni la wife aku tanya lokasi Paip Besar Gopeng..sebab kami pusing2 dlm pekan Gopeng ni tak jumpa....penyudahnya ? tetap tak jumpa! hahaha...Akak ni pun pelik.." apa yang best nya paip tu dik? Kami kat Gopeng ni tak heran pun...dah pendek paip nya.."...hahaha

Jalan jalan lagi dalam pekan kecik ni..
Cari graffiti...

Kat stall makcik jual durian...memang depan graffiti ni ada pasar Gopeng...ada orang betul betul jual durian...harum semerbak bau durian..

Rumah Orang Asli Semai..payahnyaaaaa nak pujuk Zayyan duduk kat tangga tu!

Penjual mee yang anak Dr Singa kata " mee nya tak halal!" hahaha..

Kalau anak Dr Singa takmo duduk kat meja ni dengan alasan ' mee cina tak halal'..Zayyan more than happy duduk kat situ..hahahaha..

Dah selesai tengok graffiti...
Ronda ronda lagi pekan kecik ni..
Jumpa Muzium Gopeng..

Nasib baik bukak! Masuk free aja...tapi sumbangan derma utk penambahbaikan nya di galakkan...

Sejarah Gopeng...panjang sejarahnya..

No Tin, No Gopeng..betapa pentingnya perusahaan bijih timah satu masa dahulu..

No Rubber No Job...terbayang juga kalau tiada getah di dunia ni...nak sarung apa kat tangan masa buat surgery? Kereta jalan guna tayar batu macam Flinstone? Lastik cicak guna apa? hahaha..

Kecik aja muzium nya..
Tapi penuh informasi...Gambar tak banyak aku ambik..nak tengok gambar, gi entry Dr Singa ni.

Sebelum keluar..

sign buku kedatangan  :)

Dari pekan Gopeng..
Kami tuju pula istana famous ni...


Tapi..
Waktu ni jam 1.30pm..
Panas berdenting!!
Kalau aku & wife aja berdua takpa..
Ni dengan hero hero kecik tu...dengan baby..
Idok le sanggup teman nak gigih panjat istana ni...

Jadinya...

bergambar kat depan aja...hahahaha...nanti korang dah besar sikit, daddy bawak ke sini lagi ok...dan bukan waktu tengahari panas berdenting!

at least, beli lah fridge magnet Kellie's Castle...keh keh keh..

Kalau tengok peta pelancongan kat Pusat Informasi Kellie's Castle tu..
Ada beberapa lagi tarikan utama berhampiran..
Gua Tempurung..Kapal Korek...
Tak sempat...masa amat mencemburui kami ..hahaha...
Dan fakta kami punyai anak kecil..tak sesuai nak ber adventure dalam gua..

Dari Gopeng..
Kami ke Taiping....


~ bersambung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...